Thursday, 6 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 27 (Mount Titlis 3)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 27 : Switzerland
MOUNT TITLIS (3)

HARI KETUJUH (4)

Part 66: Shopping @ Mount Titlis

Kami naik ke Tingkat 3 untuk membeli cokelat Lindt yang dijual di kedai souvenir di sana. Di Tingkat 3 ini juga ada Group Restaurant bagi group yang membuat tempahan makan lunch di sini. Ada satu group dari Indonesia yang kami perhatikan sedang makan di restoran ini bersama satu group dari India.

Group Restaurant
Ada satu group dari Indonesia yang kami perhatikan makan di sini
Di Tingkat 3 ini juga ada disediakan Prayer Room untuk kegunaan semua agama. Tapi biasalah, kalau ada Prayer Room begini pasti yang banyak menggunakannya adalah Orang Islam kerana kita saja yang ada tuntutan untuk bersolat 5 kali sehari semalam.

Arah ke Prayer Room
Prayer Room ini dibuka untuk kegunaan semua agama
Menjenguk ke dalam Prayer Room
Suasana di dalam Prayer Room
Ada sejadah disediakan untuk Umat Islam yang hendak bersolat di sini
Selepas itu barulah kami masuk ke dalam souvenir shop. Selain cokelat, ada bermacam-macam souvenir Swiss untuk jualan. Banyak yang menarik untuk dibeli tetapi biasalah kalau dah barang-barang Swiss begini ~ harganya sangat mahal.

Pintu masuk ke Kedai Souvenir
Suasana di dalam Kedai Souvenir
Berbagai cokelat dijual di sini
Cokelat untuk souvenir
Memang lawa packaging dia
Kita beli cokelat yang packaging tak lawa sebab murah
Loceng lembu untuk kenangan dari Switzerland
Bapak besar loceng lembu dia!
Memuktamadkan urusniaga
Bergambar dengan cashier yang friendly kat Kedai Souvenir

Part 67: Panorama Lounge @ Titlis

Selepas dah shopping cokelat, barulah kami naik ke Tingkat 4 di mana letaknya ruang awam yang dinamakan Panorama Lounge. Bagi yang nak berehat dan makan-makan, ada meja makan disediakan di sini. Ahli-ahli Grup kami yang tak makan di restoran dan membawa bekalan makanan sendiri, semua makan di sini.

Tingkat 4 ~ Panorama Lounge
Panorama Lounge
Satu lagi suasana di Panorama Lounge
Selain meja makan, ada juga disediakan sofa untuk bersantai sambil menikmati pemandangan pergunungan yang indah di luar sana.

Sofa untuk bersantai sambil menikmati pemandangan indah
Panorama Lounge
Pemandangan indah di luar Panorama Lounge
Satu lagi pemandangan dari Panorama Lounge
Untuk yang berminat, di tingkat ini juga ada disediakan sebuah kedai foto di mana kita boleh bergambar dengan berpakaian tradisional Swiss.

Photo Studio
Boleh bergambar dengan pakaian tradisional Swiss
Iklan di depan Photo Studio
Kedai jam Swatch
Kaki selfie juga tidak dilupakan kerana ada berbagai props disediakan untuk mereka.

Selfie Universe
Pelbagai props disediakan. Sesetengahnya memerlukan imaginasi yang tinggi bagi memberikan hasil yang terbaik.

Part 68: Snow @ Titlis

Kalau dah datang ke Mount Titlis, kenalah bermain salji untuk melengkapkan Swiss Experience kita. Maka, ke sanalah matlamat kami seterusnya, keluar untuk bermain salji.

Pintu keluar untuk bermain salji
Tempat pose wajib di Mount Titlis
Platform untuk menikmati pemandangan di Mount Titlis
Berbeza dengan pengalaman kami datang ke sini pada tahun 2015 dulu di mana suhu adalah -9'C, suhu di Mount Titlis ketika ini adalah 9'C dengan matahari memancar terang. Ini juga satu pengalaman istimewa melawat ke Mount Titlis di luar musim winter ~ walaupun suhunya single digit begitu, berpeluh juga kita memakai baju winter yang tebal. Mungkin sebab ada sinaran matahari direct mengena pada kita. Ramai yang siap membuka baju winter mereka. Tetapi bila matahari tiba-tiba dilindungi awan, terus cuaca berubah menjadi sejuk!

Pemandangan dari platform pemerhatian menghala ke Stesen Meterologi
Penggambaran filem terkenal Bollywood Dilwale Dulhania le Jayenge lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol dibuat di sini pada tahun 1995. Sebagai kenangan, ada gambar mereka diletakkan di sini. Disebabkan populariti filem ini jugalah Mount Titlis paling ramai dikunjungi pelancong yang datang dari India.

Penggambaran filem Bollywood Dilwale Dulhania le Jayenge dibuat di sini pada tahun 1995.
Bergambar dengan Kajol dan Shah Rukh Khan. Masa datang tahun 2015 dulu, gambar ini diletak kat dalam bangunan dan bukan di luar sini.
Di sini juga ada disediakan beberapa kaleidoskop untuk melihat pemandangan puncak-puncak gunung yang berhampiran.

Kaleidoscope untuk menikmati pemandangan di sekitar
Peta puncak gunung di sekitar Titlis
Banyak betul puncak gunungnya!
Burung
Walaupun pemandangan di luar sini indah, tak semua orang boleh menikmatinya. Disebabkan kedudukannya yang setinggi 3,020 meter dari aras laut, udara di sini sangat nipis dan mereka yang mempunyai Mountain Sickness akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Kami telah dinasihatkan oleh Tour Leader supaya cepat-cepat masuk kembali ke dalam bangunan jika merasa sukar untuk bernafas. Syukurlah Myself dan Husband tidak mempunyai masalah Mountain Sickness ini.

Tak lupa pengalaman melihat seorang Kakak pelancong dari Malaysia yang bukan dari Group kami berbaring di tepi platform. Dia tak sedar yang dia sebenarnya mengalami Mountain Sickness. Walaupun akhirnya dia menurut, sukar juga ahli-ahli kumpulannya mengajaknya masuk ke dalam bangunan kerana dia menyangka dia hanya pening biasa.

Dah puas menikmati pemandangan dari platform pemerhatian ini, kita pergi jalan-jalan untuk main salji.

Keluar ke tempat bermain salji
Oleh kerana sekarang musim spring, cahaya matahari agak kuat di Titlis. Bila cahaya ini mengenai salji, ia akan bertukar menjadi ais sehingga menyebabkan permukaan menjadi licin. Oleh itu, dari semasa ke semasa akan ada mesin yang datang memecahkan ais ini supaya permukaan menjadi selamat dan tidak licin.

Mesin untuk memecahkan ais
Dari semasa ke semasa, mesin ini akan bergerak ke serata tempat untuk memecahkan ais
Seronok juga dapat berjalan di atas snow di sini. Terbayang kembali kenangan berkunjung sewaktu winter dulu. Cuma pada waktu winter dulu, salji di sini lebih tebal dan lebih sukar nak berjalan sebab kaki asyik tenggelam.


Kita terus berjalan lagi semakin jauh ke depan sana...

Macam pengalaman yang lalu, Myself rasa gayat juga menengok lembah gunung yang jauh di bawah sana...

Jom jenguk ke tepi sana...
Gayat juga melihat betapa sayupnya lembah di bawah sana
Menara Meteorologi ini digunakan juga sebagai menara telekomunikasi
Hasrat di hati nak berjalan sampai ke Ice Flyer yang merupakan stesen chairlift untuk membawa pemain ski. Tetapi cita-cita ini terpaksa dilupakan separuh jalan sebab tak larat nak terus berjalan mendaki bukit yang curam dan bersalji ini.

Hasrat di hati nak berjalan sehingga ke Ice Flyer sana
Tapi tak larat sebab jauh sebenarnya...
Kita berdiri sajalah menikmati pemandangan di sini sebelum berpatah balik...

Kita tengok mesin pemecah ais itu bekerja dan juga chairlift yang membawa skiers itu dari kejauhan.

Mesin pemecah ais sedang bekerja
Chairlift yang dinamakan Ice Flyers
Tengah berdiri menikmati suasana, tiba-tiba terasa macam ada orang baling-baling salji kat kita dari belakang. Rupa-rupanya ada mesin membuat salji kat belakang tu! Maklumlah kalau di luar musim winter begini, memang sukar nak mendapat pengalaman snowfall jatuh dari langit. Maka mesin ini disediakan untuk bagi thrill kepada pengunjung. Kita pun posinglah juga kat depan mesin salji ini ~ ambil gambar macam tengah menikmati snowfall. Orang yang tengok gambar ini dan tak tahu cerita sebenar mesti percaya kalau kita kata ini gambar semasa snowfall. Hihihi!!

Kat sinilah terasa macam ada orang baling-baling salji kat kita.
Posing konon-kononnya macam tengah snowfall, padahal salji itu datang dari mesin salji di sebelah kanan.
Posing macam tarik tali
Ada sajalah yang membawa anjing jalan-jalan kat sini...
Dah puas main-main salji, kami kembali ke Mount Titlis Station sebab masa berkumpul semula pun dah dekat. Sebelum masuk, tiba-tiba ada salji yang betul-betul jatuh dari langit. Bertambah rianglah semua orang yang dah memang happy kat situ seperti kami. Merasa juga kita sekali lagi pengalaman snowfall yang dah lama tak dirasai itu.

Berjalan balik ke Mount Titlis Station
Husband berbual dengan seorang pelancong India yang datang dari Britain
Snowfall!!
Bergambar dalam snowfall
Suasana snowfall di Mount Titlis
Pengunjung-pengunjung menikmati snowfall
Kenangan terakhir di puncak Titlis


Bersambung ke Bahagian 28...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: