Friday, 21 November 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 07 (TMII - Sumatera II)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 7: Jakarta
JAKARTA
[ Taman Mini Indonesia Indah : Sumatera II ]

HARI KEDUA (3)

Part 21: Anjungan Sumatera Barat @ TMII

Sumatera Barat, ranah suku Minangkabau yang tersohor dengan keramahannya tidak asing bagi Myself dan Husband kerana kami pernah beberapa kali berkunjung ke sana. Orang Minangkabau mempunyai budaya yang unik kerana mereka mengamalkan Adat Perpatih yang melebihkan wanita berbanding lelaki. Antara destinasi popular di Sumatera Barat adalah Padang dan Bukittinggi. Kami juga pernah berkesempatan melawat ke Sawahlunto sewaktu di Sumatera Barat.

Anjungan Sumatera Barat
Sumatera Barat
Anjungan Sumatera Barat di TMII menampilkan Rumah Gadang dengan wajah Ranah Minang. Rumah ini memiliki model Sembilan Ruang Empat Deret dengan atap ijuk bergonjong seperti tanduk kerbau dan atap runcing atau Si Sondok Langik berjumlah ganjil. 

Pandangan Rumah Gadang dari sisi
Pondok-pondok kecil yang dibina di depan Rumah Gadang adalah tempat penyimpanan padi yang dinamakan Rangkiang
Kerja pembaikan atap sedang dilaksanakan di Rumah Gadang
Atap-atap runcing pada Rumah Gadang ini dinamakan sebagai Atap Gonjong
Atap-atap gonjong memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke Ranah Minangkabau, bukan sahaja di Sumatera Barat tetapi juga di Negeri Sembilan di Malaysia. Namun begitu, ia kerap menjadi bahaya kebakaran disebabkan ciri rekabentuknya yang menarik kilat. Perkara ini kami pelajari sewaktu berkunjung ke Sumatera Barat dulu.
 
Pekerja membaiki Atap Gonjong yang pastinya memiliki kepakaran khusus untuk mengekalkan tradisi atap ini
Taman di depan Rumah Gadang
Pandangan menghala ke Rumah Gadang dari taman
Ada surau yang akan dibina di tepi Rumah Gadang. Anak-anak lelaki Minangkabau seawal umur 5 tahun akan tinggal di surau untuk mempelajari agama Islam.
Rumah Gadang dibuka untuk lawatan. Di dalamnya kita dapat melihat pameran pelbagai elemen kebudayaan Minangkabau seperti busana adat, pelaminan pengantin Padang Pariaman, kain Songket Silungkang dan alat muzik Talempong.

Suasana di dalam Rumah Gadang
Peta pelancongan Sumatera Barat
Pelbagai elemen kebudayaan Minang diperhatikan di sini
Rumah Gadang dibina menggunakan kaedah pasak dan tanggam serta tidak menggunakan paku
Seni tenunan Minangkabau
Alat muzik Talempong
Pakaian tradisional Minangkabau
Masyarakat Minang mempunyai pelbagai bentuk hiasan kepala wanita.
Jom kita pergi ke hujung sana...
Pelaminan pengantin Padang Pariaman
Pemandangan sewaktu meninggalkan Rumah Gadang

Part 22: Anjungan Sumatera Utara @ TMII

Seperti Sumatera Barat, Sumatera Utara juga tidak asing bagi Myself dan Husband kerana kami pernah berkunjung ke sana. Destinasi popular di sini adalah Medan dan Danau Toba.

Anjungan Sumatera Utara
Ucapan Selamat Datang ke Anjungan Sumatera Utara
Sumatera Utara
Sebahagian besar penduduk asal Sumatera Utara terdiri dari suku Batak. Oleh yang demikian, elemen kebudayaan yang diutarakan adalah elemen dari budaya Batak.

Pemandangan keseluruhan Anjungan Sumatera Utara
Jalan-jalan di Anjungan Sumatera Utara...
Berbagai rumah yang mewakili berbagai suku Batak yang tinggal di Sumatera Utara
Rumah Etnis Karo Siwaluh Jabu
Rumah-rumah Batak sering dihias dengan kepala kerbau yang juga merupakan simbol kesejahteraan.
Pandangan lebih dekat kepala kerbau
Rumah Etnis Angkola (Bagas Godang)
Kami masuk melawat ke Rumah Etnis Toba (Rumah Bolon) yang merupakan bangunan yang terbesar di Anjungan Sumatera Utara. Seperti juga di rumah-rumah adat di Anjungan yang lain, ada pameran mengenai kebudayaan suku Batak di sini.

Rumah Etnis Toba (Rumah Bolon)
Patung Sigale-gale yang dicipta untuk menghiburkan seorang Raja Batak yang kematian anak.
Gendang tradisional Batak
Tempat duduk yang dinamakan Lumban Suhi-Suhi
Pelajar-pelajar sekolah yang datang melawat ke Anjungan Sumatera Utara
Tenunan tradisional Batak dipercaya memberikan keselamatan dari gangguan roh-roh jahat. Disebabkan kepercayaan sakral ini, pemberiannya sering melibatkan upacara khusus.
Peralatan Dapur Batak yang banyak dibuat dari kayu dari buluh
Pandangan peralatan dapur Batak dari sudut lain
Kasut murid-murid sekolah yang tersusun kemas di depan Rumah Bolon
Kasut ini adalah sebahagian pakaian seragam sekolah di Indonesia
Rumah Etnis Nias (Omo Hada Niha)
Meninggalkan Anjungan Sumatera Utara

Part 23: Anjungan Aceh @ TMII

Aceh yang terletak di hujung utara pulau Sumatera  digelar sebagai ‘Serambi Mekah’. Provinsi ini menjadi gerbang suci kedatangan Islam ke Indonesia. Sebelum adanya perkhidmatan kapalterbang, para Muslim Indonesia yang menggunakan kapal laut akan turut singgah di Aceh untuk beristirahat sebentar sebelum menuju Tanah Suci.

Anjungan Pemerintah Aceh 
Peta Aceh
Rumoh Aceh
Rumah Aceh yang berfungsi sebagai rumah pameran di Anjungan Aceh dinamakan sebagai Rumoh Aceh. Rumoh Aceh terdiri dari 40 tiang penyangga dan dinding kayu berukir. Rumah ini mengajak setiap pengunjung untuk menapak ke tiga ruang di dalamnya iaitu Seramo Keue (serambi depan), Jureu (serambi tengah) dan Seramo Liket (serambi belakang).

Tangga naik ke Rumoh Aceh
Kami tidak masuk melawat ke dalam Rumoh Aceh, cuma berjalan-jalan di luar sahaja. Di depan Rumoh Aceh, ada dibina replika sebuah loceng besar yang dinamakan Lonceng Cakra Donya. Ia adalah sebuah loceng bersejarah yang dihadiahkan oleh Laksamana China Cheng Ho (Zheng He) kepada Kesultanan Samudera Pasai sekitar abad ke-15. 

Replika Lonceng Cakra Donya di depan Rumoh Aceh
Lonceng Cakra Donya dihadiahkan oleh Laksamana China Cheng Ho (Zheng He) kepada Kesultanan Samudera Pasai sekitar abad ke-15. 
Pesawat yang dipamerkan di depan Anjungan Aceh pula adalah pesawat pengangkut Dakota RI-001 Seulawah yang menjadi salah sebuah pesawat terawal dimiliki Republik Indonesia. Pesawat yang diberi nama Seulawah ini dibeli menggunakan wang sumbangan rakyat Aceh pada pertengahan tahun 1948.

Pesawat angkut Dakota RI-001 Seulawah yang dibeli dengan sumbangan wang dari rakyat Aceh pada tahun  1948.
Pandangan pesawat dari belakang
Anjungan Aceh di Taman Mini Indonesia Indah turut menempatkan rumah asli Cut Meutia, seorang pahlawan nasional wanita Indonesia yang berasal dari provinsi tersebut. Bangunan ini dipindahkan langsung dari tempat asalnya di Aceh dan merupakan sebuah warisan berusia hampir 2 abad. Ia memiliki 24 tiang penyangga dan dinding kayu berukir serta dilengkapi dengan Kroeng Pade dan Jengki.

Rumah Adat Cut Meutia
Pandangan dari depan Rumah Adat Cut Meutia
Kroeng Pade dan Jengki yang turut didatangkan bersama Rumah Adat Cut Meutia
Kroeng Pade (Tempat simpanan beras)
Jengki (Alat penumbuk padi)
Pandangan Jengki dari sisi
Pandangan keseluruhan Anjungan Aceh
Rumah yang mungkin digunakan sebagai pejabat pentadbiran


Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: