Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 9: Jakarta
JAKARTA
[ Taman Mini Indonesia Indah : Maluku & Papua ]
HARI KEDUA (5)
Part 25: Anjungan Maluku @ TMII
Maluku adalah kepulauan di Indonesia yang terkenal dengan rempah ratus seperti cengkih dan buah pala. Rempah-ratus inilah yang menarik kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Spanish, Inggeris dan Belanda datang ke Kepulauan Indonesia. Ibukota Provinsi Maluku adalah kota Ambon.
 |
| Anjungan Maluku |
 |
| Pintu masuk ke Anjungan Maluku |
 |
| Kepulauan Maluku |
Rumah adat di Anjungan Maluku dinamakan sebagai Rumah Adat Baileo. Nama "Baileo" berasal dari bahasa setempat yang berarti "balai" atau "tempat pertemuan." Oleh yang demikian, Rumah Adat Baileo adalah rumah tradisional khas masyarakat Maluku yang berfungsi sebagai pusat kegiatan adat dan tempat musyawarah bersama.
 |
| Rumah Adat di Anjungan Maluku yang dinamakan Rumah Adat Baileo |
 |
| Rumah Adat Maluku |
Suatu perkara menarik yang kami pelajari sewaktu berkunjung ke Anjungan Maluku adalah tentang asal usul namanya. Mengikut sejarahnya, kepulauan Maluku terdiri dari kerajaan-kerajaan Islam yang menguasai pulau-pulau tersebut. Dari situlah asalnya nama "Maluku" yang berasal dari perkataan Arab "Al Mulk" yang bererti "Tanah Raja-Raja".
 |
| Suasana di Anjungan Maluku |
 |
| Pakaian tradisi wanita Maluku |
 |
| Pakaian tradisi lelaki Maluku |
 |
| Berjalan menyusuri Rumah Adat Baileo |
Di Anjungan Maluku ini, kami turut melawat ke sebuah muzium kecil yang menyimpan pelbagai barangan kebudayaan tempatan Maluku.
 |
| Pokok Pala di depan bangunan muzium |
 |
| Buah Pala |
 |
| Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan Buah Pala inilah yang menyebabkan Indonesia dijajah oleh Belanda pada masa dahulu. |
Lawatan ke muzium ini walaupun ringkas, sangat menarik kerana kami diberi penerangan tentang semua bahan pameran yang ada di dalamnya oleh seorang petugas wanita muzium.
 |
| Suasana di dalam muzium |
 |
| Pelbagai barang pameran yang terdapat di dalam muzium |
 |
| Burung Weka-weka atau Bidadari Halmahera adalah burung endemik kepulauan Maluku dan merupakan sejenis burung cenderawasih. |
 |
| Pandangan Burung Weka-weka dari belakang |
 |
| Alat muzik tradisional |
 |
| Kapal yang dibuat dari kulit kerang |
 |
| Pakaian Suku Ambon (kiri) dan Pakaian Pengantin Mistiza (kanan) |
 |
| Pakaian Suku Tanimbar |
 |
| Replika Rumah Raja |
 |
| Perhiasan yang dibuat dari Emas Putih Maluku |
 |
| Meriam yang dibuat dari cengkih |
 |
| Satu lagi pandangan meriam yang dibuat dari cengkih |
 |
| Peta Provinsi Maluku |
 |
| Antara pulau utama yang membentuk Provinsi Maluku adalah Buru, Seram, Kei, Aru, Tanimbar, Babar, Leti dan Wetar |
 |
| Alat memproses Minyak Kayu Putih |
 |
| Rempah ratus dan alat memasak khas Maluku |
 |
| Produk rempah dari Maluku |
 |
| Kerang gergasi dari Maluku yang dinamakan Cangkang Kima atau Bia'. |
 |
| Pandangan kerang dari hadapan. Kerang gergasi ini banyak ditemui di sekitar kepulauan Maluku. |
 |
| Husband bergambar dengan kerang untuk menunjukkan saiz sebenarnya |
Part 26: Anjungan Papua @ TMII
Rezha bersungguh-sungguh nak membawa kami melawat ke Anjungan Papua. Kena melawat ke sini katanya, kerana Papua adalah provinsi Indonesia yang sangat berbeza dengan provinsi-provinsi lain.
 |
| Anjungan Papua |
 |
| Pemandangan di dalam Anjungan Papua |
 |
| Peta Papua |
Secara geografi, Papua adalah wilayah yang paling ke timur di Indonesia. Kedudukannya juga sangat jauh dari Jakarta. Kalau terbang dari Jakarta menuju ke bandar terbesar di Papua yang bernama Jayapura, penerbangannya mengambil masa kira-kira 5 jam. Macam penerbangan dari KL ke Seoul. Disebabkan jarak yang jauh ini, banyak syarikat penerbangan dari Jakarta akan membuat persinggahan di Makassar, Sulawesi dalam perjalanan menuju ke Papua.
Papua juga dipenuhi koleksi fauna dan flora endemik yang mempesona, bermula dari cendrawasih merah dan Wilson, Maleo Waigeo, burung kakatua dan nuri, kuskus Waigeo sehinggalah beraneka jenis orkid berwarna-warni.
 |
| Kasuari Gelambir Tunggal adalah haiwan endemik Papua yang hampir pupus. Perawakannya mirip burung unta yang tidak boleh terbang. |
 |
| Papua sangat terkenal dengan Burung Cenderawasih. |
 |
| Papua adalah provinsi yang paling jauh ke timur di Indonesia |
 |
| Husband mendengar penerangan tentang Anjungan Papua dari Rezha |
 |
| Pakaian tradisional wanita sebuah suku kaum di Papua |
 |
| Pakaian tradisional lelaki sebuah suku kaum di Papua |
 |
| Bangunan pentadbiran Anjungan Papua |
 |
Bangunan ini dihiasi dengan corak tradisional Papua
|
Kita berjalan-jalan lagi menikmati keindahan di Anjungan Papua...
 |
| Berjalan-jalan di Anjungan Papua |
 |
| Ada banyak hiasan Burung Cenderawasih di Anjungan Papua. |
 |
| Berposing dengan Burung Cenderawasih |
Di Anjungan Papua juga ada dibina replika yang dinamakan Sarang Semut. Namun demikian, ia bukanlah sarang semut yang sebenar dan sebaliknya adalah busut anai-anai. Busut anai-anai ini sangat terkenal di Merauke, daerah yang dianggap paling timur di Indonesia. Warga tempatan memanggilnya sebagai 'musamus'. Meski pun kecil, anai-anai ini mampu membina istana mereka melebihi ketinggian tubuh orang dewasa. Busut anai-anai setinggi ini juga boleh dilihat kalau kita melawat ke Northern Territories di Australia.
 |
| Replika Kampung Suku Dani |
 |
| Patung suku Dani yang memakai kostum adat koteka. |
 |
| Satu lagi suasana di Perkampungan Dani |
Rumah Honai Suku Dani bersaiz kecil, berbentuk bulat, berdinding kayu dan beratap jerami. Namun ada juga rumah yang berbentuk persegi dan panjang. Rumah persegi dan panjang ini dinamakan Hunila (dapur) atau Wamai (kandang babi). Rumah Honai biasanya dihuni oleh 5-10 orang. Kaum keluarga lelaki dan wanita menghuni rumah Honai yang berasingan.
 |
| Rumah Honai |
 |
| Satu lagi pemandangan Rumah Honai |
 |
| Rumah Honai yang berbentuk persegi dan panjang digunakan sebagai dapur atau rumah babi. |
Rumah Honai yang comel ini juga umumnya terdiri dari 2 tingkat. Kedua lantai tersebut dihubungkan dengan tangga dari buluh. Suku Dani membuat tungku api dengan menggali tanah di dasar lantai rumah untuk pencahayaan. Lantai bawah juga biasanya digunakan sebagai tempat tidur. Jika ingin bersantai, makan dan melakukan aktiviti keluarga selainnya, pemilik rumah akan naik ke tingkat atas.
 |
| Pemandangan tingkat bawah di dalam Rumah Honai |
Di tengah-tengah Kampung Dani ini juga kita dapat melihat replika Mumi Papua. Ini adalah sebenarnya adat pengebumian masyarakat Dani tradisional.
 |
| Mumi Papua |
Mumi Papua adalah tradisi pengawetan mayat manusia di wilayah pergunungan Pulau Papua. Dalam proses pengerjaan mumi, mayat terlebih dahulu diasap dengan kayu bakar. Sebelum pengasapan dilakukan, seekor babi yang baru lahir dipersiapkan sebagai tanda waktu.
Waktu pengasapan berlangsung adalah sejak babi lahir sehingga babi tersebut mempunyai taring yang panjang. Setelah selesai pengasapan, dilakukan pula upacara untuk memandikan para petugas, pelepasan mumi dengan memotong babi yang digunakan sebagai tanda waktu dan mengalungkan ekor babi yang dipotong tersebut ke leher mumi. Setelah semua proses pengerjaan mumi selesai, ia akan diakhiri dengan pesta bakar batu. Suku Dani akan menjemur dan menyimpan mayat leluhur mereka di dalam gua. Umumnya umur mumi ini cukup panjang, bahkan sehingga sampai 300 tahun.
Ada satu proses lain dalam pemumian di Papua yang dilaksanakan oleh Suku Mek di mana mereka meletakkan mayat di atas pokok selama setahun. Cuaca yang dingin di atas pokok membuatkan mayat terawet secara alami. Setelah itu, barulah mayat diturunkan dan disimpan di dalam gua. Ada juga mumi ini yang disimpan di dalam rumah Honai.
 |
| Mumi Papua menjadi utuh setelah melalui proses pengasapan |
Di Anjungan Papua, ada juga sebuah bangunan utama menyerupai rumah tradisional Kariwari dari suku Tobati-Enggros. Suku ini tinggal di tepi Danau Sentani di Kabupaten Jayapura di Papua. Rumah ini berbentuk piramid segi lapan dengan atap kerucut yang aslinya diperbuat dari daun sagu.
 |
| Rumah Kariwari di Anjungan Papua |
 |
Kenangan di Anjungan Papua
|
Rumah Kariwari terdiri dari dua tingkat dan menyimpan pelbagai pameran kebudayaan Papua. Disebabkan budaya Papua amat asing bagi kami, ada di antara bahan-bahan yang dipamerkan sukar untuk kami fahami.
 |
| Pemandangan sebaik masuk ke dalam Rumah Kariwari |
 |
| Seorang bapa Papua dengan anak lelakinya |
 |
| Pameran dari Wilayah Animha di Papua |
 |
| Suku tradisional dari Wilayah Animha |
 |
| Burung Cenderawasih dari Papua |
 |
| Gambaran proses mencacah tatoo yang merupakan amalan suku-suku tradisional di Papua |
 |
Senjata tradisional Papua
|
 |
| Siling tinggi di dalam Rumah Kariwari |
 |
| Pameran kebudayaan tradisional Papua |
 |
| Melihat pameran kebudayaan tradisional Papua |
Part 27: Pasar Nusantara @ TMII
Kami menamatkan lawatan kami ke Taman Mini Indonesia Indah selepas melawat Anjungan Papua. Banyak anjungan yang tidak kami lawati di TMII ini. Anjungan provinsi yang di Pulau Jawa misalnya memang kami skip sepenuhnya kerana kami sedang berada sendiri di sini sekarang. Kita tengok sajalah budaya Jawa secara live di pulau ini.
Dari Anjungan Papua, kami menaiki shuttle TMII yang free itu menuju ke Pasar Nusantara untuk makan tengahari.
 |
| Pasar Nusantara |
 |
| Suasana di Pintu Masuk ke Pasar Nusantara |
 |
| Gerai Kebun Jeruk. Jeruk bermaksud Limau di Indonesia. |
Pasar Nusantara adalah Food Court di Taman Mini Indonesia Indah. Di sini ada banyak gerai menjual pelbagai makanan tradisional dari semua wilayah di seluruh Indonesia. Rezha membawa kami terlebih dahulu melihat gerai Jajanan Tradisional untuk memperkenalkan beberapa kuih tradisi Indonesia kepada kami. Ada antara kuih ini yang sama dengan kuih di Malaysia, cuma nama sahaja yang berbeza.
 |
| Suasana tempat makan di Pasar Nusantara |
 |
| Papeda Ikan Kuah Kuning yang seperti masakan Singgang di Malaysia |
 |
| Banyak meja makan disediakan tetapi agak kosong kerana ketika itu sebenarnya masih awal lagi untuk makan lunch ditambah dengan faktor hari bekerja. |
 |
| Kita ronda-ronda dulu untuk memilih makanan yang hendak dimakan... |
 |
| Wilayah asal makanan juga ditulis pada setiap gerai |
 |
| Husband akhirnya memilih Mie Aceh yang of course, berasal dari wilayah Aceh. |
 |
| Myself pula memilih hidangan Ayam Taliwang dari Lombok |
 |
| Sambalnya pedas sehingga sarung tangan diberi kepada kita untuk memakannya |
Kedua-dua makanan yang kami pilih rasanya biasa saja bagi kami. Mungkin sebab lidah kami tak macam lidah orang local Indonesia. 😅
 |
| Es Teler (kiri) dan Es Goyang (kanan) untuk dessert. |
 |
| Meninggalkan Pasar Nusantara selepas lunch |
Part 28: Masjid Pangeran Diponegoro @ TMII
Program seterusnya bagi kami selepas melawat Taman Mini Indonesia adalah bergerak menuju ke kota Bandung. Disebabkan ketika itu dah masuk waktu Solat Zohor, kami memutuskan untuk membuat Solat Jamak terlebih dahulu di Masjid Pangeran Diponegoro di TMII ini.
 |
| Berjalan menuju ke Masjid Pangeran Diponegoro |
 |
| Masjid Pangeran Diponegoro di Taman Mini Indonesia Indah |
 |
| Rumah kucing di depan masjid |
 |
| Rumah Beduk di depan masjid |

|
| Seperti juga di Malaysia, Beduk adalah cara tradisional untuk menandakan masuk waktu solat dan memberi perkhabaran seperti kematian ahli qariah masjid. |
 |
| Satu lagi pandangan Beduk dari sisi lain |
‘Pangeran Diponegoro’ dipilih sebagai nama masjid ini untuk menghormati pahlawan nasional dan pemimpin agama Islam di Yogyakarta yang berperanan penting dalam penentangan terhadap penjajahan Belanda. Senibina masjid ini diinspirasikan dari Masjid Al Azhar Jakarta dan Masjid Syuhada Yogyakarta.
 |
| Suasana di dalam Masjid Pangeran Diponegoro |
 |
| Pemandangan di luar masjid |
 |
| Masjid Pangeran Diponegoro |
 |
| Meninggalkan Masjid Pangeran Diponegoro |
Masjid Pangeran Diponegoro bukanlah satu-satunya rumah ibadah yang dibina di Taman Mini Indonesia Indah. Ada 6 lagi rumah ibadat yang dibina di TMII untuk kegunaan penganut 6 agama rasmi lain di Indonesia: Kristian Protestan, Kristian Katholik, Hindu, Buddha dan Khonghucu (Confucius).
Kami tak sempat nak berjalan mengambil gambar rumah-rumah ibadah ini yang dibina sebaris berderet dengan Masjid Pangeran Diponegoro. Oleh itu kita gunakan sahaja gambar dari website rasmi Taman Mini Indonesia Indah...
 |
| Gereja Katholik Santa Catharina |
 |
| Gereja Kristen Protestan Haleluya |
 |
| Pura Hindu Dharma Penataran Agung Kertabhumi yang diinspirasi dari pura-pura di Bali |
 |
| Rumah ibadat Buddha Wihara Arya Dwipa Arama yang diinspirasikan dari Candi Borobudur |
 |
| Klenteng Kong Miao yang merupakan rumah ibadat penganut Confucius |
Di samping rumah-rumah ibadat bagi agama rasmi Indonesia, ada juga dibina Sasono Adiroso yang merupakan tempat beribadah bagi pengikut Kejawen yang merupakan aliran kepercayaan mistik Jawa. Sasono Adiroso ini dinamakan sempena Pangeran Sambernyowo, seorang priyayi atau bangsawan terkenal dari Surakarta yang memiliki ketokohan perang dan menolak untuk berkerjasama dengan VOC Belanda pada masa penjajahan.
Terbuka bagi semua penganut kepercayaan dan agama, Sasono Adiroso menjadi tempat berbincang, bertukar fikiran dan menghargai satu sama lain dalam konteks hubungan dengan Tuhan Yang Maha Esa. Diambil dari kata ‘Sasono’ yang bermaksud 'tempat' serta ‘Adiroso’ yang bererti 'rasa sejati', Sasono Adiroso digambarkan sebagai tempat untuk mengeksplorasi rasa sejati.
Myself akan bercerita lagi tentang kepercayaan Kejawen ini dalam entry mengenai perjalanan kami di Yogyakarta nanti.
 |
| Sasono Adiroso Pangeran Sambernyowo yang merupakan tempat beribadah bagi pengikut Kejawen. |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
No comments:
New comments are not allowed.