Thursday, 28 October 2010

2010 EGYPT BHG. 01 (Cairo 1)

Oktober 2010

EGYPT
Cairo & Alexandria 

Bahagian 1 : Cairo (1)
MODERN & ANCIENT CAIRO

Part 1 : Kuala Lumpur - Dubai - Cairo 

Perjalanan ke Cairo adalah bagi berkursus bersama beberapa staff lain dari pejabat selama 2 minggu. Dari KLIA, kami berlepas ke Dubai menggunakan penerbangan Malaysia Airlines.

Bertolak lewat tengah malam, penerbangan ke Dubai selama 7 jam agak kurang selesa kerana kami mendapat tempat duduk berdekatan dengan dapur pesawat.  Kami tiba di Dubai pada awal pagi. Airport di Dubai agak sunyi dan sepi pada ketika ini.

Airport di Dubai yang sunyi dan sepi di awal pagi. Ramai penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan mengambil kesempatan tidur di kerusi Lapangan Terbang.
Menunggu penerbangan sambungan ke Cairo.
Penerbangan sambungan kami dari Dubai ke Cairo adalah menggunakan Egyptair. Selain dari kami, ada beberapa penumpang lain dari Malaysia yang juga menaiki pesawat yang sama. Anehnya, bila melalui pemeriksaan di Boarding Gate, semua passport rakyat Malaysia ditahan. Agak merisaukan kerana semua penumpang lain telah naik kapalterbang, cuma rakyat Malaysia sahaja yang ditahan. Kami kemudiannya mendapat tahu yang pada hari sebelumnya, ada seorang penumpang ditahan di Cairo kerana menggunakan passport palsu Malaysia. Oleh itu, pihak berkuasa di Lapangan Terbang Dubai dipersalahkan dan kerana itulah mereka amat teliti terhadap penumpang yang menggunakan passport Malaysia.

Penerbangan Egyptair dari Dubai ke Cairo pula memakan masa 3 jam. Penerbangan ini amat lancar dan hampir tiada gegaran. Mungkin ia begitu kerana di Timur Tengah ni tak banyak awan macam di Malaysia.


Peta laluan penerbangan dari Dubai ke Cairo dalam pesawat Egyptair
Penerbangan dari Dubai ke Cairo
Setibanya di ruang udara Cairo, Myself memerhatikan bahawa bangunan di bandar tua ini benar-benar bagaikan kotak. Semakin dekat dengan Lapangan Terbang Cairo, Sungai Nil muncul dalam pandangan.

Semenanjung Sinai
Cairo dah muncul dalam pandangan
Pemandangan Bandaraya Cairo dari udara
Pemandangan Sungai Nil dari udara
Pesawat Egyptair tiba di Lapangan Terbang Cairo pada sebelah pagi. Tiada airbridge di Lapangan Terbang ini, jadi semua penumpang dibawa ke Terminal menggunakan bas.

Menaiki bas ke bangunan Terminal
Senibina bangunan Lapangan Terbang Cairo amat kena dengan suasana padang pasir di sekeliling airport.
Egyptair
Di Airport Cairo, seorang staff penganjur kursus telah sedia menanti. Dengan menggunakan 2 buah van, kami bergerak ke Hotel Novotel El Borg di bandaraya Cairo.

Pemandangan di luar bangunan Lapangan Terbang Cairo
Kesesakan dalam perjalanan dari Airport menuju ke hotel penginapan.
Perumahan mewah di Cairo
Banyak teksi di Cairo tak mempunyai penghawa dingin.
Kawasan perumahan moden di Cairo.

Part 2: Novotel El Borg Cairo

Venue kursus serta penginapan kami adalah di Hotel Novotel El Borg. Hotel ini bertaraf 4 bintang dan terletak di sebelah Sungai Nil.

Pemandangan Hotel Novotel Elborg dari Sungai Nil
Kami diberitahu bahawa semua fasiliti di hotel ini bertaraf 5 bintang. Namun demikian, Kerajaan Mesir enggan memberikan pengiktirafan 5 bintang kepada hotel ini kerana pengurusan hotel enggan menjual arak di premis mereka.

Pemandangan Sungai Nil dari bilik hotel. Inilah sungai yang sama di mana Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya untuk menyelamatkan beliau dari dibunuh oleh Firaun pada masa dahulu.
Taman awam yang indah di hadapan Hotel Novotel, di tebing Sungai Nil.
Sarapan pagi di Novotel Elborg

Part 3 : Cairo 

Tak ramai orang yang tahu bahawa Mesir sebenarnya terletak di benua Afrika dan Cairo adalah bandar terbesar di  benua itu. Setiap hari selepas berkursus, kami akan keluar exploring bandar Cairo.

Nadi bandar Cairo adalah Dataran Tahrir yang boleh dikatakan sebuah roundabout yang sangat besar. Jalan-jalan di Cairo semuanya bagai bertumpu di sini.
Jalan raya di Cairo amat sibuk dan bising kerana pemandunya amat gemar membunyikan hon. Cukup susah nak melintas jalan di Cairo kerana pemandu di sini tak memberi peluang langsung kepada pejalan kaki.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Cairo ialah bagaimana setiap kali hendak melintas jalan, kami terpaksa menggunakan "Human Shield" (menumpang berlindung di sebalik penduduk tempatan yang juga hendak melintas jalan).


Seperti orang Arab tipikal, pemandu di Cairo ramai yang menggunakan kenderaan yang buruk dan lama di jalan raya. Bak kata seorang rakan, mereka tak kisah kalau kereta mereka rosak, asalkan hon masih berfungsi.
Jambatan melintasi Sungai Nil berhampiran Hotel Novotel el Borg. Kami akan berjalan melintasi jambatan ini setiap kali hendak ke pusat bandar Cairo.
Sungai Nil yang membelah Cairo
Sewaktu hari pertama di Cairo, kami makan di Restoran MacDonald's ini yang terletak berhampiran American University.
Talaat Harb Street adalah kawasan membeli-belah yang selalu kami kunjungi di Pusat Bandar Cairo
Rekabentuk bangunan di Talaat Harb Street membuatkan kita merasa seolah-olah berada di Eropah.
Suasana malam di Talaat Harb Street

Part 4: Cairo Tower

Cairo Tower terletak di belakang hotel penginapan kami. Pada suatu hari selepas kelas tamat, kami beramai-ramai berjalan kaki ke sana.

Cairo Tower
Bergambar ramai di depan pintu masuk ke Cairo Tower.
Penjaga lif di Cairo Tower. Lif naik ke atas menara ini bergoyang-goyang, macam rasa tak selamat je menggunakannya...
Pemandangan Hotel Novotel El Borg dari Cairo Tower
Jika anda pernah berkunjung ke Cairo, anda pasti tahu betapa teruknya traffic jam di bandar ini. Kesesakan jalan raya di Cairo jelas kelihatan dari Menara Cairo
Bergambar dengan staff yang memakai pakaian tradisional Mesir di atas Cairo Tower. Sijil yang dipegang (dibeli sebenarnya) diperbuat dari kertas papyrus yang tertera di atasnya nama kita yang ditulis dalam tulisan Mesir Purba (Hieroglyph). Sijil itu juga menulis ramalan masa depan berdasarkan nama kita dalam tulisan Mesir Purba.

Part 5: Khan Al-Khalili

Khan Al-Khalili adalah sebuah souk (pasar) di Kota Lama Cairo. Kalau datang ke sini, pemandangan pertama yang kita jumpa adalah sebuah masjid besar. Masjid ini bernama Masjid Al-Hussain, sempena nama cucu Nabi Muhammad s.a.w.

Masjid Hussain di Khan Al-Khalili
Pemandangan Masjid Hussain dari Pasar Al-Khalili
Myself dan rakan-rakan pernah bersolat di masjid ini dan pengalaman bersolat di sini berbeza sungguh dengan solat di masjid-masjid Malaysia. Nak tahu mengapa? Dalam masjid ini cuma ada ruang solat, tempat ambil wuduk pun tak ada. Tapi masalah tak ada tempat ambil wuduk ini juga Myself experience di masjid-masjid lain yang pernah dikunjungi di Egypt. Tak tahu mengapa mereka tak nak buat tempat wuduk dalam kawasan masjid.

Tempat berwuduk di Masjid Hussain ni nampaknya di"privatise" kat sebuah kedai dalam Khan Al-Khalili. Masa bersolat di sini, kami terpaksa berwuduk di sebuah kedai yang terletak beberapa blok dari Masjid. Kalau tak salah, kedai ni juga tak jual barang lain, cuma memberi perkhidmatan tempat wuduk dan tandas. Nak menjaga wuduk waktu bergerak balik ke Masjid juga agak mencabar sebab pasar Al-Khalili ni (dan juga Cairo secara amnya) memang sesak dengan manusia.


Pemandangan dalam Masjid Hussain di Khan Al-Khalili
Bukan sekadar tempat ambil wuduk diswastakan, tempat letak kasut juga begitu. Rak-rak kasut disediakan di pintu masuk masjid, tapi untuk menggunakannya perlu membayar kepada tukang penjaga kasut ni. Yang menjaga kasut pulak bukannya seorang. Kalau dibayar tip kepada seorang, yang seorang lagi pun akan minta tip juga.

Makam Saidina Hussain di dalam Masjid Al-Khalili
Di dalam masjid ini terdapat makam Hussain, cucu Nabi Muhammad saw.  

Souk di Al-Khalili menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kain, rempah-ratus, cenderamata dan barang-barang kemas. Pemandangan di sini tak ubah seperti dalam cerita Arabian Nights.

Pasar jualan di Khan Al-Khalili
Orang Arab suka minum kopi. Maka di Khan Al-Khalili ini juga terdapat banyak kedai kopi.

Kedai kopi di Khan Al-Khalili sentiasa ramai dengan pengunjung terutama di waktu malam.

Suasana malam di Khan Al Khalili
Mungkin disebabkan cuaca yang panas di sebelah siang, suasana malam di Khan Al Khalili lebih meriah berbanding di waktu siang.
Pemandangan di sebuah kedai di Khan Al Khalili
Polis Pelancong di Cairo yang berpakaian uniform serba putih.

Part 6: City Stars Centre

Shopping Mall terbesar di Cairo bernama City Stars Centre. Kami pernah berkunjung ke sini pada satu malam.

Pemandangan City Stars Shopping Mall di Cairo dari luar.
Pintu masuk ke City Stars. Semua pengujung perlu melalui pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke pusat membeli-belah ini.
Pemandangan di dalam City Stars Shopping Mall
Suasana Food Court di City Stars
Shopping mall ni sama saja dengan mega mall di mana-mana. Cuma untuk masuk ke shopping mall ini, kita terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan macam nak naik kapalterbang kat airport. 

Part 7: Nile River Cruise

Satu aktiviti yang sempat kami sertai di Cairo ialah mengikuti Nile River Cruise. Di sepanjang Sungai Nil, terdapat banyak bot cruise dan restoran terapung.

Cruise yang kami ikuti adalah Maxim Nile Cruise di mana makan malam dan persembahan kebudayaan diadakan di atas bot cruise.


Bot Maxim Nile Cruise sedang berlabuh
Pemandangan malam bandar Cairo dari Nile River Cruise
Makan malam di atas bot cruise
Persembahan Whirling Dancer
Penari Gelek

Part 8 : Ancient Cairo Tour 

Pada hujung minggu, Prof Bassel bermurah hati mengaturkan sesi lawatan untuk kami ke tempat-tempat yang menarik di Cairo selama 2 hari berturut-turut. Tema lawatan hari pertama adalah Ancient Cairo.

PIRAMID DI GIZA

Simbol Kerajaan Mesir Purba adalah Piramid yang terletak di Giza, kira-kira 1 jam perjalanan dari Cairo.

Pemandangan Sungai Nil dalam perjalanan ke Giza
Lebuhraya dari Cairo ke Giza
Tiba di Giza, maka ternampaklah pemandangan pertama Piramid.

Membelok masuk ke kota Giza
Kota Giza
Menunggang keldai di tepi terusan (ke sungai ni??)
Mesir mempunyai berpuluh-puluh piramid di serata tempat di negara itu dan piramid terbesar terletak di sini. Orang Mesir memanggil piramid ini sebagai Khufu, manakala orang putih memanggilnya dengan nama yang diberi oleh orang Greek pada masa dahulu, Cheops.

Pemandangan Piramid dari pekan Giza. Amboi, besarnya!!
Piramid adalah struktur binaan manusia paling tinggi di dunia sehinggalah Menara Eiffel dibina di Paris pada tahun 1889. 

Piramid adalah makam raja dan ia dibina pada masa seseorang raja itu masih memerintah. Tidak seperti yang sering diperkatakan bahawa piramid ini dibina oleh hamba-hamba abdi, piramid-piramid ini sebenarnya dibina oleh buruh-buruh yang dibayar gaji.

Pejabat jualan tiket untuk masuk ke Kompleks Piramid
Dari pejabat tiket, kita perlu berjalan mengikut laluan pejalan kaki ini ke piramid di tengah-tengah terik matahari padang pasir.
Laluan pejalan kaki ke Piramid
Piramid adalah salah satu dari 7 keajaiban dunia purba. Ia dikunjungi oleh pelancong dari serata dunia.
Semua pengunjung akan mendaki sebahagian piramid mengikut laluan sehala yang disediakan. Kita sengaja posing dekat batu piramid untuk menunjukkan betapa besarnya bongkah batu binaan ini.
Naik dari sebelah sana dan turun di sebelah sini
Bahagian atas laluan ini (kira macam puncak tanggalah) adalah pintu masuk ke dalam piramid. Namun begitu, pengunjung perlu membeli tiket berasingan sekiranya ingin masuk ke dalam.
Pemandangan pintu masuk ke dalam piramid dari dekat. Kalau tak salah cuma 100 pengunjung sahaja sehari dibenarkan masuk ke dalam piramid ni.
Pemandangan dari atas piramid.
Disebabkan ketinggiannya, kita tak dapat melihat puncak piramid dari atas "tangga" ini.
Pada tempat-tempat tertentu pada binaan piramid ini, kelicinan potongan batu yang memberikan bentuk piramid yang kita kenali masih jelas kelihatan
Simen yang melekatkan batu-batu piramid - masih okey sehingga sekarang.
Hanya raja sahaja yang mendapat penghormatan untuk dikebumikan di dalam piramid. Ahli-ahli keluarga lain dan pembesar-pembesar negara dikebumikan di dalam bangunan-bangunan rendah di sekitar piramid.

Perasan tak yang mayat-mayat raja bila dijadikan mumia tangannya disilang atas dada? Sebenarnya itu juga satu penghormatan untuk raja. Bagi kerabat diraja dan pembesar, mereka dimumiakan dengan kedua-dua tangan diletakkan di sisi.


Mastaba - tempat pengkebumian ahli-ahli keluarga diraja dan pembesar-pembesar negara Mesir Purba.
Ada sebuah tempat Panorama Area yang disediakan di kompleks piramid ini di mana kita dapat melihat pemandangan keseluruhan Pyramids of Giza.

Panorama Area di Pyramids of Giza
Pemandangan keseluruhan Pyramids of Giza dari Panorama Area. Piramid terbesar Kufu adalah di belakang (sebelah kiri sekali, tapi kelihatan macam tak tinggi dari sini). Perhatikan permukaan piramid yang rata di puncaknya. Pada masa dahulu, seluruh binaan piramid adalah rata dengan plaster seperti yang hanya dapat dilihat pada puncak piramid pada masa sekarang.
Naik unta di Panorama Area. Kita tak pakai kasut sebab takut kasut jatuh masa unta ini berjalan. Kasut disimpan dalam poket di perut unta.
Pemandangan dari atas unta
Unta untuk tunggangan di Giza
Satu aktiviti yang suka dilakukan oleh pengunjung ke piramid adalah menaiki unta. Namun begitu, pengalaman keseronokan naik unta ini selalu saja tercemar dengan sikap pengusaha unta yang memaksa pengunjung membayar tip kepada mereka. Selalunya pengunjung naik unta berkumpulan, dan ahli kumpulan yang terakhir tidak akan dibenarkan turun dari unta selagi tip tak diberi kepada mereka oleh ahli kumpulan yang lain.

Barang-barang cenderamata yang dijual di Panorama Area
Bergambar kenangan dengan unta

SPHINX

Lawatan seterusnya ialah ke Great Sphinx atau nama Arabnya, Abu Al-Hol.

Menuju ke Great Sphinx
Pemandangan sewaktu meninggalkan kawasan piramid menuju ke Great Sphinx.
Pengunjung yang memilih naik unta dan kuda menuju ke Sphinx.
Kalau datang dari arah piramid, kita sebenarnya datang dari arah belakang Sphinx.
Sphinx adalah sebuah binaan yang mempunyai kepala seperti manusia manakala badannya pula berbentuk seperti seekor singa. Tujuan sebenar pembinaan Sphinx ini tidak diketahui sehingga sekarang.

Mengikut lagendanya, Sphinx adalah penjaga Piramid
Dalam Bahasa Arab, Sphinx dipanggil Abu Al-Hol yang bermaksud "Father of Terror". Menurut lagendanya, Sphinx adalah penjaga piramid yang suka memberi teka-teki kepada pengembara di padang pasir. Mana-mana pengembara yang tak dapat meneka dengan betul akan dibunuh oleh Sphinx ini.

Sphinx sebenarnya mempunyai janggut. Janggut tersebut telah dipotong oleh orang British sewaktu mereka menjajah Mesir dan kini disimpan di British Museum di London.
Di sekeliling Sphinx ada dibina laluan pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki yang dibina di sekeliling Sphinx
Pemandangan dekat Sphinx dari laluan pejalan kaki.
Pemandangan suasana di laluan pejalan kaki yang mengelilingi Sphinx
Pemandangan Sphinx dari arah belakang.
Di bawah Sphinx pula ada kuil Mesir Purba di mana mayat-mayat raja diawet untuk dijadikan mumia sebelum disimpan di dalam Piramid. Ada terowong dari kuil ini ke Piramid tetapi ia tidak dibuka kepada orang awam.

Kuil di bawah Sphinx di mana mayat raja diawet untuk dijadikan mumia.
Terowong dari kuil ke piramid ~ tidak dibuka kepada orang awam.
Sebelum meninggalkan kawasan Piramid, kami makan tengahari di restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di sini. Kami diberitahu, restoran KFC ini terjamin kebersihannya kerana makanan dimasak menggunakan air paip yang bersih. Sesetengah restoran di Mesir menggunakan sumber air telaga dan sering menyebabkan pengunjung sakit perut bila makan makanan di situ.

Menunggu hidangan di KFC Piramid Giza.

Part 9: Melawat Kilang Permaidani

Selepas meninggalkan Sphinx, kami dibawa ke sebuah kilang permaidani. Sepanjang perjalanan kami perhatikan rumah-rumah orang Mesir ni semua nampak macam bangunan tak siap.

Dari cerita yang kami dengar rumah-rumah ini sengaja dibuat macam tak siap oleh tuan rumah untuk mengelak dari membayar cukai pintu kepada Kerajaan. Tak tahulah sama ada cerita ni betul atau sebaliknya.

Rumah-rumah kediaman yang sentiasa kelihatan macam belum siap.
Macam tak selamat je nak tinggal di dalam rumah begini.
Menurut pemilik kilang permaidani yang kami lawati, kilang-kilang permaidani seperti ini sering dikecam oleh orang Barat kerana menggunakan buruh kanak-kanak. Bagi pemilik kilang, mereka hanya membantu dengan memberikan pekerjaan kepada kanak-kanak tersebut yang rata-ratanya datang dari keluarga miskin.

Kilang permaidani di Giza
Proses pembuatan permaidani masih dilakukan menggunakan tangan
Hanya beli permaidani kecil di sini sebagai cenderamata. Kebanyakan permaidani yang dijual berharga lebih USD 1,000.

Part 10: Khurasan Street

Mesir juga terkenal dengan pakaian yang dibuat dari kain kapas. Selepas meninggalkan Kilang Permaidani kami dibawa singgah ke sebuah kawasan yang terkenal dengan kedai-kedai pakaiannya. Kawasan ini bernama Khurasan Street.


Khurasan Street yang mempunyai banyak kedai pakaian di sini.
Bergambar kenangan di Khurasan Street.

Part 11: Pusat Kertas Papyrus

Antara ciptaan orang Mesir Purba yang sangat bermanfaat kepada manusia sejagat adalah kertas.  Kertas pertama di dunia dibuat dari kulit batang sejenis pokok yang dinamakan Papyrus.

Pusat kertas papyrus di Giza
Lukisan-lukisan papyrus
Pokok papyrus
Demonstrasi proses membuat kertas papyrus
Di sini juga kami diberi penerangan mengenai lukisan Mesir Purba yang terkenal - The Final Judgement - yang banyak dilukis semula di atas kertas papyrus.

Lukisan "The Final Judgment" yang dilukis atas kertas papyrus
Lukisan ini menunjukkan Firaun yang baru saja mati sedang ditimbang hatinya berbanding dengan bulu burung. Kalau hati Firaun lebih berat berbanding bulu burung, maknanya dia seorang yang mulia semasa hidupnya dan dijemput menyertai dewa-dewa. Kalau bulu burung lebih berat dari hati Firaun, hati ini akan dimakan oleh Anubis (dewa berkepala anjing yang membuat timbangan) dan nama Firaun ini tidak akan dikenali oleh Dewa-Dewa.

Tak sangka orang Mesir Purba juga percaya kepada neraca amalan selepas mati.



Bersambung ke Bhg. 2... 

CATATAN PERJALANAN EGYPT (2010):