Tuesday, 11 November 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 02 (Jakarta Pusat)

 Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 2: Jakarta
JAKARTA PUSAT (Masjid Istiqlal & Glodok)

HARI PERTAMA (2)

Part 4: Jakarta

Kami tiba di Jakarta sekitar pukul 11.15 pagi yang menghampiri waktu Solat Zohor. Pada ketika itu, waktu masuk Solat Zohor di Jakarta adalah sekitar pukul 11.36 pagi. Oleh yang demikan, bila Rezha mencadangkan supaya kami terus menuju ke Masjid Istiqlal untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar, kami terus bersetuju.

 Patung Presiden Soekarno dan timbalannya Mohammad Hatta di perkarangan Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta.
Meninggalkan Soekarno-Hatta International Airport yang juga dikenali sebagai Soetta.
Hotel Ibis Styles di Soetta
Jakarta, atau nama rasminya Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, adalah ibukota negara Indonesia. Nama kota ini berasal dari dua buah perkataan dalam Bahasa Sanskrit: Jaya yang bererti "kemenangan" dan Karta yang bererti "dicapai". Oleh itu, nama "Jakarta" membawa maksud "Kota Kejayaan". Ia dikenali sebagai "Batavia" sewaktu di bawah pemerintahan penjajahan Belanda.

Dengan jumlah penduduk di pusat bandarnya yang mencapai 10 juta dan 35 juta dengan mengambilkira kawasan metropolitan di sekelilingnya, Jakarta kini diklasifikasikan sebagai sebuah mega city. Jakarta juga kini adalah mega city yang kedua terbesar di dunia selepas Tokyo di Jepun.
  
Tourist Guide Rezha bersama pemandu Pak Adam
Lebuhraya menuju ke kota Jakarta dari Soetta
Bunga-bunga cantik yang menghiasi lebuhraya menuju ke kota Jakarta
Gerbang Tol
Gerbang Tol Kapuk
Pemandangan di Gerbang Tol Kapuk
Pembayaran kad juga diterima di Gerbang Tol ini
Traffic jam sebaik masuk ke kota Jakarta
Jakarta adalah sebuah kota yang sesak dan kesesakan ini dapat kami rasakan sebaik masuk ke kawasan pusat kota. Ia juga adalah salah sebuah kota yang sangat tercemar di dunia. Pencemaran ini berpunca dari bilangan kenderaan serta industri yang banyak berpusat di kota ini.

Disebabkan saiznya yang besar, Jakarta dibahagi kepada 5 buah kota pentadbiran yang terdiri dari Jakarta Pusat, Jakarta Barat, Jakarta Timur, Jakarta Utara, Jakarta Selatan dan Kabupaten Kepulauan Seribu. Kerajaan Indonesia juga merancang untuk membina sebuah ibukota baru yang dinamakan Nusantara di Kalimantan bagi menggantikan Jakarta yang semakin sesak dan tenggelam. Namun demikian, perancangan pembinaan ibukota baru ini sedikit terhambar dengan status ekonomi pada masa sekarang.

Suasana kesesakan yang semakin dirasakan sewaktu memasuki kota Jakarta
Terusan lama peninggalan Belanda di Jakarta
Jambatan menyeberang terusan lama
Peniaga di bawah jambatan
Batagor adalah makanan tradisional Indonesia yang berasal dari Bandung
Penjaja kecil di bawah jambatan
Signboard jalan di kota Jakarta
WTC Mangga Dua
Suasana di kawasan Mangga Dua di Jakarta
Satu pemandangan yang pasti kita tidak boleh miss kalau berkunjung ke pusat kota Jakarta adalah Bas Transjakarta yang berwarna biru. Bas ini adalah kenderaan awam yang mempunyai laluan khas yang tidak boleh digunakan oleh kenderaan lain. Sebahagian bas ini menggunakan enjin elektrik yang senyap. Satu pemandangan lain berkait dengan bas ini yang pasti menarik perhatian rakyat Malaysia adalah perhentian basnya (bus stop) yang dibina tinggi. Bus stop yang tinggi begini walau bagaimanapun bukanlah hanya unik di Jakarta. Ia turut boleh kita perhatikan di kota-kota besar yang lain di Indonesia.

Bas Transjakarta
Selain menggunakan enjin elektrik, bas Transjakarta juga mempunyai laluan khas di tengah-tengah kota Jakarta
Bus stop di Indonesia (dipanggil Halte) memang lazim dibina tinggi begini
Mangga Dua Square
Bangunan Mangga Dua Square
Pemandangan jalanraya tipikal di kota Jakarta
Penjaja jalanan yang mencari rezeki di tengah kesesakan jalan di kota Jakarta
Gojek

Part 5: Masjid Istiqlal

Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta Pusat adalah masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan masjid yang ke-8 terbesar di dunia pada masa sekarang. Ia dibina untuk memperingati kemerdekaan Indonesia dan diberi nama "Istiqlal" yang bermaksud "Kemerdekaan" dalam Bahasa Arab. Masjid yang memakan masa pembinaan selama 17 tahun ini dibuka kepada orang awam pada 22 Februari 1978.

Masjid Istiqlal di Jakarta
Masjid Istiqlal yang dibina untuk memperingati kemerdekaan Indonesia ini adalah juga masjid yang terbesar di Asia Tenggara
Bergambar kenangan di depan Masjid Istiqlal
Seperti masjid-masjid yang lain, kita perlu membuka kasut sebelum masuk ke dalam masjid. Ada sebuah kaunter khusus disediakan di luar bangunan masjid untuk menyimpan kasut. Tiada bayaran dikenakan untuk menyimpan kasut di sini tetapi menjadi amalan pengunjung ke masjid untuk bersedekah seikhlas hati kepada petugas penjaga kasut.

Kaunter tempat menyimpan kasut adalah di sebelah kiri di dalam gambar ini
Pandangan dekat kaunter tempat menyimpan kasut
Selepas menyimpan kasut, jauh juga kita kena berjalan untuk masuk ke bangunan masjid. Namun begitu aman-aman saja, kata Orang Indonesia kerana laluan menuju ke bangunan masjid ini sangat bersih dan terjaga rapi.

Laluan menuju masuk ke bangunan masjid dari tempat menyimpan kasut
Terusan yang perlu diseberangi untuk masuk ke bangunan masjid dari tempat menyimpan kasut
Ada pintu berasingan disediakan untuk lelaki dan wanita masuk ke dalam masjid. Pintu lelaki dinamakan Al Fattah manakala pintu wanita pula dinamakan Al Quddus. 

Pintu Al Fattah yang disediakan untuk pengunjung lelaki
Pintu Al Quddus yang disediakan untuk pengunjung wanita
Pintu Al Quddus untuk wanita terletak di hujung sebelah sana bangunan masjid
Tempat wuduk di Masjid Istiqlal
Tangga naik ke Ruang Solat Wanita
Ruang Solat Wanita terletak di sebelah kiri masjid
Lepas dah selesai bersolat, kita join Husband dan Rezha melawat ke Ruang Solat Utama. Ruang ini bebas untuk dilawati oleh sesiapa sahaja di luar waktu solat berjemaah.

Pemandangan Ruang Solat Utama di Masjid Istiqlal
Mihrab Masjid Istiqlal
Kain penutup Kaabah yang dipasang pada Mihrab masjid ini dihadiahkan oleh Raja Salman dari Arab Saudi sewaktu berkunjung ke sini pada tahun 2017.
Kubah utama Masjid Istiqlal mempunyai ketinggian 45 meter sebagai simbol tahun kemerdekaan Republik Indonesia pada tahun 1945
12 tiang yang menyokong kubah masjid utama pula melambangkan tanggal kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal
Binaan ruang solat setinggi bangunan 5 tingkat ini membolehkan ia menampung beribu-ribu jemaah yang datang beribadat
Pemandangan ruang solat bertingkat di sekeliling masjid
Chandelier yang dipasang di Ruang Solat Utama
Selepas dah puas melawat bahagian dalam masjid, Rezha membawa kami melawat ke persekitaran luar (courtyard) pula.

Pemandangan di luar bangunan yang menempatkan Ruang Solat Utama
Menara Masjid Istiqlal mempunyai ketinggian 6,666 cm yang melambangkan jumlah ayat di dalam Al Quran
Kita dapat melihat Tugu Monas yang merupakan tugu peringatan terpenting di Indonesia dari Masjid Istiqlal. Ini adalah kerana sebagai masjid nasional, Presiden Soekarno ingin supaya Masjid Istiqlal terletak berdekatan dengan Lapangan Merdeka (lokasi Monas) yang merupakan dataran terpenting negara dan Istana Merdeka (Istana Presiden). Perkara ini turut bersesuaian dengan tradisi Jawa di mana Kraton (Istana) dan Masjid Agung harus terletak berdekatan dengan dataran (Alun-Alun). 

Pemandangan Tugu Monas dari perkarangan Masjid Istiqlal
Tugu Monas (Monumen Nasional)
Bergambar dengan Monas
Pemandangan bangunan masjid dari courtyard
Selepas bergambar dengan Tugu Monas, kami mula bergerak meninggalkan Masjid Istiqlal.

Berjalan keluar dari bangunan masjid
Melintas semula terusan untuk menuju ke tempat menyimpan kasut
Laluan menuju ke tempat menyimpan kasut
Walaupun majoriti rakyat Indonesia beragama Islam, negara Indonesia mempunyai 6 agama rasmi: Islam, Kristian Protestan, Kristian Katholik, Hindu, Buddha dan Confucius (Konghucu). Keenam-enam agama ini diakui berdasarkan undang-undang dan rakyat Indonesia dijamin kebebasan untuk memeluk dan menjalankan agama masing-masing bersesuaian dengan prinsip pertama Pancasila iaitu "Ketuhanan Yang Maha Esa". 

Rakyat Indonesia juga berbangga kerana Masjid Istiqlal dibina berdekatan dengan Gereja Katedral Jakarta dan Gereja Immanuel yang melambangkan kerukunan dan toleransi antara agama seperti yang digalakkan di dalam Pancasila. Malah ada sebuah terowong yang dibina untuk menghubungkan Masjid Istiqlal dengan Gereja Katedral Jakarta. Terowong ini dinamakan Terowongan Silaturahim.


Terowongan Silaturahim yang menghubungkan Masjid Istiqlal dengan Gereja Katedral Jakarta.
Gereja Katedral Jakarta
Pintu masuk rasmi ke Masjid Istiqlal
Bajaj di depan Masjid Istiqlal
Meninggalkan Masjid Istiqlal, kami turut ditunjukkan beberapa bangunan penting dan monumen yang terletak berhampiran.

Pancutan air Adiputra
Pintu masuk ke Tugu Monas
Istana Merdeka yang merupakan kediaman rasmi Presiden Republik Indonesia
Pintu masuk rasmi ke Istana Merdeka
Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia
Kementerian Koordinator Bidang Pemberdayaan Masyarakat

Part 6: Glodok

Perjalanan kami seterusnya adalah menuju ke Kota Tua yang bersejarah di Jakarta. Dalam perjalanan ke sana kami melalui sebuah kawasan yang bernama Glodok.

Kesibukan petang di Jakarta Pusat
Glodok atau Pecinan Jakarta adalah Chinatown yang terbesar di Indonesia. Ia bermula sebagai penempatan yang dibina Belanda untuk mengasingkan penduduk berketurunan Cina selepas satu pemberontakan etnis tersebut terhadap pemerintahan Belanda pada tahun 1740.

Glodok, Jakarta
Pintu masuk ke kawasan Glodok
Walaupun Glodok adalah sebuah Chinatown, ciri-ciri etnik Cina di sini tidaklah sehebat Chinatown di Kuala Lumpur. Ini mungkin disebabkan masyarakat Cina di Indonesia telah melalui proses asimilasi dengan masyarakat Indonesia selainnya sewaktu di zaman pemerintahan Presiden Soeharto. Soeharto adalah Presiden Kedua Republik Indonesia yang menggantikan Presiden Soekarno.

Suasana di Glodok
Ciri etnik Cina di Glodok tidaklah sehebat di Chinatown Kuala Lumpur
Restoran Minang di Glodok
Satu-satunya bangunan berciri Cina yang hebat diperhatikan sewaktu kami melalui kawasan Glodok adalah Pancoran Chinatown Point.
 
Pancoran Chinatown Point
Pintu masuk kenderaan ke Pancoran Chinatown Point
Satu lagi pemandangan Pancoran Chinatown Point
Petak Enam
Masih suasana di Glodok
Pasar tradisional
Banyak barangan yang dijual di sini


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
  • Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
  • Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
  • Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
  • Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
  • Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
  • Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
  • Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
  • Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
  • Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
  • Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
  • Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
  • Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
  • Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Historical Bandung)
  • Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
  • Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Saung Angklung Udjo)
  • Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Suasana Malam Di Bandung)
  • Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train (Bandung - Yogyakarta)
  • Bhg. 18 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis)
  • Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Suasana Malam Di Yogyakarta)
  • Bhg. 20 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur)
  • Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
  • Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
  • Bhg. 23 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)

No comments: