Thursday, 20 December 2018

2018 MELAKA BHG. 01 (Taman Bunga Merdeka)

November 2018

MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir

Bahagian 1: Cuti-Cuti Melaka
PERJALANAN KE MELAKA & TAMAN BUNGA MERDEKA

Part 1: Percutian Bak Orang Putih Ke Melaka

Percutian Bak Orang Putih ke destinasi-destinasi di Malaysia diteruskan lagi selepas kami kembali dari Egypt. Destinasi pilihan kali ini adalah ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka (dipanggil Malacca dalam Bahasa Orang Putih) menjadi pilihan kerana ia adalah sebuah destinasi menarik yang penuh dengan sejarah, di samping kedudukannya juga yang tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur.

Cuti-Cuti Malaysia
Kalau bercuti baik di Malaysia ataupun di seberang laut, Myself dan Husband sebenarnya tak suka nak memandu. Tapi disebabkan Melaka dekat sangat dengan KL dan tak ada perkhidmatan keretapi ke sana macam sewaktu bercuti ke Penang dulu, terpaksalah kita memandu juga ke sana. Bayangkan saja yang kali ini kita bercuti macam Orang Putih yang sewa kereta di Malaysia, walaupun kita sebenarnya memandu kereta sendiri...

Memandu ke Melaka

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Memandu Ke Melaka

Melaka terletak hanya kira-kira 150 km dari Kuala Lumpur dan ketika itu bukan musim cuti sekolah. Maka kami tidaklah bertolak awal sangat dari rumah. Perjalanan ke Melaka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sangat lancar. Yang sedikit meresahkan hanya cuaca yang mendung di sepanjang perjalanan.

Lebuhraya PLUS menuju ke Melaka
Hujan mula turun sewaktu kami menghampiri Melaka
Bandaraya Melaka terletak 32 km dari sini
A Famosa Resort berhampiran Alor Gajah
Seperti yang kami rancang, kami tiba di Kawasan Rehat Ayer Keroh pada waktu makan tengahari. Walaupun hujan renyai turun dalam perjalanan tadi, hujan masih belum turun lagi di sini ketika itu. Tapi cuaca memang gelap dengan mendung bagai nak hujan.

Hampir tiba di Perhentian Rehat Ayer Keroh
Restoran Jejantas Ayer Keroh
Ada dua pilihan bagi pemandu untuk makan di sini: Restoran Jejantas ataupun Persinggahan Biasa. Kami memilih untuk makan di Persinggahan Biasa kerana di sini ada sebuah gerai Nasi Lemak yang sedap.

Menuju ke Persinggahan Rehat Ayer Keroh
Parking jauh sikit dari tempat makan.
Oleh kerana kawasan rehat ini terletak di negeri Melaka, tangga naik ke Tempat Makan dihiasi dengan jubin-jubin menarik yang merupakan ciri senibina tradisional tangga bangunan di negeri Melaka.
Pemandangan di Kawasan Rehat
Tempat Permainan Kanak-Kanak
Pemandangan di Tempat Makan
Gerai-gerai makanan di Kawasan Rehat Ayer Keroh
Makanan favourite kami setiap kali singgah di sini ialah Nasi Lemak Pandan ini.
Nasi Lemak Pandan yang sangat menyelerakan.
Sedang kami menikmati makan tengahari, hujan turun dengan sangat lebat disertai dengan angin kencang. Kata seorang Kakak pekerja di Kawasan Rehat ini, hujan dah 2 hari tak turun di sini. Lama jugalah hujan lebat ini turun. Angin pun bukan main kuat bertiup sampai air hujan terpercik jauh ke tengah kawasan makan yang open air itu. Dalam hati risau juga. Adakah percutian kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini akan terganggu dengan hujan lebat nanti?

Hujan lebat di Kawasan Rehat Ayer Keroh
Angin yang bertiup kencang
Hujan lebat di tengahari ini juga disertai panahan petir dan guruh.
Suasana hujan lebat di Kawasan Rehat Ayer Keroh
Hujan memercik sampai ke dalam sini sebenarnya ketika itu.
Bendera Melaka dan Bendera Malaysia
Rukun Negara Malaysia
Bila hujan reda, kami meneruskan perjalanan ke Bandaraya Melaka.

Hujan dah reda
Meneruskan perjalanan yang dah tak berapa jauh lagi.
Persimpangan Ayer Keroh menuju ke Melaka
Susur keluar dari Lebuhraya
Khidmat GPS digunakan untuk mencari arah ke hotel penginapan.
Plaza Tol Ayer Keroh
Kami melintasi Ayer Keroh dalam perjalanan menuju ke kota Melaka. Di sini juga ada banyak tarikan pelancongan seperti Zoo Melaka, Taman Botani, Taman Mini Asean, Muzium Orang Asli dan berbagai-bagai lagi. Memandangkan tema percutian kami ke Melaka ini adalah Historical Malacca, destinasi kami cuma Banda Hilir di Bandaraya Melaka. Lawatan ke tarikan-tarikan pelancongan di Ayer Keroh tidak termasuk dalam itinerari kami. Mungkin di lain kali saja.

Ayer Keroh
Selamat Datang Ke Melaka
Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia kerana banyak sejarah negara kita bermula di Melaka.
Bendera Negeri Melaka berkibar megah
Zoo Melaka
Pantun Melayu yang menyambut kedatangan pengunjung ke Negeri Melaka
Tiang bendera di Dataran Sejarah Ayer Keroh
Dataran Sejarah Ayer Keroh
Sirih Pulang Ke Gagang
Sebuah Arca menarik
Replika Meriam
Lebuhraya baru yang sedang dalam pembinaan

Part 3: Hatten Place Hotel, Melaka

Setibanya di bandaraya Melaka, kami terus menuju ke hotel penginapan kami, Hatten Place Hotel. Hotel bertaraf 5 bintang ini terletak di Melaka Raya, di dalam sebuah bangunan yang turut mengandungi sebuah shopping mall yang bernama Elements Mall dan Hotel Doubletree By Hilton.

Hatten Place Hotel
Nak tahu bagaimana kami end up menginap di sini? Semuanya berlaku secara tak sengaja. Sebelum ini ketika berkunjung ke Melaka atas urusan kerja, Myself menginap di Equatorial Hotel yang terletak dekat dengan kawasan sejarah kota Melaka. Ketika itu terpandang ada sebuah hotel bernama Hatten Hotel dekat dengan Hotel Equatorial itu.

Bila kami merancang nak bercuti ke Melaka, kami pun carilah di booking engine nak menginap di Hatten Hotel. Kebetulan ketika itu ada offer rate penginapan yang menarik di Hatten Place Hotel di booking engine itu. Ingatkan Hatten Place dengan Hatten Hotel itu hotel yang sama. Tak tahu pulak yang rupanya kedua-duanya adalah hotel yang berlainan. Dah terbook ke situ, terus sajalah kita menginap di Hatten Place.

Tempat parking hotel ini berkongsi dengan Elements Mall dan Hotel Doubletree By Hilton
Pintu masuk ke Hatten Place Hotel dari parking
Bila masuk ke dalam hotel, kami betul-betul tak menyangka yang hotel ini adalah sebenarnya sebuah hotel mewah. Maklum sajalah, hotel ini kami booking menggunakan search engine Agoda. Harga yang ditawarkan untuk penginapan selama 2 malam juga adalah mampu milik. 

Wahh... Kagum melihat kemewahan lobi Hatten Place ini.
Beratur menunggu giliran nak check-in ke hotel
Mendaftar masuk ke bilik
Bumbung transparent di lobi hotel
Salah sebuah ruang menunggu di lobi hotel
Lobi pendaftaran Hatten Place terletak di Tingkat 12. Ada dua lobi lif yang berasingan menuju ke Car Park dan bilik-bilik penginapan.

Lobi lif ke bilik penginapan
Bilik kami terletak di Tingkat 32.
Bilik penginapan kami
Teh dan Kopi percuma
Flat Screen TV yang asyik melalak bila kita masuk ke bilik.
Tilam dan bantal yang memang best. Nampak tak dinding bilik airnya yang dibuat dari kaca dan see-through?
Bilik di Hatten Place ini memang selesa. Bantal dan tilam yang disediakan juga best. Cuma dinding bilik airnya saja kaca yang see-through. Tapi tak apa, ada tirai disediakan pada dinding kaca ini. Bila tirai dipasang, bayang pun tak nampak ke dalam bilik air ini.

Pemandangan dari bilik kami. Ada kerja tambakan laut tengah dilaksanakan di sana.
Satu lagi pemandangan dari bilik hotel
Lepas dah check-in dan menunaikan solat jamak Zohor dan Asar, kami memulakan eksplorasi kami ke Bandaraya Melaka Bersejarah. Walaupun hotel ini memang best segala-galanya, ada satu kekurangan menginap di sini ~ kedudukan hotel yang agak jauh dari pusat sejarah Melaka yang dinamakan Banda Hilir. Tapi taklah jauh sangat sebenarnya, hanya 10 minit perjalanan berkereta. Bagi perjalanan pertama ini, kami memilih untuk naik teksi ke Dataran Pahlawan.

Food Truck di depan hotel
Pintu masuk ke Hatten Place Hotel dari tingkat bawah. Dari sini ada lif express untuk naik ke Lobi Pendaftaran Hotel yang terletak di Tingkat 12.
Hatten Place Hotel

Part 4: Taman Bunga Merdeka

Tempat persinggahan kami yang pertama di Melaka adalah sebuah taman berhampiran pusat sejarah Melaka yang dinamakan Taman Bunga Merdeka. Taman yang pada asalnya dinamakan Coronation Park ini dibina oleh British pada tahun 1953 untuk memperingati pertabalan Queen Elizabeth II sebagai Ratu Inggeris.

Taman Bunga Merdeka
Bunga-bungaan yang cantik di Taman Bunga Merdeka
Taman ini adalah satu-satunya kawasan hijau yang terdapat di Banda Hilir
Sebelum masuk ke dalam taman, kita singgah dulu di sebuah Food Truck untuk membeli kuih Keria Melaka yang famous itu. Kuih ini dijual dalam 2 versi: Gula Biasa ataupun Gula Melaka. Bila dah tiba di Melaka, mestilah kita beli yang versi Gula Melaka.

Food Truck yang menjual Kuih Keria Melaka
Membeli Kuih Keria Melaka
Kuih Keria Melaka dijual dalam dua versi: Gula Melaka (kiri) dan Gula Biasa (kanan)
Seperti Pulau Pinang yang kami lawati di awal tahun ini, Melaka juga kaya dengan sejarah. Namun jika Pulau Pinang kaya dengan sejarah penjajahan British, Melaka pula kaya dengan sejarah penjajahan Portugis dan Belanda yang telah bertapak di Malaysia jauh lebih awal berbanding British. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ini, Melaka adalah sebuah Kerajaan Kesultanan Melayu yang kuat di Nusantara. Sungguhpun Melaka kini hanya merupakan sebuah negeri kecil yang tak mempunyai raja di Malaysia sekarang, kekuasaan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketika itu meliputi seluruh Semenanjung Malaysia dan sebahagian dari Pulau Sumatera di Indonesia.

Resilient Cities Asia-Pacific 2016
Ada banyak pokok rimbun di Taman Bunga Merdeka
Satu ketika dulu, Taman Bunga Merdeka ini terletak di tepi laut. Namun projek-projek tambakan laut telah menyebabkan taman ini terletak semakin jauh ke daratan. Mengikut rekod sejarah, kerja-kerja penambakan laut telah dimulakan sejak tahun 1939 oleh British sewaktu mereka menjajah Melaka. Jadi tidak hairanlah jika terdapat beberapa landmark di taman ini yang menggambarkan kedudukannya yang seolah-olah terletak di tepi laut seperti City Cross dan jajaran Kota Melaka Lama. 

CITY CROSS

City Cross adalah sebuah salib yang didirikan di tengah-tengah Taman Bunga Merdeka. Salib ini menandakan tempat di mana mubaligh Kristian Portugis, St. Francis Xavier menjejakkan kakinya buat pertama kali di bumi Melaka pada tahun 1545.


City Cross
Pemandangan lebih dekat City Cross
Salib yang asal di sini telah didirikan oleh Orang Portugis untuk menandakan tempat pendaratan St Francis Xavier di Melaka.
Mengikut rekod sejarah, salib yang asal telah didirikan oleh orang Portugis di sini sebagai penghormatan kepada St Francis Xavier yang merupakan seorang mubaligh Kristian yang sangat dihormati pada masa itu. Batu di dasar salib ini yang dipercayai sebagai tempat St Francis Xavier berpijak ketika itu dikatakan tidak pernah tenggelam walau di waktu air pasang kerana sumpahan dari saint ini.

Salib ini didirikan di atas batu tempat St Francis Xavier berpijak sewaktu beliau mendarat di Melaka pada tahun 1545.
Batu St Francis Xavier ini dikatakan tidak pernah tenggelam walau di waktu air pasang kerana telah disumpah oleh beliau.
Papan keterangan mengenai City Cross.
Kita duduk sebentar di taman yang indah ini sambil memakan Kuih Keria Melaka yang baru dibeli tadi...

Plak perasmian Taman Bunga Merdeka pada 4 Januari 2004 oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu.
Kuih Keria Melaka
Pemandangan yang indah dan menyegarkan mata.

LANG RAJAWALI

Selain menjadi taman untuk berehat dan berekreasi, Taman Bunga Merdeka juga berfungsi sebagai sebuah Muzium Pengangkutan terbuka. Ada pelbagai kenderaan lama yang dipamerkan di taman ini lengkap dengan penerangan mengenai setiap satunya.

Salah sebuah kenderaan yang dipamerkan di sini ialah sebuah kapalterbang lama berkipas dari jenis Scottish Aviation Twin Pioneer CC MK 1. Kapalterbang ini yang dinamakan Lang Rajawali adalah kapalterbang pertama milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang ditubuhkan pada bulan Januari 1962.

Lang Rajawali
Lang Rajawali adalah kapalterbang pertama milik Tentera Udara Diraja Malaysia
Pemandangan lebih dekat Lang Rajawali

TUGU PERANG SUNGAI UJONG

Berdekatan dengan kapalterbang Lang Rajawali ini ada sebuah Tugu Peringatan Perang yang didirikan oleh British untuk memperingati anggota tentera mereka yang terkorban dalam Perang Sungai Ujong dalam tahun 1875-1876. Perang ini terjadi bila ketua-ketua Melayu yang bersengketa mengenai cukai perlombongan bijih timah ketika itu menjemput British mencampuri urusan tersebut. Perang ini jugalah yang memulakan penjajahan British ke Negeri Sembilan yang terletak di sebelah Negeri Melaka. Negeri Sembilan bersama Perak, Selangor dan Pahang kemudiannya membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah pemerintahan British.

Tugu Peringatan Perang berhampiran Lang Rajawali.
Pemandangan lebih dekat Tugu Peringatan Perang
Tugu ini didirikan oleh British sebagai peringatan kepada anggota tentera mereka yang terkorban dalam peperangan dengan Orang Melayu di Sungai Ujong pada tahun 1875-1876.
Tiga dari 4 muka Tugu Peringatan Perang ini ditandakan dengan simbol tiga agama yang dianuti oleh anggota tentera Kerajaan British ketika itu: Islam (kiri), Gurkha (tengah) dan Kristian (kanan).
Berdekatan tempat ini juga ada sebuah kereta bomba lama yang berwarna kuning.

Kereta bomba lama
Pemandangan kereta bomba lama dari sisi.

JAJARAN KOTA MELAKA

Sewaktu Portugis datang menjajah, mereka telah membina sebuah kota mengelilingi Melaka. Namun kota ini tak dapat lagi dilihat sekarang kerana telah dimusnahkan oleh British ketika mereka mengambilalih kuasa dari Belanda yang datang selepas Portugis.

Beginilah rupa kota Melaka pada ketika itu. Ada pintu masuk utama (Porta Santiago) yang menghadap ke sungai dan beberapa buah kubu tempat pemerhatian yang dibina di lokasi-lokasi strategik. Kubu-kubu kecil di penjuru kota ini dinamakan sebagai Bastion.

Lukisan lama kota Melaka yang dibina oleh Orang Portugis (Sumber: Website Malaysia Traveller).
Kerja-kerja penggalian telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara untuk mengesan kembali kedudukan kota bersejarah ini. Hasil usaha yang dijalankan telah menemui beberapa kubu dan jajaran tembok kota lama tersebut yang mana salah sebuah di antaranya ialah Bastion Maurits yang terletak di Taman Bunga Merdeka ini.

Tapak Bastion Maurits
Sebahagian Bastion Maurits yang berjaya ditemui semula oleh Jabatan Warisan Negara.
Kesan-kesan runtuhan
Kenapalah British dulu dengki sangat kepada Portugis sampai hancur kota ini diruntuhkan sedangkan mereka mengambil alih kuasa dari Belanda?
Sebahagian jajaran kota Melaka yang ditemui.
Pemandangan lebih dekat tapak binaan kota Portugis yang ditemui.
Bandaraya Melaka juga terkenal dengan pengangkutan becanya. Beca-beca yang dikayuh pemandu ini turut dihias dengan tema-tema tertentu. Antara tema popular yang kami perhatikan adalah Hello Kitty, Pikachu dan Baby Shark. Muzik yang kuat turut dimainkan oleh beca-beca ini sewaktu ia bergerak. Kalau dah letih dan tak larat lagi nak berjalan, beca mungkin boleh membantu mengeksplorasi kawasan bersejarah ini.

Beca-beca fancy untuk disewa di Taman Bunga Merdeka

LOKOMOTIF SUNGAI LUKUT

Kita teruskan eksplorasi ke Taman Bunga Merdeka dengan melawat sebuah lokomotif lama milik Keretapi Tanah Melayu (KTM). Lokomotif lama ini yang dinamakan Sungai Lukut dibina di Jepun pada tahun 1965.


Lokomotif lama milik Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Lokomotif ini dibina di Jepun pada tahun 1965
Sungai Lukut
Selain lokomotif ini, ada juga sebuah gerabak keretapi lama yang dipamerkan. Gerabak ini kini berfungsi sebagai sebuah kedai cenderamata.

Gerabak keretapi lama
Gerabak keretapi lama ini kini berfungsi sebagai sebuah kedai cenderamata.
Dekat gerabak keretapi lama ini juga, ada sebahagian lagi kesan kota lama Melaka yang ditemui. Tembok kota yang terbenam di dalam tanah ini telah ditumbuhi akar pokok besar.

Jajaran tembok Kota Melaka berhampiran Lokomotif dan Gerabak KTM.
Pemandangan lebih dekat kesan tembok kota yang ditemui
Kesan runtuhan tembok kota
Meriam lama
Tak tahu meriam ini siapa yang punya ~ Portugis, Belanda ataupun British ?
Kesan logo mahkota pada meriam.

REPLIKA KERETA LEMBU

Di samping pengangkutan-pengangkutan yang dianggap moden, ada juga replika kereta lembu tradisional yang dipamerkan di taman ini. Inilah kenderaan utama yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu. Pada ketika itu, rasa bangga pemilik kereta lembu sama seperti rasa bangga seorang pemilik kereta sports mewah pada hari ini.

Masa kita melawat ke kawasan taman ini sekitar tahun 1980-an dulu, ada kereta lembu yang boleh disewa oleh pelancong untuk bersiar-siar di sekitar taman. Tapi kini yang tinggal hanyalah replika kereta lembu yang dibina dari batu ini.

Kereta Lembu dari Melaka
Pemandangan kereta lembu dari sisi
Pemandangan kereta lembu dari depan

 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):