Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR - JAKARTA
Part 1: Java Panoramic Tour 2025
Antara perkara yang sangat ingin Myself lakukan selepas bersara adalah mengembara ke serata dunia. Memang looking forward untuk merealisasikan cita-cita tersebut, tetapi Allah SWT berkehendak sebaliknya. Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" [Surah Al-Ankabut: Ayat 2]. Myself telah diuji dengan diberikan penyakit kanser tidak sampai sebulan selepas bersara.
Memang terasa berat ujian yang Allah beri dengan menarik sedikit daripada kurniaan-Nya kepada kami dengan menghalang hasrat travel disebabkan penyakit tersebut. Myself memang pasrah, lebih-lebih lagi kerana ketika itu kami sebenarnya telah mendaftar untuk mengikut sebuah Group Tour ke Scandinavia yang direncanakan pada bulan Mei 2025. Perjalanan ini terpaksa kami batalkan atas nasihat pakar bedah kerana dikhuatiri kesan pembedahan belum pulih sepenuhnya pada tarikh perjalanan yang dirancang.
Terus kita bermuhasabah dan diri menjadi insaf bahawa nikmat kurniaan yang ditarik balik itu hanyalah sebenarnya sebahagian kecil berbanding apa yang telah Allah kurniakan kepada kami. Kalau ditakdirkan penyakit kanser ini menyebabkan Myself dan Husband dah tidak boleh mengembara lagi, kami kena kembali mengingati kurniaan Allah kepada kami sebelum ini yang telah memberi rezeki untuk mengembara sehingga ke 44 buah negara. Allah berfirman di dalam Surah Al Rahman di dalam Al Quran sebanyak 31 kali menerusi ayat yang bermaksud: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [Surah Al Rahman].
Setiap ujian yang dilalui dengan sabar pasti akan diberi kesenangan. Allah berfirman di dalam Al Quran: "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". [Surah Al-Baqarah: Ayat 155]. Setelah diuji dengan penyakit yang memerlukan rawatan selama 8 bulan, Allah SWT akhirnya memberi keizinan untuk kami kembali mengembara. Semoga kesembuhan yang diberi berkekalan dan tidak berulang lagi penyakit ini di masa hadapan. Amin. 👐
Pengembaraan chapter baru ini kami mulakan dengan melawat ke Indonesia. Dah lama sangat kami tak pergi ke Indonesia. Kali terakhir adalah percutian ke Sumatera Barat bersama Kakak Myself dan keluarganya pada tahun 2020, sebaik sebelum wabak Covid-19 melanda dunia. Dalam perjalanan kali ini, kami memilih untuk mengembara ke Pulau Jawa.
![]() |
| Wonderful Indonesia |
![]() |
| Java Panoramic Tour 2025 |
Percutian kami bermula dengan penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Kami memilih Malaysia Airlines disebabkan promosi hebatnya sewaktu MATTA Travel Fair di mana harga tiket yang ditawarkan lebih murah berbanding Air Asia. Kami juga sebenarnya bercadang untuk turut menggunakan Malaysia Airlines sewaktu pulang dari Yogyakarta ke KL untuk mengambil kesempatan promosi ini. Malangnya hasrat ini tidak kesampaian kerana tidak seperti penerbangan dari KL ke Jakarta yang ada beberapa penerbangan pada setiap hari, MAS cuma mempunyai 3 penerbangan seminggu dari Yogyakarta ke KL. Tak ada pulak penerbangan dari Yogyakarta ke KL pada hari kepulangan. Maka terpaksalah kami menggunakan Air Asia yang mempunyai 2 penerbangan setiap hari dari Yogyakarta ke Kuala Lumpur.
HARI PERTAMA (1)
Part 2: Menuju Ke Jakarta
Penerbangan kami menuju ke Jakarta adalah Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.10 pagi. Secara kebetulan tarikh pemergian kami adalah bertepatan dengan Sidang Kemuncak ASEAN yang turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Walaupun pemergian kami adalah pada hari Selasa, seawal hari Sabtu kami telah mendapat peringatan dari MAS supaya bergerak awal ke airport disebabkan beberapa laluan utama di sekitar bandaraya akan ditutup sempena persidangan tersebut. Disebabkan kami juga bimbang sukar nak mendapatkan khidmat Grab ke KLIA pada awal pagi hari kejadian, Myself dan Husband membuat keputusan untuk menginap saja selama semalam di Hotel Sama Sama, KLIA.
![]() |
| Hotel Sama Sama, KLIA |
Disebabkan kami mengambil pakej murah, breakfast tidak termasuk dalam pakej penginapan. Disebabkan kita nak breakfast di KLIA, sebaik selepas Solat Subuh kami terus menaiki khidmat buggy percuma yang disediakan oleh pihak hotel untuk penginapnya berulang-alik ke bangunan KLIA.
![]() |
| Naik buggy ke KLIA |
![]() |
| Perjalanan dari hotel menuju ke bangunan KLIA |
![]() |
| Menuju ke KLIA |
Sewaktu membuat web check-in semalam, kami diberitahu Boarding Pass tak dapat dikeluarkan secara elektronik dan perlu diambil dari kaunter. Oleh itu, kami mencuba untuk mencetaknya dari Mesin Self Check-in di KLIA pagi ini, tetapi masih mendapat arahan yang sama. Cuma Bag Tag sahaja yang dapat dicetak. Seperti Air Asia, Malaysia Airlines juga kini telah mempunyai kaunter untuk Self Check-in bagasi ke dalam pesawat. Walau bagaimanapun disebabkan masalah Boarding Pass yang tidak boleh dicetak, Myself dan Husband terpaksa check-in menggunakan kaedah biasa.
![]() |
| Mencuba untuk mencetak Boarding Pass di Mesin Self Check-in |
Walaupun tak pasti apa sebab yang sebenarnya, Myself rasa MAS mengambil tanggungjawab untuk memastikan semua penumpang mereka ke Jakarta pagi ini telah mengisi borang kemasukan All Indonesia secara digital yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Indonesia bermula 1 Oktober 2025. Ramai juga penumpang ke Jakarta lain yang seperti kami tidak dapat mencetak Boarding Pass mereka secara elektronik. Seperti yang dijangka, memang kami telah ditanya oleh petugas di kaunter sama ada kami telah pun mengisi borang All Indonesia ini. Semuanya okey sebab kami telah pun mengambil inisiatif mengisi borang tersebut serta mendapatkan kelulusan sejak semalam lagi.
![]() |
| Beratur untuk check-in |
![]() |
| Kaunter check-in tambahan ke Jakarta yang dibuka oleh MAS di kawasan Business Class. |
![]() |
| Boarding Pass ke Jakarta |
Selepas check-in, kami terus menuju ke Food Garden untuk bersarapan. Tak perlu nak membuat urusan pengambilan device wifi Roaming Man kerana ia telahpun dibuat semalam.
![]() |
| Food Garden KLIA1 |
![]() |
| Suasana di Food Garden |
![]() |
| Pilih makan dari gerai ini pada pagi ini |
![]() |
| Banyak pilihan makanan untuk breakfast |
![]() |
| Pilihan breakfast kami pagi ini |
![]() |
| Menuju ke Perlepasan Antarabangsa |
![]() |
| Menjamu mata di kedai cokelat Main Terminal sementara menunggu waktu perlepasan |
![]() |
| Replika Rumah Baba Nyonya dalam perjalanan menuju ke pintu perlepasan |
![]() |
| Little Malaysia |
![]() |
| Pintu perlepasan kami ke Jakarta |
![]() |
| Pesawat MAS yang akan membawa kami ke Jakarta |
![]() |
| Maklumat pesawat kami |
![]() |
| Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat |
![]() |
| Tumpang charging telefon dulu |
Sejam sebelum waktu perlepasan pada pukul 9.10 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat. Pesawat menuju ke Jakarta pagi ini kelihatan macam full house.
![]() |
| Berjalan masuk ke dalam pesawat |
![]() |
| Tiba di pintu pesawat |
![]() |
| Penumpang masuk ke dalam pesawat |
Pesawat Malaysia Airlines kami menuju ke Jakarta adalah MH 717 yang merupakan sebuah pesawat narrow body Boeing 737-800 seperti yang selalu digunakan dalam penerbangan domestik. Maklum sajalah, sebab penerbangan ini cuma mengambil masa 1 jam 30 minit, lebih kurang macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching di Sarawak. Kalau nak terbang ke Jakarta dengan pesawat wide body MAS, ada penerbangan pada pukul 1.30 tengahari yang menggunakan Airbus 330.
![]() |
| Pemandangan dari tempat duduk kami |
![]() |
| Deretan pesawat Firefly dan Batik Air di KLIA 1 |
Semua penerbangan MAS berjarak dekat seperti penerbangan ke Jakarta dan Danang dulu juga dah tak ada personal monitor di depan tempat duduk sekarang. Tetapi ini tidaklah bermakna tiada hiburan langsung dalam penerbangan. Hiburan seperti movie dan games boleh diperolehi menerusi apps MHconnect yang boleh diakses dari handphone penumpang sendiri. Tapi Myself rasa tak seronok sebab tak ada moving map dalam apps MHconnect ini yang menunjukkan kedudukan di mana flight kita sedang berada sepanjang penerbangan. Maklumlah, kita ni peminat peta. 😊
![]() |
| Demonstrasi penggunaan peralatan keselamatan oleh anak-anak kapal |
![]() |
| Myself dan Husband masih belum berkesempatan untuk menggunakan penerbangan Batik Air sehingga sekarang |
![]() |
| Bangunan satelit KLIA1 |
Kami dapat melihat sebuah pesawat Kerajaan Kanada sedang parking di Kompleks Bangunan Bunga Raya KLIA1 sewaktu pesawat bergerak menuju ke runway untuk berlepas. Pesawat ini kelihatan macam sedang bersedia untuk membawa Perdana Menteri, Mark Carney dan delegasi dari Kanada yang turut hadir ke Persidangan Kemuncak ASEAN pulang. Tak ada rezeki kami nak melihat pesawat Amerika Air Force One yang famous itu kerana Presiden USA, Donald Trump dah pun berlepas ke Tokyo semalam selepas menghadiri Persidangan ASEAN.
![]() |
| Pesawat milik Kerajaan Kanada sedang parking di depan Bangunan Kompleks Bunga Raya KLIA1. |
![]() |
| Pandangan lebih dekat pesawat khas milik Kerajaan Kanada |
![]() |
| Terminal KLIA2 dari kejauhan |
Seperti yang dijadualkan, pesawat MH 717 berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Jakarta tepat pada pukul 10.10 pagi.
![]() |
| Peta penerbangan dari KL ke Jakarta (Credit: FlightAware) |
![]() |
| Meninggalkan KLIA |
![]() |
| Dapat seat kat tepi kepak hari ini |
![]() |
| Guna handphone sendiri untuk akses movie dan games menerusi MHconnect |
![]() |
| Meninggalkan KLIA (Credit: FlightAware) |
![]() |
| Terbang di Selat Melaka (Credit: FlightAware) |
Sajian penerbangan dihidangkan sewaktu pesawat terbang di Kepulauan Riau berhampiran Pulau Sumatera. Walaupun destinasi kami adalah sebuah negara yang memang tidak dapat dipisahkan dengan hidangan nasi, kami memilih makan kentang dalam penerbangan ini.
![]() |
| Melalui Kepulauan Riau di Indonesia (Credit: FlightAware) |
![]() |
| Sajian penerbangan |
![]() |
| Sajian penerbangan kami |
![]() |
| Beef Rissole |
Alhamdulillah, cuaca juga baik sepanjang penerbangan menuju ke Jakarta. Disebabkan cuaca yang baik, banyak pemandangan cantik yang dapat kita lihat dari atas pesawat.
![]() |
| Terbang berhampiran Pulau Lingga (Credit: FlightAware) |
![]() |
| Kepulauan Riau di Indonesia |
![]() |
| Kepulan awan |
Selepas terbang kira-kira sejam setengah, pesawat kami tiba di ruang udara kota Jakarta.
![]() |
| Terbang masuk ke Pulau Jawa |
![]() |
| Pemandangan di pinggiran kota Jakarta |
![]() |
| Tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta |
![]() |
| Pemandangan sewaktu pesawat membuat penerbangan turun di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. |
![]() |
| Selamat mendarat |
Walaupun cuaca baik sepanjang penerbangan tadi, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Jakarta.
![]() |
| Hujan renyai yang menyambut ketibaan kami di Jakarta |
![]() |
| Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta |
![]() |
| Pemandangan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta |
![]() |
| Menuju ke bangunan terminal |
![]() |
| Docking di Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta |
![]() |
| Peta penerbangan keseluruhan dari Kuala Lumpur ke Jakarta (Credit: FlightAware) |
Part 3: Soekarno-Hatta International Airport (CGK), Jakarta
Kami tiba di Jakarta pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengahari waktu di Malaysia). Jakarta dan Kuala Lumpur mempunyai perbezaan waktu 1 jam di mana waktu di Kuala Lumpur adalah lebih awal berbanding waktu di Jakarta. Pesawat kami berhenti di Terminal 3.
![]() |
| Keluar dari pesawat |
![]() |
| Pemandangan di Soekarno-Hatta International Airport |
Lapangan terbang utama Jakarta ini dinamakan sebagai Soekarno-Hatta International Airport sempena Presiden pertama Republik Indonesia yang bernama Soekarno dan timbalan beliau yang bernama Mohammad Hatta. Sebelum nama Soekarno-Hatta digunakan, lapangan terbang ini dikenali sebagai Bandar Udara Jakarta Cengkareng. Kerana itulah kod CGK masih digunakan bagi lapangan terbang ini sempena nama asalnya.
![]() |
| Berjalan masuk ke bangunan terminal |
![]() |
| Escalator |
![]() |
| Arah ke Baggage Claim |
![]() |
| Masih berjalan ke Baggage Claim |
![]() |
| Iklan mengenai apps All Indonesia |
Pemeriksaan passport menggunakan All Indonesia sangat lancar dan cepat. Bila dah daftar dengan All Indonesia, kita boleh menggunakan pintu automatik. Scan saja passport pada pintu automatik ini dan terus kita dibenarkan masuk. Selamat Datang Ke Indonesia!
![]() |
| Pintu automatik yang boleh digunakan setelah mendaftar dengan apps All Indonesia. |
![]() |
| Selamat Datang Ke Jakarta! |
![]() |
| Welcome To CGK Terminal 3 |
![]() |
| Berjalan menuju ke Baggage Claim |
![]() |
| Check dulu carousel bagasi kita di sini |
Tempat pengambilan bagasi di Terminal 3 CGK dihias dengan cantik sekali. Ada hiasan tumbuh-tumbuhan dan gambar-gambar suasana indah yang menggamit kehadiran pengunjung ke negara ini.
![]() |
| Tempat Pengambilan Bagasi di Terminal 3, CGK |
![]() |
| Dinding Tempat Pengambilan Bagasi yang dihias indah dengan tumbuh-tumbuhan. |
![]() |
| Bergambar kenangan dulu dengan dinding yang cantik ini |
![]() |
| Petugas di Tempat Pengambilan Bagasi |
![]() |
| Lagi suasana di Tempat Pengambilan Bagasi |
![]() |
| Gambaran suasana desa yang damai di Indonesia |
![]() |
| Berjalan menuju ke pintu keluar setelah mengambil bagasi |
![]() |
| Pintu keluar khas untuk Jemaah Umrah |
![]() |
| Berjalan lagi menuju ke pintu keluar |
![]() |
| Suasana di pintu keluar |
Tourist Guide kami yang bernama Rezha telah sedia menanti ketibaan kami di Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport. Kami sebenarnya dah pernah bertemu dengan Rezha di MATTA Travel Fair di Kuala Lumpur sebelum ini. Dialah yang mengatur semua itinerari perjalanan kami di Indonesia kali ini. Malah kami juga telah duduk bersemuka dengannya di MATTA Travel Fair untuk mengatur perjalanan ini.
![]() |
| Suasana di pintu keluar Terminal 3, CGK |
![]() |
| Rezha yang dah sedia menanti ketibaan kami di CGK. |
Pulau Jawa didiami oleh 3 suku utama di Indonesia: Betawi, Sunda dan Jawa. Suku Betawi berpusat di sekitar kota Jakarta, suku Sunda berpusat di sekitar Jawa Barat (Bandung) manakala suku Jawa yang sebenar berpusat di Jawa Tengah (Yogyakarta) dan Jawa Timur (Surabaya).
Oleh kerana Rezha berasal dari suku Sunda, dia memberikan sambutan selamat datang kepada kami mengikut cara Sunda. Husband dipakaikan dengan hiasan kepala yang dinamakan "Ikat" manakala Myself pula dihadiah dengan sehelai selendang panjang yang dinamakan "Kain". Gelaran mesra Rezha adalah "Kang Rezha" kerana dia berketurunan Sunda. Kalaulah dia berketurunan Jawa, gelaran mesranya akan menjadi "Mas Rezha".
![]() |
| Rezha memakaikan "Ikat" di kepala untuk mengalu-alukan kedatangan Husband ke Jakarta |
![]() |
| Kita pulak mendapat selendang bernama "Kain" dari Kang Rezha |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
- Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
- Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
- Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
- Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
- Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
- Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
- Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
- Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
- Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
- Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
- Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
- Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Historical Bandung)
- Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
- Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Saung Angklung Udjo)
- Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Suasana Malam Di Bandung)
- Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 18 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis)
- Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Suasana Malam Di Yogyakarta)
- Bhg. 20 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur)
- Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
- Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
- Bhg. 23 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)
























































































No comments:
New comments are not allowed.