Monday, 17 November 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 05 (TMII - Bali)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 5: Jakarta
JAKARTA
Taman Mini Indonesia Indah : Bali ]

HARI KEDUA (1)

Part 14: Suasana Pagi Di Cikini, Jakarta

Kami terpaksa bangun awal setiap hari kerana waktu Subuh di Pulau Jawa masuk seawal pukul 4.10 pagi. Cuaca di luar juga telah terang-benderang seawal pukul 5. 45 pagi.

Suasana pada pukul 6 pagi di Jakarta dari bilik hotel kami
Disebabkan mentari keluar awal di Pulau Jawa, waktu sarapan pagi di hotel-hotel di Pulau Jawa juga bermula dari pukul 6 pagi setiap hari.

Restoran sarapan pagi di Hotel Mercure Cikini Jakarta
Suasana di dalam restoran di Hotel Mercure Cikini Jakarta
Hotel Mercure Cikini Jakarta adalah hotel yang bertaraf 4 bintang, oleh itu ada pilihan makanan Western disediakan di samping pilihan makanan Indonesia tempatan.
 
Buffet sarapan pagi di Hotel Mercure Cikini Jakarta
Makanan lokal Indonesia
Pilihan makanan Western
Satu lagi suasana di restoran
Jemput makan...
Selepas makan, kami bersiar-siar dulu di depan hotel.
 
Registration counter di Hotel Mercure Cikini Jakarta
Pintu masuk ke bangunan Hotel Mercure Cikini, Jakarta
Hotel Mercure Cikini Jakarta
Hotel ini terletak di Jalan Cikini di Jakarta Pusat
Hotel kami terletak di sebuah jalan di Jakarta Pusat yang bernama Jalan Cikini. Pada waktu awal pagi begini, jalan ini banyak digunakan oleh penduduk tempatan sebagai laluan menuju ke tempat kerja. Tidak ada pemandangan menarik lain yang dilihat di sekitar hotel ini.
 
Jalan Cikini di Jakarta Pusat
Pesanan untuk rakyat Indonesia
SMP Negeri 1 Jakarta
Pintu masuk ke SMP Negeri 1 Jakarta
Susah nak bersiar-siar di Jalan Cikini kerana laluan pejalan kakinya sering diterobos oleh motorsikal dan kenderaan-kenderaan penjaja
Lintasan pejalan kaki
Kesibukan pagi di Jalan Cikini
Penjaja bergerak di Jalan Cikini
Pizza Hut Delivery

Part 15: Indonesia Sepintas Lalu

Kami cuma menginap selama 1 malam sahaja di Jakarta. Pada pukul 8 pagi Hari Kedua ini, kami check-out dari hotel untuk melawat ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Selepas melawat TMII di sebelah petang nanti, kami akan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kedua dalam 2025 Java Panoramic Tour ini ~ kota Bandung.
 
Memulakan perjalanan Hari Kedua
Memandangkan kita nak melawat Taman Mini Indonesia Indah, apa kata kalau kita berkenalan sepintas lalu dengan negara Indonesia? Indonesia yang terdiri dari 38 provinsi dan hampir 18,000 kepulauan adalah juga negara kepulauan yang terbesar di dunia. Penduduknya berjumlah 285 juta (2025) dan 56% daripada jumlah ini tinggal di kawasan-kawasan bandar. Ibukota dan bandar tebesar di negara ini adalah Jakarta. Dua pulau yang mempunyai populasi penduduk yang terbesar adalah Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.

Bajaj yang berbaris menunggu penumpang
Bajaj
Indonesia juga adalah negara yang mempunyai bilangan penduduk Muslim yang terbesar di dunia. 87% penduduk Indonesia (239 juta orang) terdiri dari penganut agama Islam. Walaupun negara Indonesia hanya mempunyai satu bahasa rasmi (Bahasa Indonesia), terdapat lebih 700 bahasa tempatan yang dipertuturkan oleh seluruh penduduknya. Bahasa-bahasa tempatan ini turut diajar di sekolah-sekolah di wilayah yang berkenaan di samping Bahasa Indonesia.

Halte Pecangsaan Timur
Gojek
Warga Jakarta yang keluar bekerja
Ada banyak tempat khas untuk menunggu Gojek dan Grab begini dilihat di seluruh Jakarta
Beberapa kerajaan purba pernah bertapak di pulau-pulau di seluruh Indonesia pada masa dahulu. Mereka walau bagaimanapun berjaya disatukan di bawah pemerintahan Kerajaan Majapahit. Sebelum kedatangan agama Islam pada kurun ke-13 Masehi, kerajaan-kerajaan purba ini menganut kepercayaan Hindu-Buddha. Seluruh negara Indonesia kemudiannya menjadi jajahan Belanda selama lebih 350 tahun dan jajahan Jepun selama 3 tahun sewaktu Perang Dunia Kedua. Indonesia akhirnya mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945.

Patung-patung sebegini juga banyak dilihat di seluruh Jakarta
Gereja peninggalan Belanda
Lambang negara Indonesia adalah Burung Garuda. Menurut cerita zaman kuno, burung Garuda adalah kenderaan Dewa Wisnu, penjaga alam semesta. Burung Garuda dikisahkan sangat menyayangi ibunya. Bahkan, Garuda rela bertarung dengan Naga untuk mengambil ibunya kembali.

Untuk membebaskan sang ibu, Garuda harus memenuhi syarat menyerahkan Amertha Sari atau air kehidupan abadi. Garuda pun berkelana mencari Amertha Sari sehingga ia bertemu dengan Dewa Wisnu. Akhirnya, Dewa Wisnu memberikannya Amertha Sari tersebut. Bermula sejak itu, burung Garuda menjadi tunggangan Dewa Wisnu.

Kisah ini menginspirasi Presiden Soekarno untuk memilih burung Garuda sebagai lambang negara Indonesia. Ini adalah kerana burung Garuda melambangkan pengetahuan, keberanian, kebajikan dan kesetiaan. 

Universitas Bung Karno
Pintu masuk ke Universitas Bung Karno
Hotel Doubletree By Hilton
Sebahagian kem Tentera Nasional Indonesia (TNI)
Terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik, Indonesia sangat terdedah kepada gempa bumi. Negara ini juga mempunyai 139 gunung berapi yang tersebar di seluruh kepulauannya. Hanya ada 2 buah sahaja pulau besar yang tidak mempunyai gunung berapi di Indonesia: Kalimantan dan Papua.

Muntahan lava dari gunung berapi menjadikan tanah di Indonesia subur untuk pertanian. Ia juga memberikan pemandangan menarik yang tidak terdapat di kebanyakan negara lain. Danau Toba yang terletak di Pulau Sumatera adalah tasik gunung berapi yang terbesar di dunia. Ia terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi besar kira-kira 75,000 tahun dahulu.

Satu fakta menarik yang lain mengenai gunung di Indonesia ialah puncak tertingginya yang bernama Puncak Jaya (juga dikenali sebagai Carstensz Pyramid) di Papua sentiasa diliputi salji walaupun terletak di kawasan tropika.

Bangunan Polres Metropolitan Jakarta Timur
Jambatan untuk kegunaan pejalan kaki
Barisan kedai di Jakarta Timur
Pusat Membeli-Belah City Plaza
Indonesia sering menjadi destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia disebabkan faktor jaraknya yang dekat serta pelbagai pilihan makanan halal. Faktor kadar tukaran ringgit yang lebih baik berbanding rupiah turut menyebabkan ramai pelancong Malaysia berkunjung ke Indonesia. 

Antara lokasi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia adalah ke Batam, Bali, Jakarta, Bandung, Banda Aceh, Padang, Bukit Tinggi, Yogyakarta dan Medan. Kemudahan penerbangan terus yang murah dan kerap turut membuatkan Indonesia menjadi pilihan destinasi percutian rakyat Malaysia. Selain itu, pakej pelancongan dengan menggunakan keretapi laju seperti Whoosh dan keretapi panoramik seperti Argo Wilis turut menjadikan Indonesia sangat menarik kepada rakyat Malaysia.

Stasiun Jatinegara
Pesanan untuk warga Jakarta
Pintu gerbang antik
Stasiun Klender Baru
Perjalanan dari pusat kota Jakarta menuju ke Taman Mini Indonesia Indah memakan masa hira-kira 45 minit. Sebahagian perjalanan adalah menggunakan lebuhraya yang dinamakan Jalan Tol Lingkar Luar Jakarta (Jakarta Outer Ring Road atau JORR).

Plaza Tol (dipanggil Gerbang Tol di Indonesia)
Pembayaran tol automatik di plaza tol
Mesin pembayaran automatik di Plaza Tol
Jalan Tol Lingkar Luar Jakarta (JORR)
Pemandangan di lebuhraya
Sebuah lagi pemandangan di lebuhraya
Sebahagian Plaza Tol di Jakarta hanya menerima pembayaran automatik
Traffic jam (disebut Macet di Indonesia) selepas keluar dari lebuhraya

Part 16: Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

Idea pembinaan Taman Mini Indonesia Indah (TMII) telah diilhamkan oleh bekas wanita pertama Indonesia, Siti Hartinah yang lebih dikenal dengan nama Tien Suharto pada tahun 1970. Taman ini kemudiannya dibina untuk menggambarkan sinopsis kebudayaan Indonesia, dengan meliputi hampir semua aspek kehidupan seharian di 26 wilayah Indonesia yang wujud pada tahun 1975 sewaktu taman ini dibuka (Indonesia kini mempunyai 38 wilayah).

Pintu masuk ke Taman Mini Indonesia Indah
Bendera Indonesia yang menghiasi laluan masuk ke Taman Mini Indonesia Indah
Tempat menunggu Grab yang selesa di tempat parking kenderaan di pintu masuk ke TMII
Kenderaan shuttle yang membawa pengunjung dari tempat parking kenderaan ke Pintu Masuk Utama
Pemandangan dari dalam shuttle
Bergambar di depan pintu masuk utama
Pandangan Tugu Api Pancasila dari depan Pintu Masuk Utama
Pintu Masuk Utama
Budaya Indonesia telah diperkenalkan kepada pengunjung sebaik kita tiba di pintu masuk. Pelbagai aspek budaya yang popular dan sinonim dengan Indonesia dipamerkan di sini termasuk patung dan alat-alat muzik tradisional.

Berjalan masuk ke Pintu Utama
Elemen kebudayaan tradisional yang dipamerkan di pintu masuk
Alat muzik tradisional
Patung-patung tradisional. Matching pulak baju yang kita pakai dengan patung-patung ini. Hahaha!!
Kedai cenderamata
Kopi Luwak yang terkenal di Indonesia turut dijual di kedai ini

Part 17: Anjungan Bali @ TMII

Pavilion (Anjungan) yang terhampir dengan pintu masuk utama ke TMII adalah Bali. Maka ke sanalah kami melangkah untuk memulakan lawatan kami mengelilingi Indonesia di TMII.

Melangkah menuju ke Anjungan Bali
Terkenal dengan gelaran Pulau Dewata, Bali adalah destinasi pelancongan yang paling popular di Indonesia. Myself dan Husband pernah berkunjung ke Pulau Bali dan memang kami akui Bali adalah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. 
 
Peta Bali di Indonesia
Satu keunikan di Bali yang berbeza dengan kawasan Indonesia selainnya ialah penduduknya yang ramai menganut agama Hindu. Ritual agama Hindu sangat mudah dilihat di mana-mana di pulau ini sehingga menjadikan Bali sebuah destinasi yang unik dan menarik.

Mengintai ke dalam Anjungan Bali dari luar
Candi Bentar yang menyambut kedatangan pengunjung ke Anjungan Bali
Ukiran pada Candi Bentar yang menjadi pintu masuk ke Anjungan Bali
Bergambar di depan Candi Bentar
Pemandangan di bahagian belakang Candi Bentar
Pandangan Candi Bentar dari sisi
Suasana di dalam Anjungan Bali
Bangunan utama di dalam Anjungan Bali menempatkan Museum Indonesia. Kami walau bagaimanapun tidak masuk melawat ke dalam muzium ini.
 
Bangunan utama di dalam Anjungan Bali yang menempatkan Museum Indonesia
Pelajar-pelajar sekolah yang membuat field trip ke TMII
Pelajar-pelajar sekolah
Muzium Indonesia (kiri) dan Balai Rangki (kanan)
Anjungan Bali turut dihias dengan sebuah Taman Bali yang indah. Melihat keindahan taman ini memang menggamit kembali memori indah sewaktu kami melawat ke Bali dahulu.
 
Taman Bali yang indah di depan Museum Indonesia
Ikan berenang di dalam kolam
Suasana taman yang mendamaikan
Ukiran-ukiran Bali di sekeliling kolam membantu membangkitkan suasana
Ukiran seperti ini pernah kami lihat sewaktu melawat ke Goa Gajah di Bali dulu
Pemandangan menghala ke Candi Bentar dari depan Museum Indonesia
Bergambar di pintu masuk ke Museum Indonesia
Ukiran plaster dekat pintu masuk ke Museum Indonesia
Pandangan lebih dekat ukiran plaster
Mengintai ke Taman Bali dari depan pintu masuk ke Museum Indonesia
Satu elemen lain yang turut dibina di Anjungan Bali ini ialah Balai Rangki yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan perlengkapan upacara keagamaan dan pelaksanaan berbagai upacara tradisional. Salah satu upacara adat yang sering diadakan di balai ini adalah Upacara Manusia Yadya yang merayakan kitaran kehidupan manusia seperti upacara bayi dalam kandungan, kelahiran, potong gigi, perkahwinan, kematian dan sebagainya.

Balai Rangki
Murid-murid sekolah yang sedang berkumpul di Balai Rangki
Mendengar Rezha bercerita tentang elemen senibina Bali
Senibina tradisional Bali penuh dengan ukiran yang menjunjung falsafah Tri Hita Karana. Falsafah ini mengajarkan bahawa sumber kebahagiaan adalah dari hubungan harmoni di antara manusia dengan Tuhan, antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam (lingkungan hidup).
 
Sempat juga seorang murid melayan kucing di sini
Elemen senibina Bali sering menerapkan falsafah Tri Hita Karana yang menekankan hubungan harmoni di antara manusia dengan Tuhan, antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam.
Patung tradisional Bali yang diukir dari batuan gunung berapi


Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
  • Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
  • Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
  • Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
  • Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
  • Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
  • Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
  • Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
  • Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
  • Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
  • Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
  • Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
  • Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
  • Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Jalan Asia Afrika)
  • Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
  • Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Sindang Reret & Saung Angklung Udjo)
  • Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Kartika Sari, Iga Bakar Si Jangkung & Paris van Java)
  • Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 1 (Bandung - Yogyakarta)
  • Bhg. 18 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 2 (Bandung - Yogyakarta)
  • Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis)
  • Bhg. 20 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur)
  • Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
  • Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
  • Bhg. 23 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)

No comments: