Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 9: Hoi An
HOI AN ANCIENT CITY (2)
HARI KETIGA (3)
Part 26: River Cruise @ Hoi An
Disebabkan masih ada masa yang terluang dan kami dah tak tahu nak membuat apa lagi, Myself dan Husband memutuskan untuk mencuba River Cruise di Sungai Thu Bon pulak.
![]() |
Bot River Cruise di Sungai Thu Bon |
Kami turut disertai oleh satu keluarga yang juga travel bersama Grup kami sewaktu membuat River Cruise ini. Bayaran yang dikenakan adalah VND 20,000 (RM 35) seorang dewasa dan kanak-kanak adalah percuma.
![]() |
Bot-bot River Cruise yang berlabuh di tepi sungai |
![]() |
Bersedia untuk memulakan cruise |
![]() |
Keluarga yang menyertai kami membuat River Cruise |
![]() |
Pemandu bot |
Perjalanan cruise ini memakan masa kira-kira 30 minit. Pada mulanya, bot bergerak menyusuri bandar Hoi An tetapi disebabkan bandar Hoi An ini kecil sahaja, perjalanan untuk melepasinya hanyalah sekejap sahaja.
![]() |
Perjalanan menyusuri bandar Hoi An |
![]() |
Pemandangan bandar Hoi An dari dalam bot |
Seronok membuat boat cruise ini kerana terasa angin bertiup menderu-deru sepanjang perjalanan. Barulah rasa lega setelah pengalaman berjalan sekian lama dalam cuaca panas terik di daratan tadi.
![]() |
Pemandangan selepas meninggalkan Hoi An |
![]() |
Kapten Bot |
![]() |
Jambatan Hoi An Memories Land merentas Sungai Thu Bon |
![]() |
Perumahan mewah di pinggir Hoi An |
![]() |
Hoi An Impressions Bridge |
![]() |
Pandangan lebih dekat Hoi An Impressions Bridge |
![]() |
Bergambar ramai di dalam cruise |
River cruise ini membawa kami sehingga ke sebuah jambatan berbentuk bulan sabit yang bernama Hoi An Impressions Bridge. Di sini ada seorang pengusaha Basket Boat menunggu. Kapten bot menawarkan untuk menunggu kalau kami nak mencuba naik Basket Boat ini tetapi kami menolak kerana kami dah pun mencubanya di Coconut Forest tadi. Oleh yang demikian, bot kami cuma berpatah balik kembali menuju ke bandar Hoi An.
![]() |
Ada pengusaha Basket Boat yang menunggu berhampiran Hoi An Impressions Bridge ini |
![]() |
Pengusaha Basket Boat |
![]() |
Bot berpatah balik ke Hoi An |
Perjalanan River Cruise ini tidaklah menarik sangat sebenarnya tetapi bolehlah dicuba sekadar untuk mengisi masa lapang.
![]() |
Melalui semula Jambatan Hoi An Memories Land |
![]() |
Lalu di bawah jambatan |
![]() |
Selfie di dalam bot |
![]() |
Triple Riverside Hotel Hoi An |
![]() |
Antara Hoi An Resort |
![]() |
Husband terpaksa membuka topi sebab takut terbang ditiup angin |
![]() |
Tiba kembali di bandar Hoi An |
![]() |
Pasar Hoi An |
![]() |
Lagi pemandangan Pasar Hoi An |
![]() |
Jeti tempat bot berlabuh |
![]() |
Jambatan berhampiran jeti di China Town @ Hoi An |
![]() |
Husband bergambar kenangan dengan Kapten Bot |
![]() |
Jambatan berhampiran jeti yang kami lihat dari atas bot tadi |
Selepas cruise, kami terus berjalan ke tempat berkumpul yang ditetapkan. Sambil menunggu ahli-ahli Grup yang lain tiba, sempat juga mencuba minum Air Limau Kumquat dari penjaja di tepi jalan. Kami ada beberapa kali juga meminum air yang dijual di tepi jalan begini sewaktu di Vietnam dan Alhamdulillah, tidaklah sakit perut selepas meminumnya.
![]() |
Mencuba minuman Limau Kumquat di sini |
![]() |
Duduk minum Air Limau Kumquat sambil menunggu ahli Grup berkumpul |
Part 27: Tasty House @ Hoi An
Selepas semua Ahli Grup dah berkumpul, kami berjalan beramai-ramai kembali sehingga ke tempat kaunter tiket masuk tadi.
![]() |
Sempat berposing atas jambatan sewaktu menunggu Ahli-ahli Grup berkumpul |
![]() |
Berjalan menyusur Sungai Thu Bon sehingga kembali ke tempat kaunter tiket masuk. |
Oleh kerana bas tidak boleh masuk ke sini, Yuni mengatur supaya kami bergerak ke restoran makan tengahari menggunakan buggy. Setiap buggy boleh memuatkan 10 orang, jadi kumpulan kami yang seramai 20 orang perlu menggunakan 2 buah buggy.
![]() |
Yuni mengatur buggy untuk kami bergerak ke restoran |
![]() |
Buggy |
Perjalanan dengan buggy menuju ke Tasty House Restaurant di Hoi An cuma memakan masa kira-kira 5 minit.
![]() |
Tasty House Restaurant di Hoi An |
Sewaktu kami tiba di restoran, ada sekumpulan anak muda berbangsa Asia yang baru selesai makan berdiri di depan restoran. Rupa-rupanya mereka juga datang dari Malaysia dan sedang mengikut company trip ke Danang. Bila mereka mendapat tahu yang kumpulan kami juga datang dari Malaysia, terus mereka berbaris di pintu masuk dan bersorak selamat datang sambil memberi tepukan kepada kami. Terasa macam celebrity sedang berjalan masuk ke restoran pulak ketika itu. Hahaha!!
![]() |
Kumpulan anak muda Malaysia yang memberi sambutan hebat selamat datang kepada kami. Hahaha!! |
![]() |
Suasana di dalam Restoran Tasty House |
Bila diberitahu yang makanan kami mengambil sedikit masa untuk disediakan, ahli-ahli Grup kami yang Muslim mengambil kesempatan untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di Bilik Solat yang disediakan di tingkat atas restoran.
![]() |
Bilik Solat di Tasty House Restaurant |
![]() |
Suasana di dalam Bilik Solat |
Seperti juga sajian-sajian yang diberi kepada kami sebelum ini, makanan yang dihidangkan di Tasty House Restaurant juga sedap dan menyelerakan. Makanan yang disediakan adalah juga makanan tipikal Vietnam yang Halal.
![]() |
Hidangan makanan tengahari |
![]() |
Sedap dan menyelerakan |
![]() |
Menu hidangan untuk kami |
![]() |
Hiasan di Tasty House Restaurant |
![]() |
Husband bergambar dengan pemilik Restoran Tasty House. "My name is Pho," katanya, "Just like Vietnamese Pho." Hahaha!! |
Hujan turun dengan lebat sebaik kami selesai makan tengahari di Restoran Tasty House. Terpaksalah kami melepak dulu di dalam restoran sehingga hujan berhenti.
![]() |
Hujan lebat yang turun sebaik kami selesai makan tengahari |
![]() |
Suasana sewaktu hujan turun |
![]() |
Melepak dulu di dalam restoran sementara menunggu hujan berhenti |
Bila hujan berhenti, 2 buah buggy datang untuk membawa kami ke tempat bas parking di pinggir bandar Hoi An.
![]() |
Yuni menunggu buggy datang |
![]() |
Buggy tiba untuk membawa kami ke tempat bas parking |
![]() |
Suasana di dalam buggy |
![]() |
Merentas Sungai Thu Bon di Hoi An |
Dengan tidak semena-mena, hujan turun semula sewaktu kami masih di dalam buggy sebelum sampai ke tempat parking bas. Syukurlah buggy dilengkapi dengan kanvas yang boleh diturunkan sewaktu hujan begini. Pengalaman ini mengingatkan Myself dan Husband sewaktu kami membuat Tuk Tuk Tour di Colombo, Sri Lanka dahulu. Tuk Tuk kami juga mempunyai tirai plastik seperti kanvas ini yang dipasang untuk perlindungan sewaktu hujan.
![]() |
Hujan turun semula sewaktu kami masih bergerak di dalam buggy |
![]() |
Pemandangan sewaktu buggy dipasang dengan kanvas sebagai perlindungan dari hujan yang turun. |
![]() |
Selamat sampai di tempat bas parking |
Part 28: Singgah Di Stone Works @ Danang
Kami bergerak meninggalkan Hoi An untuk kembali ke Danang dalam suasana hujan lebat. Syukurlah hujan turun hanya selepas kami menyelesaikan semua aktiviti yang dirancang di Hoi An hari ini.
![]() |
Buggy yang menghantar kami ke bas dari Tasty House Restaurant |
![]() |
Meninggalkan Hoi An untuk kembali ke Danang |
Dakam perjalanan pulang ke Danang, bas kami membuat persinggahan di sebuah perusahaan ukiran batu. Tujuan sebenar kami singgah adalah untuk membolehkan ahli-ahli rombongan untuk menggunakan kemudahan tandas yang bersih dan selesa di situ. Sambil-sambil itu, bolehlah juga kita meninjau perusahaan ukiran batu yang bernama World Gems Vietnam ini.
![]() |
Singgah di perusahaan ukiran batu World Gems Vietnam dalam perjalanan pulang ke Danang |
![]() |
Pemandangan di depan pintu masuk ke showroom |
![]() |
Pintu masuk ke showroom |
![]() |
Patung-patung batu yang dijual di dalam showroom |
Selain menjual ukiran-ukiran batu, kedai ini juga menjual batu-batu permata, Vietnamese Silk, beg-beg berjenama Kipling dan barangan-barangan lain.
![]() |
Galeri jualan batu permata |
![]() |
Beg jenama Kipling yang turut dijual |
![]() |
Vietnamese Silk |
![]() |
Bergambar saja di sini dan tidak membeli apa-apa |
![]() |
Biji Kopi Vietnam |
![]() |
Vietnamese Tea juga turut dijual di sini |
Sewaktu ahli-ahli kumpulan kami meninjau barangan yang dijual di dalam showroom, Myself dan Husband meninjau patung-patung ukiran untuk jualan yang dipamerkan di luar bangunan.
![]() |
Ukiran batu untuk jualan yang diletakkan di luar bangunan |
![]() |
Berbagai ukiran untuk hiasan ada di sini |
Kami juga sempat meninjau ke ruangan kerja ukiran batu di sini. Namun begitu, mungkin disebabkan hujung minggu ketika itu, tidak ada petugas yang bekerja di sini.
![]() |
Ruang kerja ukiran batu |
![]() |
Patung-patung batu yang masih separa siap |
![]() |
Berdasarkan kepada keterangan yang tertulis, batu yang digunakan untuk menghasilkan ukiran ini dibawa dari Marble Mountain yang berhampiran |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
- Bahagian 01 - Hari 1 : Arrival (Kuala Lumpur - Danang)
- Bahagian 02 - Hari 1 : Danang (Danang City)
- Bahagian 03 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 1 - Cable Car)
- Bahagian 04 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 2 - French Village)
- Bahagian 05 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 3 - Golden Bridge & Jardin d'Amour)
- Bahagian 06 - Hari 2 : Danang (Dragon Carp Statue & Dragon Bridge)
- Bahagian 07 - Hari 3 : Hoi An (Coconut Basket Boat)
- Bahagian 08 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 1)
- Bahagian 09 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City 2)
- Bahagian 10 - Hari 3 : Danang (Han Market & Son-Tra Marina)
- Bahagian 11 - Hari 4 : Hue (Perjalanan ke Hue)
- Bahagian 12 - Hari 4 : Hue (Hue City & Imperial City of Hue)
- Bahagian 13 - Hari 4 : Hue (Thien Mu Pagoda & Perfume River Cruise)
- Bahagian 14 - Hari 4 : Hue-Danang (Lagoon Cafe & Danang Beach)
- Bahagian 15 - Hari 5 : Departure (Danang - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.