Disember 2024
SINGAPORE (3rd VISIT)
Sentosa Island & Singapore City
Bahagian 3: Arab Street
ARAB STREET & MASJID SULTAN
Part 10: Arab Street
Arab Street adalah pusat kebudayaan Islam di Singapura. Ia dinamakan sempena pedagang-pedagang Arab yang menjadikan kawasan ini sebagai tempat kediaman mereka pada awal kurun ke-19. Walaupun bermula sebagai tempat kediaman masyarakat Arab, ia kemudian turut bergaul dengan budaya Melayu, India dan Peranakan tempatan yang menjadikan agama Islam sebagai teras kehidupan.
|
Arab Street |
|
Seven Eleven di Arab Street |
Walaupun telah dimodenkan, kedai-kedai di Arab Street masih mengekalkan ciri-ciri bangunan Melayu seperti yang banyak dilihat pada bangunan-bangunan sebelum Perang Dunia Kedua di Malaysia.
|
Kedai-kedai di Arab Street |
|
Bangunan-bangunan di Arab Street banyak dibina menggunakan ciri-ciri Melayu |
|
Pemandangan di Arab Street |
|
Satu lagi pemandangan di Arab Street |
Setibanya di Arab Street, kami ditunjukkan sebuah sekolah agama Islam yang bernama Alsagoff Arab School yang juga dikenali sebagai Madrasah Alsagoff. Walaupun ia bermula sebagai sebuah sekolah untuk pelajar lelaki, ia kini beroperasi sebagai sekolah untuk pelajar perempuan sahaja bermula tahun 1966.
Walaupun ia adalah sebuah sekolah agama, Madrasah Alsagoff kini turut menerapkan kurikulum pendidikan moden dalam pengajarannya sekarang. Pada tahun 2019, ia telah menerima anugerah Apple Distinguished School bagi inovasi penggunaan teknologi dalam penagajaran dan pendidikan. Ada 5 sekolah di Singapura (termasuk Madrasah Alsagoff) dan 500 sekolah sahaja di seluruh dunia yang menerima anugerah ini.
|
Sekolah Arab Alsagoff |
|
Sekolah ini juga dikenali sebagai Madrasah Alsagoff |
|
Bas kami berhenti di sini |
Part 11: Masjid Sultan
Bas kami membuat persinggahan yang panjang di Arab Street untuk membolehkan semua ahli rombongan bersolat di Masjid Sultan dan makan tengahari di sini. Myself dan Husband memutuskan untuk bersolat dulu di Masjid Sultan sebelum menikmati lunch.
|
Masjid Sultan |
|
Pemandangan dari pintu masuk utama ke Masjid Sultan |
Sejarah Masjid Sultan bermula apabila Sultan Hussein Shah dari Johor dan Sir Stamford Raffles dari British East India Company menandatangani sebuah perjanjian pada tahun 1819 yang memberi kebenaran kepada British untuk menubuhkan sebuah pusat perdagangan di Singapura. Sebagai sebahagian dari syarat perjanjian, Sultan Hussein Shah telah meminta sebuah masjid didirikan bersebelahan dengan Istana Diraja di Kampung Glam untuk kegunaan masyarakat Islam.
Masjid Sultan telah diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan oleh Kerajaan Singapura pada tahun 1975. Ia adalah juga masjid yang terbesar di Singapura. Bangunan asal masjid telah didirikan pada tahun 1824. Namun demikian, bangunan yang dilihat pada hari ini telah didirikan pada tahun 1932.
|
Satu lagi pemandangan pintu masuk utama ke Masjid Sultan |
Masjid Sultan memiliki dua buah kubah yang berwarna emas. Setiap kubah dihiasi dengan ukiran bulan dan bintang yang melambangkan agama Islam. Satu ciri menarik pada kedua-dua kubah ini adalah gelang di bawahnya yang dibuat dari serpihan kaca botol.
Ada kisah menarik mengenai perkara ini. Seperti juga kelaziman pembinaan masjid di mana-mana ketika itu, orang-orang kaya akan memberi sumbangan dalam bentuk wang dan perhiasan yang mahal untuk diletakkan di dalam masjid. Kaca-kaca botol di bawah kubah masjid pula disumbangkan oleh orang-orang yang kurang berkemampuan yang ingin turut serta dalam pembinaan masjid ini.
|
Masjid Sultan mempunyai dua buah kubah yang berwarna emas |
|
Gelang hitam di bawah kubah dibuat dari serpihan kaca botol yang didermakan oleh orang-orang yang kurang berkemampuan yang ingin turut serta memberi sumbangan dalam pembinaan masjid |
|
Pandangan lebih dekat gelang hitam di bawah kubah |
|
Senibina masjid juga turut menerapkan elemen senibina Melayu-Arab |
Dah puas melihat masjid dari luar, mari kita masuk melihat senibina masjid di bahagian dalamnya pula.
|
Pintu masuk ke masjid |
|
Suasana di pintu utama masjid |
|
Tangga naik ke tingkat atas |
|
Pemandangan dari pintu masuk utama ke masjid |
|
Menara masjid |
|
Masjid Sultan adalah satu-satunya masjid di Singapura yang dibenarkan untuk melaungkan azan melalui speaker yang menghala ke arah luar |
|
Tempat wuduk |
|
Tangga menuju ke tempat wuduk |
|
Suasana di ruang solat utama |
|
Chandelier masjid |
|
Pandangan chandelier dengan lebih dekat |
|
Mimbar Masjid |
|
Mihrab dan Mimbar |
|
Mihrab |
|
Pandangan menghala ke arah belakang Ruang Solat Utama |
Sekarang Myself bawa pula anda melawat ke Ruang Solat Wanita. Pintu masuk ke Ruang Solat Wanita adalah Pintu 6 yang berasingan dari pintu masuk utama ke masjid. Melilau juga Myself mencari pintu ini sewaktu nak bersolat sebab kita tak sangka yang Ruang Solat Wanita mempunyai akses yang berbeza dan terasing dari pintu-pintu lain. Disebabkan kita masuk dari pintu depan ruang utama masjid, kita kena keluar dari pagar perkarangan pintu masuk utama masjid ini di sebelah belakang dan berjalan menyusuri pagar di sebelah luar untuk mendapatkan Ruang Solat Wanita.
|
Jika masuk dari pintu utama, kita kena berjalan keluar dari pagar masjid di belakang dan mencari pintu 6 untuk masuk ke Ruang Solat Wanita |
|
Pintu masuk untuk wanita. Lelaki tidak dibenarkan langsung masuk ke kawasan ini. |
|
Ruang Solat untuk wanita terletak di tingkat atas sana |
Ada tandas dan tempat berwuduk yang disediakan untuk wanita di dalam sebuah bangunan khas. Kemudian, kita boleh menaiki lif express yang disediakan khusus untuk menuju ke Ruang Solat Wanita.
|
Lif express yang disediakan khusus untuk menuju ke Ruang Solat Wanita yang terletak di Aras 2. |
|
Pemakaian kasut tidak dibenarkan sewaktu menggunakan lif ini kerana ia terus menuju ke Ruang Solat Wanita |
|
Pemandangan di Ruang Solat Wanita |
|
Pemandangan Ruang Solat Utama dari Ruang Solat Wanita |
|
Angin dari kipas di siling ini cukup kuat sampai terbang-terbang telekung kita sewaktu bersolat |
|
Berjalan keluar dari Pintu Wanita Masjid Sultan |
|
Kembali ke Pintu Masuk Utama kerana Husband menunggu di sini |
Part 12: Restoran Sabar Menanti
Selepas Solat, kita mula mencari restoran yang sesuai untuk makan tengah hari. Ada banyak pilihan restoran Halal di sepanjang Arab Street tetapi semuanya penuh dengan pelanggan sampai kena beratur panjang menunggu giliran untuk masuk ke dalam.
|
Restoran Tarik di Arab Street yang dihiasi dengan mural yang menarik |
|
Mural ini menggambarkan kehidupan sebuah keluarga Melayu di Singapura pada masa dahulu |
|
Lukisan yang bertemakan Aladdin pada pagar |
|
Ramai pengunjung sedang menunggu giliran untuk masuk ke Restoran Tarik |
Selepas meninjau beberapa buah restoran di Arab Street, kami membuat keputusan untuk makan di sebuah restoran masakan Minang yang bernama Sabar Menanti. Ia terletak betul-betul setentang dengan Masjid Sultan.
|
Restoran Sabar Menanti yang terletak bertentangan dengan Masjid Sultan |
|
Pemandangan di depan Restoran Sabar Menanti |
|
Pemandangan Masjid Sultan di depan Restoran Sabar Menanti |
Makanan di Restoran Sabar Menanti sedap dan menyelerakan. Kami juga bernasib baik kerana ada meja kosong menanti sewaktu kami masuk ke sini. Sebaik kami duduk, dengan tidak semena-mena ramai pulak pelanggan yang datang sampai kena beratur menunggu giliran untuk masuk di luar. Syukur Alhamdulillah kami sampai cepat 2 minit dari mereka. Hahaha!!
|
Suasana di dalam Restoran Sabar Menanti |
|
Lunch yang sangat menyelerakan |
|
Sejarah Restoran Sabar Menanti |
|
Berjalan ke arah bas yang menanti di depan Masjid Sultan |
Sewaktu meninggalkan Pulau Sentosa tadi, Tour Leader dan Tour Guide kami mencadangkan supaya semua peserta rombongan membeli Murtabak Singapura yang terkenal itu sebagai bekalan untuk makan malam sewaktu menonton pertunjukan Spectra - Light and Water Show malam nanti. Ini adalah kerana makanan Halal sukar didapati berdekatan tempat pertunjukan tersebut.
Kami juga akan terus pulang ke Malaysia selepas tamat pertunjukan ini dan dijangka akan membuat persinggahan di R&R Pagoh di Johor hanya sekitar pukul 12 tengah malam. Semua ahli rombongan bersetuju dengan cadangan Sahar dan Kak Jun. Untuk kemudahan, Sahar mengambil order dan pembayaran dari kami sewaktu di dalam bas lagi. Murtabak yang dipesan ini diberi kepada semua ahli rombongan setelah kami naik bas semula di Arab Street.
|
Bungkusan Murtabak Singapura yang diserahkan kepada kami di dalam bas. |
|
Besar betul bungkusan Murtabak ini. Myself dan Husband cuma membeli sebungkus Murtabak yang dikongsi berdua. |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN SINGAPORE (3rd VISIT) 2024:
No comments:
New comments are not allowed.