Saturday, 28 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 28 (Gyeongbokgung Palace 2)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 28: Seoul Tour
SEOUL (Gyeongbokgung Palace 2)

HARI KETUJUH (2)

Part 73: Gyeongbokgung Palace (2)

SECTION 3: KEDIAMAN DIRAJA

Gyeongbokgung Palace tidak hanya berfungsi sebagai pusat pemerintahan Raja Joseon Dynasty pada masa dahulu. Ia juga adalah kediaman rasmi keluarga diraja. Oleh yang demikian, selepas melawat bangunan-bangunan pentadbiran, kita melawat pula ke kawasan kediaman keluarga diraja.

Tembok yang memisahkan kawasan pentadbiran dengan kediaman keluarga diraja
Pintu masuk ke kediaman diraja
Jom masuk ke dalam...
Ada selapis bangunan yang perlu dilalui sebelum sampai ke kediaman raja. Bangunan ini didiami oleh pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi pengawal dan pelayan raja.
Bangunan kediaman raja dinamakan Gangnyeongjeon Hall. Bangunan ini terletak paling hampir dengan Geungjeonjeon Hall yang merupakan bangunan di mana raja bertakhta untuk memudahkan raja berulang-alik ke sana.

Gangnyeongjeon Hall yang merupakan bilik kediaman raja
Gangnyeongjeon Hall terdiri dari 9 buah bilik. Bilik tidur raja terletak di tengah dengan dikelilingi 8 bilik yang didiami oleh para dayang yang sentiasa bersedia melayan kehendak raja apabila diperlukan. Bilik Raja tidak hanya menjadi tempat tidur baginda. Di sini jugalah Raja akan mentelaah pelbagai ilmu. 

Mengikut kepercayaan orang Korea tradisional, Raja-Raja Joseon ditakdirkan untuk memerintah dunia dan perlu membimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh itu Raja perlu mempelajari pelbagai ilmu untuk menjadi seorang yang terpelajar. Bilik tidur raja juga tidak dilengkapi dengan sebarang perabot besar untuk mengelakkan pembunuh upahan dari bersembunyi di belakang almari dan kabinet. 

Pemandangan bilik tidur raja dari sisi
Bangunan di sekeliling bilik tidur raja yang didiami oleh pengawal dan pegawai-pegawai istana
Bergambar di depan bilik pengawal istana
Raja Joseon yang dianggap paling berkuasa dan paling berjasa adalah King Sejong. Selain mencipta sistem tulisan Bahasa Korea, dia juga sangat berminat dengan ilmu astronomi dan pertanian. Heumyeonggak Pavilion adalah bangunan yang dibina oleh King Sejong untuk melaksanakan kajian dan pemerhatian dalam kedua-dua bidang tersebut. Bangunan ini dibina berhampiran bilik tidur raja (Gangnyeongjeon Hall) untuk memudahkan King Sejong berulang-alik membuat kajian.

Heumyeonggak Pavilion
Pandangan Heumyeonggak Pavilion dari sisi
Pemandangan dari Heumyeonggak Pavilion
Mengikut Clara mengintai ke dalam Heumyeonggak Pavilion
 Takhta Raja di dalam Heumyeonggak Pavilion 
Pandangan lebih dekat takhta Raja di dalam Heumyeonggak Pavilion
Siling Heumyeonggak Pavilion 
Pandangan takhta Raja dari depan
Lukisan di belakang takhta Raja
Pintu Heumyeonggak Pavilion
Turun dari Heumyeonggak Pavilion 
Banyak ciptaan King Sejong disimpan di sini ketika itu. Antara ciptaan tersebut termasuklah tolok hujan, jam matahari, jam air dan celestial globe. Kesemuanya kini telah dipindahkan ke National Palace Museum of Korea. Cuma replika jam matahari sahaja yang dapat dilihat di sini.

Jam Matahari (Sundial) di luar Heumyeonggak Pavilion
Pandangan lebih dekat Jam Matahari
Pemandangan Heumyeonggak Pavilion dari sisi
Hamhwadang Hall digunakan sebagai tempat kediaman gundik-gundik Raja. Di sini kami ditunjukkan pintu yang tergantung sebagai satu elemen menarik pada bangunan ini. Pintu ini akan dibuka pada cuaca panas dan ditutup pada musim dingin.

