Disember 2024
SINGAPORE (3rd VISIT)
Sentosa Island & Singapore City
Bahagian 1: Singapore City
SINGAPORE CITY (Merlion Park & Joe's Outlet)
Part 1: Day Trip To Singapore
Sejak akhir ini, Myself sering mendengar trend rakyat Malaysia membuat trip singkat ke negara jiran Thailand. Ada yang pergi dengan bas dan juga tren. Kita pun teruja juga nak berbuat begitu sebenarnya tetapi belum berkesempatan. Maklum sajalah sebab kita masih bekerja dan perlu menyesuaikan cuti dengan komitmen pekerjaan.
Sedang kita membelek-belek kemungkinan nak membuat short trip ke Thailand ini, terbaca pula blog seorang rakyat Malaysia yang membuat day trip dengan bas ke negara jiran Singapore. Interesting juga pengalamannya berbuat begitu, jadi kita pun mulalah membuat research tentang pakej percutian day trip ke Singapore ini dengan bas.
Research punya research, maka bertemulah kita dengan sebuah pakej menarik yang dianjurkan oleh Syarikat Kembara Bahtera. Kita pun hantarlah wasap kepada nombor handphone yang tertera untuk bertanya. Wasap kita dijawap dengan begitu prompt oleh seorang wakil syarikat. Kos yang dikenakan pun cuma RM165 seorang, tetapi segala-gala yang lain macam makan dan tiket masuk perlu ditanggung sendiri. Namun begitu, bila ditengok itinerary yang ditawarkan, memang tidak bermasalah kerana kita akan dibawa ke tempat-tempat tersebut point-to-point. Jadi tak adalah kes teraba-raba dan tercari-cari mana dan bagaimana kita nak pergi. Tarikh yang ditawarkan pun sesuai dengan kita. Maka menjadilah trip ini dengan turut disertai Husband dan seorang travel buddy yang lain, Kanesh yang pernah bersama membuat trip bersama ke Cebu di Philippines dan Balkan dulu. Turut bersama dalam trip ini adalah rakan Kanesh yang bernama Teo.
|
Singapore |
Makanya selepas melawat ke Pulau Pangkor, kita island hopping ke Singapore pulak...
Part 2: Perjalanan Ke Singapore
Perjalanan kami bermula dari KL Sentral. Semua peserta rombongan diminta berkumpul di tempat yang ditetapkan di seberang Stesen Petron berhampiran bangunan Nu Sentral pada pukul 10.30 malam.
|
Menunggu bas untuk memulakan perjalanan ke Singapore |
Perhentian bas berhampiran Stesen Petron ini bukan sahaja digunakan oleh bas seperti bas kami yang akan membuat rombongan menuju ke Singapore. Ia juga menjadi perhentian bas untuk rombongan yang membuat trip ke Hatyai di Thailand. Jadi kena berhati-hati sikit di sini, takut tersilap naik bas pulak. Elok-elok nak ke Singapore, melencong sampai ke Thailand pulak. Hahaha!!
|
Bas yang akan membawa kami menuju ke Singapore |
Selepas bas tiba, semua peserta naik ke atas bas. Ketika ini juga, Tour Leader kami dari Bahtera Kembara yang bernama Sahar memeriksa nama peserta dan juga memastikan kami semua telah membuat pendaftaran Singapore Arrival Card dengan menggunakan apps yang dinamakan MyICA. MyICA adalah apps yang disediakan oleh Immigration & Checkpoints Authority (ICA) Singapore. Semua warga asing yang ingin masuk ke Singapura perlu membuat pendaftaran dengan apps MyICA ini paling awal 3 hari sebelum tarikh masuk.
|
Posing dalam bas nak menuju ke Singapore |
|
Suasana di dalam bas menuju ke Singapore |
|
Pemandangan malam KL Sentral dari Bas sebelum bertolak menuju ke Singapore |
|
Tour Leader kami yang bernama Sahar memberi penerangan sebelum bas bertolak ke Singapore |
Seperti yang dijadualkan, bas kami bertolak meninggalkan KL Sentral pada pukul 11 malam dengan membuat satu persinggahan di R&R Seremban untuk mengambil penumpang yang mendaftar naik dari sana. Bas yang disediakan adalah sebuah bas persiaran yang sangat selesa. Aircond bas juga sangat sejuk.
Jumlah peserta yang mengikut rombongan ini adalah seramai 41 orang dengan termasuk beberapa peserta yang memegang passport Pakistan dan Indonesia yang bekerja di Malaysia. Ada juga seorang pelancong dari Indonesia yang turut menyertai rombongan ini.
|
Bas yang disediakan sangat nyaman dan selesa |
Disebabkan perjalanan bas sangat smooth dan selesa, Myself dan Husband tertidur sepanjang perjalanan sehingga tiba di R&R Gelang Patah di Johor pada pukul 4 pagi. Bas juga ada membuat toilet stop di R&R Machap.
|
Tiba di R&R Gelang Patah
|
Setibanya di Gelang Patah, semua penumpang dikehendaki turun dari bas untuk memberi laluan kepada pemandu bas kami yang bernama Sashikumar berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Singapore.
|
R&R Gelang Patah |
|
Pemandangan awal pagi di R&R Gelang Patah |
Walaupun sangat awal pagi ketika itu, ada ramai pengunjung di R&R Gelang Patah. Kebanyakan mereka adalah peserta rombongan bas seperti kami yang nak menuju ke Singapore.
|
Walaupun hari masih awal pagi, ada ramai pengunjung di R&R Gelang Patah pagi ini |
|
Satu lagi suasana awal pagi di R&R Gelang Patah |
Di R&R ini juga, kami diberi breakfast percuma sebungkus mihun goreng setiap seorang, tetapi minumannya kenalah dibeli sendiri. Kami juga menunaikan Solat Subuh di R&R ini.
|
Ada juga beberapa gerai yang dibuka pada awal pagi begini di R&R Gelang Patah |
|
Breakfast di Gelang Patah |
|
Mihun Goreng dan Teh Tarik |
|
Posing dengan bas sebelum menyambung semula perjalanan |
Pada pukul 7 pagi, kami semua menaiki bas untuk menuju ke checkpoint pemeriksaan imigresen Malaysia di Tanjung Kupang. Checkpoint ini tidak jauh dari R&R Gelang Patah. Berderet-deret lori dan bas beratur bersama kami untuk masuk ke checkpoint ini.
|
Lori yang beratur bersama kami nak masuk ke checkpoint Tanjung Kupang |
r |
Checkpoint imigresen Malaysia di Tanjung Kupang, Johor [Gambar dari internet] |
|
Pemandangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sedang menunggu giliran pemeriksaan imigresen di checkpoint Tanjung Kupang
|
Ada 2 laluan masuk dari Johor ke Singapura: Tambak Johor dan Link Kedua. Bas kami masuk ke Singapura menggunakan laluan Link Kedua. Kata Tour Leader kami, laluan Tambak Johor banyak digunakan oleh rakyat Johor yang berulang-alik bekerja di Singapura manakala Link Kedua pula banyak digunakan oleh lori dan bas-bas pelancong dari Malaysia.
|
Selat Teberau yang memisahkan Johor dan Singapura |
|
Kelong menangkap ikan di Selat Teberau |
|
Pembangunan Forest City di Johor yang dilihat dari Link Kedua |
|
Pemandangan menghala ke Selat Melaka |
|
Pemandangan Tuas di Singapura dari Link Kedua |
|
Checkpoint imigresen Singapura di Tuas [Gambar dari internet] |
Walaupun pemeriksaan imigesen di sebelah Malaysia lancar kerana tidak banyak pengguna pada pagi tadi, lain pula keadaannya sewaktu kami tiba di checkpoint Singapore. Banyak pulak bas dan pelancong yang tiba bersama kami di sini sehingga pemeriksaan masuk ke Singapura ini memakan sedikit masa. Kita tidak dibenarkan mengambil gambar sewaktu di kedua-dua checkpoint Malaysia dan Singapore, jadi kita gunalah gambar dari internet untuk dijadikan kenangan.
|
Pemandangan checkpoint imigresen Singapura di Tuas [Gambar dari internet] |
Oh ya, lupa nak cerita. Walaupun kita menaiki bas tour sewaktu masuk ke Singapore, kita tidak dibenarkan meninggalkan walau satu barang pun di dalam bas sewaktu melalui imigresen Singapore. Sama juga situasinya sewaktu kita balik ke Malaysia, kita tidak dibenarkan untuk meninggalkan sebarang barang pun di dalam bas sewaktu melalui imigresen di Malaysia.
|
Pemandangan pertama di Singapura selepas meninggalkan checkpoint di Tuas |
Part 3: Welcome To SingaporeSebaik masuk ke Singapore, bas membawa kami menuju ke Merlion Park. Kata Tour Leader, Merlion Park ini perlu menjadi destinasi pertama kerana kita paling bagus melawat ke situ di sebelah pagi. Ini adalah untuk mengelakkan cuaca yang sangat panas kalau kita berkunjung pada sebelah tengah hari ataupun petang.
|
Menuju ke pusat bandar Singapura |
|
Highway di Singapura |
Singapore adalah salah sebuah dari 20 negara yang terkecil di dunia. Pulau Singapura dengan keluasan 683 km persegi ini mempunyai kepanjangan 42 km dan kelebaran 23 km. Dengan penduduk seramai kira-kira 5.5 juta, memang terasa segala-galanya sangat padat di negara ini.
|
Kawasan perindustrian di Tuas |
|
Kawasan pelabuhan |
Disebabkan kekurangan tanah, bangunan-bangunan di Singapura banyak yang terdiri dari pencakar langit. Namun demikian, ada peraturan had ketinggian bangunan yang dibenarkan di negara ini iaitu 280 meter. Satu-satunya bangunan yang diberi kebenaran melepasi had ketinggian ini ialah Tanjong Pagar Centre yang dibina pada tahun 2016. Ia mempunyai ketinggian 290 meter.
|
Bangunan-bangunan tinggi di Singapura |
|
Kebanyakan bangunan di Singapura terdiri dari bangunan pencakar langit |
|
University of the Arts, Singapore |
Singapore juga terkenal dengan gelaran Fine City. Perkataan Fine di sini mempunyai dua maksud: Denda dan Bagus. Kedua-duanya boleh menggambarkan Singapura dengan tepat. Negara ini terkenal sebagai sebuah negara yang tegas melaksanakan peraturan dan undang-undang. Semua kesalahan walau sekecil mana sekalipun akan dikenakan denda kepada pelakunya. Disebabkan denda dan penguatkuasaan yang ketat ini, tidak hairanlah suasana di seluruh Singapura menjadi sangat bagus sekali.
|
St. Joseph's Church |
|
Bangunan Bernhard Schulte Ship Management |
|
Middle Road. Bangunan yang unik di belakang sana dimiliki oleh syarikat hartanah Capitaland |
|
Bugis Junction |
|
Basement parking di Bugis Junction |
|
Bas awam |
Singapura pernah menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963. Namun demikian, dua tahun kemudian pada tahun 1965, ia berpisah dan menjadi sebuah negara yang merdeka. Pada satu masa dahulu juga 65% penduduk Singapura terdiri dari bangsa Melayu. Namun perundangan yang ketat khususnya berkaitan pemilikan hartanah menyebabkan ramai warga Melayu Singapura berpindah ke Malaysia pada tahun 1960-an. Penduduk Singapura kini terdiri dari 75% keturunan Cina, 15% Melayu, 7% India dan selebihnya dari keturunan-keturunan lain.
Disebabkan perkembangan ekonomi yang pesat dan bilangan penduduk yang sedikit, 50% sektor perkhidmatan negara ini diisi oleh warga asing. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kira-kira 42% penduduk Singapura terdiri dari warga asing. Kebanyakan mereka berasal dari China, Malaysia, Filipina, Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah, Australia, Bangladesh dan India.
|
Pusat bandar Singapura kelihatan lengang pada hari ini disebabkan hari minggu. |
|
Big Bus Singapore |
|
Singapore Flyer |
Part 4: Merlion Park
Kami tiba di Merlion Park pada pukul 10 pagi. Local Tour Guide di Singapura yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Jun telah sedia menanti kami di sini.
|
Tiba di Merlion Park |
|
Local Tour Guide di Singapore, Kak Jun telah sedia menanti kami |
|
Pemandangan Singapore Central Business District (Singapore CBD) dari tempat bas berhenti dekat Merlion Park |
|
The Fullerton Hotel yang terletak berdekatan dengan Merlion Park ini adalah sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang |
|
Arah ke Merlion Park |
|
Turun ke Merlion Park |
|
Kak Jun menunjukkan arah ke patung Merlion |
|
Berjalan menuju ke patung Merlion |
|
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke patung Merlion |
Merlion adalah official mascot bagi Singapura. Ia digambarkan sebagai sebuah makhluk khayalan berkepala singa dan bertubuh ikan.
|
Merlion yang menjadi maskot rasmi kepada negara Singapura |
|
Bergambar dengan Kanesh bersama Merlion |
Patung Merlion turut menggambarkan asal usul Singapura sebagai sebuah pekampungan nelayan yang bernama Temasek. Sewaktu Sang Nila Utama datang ke Temasek, dia melihat seekor singa dan semenjak itu, menukar nama Temasek menjadi Singa Pura yang bermaksud Kota Singa dalam Bahasa Sanskrit.
|
Pandangan dari depan Baby Merlion |
|
Ala... Comelnya dia! |
Kata Tour Leader kami, dulu ada juga patung Bapak Merlion di Pulau Sentosa tetapi ia telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Yang tinggal kini hanyalah Emak Merlion serta Baby Merlion di Merlion Park ini.
|
Husband mengambil gambar Baby Merlion |
|
Bangunan yang moden di belakang Baby Merlion ini adalah One Fullerton Hotel |
|
Naik tangga untuk kembali ke bas |
|
Bas dah menunggu untuk membawa kami ke destinasi yang seterusnya |
|
Pandangan bas dari hadapan |
|
Husband bergambar dengan driver bas kami yang awesome, Sashikumar |
Part 5: Joe's Outlet
Untuk mengabadikan memori kenangan melawat Singapura, kami dibawa ke sebuah souvenir center yang bernama Joe's Outlet.
|
Tanjong Pagar Complex |
|
Singapore Souvenir Centre yang bernama Joe's Outlet |
|
Bergambar dengan Kak Jun di Joe's Outlet |
|
Kenangan di Joe's Outlet |
|
Sempat juga kita sambar sebuah Shoulder Bag di sini |
|
Husband bergambar dengan Tour Leader kami yang bernama Sahar |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN SINGAPORE (3rd VISIT) 2024:
- Bahagian 01 : Singapore City (Merlion Park & Joe's Outlet)
- Bahagian 02 : Sentosa (Universal Studios Singapore & Palawan Beach)
- Bahagian 03 : Arab Street (Arab Street & Masjid Sultan)
- Bahagian 04 : Afternoon In Singapore (Bugis Street & Jewel @ Changi Airport)
- Bahagian 05 : Evening In Singapore (Garden By The Bay & Marina Bay Sands)
No comments:
New comments are not allowed.