Saturday, 8 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 28 (Mount Titlis 4)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 28 : Switzerland
MOUNT TITLIS (4)

HARI KETUJUH (4)

Part 69: Mount Titlis Ke Stand

Tiba masa yang ditetapkan, kami bergerak untuk turun kembali ke Engelberg. Dari puncak Mount Titlis ini, kami menaiki kembali cable car berputar Rotair menuju ke Stand.
 
Berjalan ke perhentian Rotair
Tiba just in time nak naik Rotair
Meninggalkan Mount Titlis
Mesin pemecah ais
Semakin jauh meninggalkan Titlis
Bergegar sekejap bila Rotair melalui tiang ini
Pemandangan dalam perjalanan ke Stand
Kemuncak gunung
Banyak puncak gunung diperhatikan dalam perjalanan turun ke Stand
Tebing gunung tinggi dan salji
Kita lihat lagi pemandangan yang dapat diperhatikan sepanjang perjalanan ke Stesen Stand.

Tempat bermain ski
Semakin turun ke bawah, semakin banyak salji cair yang dilihat
Tiba di Stand
Stesen Stand
Membuat pertukaran cable car di Stand

Part 70: Stand Ke Engelberg

Dari Stesen Stand, kami menaiki cable car kecil menuju ke Engelberg. Setiap cable car ini boleh memuatkan 6-8 orang penumpang.
 
Cable car ke Engelberg
Permukaan gunung yang diliputi salji terus diperhatikan sepanjang perjalanan dari Stand ke Trübsee.

Pemandangan dari Stand ke Trübsee.
Air terjun dari glacier yang mencair
Pemandangan lebih dekat air terjun
Puncak gunung
Sayup pemandangan ke bawah sana
Menuju ke arah Trübsee
Salji yang tebal di Trübsee
Stesen Trübsee dah kelihatan
 Puncak gunung berhampiran Trübsee
Cable car di sebelah yang sedang naik menuju ke Stand
Hati gembira bila tiba ke Trübsee dan melihat semula tempat kami bermain Snow Tubing pagi tadi. Manakan tidak ~ bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Tiba di Trübsee
Seronok melihat orang bermain Snow Tubing
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kami bermain Snow Tubing
Pemandangan dari cable car
Macam itulah rupa kami bermain Snow Tubing pagi tadi
Kami tidak turun dan sekadar lalu di Stesen Trübsee. Meninggalkan Trübsee, pemandangan gunung salji yang putih bertukar dengan pemandangan padang rumput di celah lurah gunung yang hijau.

Pemandangan kehijauan selepas meninggalkan Trübsee
Gunung di sebalik awan
Lurah pergunungan
Salji yang mencair
Pergunungan yang semakin ditinggalkan
Menuju ke dasar lurah
Padang rumput yang menghijau
Bila tiba di kawasan hijau ini barulah kami perasan yang setiap cable car membawa bendera negara-negara di dunia. Tetapi tidak nampak pula yang membawa bendera negara Malaysia. Mulalah kami mengata, mengapa tidak ada cable car yang membawa bendera negara kita, Malaysia?

Cable car yang membawa bendera Pakistan
Cable car membawa bendera Canada
"Speak of the Devil," kata Orang Putih. Tengah sedap mengata, tiba-tiba muncul sebuah cable car yang membawa bendera Malaysia. Sebab itu ada pepatah Orang Melayu berkata, "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Hahaha!!

Cable car yang membawa bendera Malaysia
Bangga melihat bendera Malaysia pada cable car ini
Selepas dah nampak cable car yang membawa bendera Malaysia, kita tumpukan lagi pemandangan di perkampungan yang terletak di dasar lembah.

Sambil itu kita lihat lagi pemandangan cable car yang lalu dengan membawa bendera-bendera negara dunia itu...

Albania... Dah kenal bendera negara ini selepas melawat ke Balkans dulu
Indonesia
Pakistan
Thailand
Akhirnya Engelberg muncul dalam pandangan. Bandar Engelberg ini memang cantik bila dipandang dari pergunungan tinggi begini.

Kolam di pinggir bandar Engelberg
Engelberg
Dah nak sampai ke Engelberg baru perasan yang cable car ini ada solar panel kat atas bumbung
Hampir tiba ke bawah
Semakin dekat...
Pemandangan terakhir Engelberg dari atas gunung
Selamat sampai di Stesen Titlis Valley di Engelberg
Posing dulu sebelum keluar...

Part 71: Menuju Ke Lucerne

Dari Stesen Titlis Valley, kami berjalan kembali mendapatkan bas. Di belakang tempat parking ini ada sebuah padang ragut. Kita singgah tengok dulu kuda pony yang tengah meragut rumput di sana...

Pemandangan di tempat parking bas
Satu lagi pemandangan di tempat parking bas
Kuda pony putih tengah makan rumput
Pony cokelat pun tengah makan rumput
Perjalanan kami seterusnya adalah menuju ke kota Lucerne, yang terletak kira-kira 40 km dari sini. Perjalanan ke sana dijangka mengambil masa 40 minit.

Goodbye, Engelberg
Pemandangan terakhir di Engelberg
Spring in Switzerland
Bunga-bunga liar banyak tumbuh di celah-celah rumput pada musim spring begini.
Rumah tradisional Swiss yang dinamakan chalet
Pemandangan gunung dan padang rumput yang menghijau membentang sepanjang jalan sewaktu kami meninggalkan Engelberg Valley.

Tidak menyesal kami kembali ke sini dalam musim yang berbeza. Pemandangan dan suasananya sangat berbeza. Begitulah kekuasaan Tuhan, begitu indah ciptaan-Nya yang tidak terduga dengan akal fikiran kalau kita tidak datang menyaksikannya sendiri. Di sebalik setiap ciptaan-Nya ada pengajaran untuk kita semua.

Cuaca tidak begitu menyebelahi kami pada petang ini kerana hujan. Namun syukurlah cuaca amat baik sewaktu kami berada di Mount Titlis tadi. Semoga hujan yang turun tidak lebat sehingga mengganggu aktiviti yang seterusnya sewaktu kami berada di Lucerne nanti.

Tidak jemu-jemu kami melihat pemandangan padang rumput yang menghijau luas di Switzerland. Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kami untuk datang lagi ke Switzerland buat kali kedua. Sungguh Myself katakan, sewaktu datang ke sini buat kali pertama pada tahun 2015 dulu, memang tidak terlintas langsung di benak fikiran yang kami akan berpeluang lagi datang ke sini.

Kita tengok lagi gambar-gambar cantik di Engelberg Valley yang sempat dirakam dalam perjalanan menuju ke Lucerne.

Bila tiba di bandar Dallenwill, itu bermakna kita dah sampai ke penghujung Engelberg Valley. Dah tiba masa untuk kita ucapkan Auf Wiedersehen (Goodbye dalam Bahasa Jerman) kepada Mount Titlis.

Dallenwill
Hujan makin lebat sewaktu kami tiba di Dallenwill
Gereja
Perkampungan berhampiran Dallenwill
Sebuah lagi pemandangan di perkampungan
Keindahan bumi Switzerland
Titisan hujan yang turun bagaikan menangisi pemergian kita dari sini... Macamlah Gunung Titlis ini kisah siapa yang datang dan pergi. Hahaha!! Pengalaman kami melawat ke Mount Titlis pada Musim Winter 2015 dulu boleh dibaca di sini: Mount Titlis 2015.

Goodbye, Dallenwill
Hujan yang semakin lebat
Semoga berkesempatan lagi berkunjung ke sini nanti
Perjalanan ke Lucerne


Bersambung ke Bahagian 29...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: