Thursday, 20 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 34 (Blausee)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 34: Switzerland
BLAUSEE

HARI KELAPAN (4)

Part 83: Perjalanan Ke Blausee

Dari Interlaken, perjalanan kami diteruskan ke sebuah lagi wisata alam yang terkenal di Switzerland ~ Blausee. Perjalanan dari Interlaken ke Blausee memakan masa kira-kira 40 minit. Seperti yang dinyatakan dalam ramalan cuaca, hujan mula turun sewaktu kami meninggalkan Interlaken.

Meninggalkan Interlaken
Roundabout di Interlaken
Hujan yang mengiringi pemergian kami dari Interlaken
Kambing Gunung (Ibex) yang menjadi lambang Interlaken
Interlaken kami tinggalkan dengan seribu kenangan indah. Semoga Allah SWT mengizinkan kami kembali lagi ke sini pada satu hari nanti.


LAKE THUN

Interlaken terletak di antara dua buah tasik besar: Lake Brienz dan Lake Thun. Jika kita dah melihat Lake Brienz dalam perjalanan menuju ke Lauterbrunnen pagi tadi, kita berpeluang pula melihat Lake Thun dalam perjalanan ke Blausee pada petang ini.

Lake Thun
Dari segi saiz, Lake Thun adalah lebih besar berbanding Lake Brienz. Air di Lake Brienz pula lebih biru berbanding Lake Thun.

Menurut kajian geologi, Lake Thun dan Lake Brienz adalah berasal dari sebuah tasik yang sama. Bila masa berlalu, sedimen yang dibawa oleh Sungai Lütschine dan Sungai Lombach menimbun di bahagian tengah tasik sehingga memecahkannya menjadi dua tasik yang berasingan. Tanah di tengah-tengah yang memecahkan kedua tasik ini kini dinamakan Bödeli. Di atasnya sekarang berdiri tiga buah bandar: Interlaken, Unterseen dan Matten.

Sigriswil
Spiez
Aras air di Lake Brienz adalah 2 meter lebih tinggi berbanding Lake Thun. Sebatang sungai bernama Aare kini mengalir menerusi tambakan sedimen Bödeli yang memisahkan kedua tasik ini.


SPIEZ

Selepas meninggalkan Lake Thun, kami melalui beberapa bandar kecil sehingga sampai ke Blausee. Antaranya termasuklah bandar Spiez.

Traffic jam di bandar Spiez
Bunga-bunga cantik di bandar Spiez
Sempat admire keindahan bunga sewaktu melalui traffic jam di bandar Spiez
Blausee terletak berhampiran bandar Kandersteg
BFO Center Shopping Mall di Spiez
Macam meriah je shopping mall ini

FRUTIGEN

Kawasan-kawasan perkampungan dengan lembu-lembu ternakan turut menghiasi pemandangan menuju ke Blausee selepas meninggalkan Spiez. Kami kini sedang melalui kawasan yang dinamakan sebagai Frutigen.

Daerah Frutigen-Niedersimmental
Ladang ternakan
Aeschi bei Spiez
Reichenbach im Kandertal

Cuaca pada petang ini sangat suram dengan suhu 18'C.

Satu lagi pemandangan di Reichenbach im Kandertal
Coop dan Migros adalah dua buah rantaian supermarket yang popular di Switzerland
Padang rumput banyak ditumbuhi bunga-bunga liar di musim spring begini
Perkampungan di Reichenbach im Kandertal
Pemandangan Sungai Kander yang mengalir di kawasan ini sangat menyejukkan mata. Sungai yang sepanjang 44 km ini adalah sebenarnya sebatang anak Sungai Aare. Ia berpunca dari Kanderfirn Glacier dan mengalir ke arah utara menuju ke Lake Thun.

Kander River
Sebuah lagi pemandangan Kander River
Landasan keretapi
Keretapi
Kami seterusnya melalui sebuah airstrip di Reichenbach im Kandertal. Ada banyak airstrip sebegini yang kami temui sepanjang perjalanan kami di negara Switzerland. Kata Tour Leader kami, airstrip ini selalunya digunakan untuk aktiviti skydiving. Kalau bernasib baik, kita dapat melihat pesawat-pesawat kecil yang digunakan oleh pemain skydiving ini. Malangnya, airstrip yang kami saksikan petang ini kosong dan sepi.

Airstrip di Reichenbach im Kandertal
Airstrip ini sering digunakan oleh pesawat-pesawat kecil bagi tujuan skydiving
Memang banyak aktiviti yang boleh dibuat oleh mereka yang adventurous kalau melawat ke Switzerland. Bagi yang tak adventurous macam kami, sit back and enjoy the view sajalah...
Pemandangan indah perkampungan dekat Airstrip
Kander River
Sewaktu tiba di bandar Frutigen, kami dapat melihat pula sebuah jambatan batu semacam aqueduct lama yang merentas pergunungan. Jambatan batu ini sebenarnya adalah sebuah jambatan keretapi yang digunakan oleh Lötschbergbahn Train Line yang menghubungkan Spiez di Canton of Bern dengan Brig di Canton of Valais.

Jambatan batu di Frutigen
Jambatan batu ini adalah sebuah jambatan keretapi
Landasan yang melalui jambatan ini adalah sebahagian Lötschbergbahn Train Line yang menghubungkan Spiez dengan Brig.
Pemandangan perkampungan Swiss dengan ladang-ladang ternakan lembu terus menghiasi pemandangan dalam perjalanan yang seterusnya.

Semakin menghampiri Blausee, gunung-gunung batu yang tinggi pula muncul dalam pandangan. Gunung-gunung ini adalah sebahagian dari Bernese Oberland yang sama kita lihat sewaktu di Lauterbrunnen pagi tadi.

Lagi pemandangan Pergunungan Bernese Oberland
Kemuncak gunung yang diselaputi kabus
Air terjun di pergunungan
Dah hampir tiba ke Blausee

Part 84: Blausee

Kami tiba di Blausee pada pukul 4 petang. Cuaca pada petang ini memang tidak bersahabat kerana hujan dah turun renyai-renyai. Hujan yang turun memang boleh membasahkan tetapi disebabkan mungkin ini sajalah sekali seumur hidup kami sampai ke Blausee, semua Ahli Grup sepakat untuk meneruskan lawatan walaupun di dalam hujan renyai.

Tiba di Blausee
Berjalan ke pejabat tiket
Pemandangan ke arah laluan masuk dari depan Pejabat Tiket
Tempat parking kenderaan di Blausee
Peta Blausee
Information Board
Oleh kerana Blausee adalah tasik persendirian, ada tiket yang dikenakan untuk masuk melawat. Harga tiket sebenar adalah CHF 11 (RM 57) seorang. Walau bagaimanapun kami mendapat diskaun Group Ticket CHF 9 (RM 47) seorang.

Pejabat tiket
Maklumat waktu lawatan
Selamat Datang Ke Blausee
Sewaktu Tour Leader Amar menguruskan pembelian tiket, kami mengambil kesempatan melawat ke Kedai Cenderamata yang juga terletak bersama Pejabat Tiket.

Amar menguruskan pembelian tiket
Pelbagai cenderamata yang dijual
Ikan Trout yang ditangkap dari Tasik Blausee sendiri turut dijual di Kedai Cenderamata
Ikan Trout
Ada juga Ikan Trout yang telah dijadikan fillet untuk dimasak terus
Perhiasan ikan di Kedai Cenderamata
Berjalan masuk ke dalam...
Selepas semua mendapat tiket, kami berjalan 200 meter untuk mendapatkan Tasik Blausee. Pemandangan di sepanjang laluan ini adalah hutan pokok pain dan batuan yang berlumut. Batuan berlumut ini mengingatkan Myself dan Husband kepada Taman Jepun yang pernah kami lawati di Kiyomizu Temple di Osaka, Jepun.

Laluan menuju ke Tasik Blausee
Batuan berlumut yang mengingatkan kami kepada Taman Jepun di Osaka
Gagah berjalan menuju ke Blausee
Suasana hutan yang mendamaikan
Tiba di Blausee
Blausee (disebut: Blau-zee dan bermaksud Blue Lake) adalah sebuah tasik semula jadi yang terletak hanya 17 meter dari Kander River. Namun demikian, sumber airnya tidak berasal dari sungai tersebut. Sumber air di Blausee sebaliknya berpunca dari air di bawah tanah. Blausee mempunyai kedalaman air 12 meter, namun kejernihan airnya membuatkan ia kelihatan cetek.

Blausee
Air yang jernih dan biru di Blausee
Bila melihat air yang biru di Blausee, ramai yang menyangka ia dipenuhi dengan bahan mineral yang menyerlahkan warnanya. Namun hakikatnya, ia bukan begitu. Air di Blausee sangat jernih dan ia membalikkan spektrum warna biru ke mata kita. Kerana itulah airnya kelihatan sangat biru.

Hujan yang turun sangat membataskan pergerakan kami di Blausee. Mujurlah Myself dan Husband sempat menyambar membeli baju hujan disposable dari Kedai Cenderamata di Pejabat Tiket tadi. Walaupun terpaksa membayar mahal CHF 3 (RM 15) sehelai, ia sangat membantu pergerakan kami sewaktu di Blausee.

Kebiruan air yang memukau di Blausee
Pemandangan yang damai dan menyegarkan
Ada boat ride percuma disediakan kepada semua pengunjung ke Tasik Blausee. Bot yang dikayuh dengan tangan ini walau bagaimanapun cuma boleh memuatkan maksima 14 orang pada satu-satu masa. Oleh yang demikian, Grup kami yang seramai 24 orang ini terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan.

Free Boat Ride di Blausee
Tasik Blausee juga memiliki legendanya yang tersendiri. Menurut ceritanya air tasik ini tidak biru seperti sekarang pada masa dahulu. Ia terjadi disebabkan tangisan air mata dari seorang gadis yang bersedih dengan kematian kekasihnya. Gadis ini dikatakan mempunyai sepasang mata berwarna biru yang cantik. Dia telah membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik ini dan air tasik bertukar biru disebabkan tangisan dari mata birunya sewaktu dia tenggelam ke dasar tasik.

Disebabkan hujan renyai-renyai, kami tak dapat nak explore kawasan di sekitar Tasik Blausee selepas membuat boat ride. Kalau tidak, bolehlah juga mencari patung gadis yang sengaja ditenggelamkan di dasar tasik sebagai penghormatan kepada legenda Blausee.

Patung gadis bermata biru yang dikaitkan dengan legenda Tasik Blausee (Gambar dari internet)
Amaran supaya tidak memberi makan kepada Ikan Trout di dalam tasik
Pemandangan dari dalam bot di tengah Tasik Blausee
Bagi yang berminat, ada sebuah hotel yang dibina di tepi Tasik Blausee. Ia bernama Hotel Blausee. Menurut ceritanya, hotel ini terkenal dengan hidangan Ikan Trout yang ditangkap dari tasik ini sendiri di samping memiliki sebuah spa mandian air panas.

Hotel Blausee di pinggir Tasik Blausee
Tasik Blausee telah terbentuk 15,000 tahun dahulu dari sumber air bawah tanah. Disebabkan airnya yang jernih, kita sebenarnya boleh melihat punca air bawah tanah ini di dalam tasik. Namun disebabkan cuaca hujan ketika itu yang menyebabkan air tasik beriak-riak, tak dapatlah kita nak melihat sumber air tersebut sewaktu bersampan di Tasik Blausee.

Waktu akhir Free Boat Ride adalah sebenarnya pada pukul 4.45 petang. Bila tiba giliran kumpulan kedua Grup kami untuk naik bot, jam dah pun menunjukkan pukul 4.45 petang. Tetapi disebabkan sebahagian Grup kami dah naik bot tadi, Pakcik Pendayung bersetuju membuat overtime untuk membawa kumpulan kedua pula bersampan di Tasik Blausee. Myself dan Husband turut termasuk dalam kumpulan kedua ini.

Demi nak mengambil hati Pakcik Pendayung, kakak-kakak dalam kumpulan kami bersembang-sembang dengan beliau. Kata Pakcik Pendayung, dia berusia 68 tahun dan anak sulungnya dah berusia 38 tahun. Ramai juga yang meminta nak posing dengan Pakcik Pendayung. Pakcik Pendayung bersetuju nak bergambar bersama tetapi "No touching," katanya. Eyy, mesti dia dah biasa mendapat permintaan begitu sehingga tahu tak boleh bersentuhan dengan perempuan Islam kalau bergambar bersama.

Jambatan kayu di Tasik Blausee
Husband bergambar dengan Pakcik Pendayung
Tamat sudah boat ride kami
Thank you, Pakcik Pendayung
Di akhir ride, kami beramai-ramai memberi tip kepada Pakcik Pendayung kerana sudi membawa kami bersampan di Tasik Blausee walaupun waktu bekerja beliau sebenarnya dah tamat. Tersenyum lebar Pakcik Pendayung mendapat tip begitu dari kami. Maklum sajalah, orang Malaysia kan pemurah. Semua orang memberi tip kepada Pakcik Pendayung tanpa dipaksa. Walaupun cuma sedikit seorang, bila dikumpul oleh Pakcik Pendayung memanglah jumlahnya menjadi banyak.

Laluan pejalan kaki yang disediakan untuk menikmati keindahan Blausee
Disebabkan hujan dah semakin lebat, kami tak dapat nak explore kawasan di sekeliling Tasik Blausee dengan lebih jauh. Terus saja kami memulakan langkah keluar untuk kembali ke bas. Walaupun pengalaman melawat ke Lake Blausee agak singkat, kami tetap berpuas hati kerana mendapat pengalaman bersampan di tasik ini.

Berjalan keluar dari  Tasik Blausee
Lumut
Kena berhati-hati berjalan kerana laluan ini menjadi licin disebabkan hari hujan
Pemandangan hutan di sekitar Blausee
Lumut
Masih pemandangan lumut pada batuan
Pemandangan Hutan Alpine yang dipenuhi pokok pain
Tiba kembali ke Pejabat Tiket
Pintu keluar dari Blausee
Bas kami parking di sana

Part 85: Perjalanan Ke Zürich

Seperti pemergian kami dari Interlaken tadi, hujan renyai turut mengiringi pemergian kami dari Blausee. Destinasi seterusnya adalah hotel penginapan yang terletak di pinggir bandar Zürich. Jarak perjalanan adalah 176 km dan dijangka memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit.

Kawasan pertanian
Dalam perjalanan ke Zürich, kami dapat melihat landasan keretapi Niesenbahn Funicular yang menyambungkan perkampungan Mülenen dengan Niesen. Funicular ini popular kerana ia memberikan pemandangan indah Lake Thun di bawahnya. Namun apa yang lebih istimewa ialah service stairway bagi funicular ini disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records sebagai tangga yang terpanjang di dunia. Tangga ini hanya dibuka bagi kegunaan pekerja, namun disebabkan popularitinya sebuah program larian awam memanjat tangga ini yang dinamakan "Niesenlauf" diadakan pada setiap tahun.

Jambatan Niesenbahn Funicular mendaki bukit di sana
Landasan Niesenbahn Funicular ini mempunyai tangga yang terpanjang di dunia
Niesenbahn Funicular (Gambar dari internet)
Larian Niesenlauf yang diadakan setiap tahun untuk memanjat Niesenbahn Funicular Service Stairway (Gambar dari internet)
Cuaca yang suram sepanjang perjalanan menuju ke Zürich
Kami turut melalui kawasan pinggir bandar Bern dalam perjalanan ke Zürich. Bern adalah ibu negara bagi Switzerland. Bandar Bern juga menarik untuk dilawati, tetapi tak ada rezeki bagi kami untuk berbuat begitu pada kali ini. Siapa tahu, mungkin Allah akan izinkan kami datang lagi ke Switzerland pada satu hari nanti dan Bern akan menjadi satu destinasi lawatan.

Pinggir bandar Bern
Alhamdulillah, kami dapat melalui pinggir bandar Bern dengan lancar dan mudah. Kata Tour Leader kami Amar, kawasan yang kami lalui ini selalunya sesak dengan kenderaan. Namun syukurlah kerana urusan kami sangat dipermudahkan pada hari ini.

Ladang canola yang menguning
Lagi pemandangan ladang canola yang menguning
Ternakan lembu
Panel solar di tepi lebuhraya
Lagi pemandangan panel solar yang dipasang di tepi lebuhraya
Pocket Wifi Roamingman yang setia menemani sepanjang perjalanan kami dari Italy sehingga ke Switzerland
Kami tiba di bandar Zürich pada pukul 7.40 malam. Alhamdulillah, masih ada waktu yang selesa untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di hotel kerana Waktu Maghrib di Zürich pada ketika itu masuk pada pukul 8.47 malam. Pengalaman ini juga semakin membulatkan tekad Myself dan Husband untuk tidak lagi membuat travel dalam Musim Winter pada masa hadapan.

Tiba di Zürich
Kawasan perumahan di Zürich
Seperti juga hotel-hotel penginapan kami yang lain sebelum ini, hotel penginapan pada malam ini juga terletak di kawasan perumahan. Jadi kita saksikan saja pemandangan kawasan perumahan yang dilihat sepanjang perjalanan ke hotel...


Part 86: Hotel Ibis Zürich Messe-Airport

Sedar tak sedar, malam ini merupakan malam terakhir pengembaraan kami buat kali keempat di bumi Eropah yang melibatkan Northern Italy dan Switzerland. Kami akan meninggalkan bumi Eropah untuk kembali ke Malaysia yang tercinta pada petang esok.

Penginapan terakhir kami pada malam ini adalah di Hotel Ibis Zürich Messe-Airport. Dari namanya pun kita dah tahu yang ia terletak berhampiran Zürich Airport. Tapi ia tidaklah sedekat airport sebagaimana Jet Hotel sebelum ini di mana kita boleh nampak pesawat terbang dari depan hotel.

Hotel Ibis Zürich Messe-Airport
Pintu masuk ke hotel
Membawa bagasi masuk ke dalam hotel. Bas tak dapat berhenti betul-betul di depan pintu masuk ke hotel kerana jalannya sempit.
Sambil menunggu Amar menguruskan pendaftaran bilik hotel, kita perhatikan pemandangan dan kemudahan yang ada di dalam hotel ini.

Amar beratur untuk menguruskan pendaftaran bilik kami
Macam Hotel Ibis yang lain sebelum ini juga, lobi hotel ini bersambung dengan restoran
Vending Machine yang menjual pelbagai snacks dan minuman
Loceng-loceng lembu yang dijadikan perhiasan di Hotel Ibis Zürich Messe-Airport
Macam-macam saiz loceng lembu ada...
Selepas mendapat kunci, kami terus masuk ke bilik penginapan. Aduh, kecil sungguh bilik hotel kami malam ini! Ingatkan bilik di Hotel Ibis Milano Malpensa hari itu dah kecil, rupanya bilik di Hotel Ibis Zürich Messe-Airport ini lagi kecil. Nak bersolat pun terpaksa kena adjust betul-betul semasa nak membentang sejadah. Namun bersyukurlah sebab masih ada ruang yang boleh digunakan untuk bersolat.
 
Bilik penginapan kami di Hotel Ibis Zürich Messe-Airport. Ada cokelat free diletakkan di atas katil untuk penginap.
Bilik hotel inilah yang paling kecil sepanjang penginapan kami di Italy dan Switzerland
Kena adjust sikit perabot-perabot ringan dalam bilik untuk memberi ruang bersolat dan meletakkan beg kami yang besar bagak itu.
Meja tulis
Bilik air
Dinner pada malam ini adalah Nasi dan Ayam Masak Lemak yang dihantar terus ke bilik penginapan. Walaupun rasanya agak kurang berbanding dinner-dinner yang sebelum ini, ia tetap menyelera dan mengenyangkan. Alhamdulillah.

Dinner malam ini


Bersambung ke Bahagian 35...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: