Sunday, 16 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 32 (Lauterbrunnen)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 32: Switzerland
LAUTERBRUNNEN

HARI KELAPAN (2)

Part 80: Lauterbrunnen

Lauterbrunnen adalah sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan Jungfrau di pergunungan Bernese Oberland. Ia terkenal dengan keindahan pergunungan, sungai yang jernih, pemandangan air terjun dan bunga-bunga liar yang tumbuh di musim panas.
 
Lauterbrunnen
Tempat bas kami parking di Lauterbrunnen
Pemandangan menghala ke pekan Lauterbrunnen
Gereja Lauterbrunnen
Disebabkan ia dikelilingi pergunungan tinggi, suhu di Lauterbrunnen ketika itu agak dingin ~ 14'C.

Perkampungan di kaki gunung di Lauterbrunnen
Close-up pemandangan perkampungan di kaki gunung di Lauterbrunnen
Tarikan utama pengunjung ke Lauterbrunnen adalah sebuah air terjun tinggi yang dinamakan Staubbach Falls (disebut: Stabbak Falls). Dengan ketinggian 297 meter, ia adalah air terjun free-fall yang tertinggi di Eropah.

Staubbach Falls
Sebelum kita berjalan menuju ke Staubbach Falls, kita nikmati dulu pemandangan indah sekitar bandar Lauterbrunnen.

Kita sedang berada di sini...
Selepas itu barulah kita berjalan menuju ke Staubbach Falls.

Laluan menuju ke Staubbach Falls
Pengunjung-pengunjung ke Staubbach Falls
Tiba di Observation Area Staubbach Falls
Pemandangan di Observation Area di Staubbach Falls
Suasana di Observation Area
Posing-posing di depan Staubbach Falls
Kita juga nak mengabadi kenangan dengan Staubbach Falls
Pancutan air di Observation Area
Plak pada pancutan air yang berbunyi: "100 years of water supply, Lauterbrunnen 2007"
'Lauterbrunnen' bermaksud Lauter Fountain
Kalau di air terjun lain ~ seperti di Pliva Falls di Bosnia-Herzegovina yang kita lawati baru-baru ini ~ dari jauh lagi mesti kita dah kebasahan terkena percikan air terjun, tetapi tidak di Staubbach Falls. Ini adalah kerana disebabkan ketinggiannya, sebahagian besar percikan airnya terlebih dulu ditiup angin sebelum sampai ke tanah. Hanya percikan-percikan kecil saja yang sampai ke tanah. Kerana itulah ia tidak membasahkan pengunjung. Faktor ini jugalah yang memberikan nama kepada Staubbach Falls yang bermaksud Dust Creek Falls.

Staubbach Fall
Percikan air halus yang sampai ke bawah menyebabkan kita tidak kebasahan dari kawasan sedekat ini dengan air terjun.
Lembah Jungfrau
Kami bertuah datang ke Lauterbrunnen dalam musim bunga kerana airnya paling banyak mengalir pada masa ini. Maklumlah glacier sedang mencair di atas gunung sana, kerana itulah ada banyak air yang mengalir.

Puncak Staubbach Falls
Mengalir deras dari glacier yang mencair di atas gunung
Aliran air di pertengahan air terjun
Tiba di bawah
Pengunjung boleh pergi dekat-dekat dengan kaki Staubbach Fall sebenarnya, tetapi kami tak pergi ke sana. Cukuplah dengan melihat pemandangan Staubbach Fall ini dari sini. Pemandangan di sini juga dah memang menakjubkan bagi kami.

Pemandangan Staubbach Fall yang menakjubkan
Ada sebuah lagi legenda yang dikaitkan dengan pergunungan di sekitar Lauterbrunnen. Menurut kisahnya, pada suatu masa dahulu ada sebuah keluarga gergasi 3 beranak yang tinggal di perkampungan Wengen yang berhampiran. Pada suatu hari, seorang lelaki tua yang berpakaian buruk datang ke rumah gergasi ini dan meminta secawan susu. Keluarga gergasi enggan memberikan susu kepada orang tua tersebut. Malah, mereka turut mencemuh mengatakan yang orang tua itu hanya layak meminum air biasa dan tidak layak meminum susu.

Apa yang tidak mereka tahu ialah orang tua tersebut adalah sebenarnya penunggu gunung. Secara tiba-tiba, kesemua gergasi ini menjadi semakin besar sehingga menjadi batu dan ais padu. Menurut kisahnya begitulah cara bagaimana bapa gergasi menjadi Gunung Eiger (Ogre), anak lelakinya menjadi Gunung Mönch (monk) dan anak perempuannya menjadi Gunung Jungfrau (maiden atau virgin).

Suasana pergunungan diperhatikan dari Staubbach Fall
Pergunungan di sekitar Lauterbrunnen ini dinamakan Lauterbrunnen Wall. Ketinggiannya melebihi 1,000 meter.

Pergunungan tinggi di belakang sana digelar sebagai Lauterbrunnen Wall
Puncak pergunungan yang dilitupi awan
Pemandangan sewaktu awan menepi
Puncak pergunungan
Berdekatan dengan Staubbach Falls, ada sebuah tanah perkuburan yang cantik. Ia dinamakan Lauterbrunnen Friedhof. Tanah perkuburan ini bukan sahaja digunakan oleh penduduk Lauterbrunnen, tetapi juga penduduk dari perkampungan yang berhampiran.

Tanah perkuburan di sebalik pagar
Menjenguk ke dalam pagar...
Tempat persemadian penduduk Lauterbrunnen dan perkampungan di sekitar yang telah meninggal dunia
Pemandangan di tanah perkuburan Lauterbrunnen
Batu-batu nisan
Myself dan Husband terus berjalan ke hujung kampung untuk menikmati pemandangan indah Lauterbrunnen. 

Berjalan ke hujung kampung
Lorong menuju ke hujung kampung
Jalan-jalan menikmati keindahan
Dua air terjun yang dilihat di sebelah kanan adalah Buchenbach Falls dan Mürrenbach Falls.
Buchenbach Falls (kiri) dan Mürrenbach Falls (kanan)
Di kaki gunung berhampiran Mürrenbach Falls, kami dapat melihat lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Namun demikian, lembu-lembu ini tidak boleh didekati kerana terdapat pagar penghalang.

Mürrenbach Falls
Lembu meragut rumput di kaki Mürrenbach Falls
Berehat di kaki air terjun
Seronok melihat lembu di sini. Walau bagaimanapun, sedikit kecewa kerana lembu-lembu ini tidak memakai loceng lembu Swiss yang terkenal itu.

Mürrenbach Falls adalah salah sebuah dari 10 air terjun yang tertinggi di Switzerland. Seperti Staubbach Falls di sebelahnya, ia adalah juga sebuah air terjun free-fall namun ketinggiannya hanya 250 meter.

Kemuncak Mürrenbach Falls
Pertengahan Mürrenbach Falls
Kaki Mürrenbach Falls
Lembu yang cantik berhampiran air terjun yang cantik
Pemandangan yang damai dan tenang
Bila dah masa untuk berkumpul kembali, Myself dan Husband berjalan berpatah balik ke arah pekan Lauterbrunnen. Terpandang pulak ada biri-biri tengah meragut rumput. Excited bila melihat biri-biri ini memakai loceng di leher mereka.

Biri-biri meragut rumput
Excited melihat biri-biri memakai loceng di leher mereka
Pandangan lebih dekat loceng yang dipakai
Loceng yang dipakai bukan sahaja memudahkan penternak mengesan kedudukan ternakan, tetapi juga menjadi tanda pengenalan mereka.
Anak biri-biri
Group Photo
Balancing act nak memegang biri-biri
Kita jalan slow-slow kembali menuju ke arah tempat bas parking...

Sebuah lagi dari 72 air terjun yang terdapat di Lauterbrunnen
Padang ragut di kejauhan
Lembu-lembu cantik di Lauterbrunnen
Air terjun kecil di celah hutan
Lori maintenance
Mencuci longkang
Pekerja maintenance
Melintasi kembali kawasan perkuburan
Pusing ke belakang sekejap sebab nak ambil gambar...
One last look...
Satu pengalaman lagi yang mengujakan bagi kami adalah melihat bunga Tulip yang sedang berkembang. Tak sangka boleh melihat bunga Tulip kat sini... Negara Eropah yang sebenarnya terkenal dengan bunga Tulip adalah Netherlands, namun kami tidak berpeluang melihatnya sewaktu berkunjung ke sana dulu kerana kami tiba sewaktu musim winter.

Gryffenbach Falls
Bunga Tulip yang mekar berkembang
Pandangan lebih dekat bunga Tulip
Bunga, chalet dan air terjun
Berkembang mekar di Switzerland
Cantik
Kenangan di Lauterbrunnen
Di Lauterbrunnen juga ada banyak rumah tradisional Swiss yang dinamakan chalet. Sebahagiannya masih menjadi rumah kediaman dan sebahagian lagi telah ditukar menjadi hotel penginapan.

Rumah tradisional Swiss
Perhiasan dekat tingkap rumah
Easter Bunny
Easter Egg
Kita tengok pula rumah tradisional yang lain di sebelahnya...

Kemudian kita alihkan pandangan ke perkampungan di pergunungan seberang sana. Perkampungan ini bernama Witimatte.

Perkampungan Witimatte di seberang bandar Lauterbrunnen
Pandangan lebih dekat perkampungan Witimatte
Rumah-rumah di kaki gunung
Dekat perkampungan ini juga ada sebuah air terjun yang dinamakan Hasenbach Falls. Satu pemandangan menarik pada air terjun ini ialah bendera Swiss yang diletakkan dekat dengan sebuah gua berhampirannya.

Hasenbach Falls
Hasenbach Falls yang mengalir di celah batu
Pemandangan indah Hasenbach Falls di celah pokok pain
Bendera Swiss di tepi gua
Jalan keretapi mendaki gunung
Sambil menunggu masa untuk berkumpul semula, Myself dan Husband berjalan di bandar Lauterbrunnen.

Berjalan ke arah pekan Lauterbrunnen
Berposing di pinggir pekan
Bunga cantik di pinggir pekan
Close-up bunga cantik
Ada sebuah bangunan dengan lukisan pemandangan Lauterbrunnen yang cantik di sini.

Bangunan dengan lukisan yang cantik
Lukisan Lauterbrunnen pada bangunan
Mungkin disebabkan sekarang bukan peak season pelancongan, pekan Lauterbrunnen kelihatan sedikit sepi.

Pengembara di Lauterbrunnen
Rumah penginapan
Sebuah lagi rumah penginapan
Pemandangan di pekan Lauterbrunnen yang sedikit sepi
Pemandangan menghala ke Gereja Lauterbrunnen
Gereja Lauterbrunnen
Gerai makanan ringan
Sebuah bangunan tradisional yang cantik di Lauterbrunnen
Perhiasan loceng lembu pada bangunan
Pelbagai loceng lembu yang dijadikan hiasan
Kucing Swiss yang melarikan diri dari dikejar anjing
Kesian kucing ini... dahlah sebiji macam rupa kucing kami Tam Tam yang ditinggalkan di Tanah Air.
Husband memujuk kucing
Anjing yang mengejar kucing tadi sedang dipegang erat oleh tuannya. Macam muka tak puas hati sebab dihalang dari mengejar kucing...
Kita alihkan pemandangan pula ke sebuah perkampungan lain berhampiran Lauterbrunnen yang dinamakan Fuhren.

Perkampungan Fuhren
Bendera Switzerland pada bangunan
Air terjun kecil di celah batu
Pemandangan menghala ke perkampungan Witimatte dari Fuhren
Witimatte
Landasan keretapi di Witimatte
Hotel
Sedang melihat pemandangan indah perkampungan Witimatte dari pekan Lauterbrunnen, tiba-tiba lalu pulak sebuah keretapi yang sedang dalam perjalanan menuju ke Jungfraujoch. Kagum melihat perjalanan keretapi ini mendaki gunung. 

Walaupun dah dekat sebenarnya, kami tak berkesempatan berkunjung ke Jungfraujoch. Mungkin sengaja Allah takdirkan begitu supaya kami mempunyai sebab untuk datang sekali lagi ke Switzerland. Heheheehh!! Pasti menarik kalau dapat naik keretapi ini ke Jungfraujoch kerana Stesen Keretapi Jungfraujoch (dinamakan Top of Europe) adalah stesen keretapi tertinggi di seluruh Switzerland dan Eropah.
 
Tren ke Jungfraujoch
Gagah mendaki gunung
Pemandangan damai di perkampungan
Lembu sedang meragut rumput
Akhirnya tibalah masa untuk kami mengucapkan Auf Widersehen (Goodbye) kepada Lauterbrunnen. Perjalanan kami perlu diteruskan lagi menuju ke Interlaken.

Last pose in Lauterbrunnen
Bas kami parking berhampiran Staubbach Falls
Meninggalkan Lauterbrunnen
Goodbye, Lauterbrunnen


Bersambung ke Bahagian 33...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: