Friday 8 August 2014

2014 TURKEY BHG. 06 (Istanbul Asia)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul dan Sanliurfa

Bahagian 6: Istanbul Asia Tour
CAMLICA HILL & BEYLERBEYI PALACE


Part 19: Bosphorus Bridge 

Hari Ahad, 10 Ogos 2014 adalah hari bersejarah bagi rakyat Turki kerana Pilihanraya Presiden Turki diadakan pada hari ini. Disebabkan kita sering mendengar berita di media tentang rusuhan-rusuhan yang sering berlaku di Timur Tengah ekoran ketidakpuasan hati terhadap keputusan pilihanraya, tidak dinafikan kami agak risau untuk keluar dari hotel pada hari ini.

Namun syukurlah, rakyat Turki tidak seperti rakyat negara Timur Tengah yang lain. Pilihanraya Presiden Turki berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pilihanraya Presiden Turki 2014 dimenangi oleh Perdana Menterinya ketika ini, Recep Tayyip Erdoğan menewaskan dua calon yang lain.
Program lawatan kami pada hari ini ialah Istanbul Asia Tour di sebelah pagi dan mengikuti Bosphorus Cruise di sebelah petang. Seawal jam 8.30 pagi, kami telah dijemput oleh wakil travel agent dari Hotel Hilton Istanbul Bosphorus.

Walaupun kami menyertai program lawatan ini secara sit-in coach, Istanbul Asia Tour seolah-olah menjadi Private Tour kepada kami kerana tiada peserta lain yang menyertai program ini selain kami.

Tour Guide kami pada pagi ini bernama Ali, seorang anak muda Turki yang baru beberapa bulan memulakan tugas sebagai Tour Guide. Walaupun ada kalanya Bahasa Inggeris Ali agak tersekat-sekat, dia adalah seorang Tour Guide yang bagus.

Ali, Tour Guide kami sepanjang hari ini.
Istanbul adalah satu-satunya bandar di dunia yang terbina di atas dua benua: Eropah dan Asia. Kami dibawa menyeberang ke sebelah Asia menggunakan Bosphorus Bridge. 

Bosphorus Bridge sepanjang 1.5 km menghubungkan kawasan Ortaköy di sebelah Eropah dengan Beylerbeyi di sebelah Asia. Sewaktu siap dibina pada tahun 1973, ia adalah jambatan ke-4 terpanjang di dunia. Dengan perkembangan teknologi pembinaan jambatan dan juga pertambahan bilangan jambatan-jambatan lain di dunia, ia kini adalah jambatan yang ke-22 panjang di dunia.

Pemandangan Jambatan Bosphorus dari kawasan Ortaköy di sebelah Eropah.
Pemandangan sewaktu melintasi Jambatan Bosphorus.
Pemandangan Selat Bosphorus dari Jambatan Bosphorus
Selamat Datang Ke Benua Asia
Pemandangan di sebelah Asia

Part 20:  Çamlıca Hill 

Destinasi pertama kami di Istanbul Asia ialah Çamlıca Hill (disebut Jamlica Hill). Bukit setinggi 267 meter di atas aras laut ini ialah bukit yang tertinggi di seluruh Istanbul. Disebabkan kedudukannya yang tinggi, bukit ini dipenuhi dengan menara-menara pemancar telekomunikasi.

Çamlıca Hill
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Çamlıca Hill
Kafetaria di Çamlıca Hill.
Kenangan di Çamlıca Hill
Menara-menara pemancar telekomunikasi di Çamlıca Hill.
Meninjau pemandangan benua Eropah dari Çamlıca Hill
Pemandangan sebahagian benua Eropah dan Asia dari Çamlıca Hill.
Kucing liar yang manja di Çamlıca Hill
Bunga-bunga yang cantik menghiasi Çamlıca Hill
Pemandangan kawasan komersil Istanbul Asia dari Çamlıca Hill
Menurut Ali, nama Çamlıca bermaksud "kawasan yang dipenuhi pokok pain". Pokok-pokok pain yang memberi nama kepada bukit ini terletak di hujung taman. Namun sewaktu kami tiba di sana, kawasan ini dipenuhi dengan sampah kerana pencuci kawasan ini lewat tiba pada hari tersebut, mungkin kerana dia keluar mengundi sebelum datang bekerja.

Pokok-pokok pain yang memberikan nama kepada Çamlıca Hill

Part 21: Beylerbeyi Palace 

Destinasi kami seterusnya di Istanbul Asia ialah Beylerbeyi Palace, yang merupakan sebuah Summer House Sultan-sultan Ottoman pada masa dahulu.

Bukit securam 45 darjah yang kami turuni dari Çamlıca Hill menuju ke Berlerbeyi Palace (disebut Beylerbeyi Sarayi dalam Bahasa Turki).
Mungkin disebabkan kawasan Istanbul Asia ini kurang happening berbanding Istanbul Eropah, tidak ramai pelancong yang berkunjung ke sini. Namun begitu, pengalaman melawat Beylerbeyi Palace ini sangat mengkagumkan kami.

Tembok luar Beylerbeyi Palace
Laluan masuk ke Beylerbeyi Palace
Untuk masuk ke Beylerbeyi Palace, kita perlu melalui pintu terowong ini.
Terowong masuk ke Beylerbeyi Palace
Fountain minuman di terowong masuk ke Beylerbeyi Palace. Sultan-sultan Ottoman sering membina fountain minuman seperti ini sebagai amal jariah.
Kedai cenderamata di penghujung terowong masuk ke Beylerbeyi Palace
Sebaik keluar dari terowong, kita akan terus masuk ke taman istana yang indah.

Taman Istana Beylerbeyi
Jambatan Bosphorus dibina melintasi Taman Istana Beylerbeyi. Ia kelihatan begitu gigantic dari sini.

Jambatan Bosphorus yang melintasi taman Istana Beylerbeyi
Istana Beylerbeyi digunakan oleh Sultan Ottoman setiap musim panas sebagai rumah persinggahan untuk berburu binatang liar. Kerana itu jugalah agaknya suasana landskap di istana ini bagaikan hutan untuk menimbulkan mood perburuan.

Suasana Istana Beylerbeyi bagaikan suasana hutan untuk berburu
Di taman istana juga terdapat sebuah pavilion yang dibina di tepi laut, tempat keluarga Sultan beristirahat pada masa dahulu.

Pavilion di tepi laut tempat keluarga Sultan beristirahat sambil menikmati pemandangan Selat Bosphorus.
Siling pavilion yang dihias cantik
Di sebalik pintu ini ialah tambatan perahu untuk kapal-kapal yang berlabuh di Istana Beylerbeyi dari Selat Bosphorus
Pemandangan Selat Bosphorus dari pintu tambatan perahu.
Istana Beylerbeyi tidak boleh dilawati sesuka hati. Untuk melawat bahagian dalam istana ini ada Guided Tours yang disediakan oleh pihak istana mengikut waktu yang tertentu. Tour ini dikendalikan dalam dua bahasa: Turki dan Inggeris.

Berbanding istana-istana Ottoman yang lain, Berlerbeyi Palace tidak besar kerana ia hanya rumah musim panas dan bukan kediaman rasmi Sultan Ottoman.
Pengunjung hanya boleh melawat Istana Beylerbeyi secara Guided Tours.
Bergambar bersama Ali sementara menunggu Guided Tours dalam Bahasa Inggeris dimulakan.
Peraturan melawat Istana Beylerbeyi
Sebaik masuk ke dalam Istana Beylerbeyi, ternganga kami melihat kemewahan dan keindahan hiasan dalamannya. Ini baru rumah persinggahan yang digunakan pada musim panas, bukan kediaman rasmi Sultan. Kalau istana rasminya, pasti lebih hebat lagi.

Pengunjung tidak dibenarkan menangkap gambar dalam Istana Beyleberi. Jadi Myself gunakan postcard yang discan untuk diabadikan dalam blog ini untuk menunjukkan keindahan dalamannya.

Ini pemandangan pertama sewaktu melangkah masuk ke Istana Beylerbeyi.
Pancutan air ini tidak lagi berfungsi sekarang. Ia dihiasi dengan porselin hadiah pemberian Maharaja Jepun kepada Sultan Ottoman. Bilik ini juga dihiasi dengan gambar-gambar kapal kerana Sultan yang membina istana ini sangat suka berlayar.
Anak-anak Sultan turut diajar kesenian muzik oleh guru-guru yang dilantik. Di sinilah mereka membuat persembahan untuk Sultan dan keluarga Sultan.
Bilik Menunggu untuk tetamu-tetamu Sultan.
Sebagai menghormati ajaran Islam, hiasan-hiasan di dalam istana hanya menggunakan motif bunga-bungaan dan benda-benda yang tidak bernyawa. Antara motif yang banyak digunakan ialah Bunga Tulip kerana bentuk bunga ini bagaikan kalimah "Allah" dalam Tulisan Arab.
Bilik Singgahsana Sultan ini dihiasi dengan lantai parquet yang menarik.
Dewan Santapan Keluarga Diraja.
Hiasan bermotif bunga ros juga banyak digunakan kerana dipercayai sewaktu Nabi Muhammad saw Mikraj ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj, peluh Nabi jatuh ke tanah dan bunga-bunga ros tumbuh di tempat di mana peluh baginda menitik.
Bilik rehat Keluarga Sultan. Nampak cantik tapi tak tahulah sama ada selesa berehat di sini dengan perabut-perabut yang sebegini.
Ceremonial Hall ini adalah bilik yang paling cantik di Istana Beylerbeyi. Balkoni di tingkat atas bilik ini dikhaskan untuk wanita-wanita Istana dalam sesuatu upacara.

Part 22: Pasazde Restaurant 

Kami kembali ke Istanbul Eropah untuk makan tengahari. Dalam perjalanan ke restoran, Ali menunjukkan kepada kami beberapa mercu tanda menarik di kawasan yang bernama Sikerci.

Gar Istanbul - stesen akhir perkhidmatan keretapi Orient Express yang pernah menghubungkan Paris dengan Istanbul satu masa dahulu.
Kepala keretapi Orient Express yang ditinnggalkan di luar Gar Istanbul untuk generasi yang tidak berkesempatan menggunakan perkhidmatan ini.
Marmaray yang terletak di sebelah Gar Istanbul adalah keretapi moden bawah laut (seperti Eurostar yang menghubungkan England dan France). Ia melintasi Selat Bosphorus, menyambungkan Istanbul Eropah dan Istanbul Asia.
Makan tengahari kami disediakan di Restoran Pasazde. Makanan yang disediakan juga masakan Turkish tapi taklah sesedap makan tengahari semalam sewaktu mengikuti Full Istanbul Tour. Tapi tak mahu komplen apa-apa sebab itulah rezeki kami hari itu.

Restoran Pasazde


Bersambung Ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):