Hamhwadang Hall
Layout Hamhwadang Hall
Pintu yang digantung pada musim panas
Mengintai ke dalam Hamhwadang Hall
Satu lagi pemandangan di dalam Hamhwadang Hall
Pemandangan bila pintu yang digantung dipasang pada dinding
Pelancong yang datang melawat Gyeongbokgung Palace
Gyotaejeon Hall yang terletak di belakang Gangnyeongjeon Hall adalah kediaman Permaisuri. Permaisuri adalah watak yang penting di Gyeongbokgung Palace kerana dia bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran operasi harian di seluruh istana.

Gyotaejeon Hall (Kediaman Permaisuri)
Pintu yang tergantung ini juga ada di kediaman permaisuri.
Selain memastikan kelancaran operasi harian di istana, Permaisuri juga bertanggungjawab dalam memastikan etika dan ajaran Confucius diterapkan kepada semua wanita istana. Namun demikian, fungsi yang lebih utama bagi seorang permaisuri adalah melahirkan anak lelaki yang akan mewarisi takhta.

Pemandangan di sekitar Gyotaejeon Hall
Pintu masuk rasmi ke kediaman Permaisuri
Lagi pemandangan di sekitar kediaman Permaisuri
Lubang yang digunakan untuk membakar kayu api bagi memanaskan lantai
Satu ciri istimewa yang terdapat berhampiran kediaman Permaisuri ini adalah sebuah taman bukit kecil yang dinamakan Amisan. Taman ini disediakan sebagai hiburan kepada Permaisuri yang hampir tidak berpeluang langsung keluar dari tembok istana selepas berkahwin dengan Raja. 

Taman Amisan yang dibina di kediaman Permaisuri
Taman ini dibina untuk hiburan Permaisuri yang sentiasa terkurung di dalam istana
Chimney di Amisan turut dihias indah untuk blend dengan taman
Ingat lagi tak Gyeonghoeru Pavilion yang dibina di dalam kolam buatan sebagai tempat untuk Raja meraikan para tetamu negara yang kita lawati sebelum ini? Taman Amisan sebenarnya dibina menggunakan tanah yang dikorek sewaktu pembinaan kolam tersebut. Tanah yang dikorek ditimbun di sini untuk membentuk bukit kecil yang kemudiannya ditanam dengan pelbagai tumbuhan. Taman ini juga dibina dengan begitu bijak mengelilingi chimney yang dibina untuk menyalur keluar asap dari pemanasan lantai.

Bukit kecil di Amisan ini dibina dari tanah yag ditimbun dari pengorekan kolam Gyeonghoeru Pavilion 
Berjalan keluar dari kediaman Permaisuri
Pintu keluarnya berada di sana
Pintu keluar dari kediaman Permaisuri
Binaan tembok kediaman Permaisuri
Bergambar di pintu keluar dari kediaman Permaisuri
Hiasan pada tembok kediaman Permaisuri
Pemandangan Bugaksan Mountain di luar tembok kediaman Permaisuri
Bangunan di seberang sana adalah kediaman Crown Prince
Bergambar di perkarangan Gyeongbokgung Palace
Tempat terakhir yang ditunjukkan kepada kami di dalam Gyeongbokgung Palace adalah Jagyeongjeon Hall yang merupakan kediaman Mother Queen (ibu kepada Raja yang memerintah). 

Jagyeongjeon Hall (Kediaman Mother Queen)
Pintu masuk ke Jagyeongjeon Hall
Senibina Jagyeongjeon Hall tidak banyak berbeza dengan bangunan kediaman yang lain.
Pagoda yang kelihatan di luar sana adalah bangunan National Folk Museum yang akan kami lawati nanti
Satu ciri menarik pada Jagyeongjeon Hall adalah serombong asapnya yang unik. Chimney ini dibina seperti tembok pagar. Ia turut dihiasi dengan lukisan pelbagai simbol panjang umur dan perlindungan dari kejahatan.

Chimney unik di Jagyeongjeon Hall
Pandangan lebih dekat chimney yang blend dengan tembok pagar
Lukisan pada chimney ini dinamakan Ten Longevity Symbols


 Bersambung ke Bahagian 29...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: