Friday, 31 January 2025

2024 SINGAPORE [3rd] BHG. 05 (Marina Bay Sands)

Disember 2024

SINGAPORE (3rd VISIT)
Sentosa Island & Singapore City

Bahagian 5: Evening In Singapore
GARDENS BY THE BAY & SPECTRA - LIGHT & WATER SHOW @ MARINA BAY SANDS

Part 17: Gardens By The Bay
 
Destinasi terakhir kami di Singapura adalah Marina Bay Sands untuk melawat dua buah tarikan di sana: Gardens By The Bay dan Spectra - Light and Water Show.

Gardens By The Bay
Pengunjung-pengunjung ke Gardens By The Bay
Arah ke tempat parking Gardens By The Bay
Gardens By The Bay sebenarnya terdiri dari 3 buah taman: Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden. Kami cuma dibawa melawat ke Bay South Garden yang juga merupakan komponen terbesar di antara ketiga-tiga taman.

Bay South Garden
Pemandangan dari tempat bas menurunkan kami
Excited melihat Supertree yang menjadi simbol Gardens By The Bay
Bergambar di pintu masuk ke Bay South Garden
Kami cuma melawat ke bahagian Gardens of the Bay yang tidak dikenakan tiket masuk. Kawasan ini tidaklah besar sangat tetapi adalah juga beberapa buah supertree yang boleh kita berposing-posing di situ.

Bay South Garden @ Gardens By The Bay
Supertree
Perhiasan Krismas di Bay South Garden
Perhiasan Krismas dengan berlatar belakangkan Supertree
Melihat perhiasan Krismas dengan lebih dekat
Pokok Sepetir Daun Tebal yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew
Bunga di kaki perhiasan Krismas
Bunga-bungaan
Mengambil gambar di sekitar perhiasan Krismas
Kenangan di Gardens By The Bay
Pemandangan Supertree dari sudut lain
Menikmati pemandangan Supertree yang dihias dengan pokok Bunga Orkid. Orkid adalah Bunga Kebangsaan Singapura
Kita nikmati lagi suasana di sekitar Bay South Garden @ Gardens By The Bay ini...
 
Landskap yang menarik di Bay South Garden
Satu lagi pemandangan di Bay South Garden
Mentari terbenam di Bay South Garden
Kafe dan Kedai Souvenir
Keterangan mengenai Golden Garden
Ukiran Magnificent Bull yang dihadiahkan oleh Bank of America
Pemandangan hotel mewah Marina Bay Sands dapat diperhatikan dengan jelas dari sini. Hotel ini adalah hotel yang paling mahal kos pembinaannya di dunia sehingga sekarang. Ia bukan sekadar sebuah hotel penginapan tetapi memiliki beberapa buah tarikan lain di dalamnya seperti pusat membeli-belah, teater dan kasino. Ia direka bentuk oleh seorang arkitek Israel bernama Moshe Safdie yang juga bertanggungjawab mereka bentuk Jewel @ Changi Airport yang kita lawati tadi.

Pemandangan Hotel Marina Bay Sands dari Gardens By The Bay
Taman di bumbung Marina Bay Sands ini dibuka kepada pengunjung dengan bayaran tiket SGD 37 (RM 123)
The Flower Dome
Flower Dome ini adalah bangunan Greenhouse yang terbesar di dunia
Di Bay South Garden ini ada juga sebuah kolam yang menarik. Kita melawat ke situ dulu sebelum naik balik ke bas. Tapi tak bolehlah nak berlama-lama di situ sebab kita nak mengejar pertunjukan Spectra - Light and Water Show yang akan bermula pada pukul 8 malam.

Kolam di Bay South Garden
Pancutan air di tengah kolam
Lorong menuju ke tepi kolam
Pemandangan di tepi kolam
Pemandangan Flower Dome di seberang kolam
Patung buaya di tepi kolam
Close-up
Local Tour Guide Singapore kami yang bernama Kak Jun menamatkan khidmatnya selepas kami melawat ke Gardens By The Bay. Terima kasih Kak Jun atas khidmat dan penerangan yang diberi sepanjang lawatan kami di Singapore ini.

Meninggalkan Gardens By The Bay

Part 18: Spectra - Light & Water Show @ Marina Bay Sands

Penutup kepada lawatan kami di Singapura adalah menyaksikan pertunjukan Spectra - Light and Water Show di Marina Bay Sands yang bermula pada pukul 8 malam.

Menuju ke Marina Bay Sands
Perhiasan Krismas berhampiran Marina Bay Sands
Pertunjukan ini diadakan di depan Sands Expo and Convention Centre di Marina Bay Sands. Maka di sanalah bas menurunkan kami untuk menyaksikan pertunjukan ini.

Tempat Drop-Off di hadapan Sands Expo and Convention Centre
Turun dari bas
Tour Leader Sahar membawa kami masuk ke Sands Expo and Convention Centre untuk menuju ke tempat pertunjukan Spectra - Light and Water Show. Suasana di dalam Convention Centre ini agak sesak ketika itu kerana ada sebuah Cosplay Convention yang sedang berlangsung serta ditambah dengan pengunjung yang sedang berduyun-duyun tiba untuk menyaksikan pertunjukan Spectra - Light and Water Show ini.

Masuk ke dalam Sands Expo and Convention Centre
Pemandangan di dalam Sands Expo and Convention Centre
Pengunjung-pengunjung yang mula tiba untuk menyaksikan pertunjukan Spectra - Light and Water Show
Banyak kedai-kedai mewah dilihat di sini
Satu lagi pemandangan kedai-kedai mewah di Sands Expo and Convention Centre
Pertunjukan Spectra - Light and Water Show diadakan setiap hari di Sungai Singapura di belakang Sands Expo and Convention Centre.

 Berjalan menuju ke tempat pertunjukan di belakang Sands Expo and Convention Centre
Peserta-peserta Cosplay Convention yang sedang diadakan di Sands Expo and Convention Centre
Suasana di belakang Sands Expo and Convention Centre
Singapore River di belakang Sands Expo and Convention Centre
Pemandangan pusat bandar Singapura dari belakang Sands Expo and Convention Centre
Bangunan berbentuk seperti durian di seberang sana adalah Esplanade - Theatres on the Bay
Kami mula mengambil tempat di tepi sungai sebagai persediaan untuk menyaksikan pertunjukan Spectra - Light and Water Show. Secara kebetulan di sebelah kami adalah sekumpulan pelancong yang datang dari Jakarta di Indonesia. Mereka selalu datang bercuti ke Singapura dan pada ketika ini telah 4 hari berada di negara ini.

Pelancong dari Indonesia yang duduk bersama kami untuk menyaksikan pertunjukan Spectra - Light and Water Show
Bersedia untuk menyaksikan pertunjukan
Sambil menunggu show dimulakan, kita makan bekalan Murtabak yang dibeli di Arab Street tadi. Sambil makan, kita menjamu mata menyaksikan keindahan malam kota Singa yang terpampang di depan mata.
 
Pemandangan malam kota Singa dari Marina Bay Sands
Bangunan-bangunan tinggi yang dihiasi dengan lampu-lampu yang terang dan cantik
Bangunan bulat di sana adalah Apple Store Singapore
Lunjur-lunjur kaki untuk mengelakkan kebas dan lenguh sewaktu menunggu show bermula
Bekalan Nasi dan Minuman Barli yang diberi oleh pelancong dari Indonesia selepas kami berkongsi makan Murtabak dengan mereka
Pemandangan Hotel Marina Bay Sands dari tepi sungai
Bot cruise yang boleh disewa untuk menikmati keindahan pemandangan malam di Singapura
Pandangan bot cruise dengan lebih dekat
Pemandangan sebuah lagi bot cruise
Pre-show
Show sebenar bersedia untuk bermula...
Pertunjukan Spectra - Light and Water Show yang percuma ini bermula tepat pada pukul 8 malam. Pertunjukannya memang hebat, setanding dengan show serupa yang ada di Dubai dan Las Vegas kerana ia dibuat oleh syarikat pengendali yang sana. Pertunjukan ini berlangsung selama kira-kira 15 minit dan diadakan pada tiga sesi setiap malam: 8 malam, 9 malam dan 10 malam.

Kita saksikan gambar-gambar pertunjukan yang sempat kami capture...


Part 19: Pulang Ke Kuala Lumpur

Selepas persembahan tamat kami berkumpul kembali di tempat yang ditetapkan dan dibawa ke tempat di mana bas akan mengambil kami.

Pemandangan Sands Expo and Convention Centre di waktu malam
Menunggu bas datang mengambil kami
Lawatan Singapore Day Trip kami tamat selepas melepasi kedua-dua checkpoint imigresen di Tuas (Singapore) dan Tanjung Kupang, Johor (Malaysia). Bas terus meluncur laju kembali ke Kuala Lumpur dengan membuat persinggahan untuk Solat dan Makan Malam di R&R Pagoh dan menurunkan beberapa penumpang di R&R Seremban.

Secara umumnya Singapore Day Trip ini bagus untuk diikuti dan menarik sekiranya anda belum pernah melawat ke Singapura. Ia memberikan pengenalan ringkas kepada negara jiran kita yang sebenarnya walaupun dekat, tidak begitu dikenali oleh ramai rakyat Malaysia. Maklum sajalah kerana disebabkan nilai pertukaran matawangnya yang tinggi, kita akan lebih memilih untuk melawat ke Thailand dan Indonesia. Lawatan juga perfect untuk mereka yang ingin bercuti pendek di hujung minggu. Bas yang disediakan oleh Bahtera Kembara dalam trip ini juga sangat selesa sehingga kita tertidur sepanjang perjalanan pulang ke KL. Kami selamat tiba kembali di KL Sentral pada pukul 4 pagi keesokan harinya.


No comments: