Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 29: Switzerland
LUCERNE (Chapel Bridge)
HARI KETUJUH (6)
Part 72: Lucerne
Lucerne adalah kota yang terbesar di Central Switzerland. Ia terletak di bahagian timur laut Lake Lucerne. Kota ini sering menjadi persinggahan kepada pelancong yang ingin berkunjung ke Mount Pilatus dan Mount Rigi berhampiran.
|
Lake Lucerne |
|
Kota Lucerne terletak di seberang sana Tasik Lucerne |
Kami tiba di Lucerne pada pukul 4 petang. Suhu ketika itu adalah 17'C. Suasana hujan yang suram dan muram menyambut ketibaan kami di kota Lucerne.
|
Pemandangan Lucerne dari dalam bas |
|
Butik Bucherer yang menjual pelbagai jam mewah di dalamnya |
|
Sidewalk Cafe di tepi butik Bucherer |
|
Schwanen Restaurant |
Part 73: St. Peter's Chapel @ LucerneSewaktu ahli Group kami yang lain pergi shopping mencari jam, cokelat dan souvenir, Myself dan Husband terus berjalan menuju ke Sungai Reuss untuk melawat ke Chapel Bridge.
|
Bangunan dengan menara bulat di depan sana adalah Haus-zur Gilgen-Turm |
Bangunan pertama yang diperhatikan berdekatan Sungai Reuss adalah Haus-zur Gilgen-Turm yang mempunyai menara berbentuk bulat. Rumah ini adalah sebahagian dari sistem pertahanan Lucerne pada masa dahulu. Ia kini masih dimiliki oleh keluarga zur Gilgen yang memiliki perusahaan wain.
|
Pandangan lebih dekat Haus-zur Gilgen-Turm |
|
Haus-zur Gilgen-Turm ini pernah menjadi sebahagian dari kota pertahanan Lucerne pada satu masa dahulu. |
St. Peter's Chapel (Peterskapelle) adalah sebuah gereja kecil yang dibina di tebing Sungai Reuss. Gereja kecil inilah yang sebenarnya memberi nama kepada Chapel Bridge yang terkenal itu kerana jambatan ini terletak di sebelah chapel tersebut.
|
St. Peter's Chapel |
|
St. Peter's Chapel dibina pada tahun 1178 |
|
Ukiran kisah Biblical pada dinding gereja |
|
Potret St. Peter |
|
Lukisan St. Christopher menggendong Baby Jesus Christ |
|
Rosengart-Platz berhampiran St. Peter's Chapel |
Sebelum melawat ke Chapel Bridge, kita melawat dulu ke sebuah fountain berhampiran yang dinamakan Fritschi Fountain (Fritschibrunnen).
|
Fritschi Fountain (Fritschibrunnen) |
Fritschi Fountain menggambarkan suasana kemeriahan Lucerne Carnival yang diraikan selama 6 hari pada setiap tahun. Ia bermula sebagai sebuah perayaan Gereja Katholik pada tahun 325 Masehi.
|
Lucerne Carnival (Gambar dari internet) |
Menurut ceritanya, Fritschi yang sebenarnya adalah Saint Fridolin merupakan seorang petani yang gemar menggembirakan hati orang lain. Dia berkunjung ke kota Lucerne setiap tahun dan kedatangannya sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kota kerana Fritschi sangat pandai berjenaka untuk menghiburkan hati. Selepas kematiannya, sebuah pesta diadakan setiap tahun untuk mengenang beliau. Malah ada lagenda yang mengatakan Fritschi dikebumikan di bawah fountain ini.
|
Ukiran pada Fritschi Fountain menggambarkan kemeriahan suasana Lucerne Carnival |
Secara tradisi, peserta Lucerne Carnival akan memakai topeng karekter-karekter yang menggembirakan. Perarakan pesta akan bermula dengan mengelilingi fountain ini sebanyak 3 kali.
|
Pemandangan keseluruhan Fritschi Fountain |
|
Kedai-kedai di sekitar Fritschi Fountain |
|
Pemandangan Menara Jam Lucerne Town Hall dari Fritschi Fountain |
|
Berjalan kembali ke Sungai Reuss |
Part 74: Chapel Bridge @ Lucerne
Sekarang barulah kita benar-benar melawat ke Chapel Bridge (Kapellbrücke dalam Bahasa Jerman). Jambatan yang dibina pada tahun 1332 ini adalah jambatan bertutup (covered bridge) yang tertua di Eropah.
|
Chapel Bridge |
|
Satu lagi pemandangan Chapel Bridge merentangi Sungai Reuss |
Chapel Bridge yang dibina merentangi Sungai Reuss hanya boleh dimasuki oleh pejalan kaki. Ia adalah sebahagian dari sistem pertahanan kota Lucerne pada masa dahulu. Ia dinamakan Chapel Bridge disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan bangunan St. Peter's Chapel.
|
Pintu masuk ke Chapel Bridge dari Lucerne Old City |
|
Sidewalk Cafe di tepi Sungai Reuss |
|
Posing dengan Chapel Bridge |
Sebelum Chapel Bridge dibina, menara yang dinamakan Water Tower (Wasserturm) telah dibina 30 tahun lebih awal. Menara yang dibina pada tahun 1360 ini kini terletak di tengah-tengah jambatan dan dinamakan Water Tower kerana terletak di tengah-tengah sungai. Pada masa dahulu, ia pernah berfungsi sebagai penjara dan torture room.
|
Water Tower |
|
Pemandangan Jesuit Church yang terletak di seberang sana Chapel Bridge |
|
Pintu masuk ke Chapel Bridge dari sebelah Lucerne Old Town |
|
Outdoor cafe di tepi jambatan |
|
Pemandangan menghala ke Haus-zur Gilgen-Turm |
|
Bumbung di pintu masuk ke Chapel Bridge |
Chapel Bridge yang kita lihat pada hari ini bukanlah jambatan yang asal. Ia pernah dibina dan diperbaiki berulang-ulang kali sepanjang sejarah kewujudannya. Ia juga pernah mengalami kebakaran besar pada satu ketika dulu. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk melawat jambatan yang sepanjang 205 meter ini.
|
Setelah mengalami kebakaran pada tahun 1993, hanya 62 buah lukisan sahaja yang tinggal |
Kita lihat lagi pemandangan indah sewaktu berjalan di atas Chapel Bridge...
|
Pemandangan menghala ke kota lama Lucerne |
|
Tak ada bunga yang menghias jambatan begini sewaktu kami datang dalam Musim Winter 2015 dulu |
|
Pemandangan menghala ke Stesen Keretapi Lucerne |
|
Gerbang ini adalah peninggalan bangunan stesen keretapi lama Lucerne yang musnah terbakar sebelum digantikan dengan stesen keretapi baru sekarang |
|
Pandangan lebih dekat gerbang bangunan stesen keretapi lama Lucerne |
|
Kenangan di atas Chapel Bridge |
|
Pemandangan menghala ke Rathaus Stadt Luzern (Town Hall) di sebelah Old Town |
|
Menara jam Rathaus Stadt Luzern |
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: