Thursday, 30 January 2025

2024 SINGAPORE [3rd] BHG. 04 (Bugis Street & Jewel)

Disember 2024

SINGAPORE (3rd VISIT)
Sentosa Island & Singapore City

Bahagian 4: Afternoon In Singapore
BUGIS STREET & JEWEL @ CHANGI AIRPORT

Part 13: Bugis Street

Dari Arab Street, kami dibawa pula menuju ke Bugis Street. Dalam perjalanan kami dapat melihat banyak gantry Electronic Road Pricing (ERP). ERP adalah bayaran tol automatik yang dikenakan kepada kenderaan yang melalui jalan-jalan yang tertentu khususnya di pusat bandar. Menurut kata Kak Jun, pengenaan ERP ini telah diberhentikan oleh Kerajaan Singapura sewaktu Covid untuk meringankan beban rakyat yang banyak kehilangan pekerjaan ketika itu. Banyak ERP ini yang masih diberhentikan pengenaannya sehingga sekarang.

Bangunan Bugis Junction Towers
Bangunan ini pernah berfungsi sebagai hotel pada satu masa dahulu
Gantry ERP yang masih belum dimulakan operasi semula selepas Covid tamat
Mural yang menarik pada bangunan
Bugis Street adalah sebuah pasar membeli-belah yang dianggap murah di Singapura. Namun begitu kata Kak Jun, tak banyak barangan Muslim yang boleh didapati di sini selain buah-buahan.
 
Bugis Street
Bas kami berhenti di depan Bugis Street
Sebuah lagi kedai cenderamata Joe's Outlets di Bugis Street
Pasar di Bugis Street dibina seperti sebuah arked membeli-belah. Seperti kata Kak Jun, memang banyak barangan yang dianggap murah dijual di sini. Sebahagian besar penjualnya berketurunan Cina tetapi mereka boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.
 
Suasana di Bugis Street
Banyak pakaian kanak-kanak dijual di sini
Food Court di Bugis Street
Sukar untuk membezakan makanan Halal dan Tidak Halal di sini
Kedai menjual beg
Kedai pakaian
Permainan kanak-kanak
Suasana di Bugis Street
Kuih-kuih tradisional seperti yang sering kita lihat di Malaysia juga banyak dijual di Bugis Street. Cuma bezanya penjual kuih ini banyak terdiri dari keturunan Cina yang tidak beragama Islam. Oleh yang demikian, kena berhati-hati kalau nak membeli kuih ini di sini kerana takut sesetengah isi kandungannya terdiri dari bahan yang Tidak Halal untuk dimakan.
 
Kuih-muih
Agak janggal bila melihat pemandangan penjual makanan begini terdiri dari bangsa Cina kerana makanan begini di Malaysia sering dijual penjual berbangsa Melayu
 Perlu berhati-hati kerana banyak makanan begini di Singapura Tidak Halal
Makanan-makanan tradisional di Singapura yang banyak persamaan dengan Malaysia
Lorong di tepi Bugis Street
Mural di tepi Bugis Street
Seperti yang Myself ceritakan sebelum ini, cuaca di Singapura sangat panas sewaktu kami berkunjung ke sana. Oleh itu bila ternampak gerai yang menjual minuman buah-buahan terus saja kita berkunjung ke sana.
 
Gerai menjual minuman buah-buahan
Pelbagai minuman buah-buahan dijual di sini
Kami memilih minuman Australia Green Apple Lime yang dijual pada harga SGD 2 (RM 6.60) segelas. Rasanya memang sedap dan menyegarkan.
Seperti yang diceritakan oleh Kak Jun kepada kami sewaktu di dalam bas tadi juga, pasar di Bugis Street ini terkenal dengan jualan buah-buahan segar yang murah. Oleh yang demikian, memang ramai orang local yang datang ke sini untuk membeli buah-buahan.

Gerai buah-buahan murah di Bugis Street.
Ramai penduduk tempatan yang datang membeli buah-buahan di sini
Banyak buah-buahan di sini diimport dari China dan Malaysia
Durian
Bila tiba masa yang ditetapkan, kami kembali ke depan Bugis Street untuk menaiki bas yang menunggu di sana.
 
Gerai kuih-kuih tempatan
Apam Balik
Peralatan untuk memasak Apam Balik
Berjalan kembali ke pintu depan kerana bas menunggu di sana

Part 15: Jewel @ Changi Airport

Dari Bugis Street, destinasi kami yang seterusnya adalah ke tarikan paling terkenal di Singapura pada masa sekarang: Jewel @ Changi Airport.

Menuju ke Changi Airport
Banyak kedai-kedai lama begini yang masih dipulihara di Singapura
Pembangunan sebuah Stesen MRT baru
Singapura
Private housing mewah di Singapura
National Stadium
KPE (Kallang-Paya Lebar Expressway)
Perumahan di Singapura memang cantik dan tertata rapi
Jewel adalah sebuah tarikan baru di Singapore Changi Airport yang dibuka pada tahun 2019. Ia terletak di Terminal 1, Singapore Changi Airport. Singapura bukanlah sebuah pulau yang sangat besar, makanya perjalanan dari Bugis Street yang terletak di pusat bandar Singapura menuju ke Changi Airport yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia di utara cuma memakan masa kira-kira 30 minit.

Jewel @ Singapore Changi Airport
Menuju ke Jewel @ Changi Airport
Tempat parking bas
Berjalan menuju ke Jewel
Jewel memang terletak di dalam bangunan lapangan terbang. Oleh itu suasana kesibukan penumpang di lapangan terbang memang terasa sewaktu berjalan menuju ke Jewel walaupun kita tak nampak sebarang pemandangan kapal terbang.

Kesibukan suasana di Terminal 1, Singapore Changi Airport
Terminal 1
Kami dipandu oleh Tour Leader Sahar dan Tour Guide Kak Jun berjalan menuju ke pintu masuk Jewel.

Pintu masuk ke Jewel dihias dengan perhiasan Krismas sempena perayaan tersebut yang semakin menjelang
Excited bila mula terpandang Jewel
Jewel adalah sebuah air terjun buatan yang terletak di tengah-tengah bangunan kaca. Ia adalah juga air terjun dalam bangunan yang terbesar di dunia.
 
Selepas dah puas melihat air terjun dari aras pintu masuk, kami naik escalator untuk melihat air terjun ini dari atas pula.
 
Naik escalator ke tingkat atas
Pemandangan puncak air terjun
Pemandangan Jewel dari tingkat atas
Pemandangan menghala ke bawah dari tingkat atas
Berposing dengan Jewel
Kita pun nak juga berposing dengan Jewel
Pemandangan air terjun ini memang hebat
Sumber air terjun pada bumbung bangunan
Selepas dah melihat air terjun dari tingkat atas, kita turun kembali ke arah pintu masuk.

Turun kembali ke aras pintu masuk
Keterangan mengenai Jewel Rain Vortex
Secara kebetulan ada pulak sebuah monorail airport tengah lalu...
Cuba bayangkan pemandangan yang dapat dilihat oleh penumpang dari dalam monorail...
Jeram buatan yang bertingkat-tingkat dekat pintu masuk
Pengunjung yang sedang berehat sambil menikmati keindahan Air Terjun Jewel
Air Terjun Jewel ini bina setinggi 4 tingkat. Selepas dah melihat pemandangan dari atas dan aras pintu masuk, kita turun pulak satu level ke bawah untuk melihat pemandangan dari situ.
 
Turun untuk melihat Jewel dari satu aras di bawah pintu masuk...
Wahh!! Ada setingkat lagi di bawah sana...
Pemandangan menghala ke atas dari satu tingkat di bawah pintu masuk
Air Terjun Jewel yang dibina setinggi 4 tingkat
Pemandangan pada satu aras di bawah pintu masuk
Of course, kita akan turun lagi ke aras paling bawah untuk melihat Jewel dari sana...
 
Pemandangan Jewel dari aras paling bawah. Airnya tak boleh disentuh sebab terletak dalam dinding kaca.
Pemandangan riak air yang terjun pada dinding kaca
Berposing dengan Jewel di tingkat paling bawah
Kita pun nak posing juga di sini...
Masa mencemburui dan dah tiba masa untuk kami meninggalkan Jewel. Jadi kita terus saja naik escalator kembali ke arah pintu masuk ke Jewel tadi.

Kembali ke aras pintu masuk
Suasana hutan buatan di sekeliling Jewel juga sangat menyegarkan
Pintu untuk masuk dan keluar dari Jewel
Kemudahan air panas yang turut disediakan berhampiran Drinking Fountain di Changi Airport
Meninggalkan Changi Airport

Part 16: Menuju ke Marina Bay Sands

Dari Changi Airport kami dibawa kembali ke pusat bandar Singapura menuju ke Marina Bay Sands untuk melawat 2 tarikan di sana : Gardens By The Bay dan Spectra - Light and Water Show.
 
Menuju kembali ke pusat bandar
East Coast Park
East Coast Park ini dibina di atas tapak yang ditebusguna dari laut
Pintu masuk ke East Coast Park
Sambil menuju ke pusat bandar, Kak Jun bercerita kepada kami tentang proses pemilikan kereta persendirian di Singapura. Secara umumnya, pembelian dan pemilikan kereta di Singapura bukanlah sesuatu yang mudah kerana Kerajaan Singapura tidak menggalakkan rakyatnya untuk memiliki kereta persendirian. Di samping itu, pemilikan kereta bukanlah menjadi satu kemestian bagi penduduk Singapura disebabkan negara ini mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisien.

Sesuatu yang unik dalam proses pembelian kereta di Singapura adalah pemilikan Certificate of Entitlement (COE) yang membolehkan seseorang mendaftar, mengguna dan memandu kenderaan. Dokumen ini hanya sah terpakai selama 10 tahun. Selepas 10 tahun, pemilik kenderaan perlu memperbaharui COE ini untuk tempoh 10 tahun lagi. Harga COE juga bukanlah sesuatu yang tetap. Ia perlu dibida mengikut kategori kenderaan. Dengan memiliki COE, barulah seseorang layak untuk membeli kenderaan.

Cukai Jalan pula perlu diperbaharui setiap 6-12 bulan. Pemilik kenderaan wajib memastikan mereka memiliki insurans yang sah sepanjang tempoh sah laku Cukai Jalan. Selain itu, pemilik kenderaan juga perlu menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan sebelum Cukai Jalan boleh diperbaharui. Seperti di Malaysia, saman tertunggak perlu diselesaikan sebelum Cukai Jalan boleh diperbaharui.
 
Satu keperluan unik yang lain ialah pemilik kenderaan perlu membeli hak parking untuk meletakkan kenderaan mereka di zon-zon yang tertentu di seluruh Singapura. Di samping bayaran hak parking, ada juga bayaran parking yang akan dikenakan mengikut tempoh parking kenderaan di sesebuah tempat. Dengan penerangan yang diberi, memang dah sah hanya orang kaya sahaja yang akan mampu memiliki kereta di Singapura.

Singapore River
Singapore Flyer
Pemandangan Singapore Flyer dengan bangunan Esplanade di belakangnya
Jika cuaca baik, pemandangan sehingga ke negeri Johor juga dapat dilihat dari Singapore Flyer yang setinggi bangunan 42 tingkat ini.
Pemandangan menghala ke Gardens By The Bay


No comments: