Friday, 22 October 2021

2021 TRAVEL REVIEW 39 - EROPAH BARAT (NETHERLANDS)

Oktober 2021

Travel Review 39: Eropah Barat
NETHERLANDS (Amsterdam & Zaanse Schans)

Bila disebut Belanda pasti akan terbayang Kincir Angin dan Bunga Tulip. Kedua-duanya adalah simbol bagi Netherlands yang juga dikenali sebagai Holland dan Belanda.

Netherlands
Netherlands adalah negara keempat yang kami kunjungi dalam pakej percutian kami ke Eropah Barat pada tahun 2015. Lawatan kami ketika itu hanya berkisar di sekitar ibu kotanya yang bernama Amsterdam sahaja.

Amsterdam

Walaupun merupakan ibukota bagi Netherlands, Amsterdam adalah sebuah bandar yang kecil berbanding ibukota-ibukota kebanyakan negara Eropah yang lain. Sewaktu kunjungan kami pada tahun 2015, ia hanya mempunyai 800,000 orang penduduk tetapi mempunyai 880,000 buah basikal. Basikal sangat banyak dilihat di Amsterdam di samping terusan-terusan yang memberikan kota ini gelaran sebagai Venice of the North. Lawatan kami di Amsterdam walau bagaimanapun terganggu dengan hujan yang turun sepanjang hari.

 Suasana Amsterdam di dalam hujan
Penunggang basikal sangat ramai dilihat di kota Amsterdam
Kota Amsterdam juga penuh dengan terusan
 Terusan, houseboat dan basikal di Amsterdam
Amsterdam juga terkenal sebagai sebuah kota yang membenarkan penggunaan dadah dan pelacuran. Memang mengejutkan bila melihat peralatan menghisap dadah dan rumah-rumah pelacuran dapat dilihat dengan mudah di serata tempat di kota ini. Kita tak adalah pengalaman duduk-duduk minum kopi di kafe tepi jalan di Amsterdam, tapi teringat cerita dari seorang rakan yang punya pengalaman berbuat begitu. Rakan ini bercerita bagaimana dia tiba-tiba merasa pening dan senoneng sewaktu minum kopi di sebuah kafe di Amsterdam. Rupa-rupanya ada orang di meja sebelah tengah menghisap ganja sambil minum kopi!

Kopi Marijuana yang dijual di sebuah kedai souvenir di Amsterdam
Pemandangan sebuah Rumah Pelacuran yang dibuka di sebuah kawasan perumahan awam
Rumah-rumah pelacuran di Amsterdam sering dipasang dengan lampu-lampu dan langsir yang berwarna merah yang memberikan gelaran Red Light District.
Peralatan menghisap ganja yang dijual secara terbuka di Amsterdam
Gay Sauna
Sambil membuat Amsterdam City Tour, kami turut diberi penerangan tentang kota ini. Antara penerangan yang diberi ialah tentang rumah-rumah tradisional Belanda yang dibina tirus dan memanjang ke belakang. Tangganya juga sempit dan curam. Oleh yang demikian,  rumah-rumah Belanda ini sering dipasang dengan takal dan cangkuk pada bumbung di depan rumah untuk mengangkut barang-barang besar naik ke atas melalui tingkap. Menurut cerita yang disampaikan kepada kami, orang-orang mabuk yang tak larat nak memanjat tangga naik balik ke rumah juga turut dicangkuk untuk diangkut balik masuk ke rumah dengan cara yang serupa.

Rumah-rumah tradisional Belanda yang dibina tinggi, tirus dan memanjang ke belakang di samping memiliki tingkap yang besar.
Cangkuk dan takal yang dipasang pada dinding luar untuk kemudahan mengangkut barangan bersaiz besar masuk ke rumah menerusi tingkap.
Heineken adalah jenama beer Belanda yang terkenal ke seluruh dunia
Kami turut berkesempatan membuat Canal Cruise di Amsterdam tetapi disebabkan cuaca yang hujan ketika itu tak nampak sangatlah keindahan kota. Macam kena datang balik ke Amsterdam untuk repeat Canal Cruise ini. Satu reason lagi kenapa kami perlu datang balik ke Amsterdam adalah kerana nak melihat bunga Tulip. Masa winter-winter begini, manalah nak nampak bunga Tulip berkembangan.

Canal Cruise di Amsterdam
Sukar nak menikmati keindahan Amsterdam dari Canal Cruise dalam hujan-hujan begini.
Satu ketika dulu, ada ramai orang Yahudi tinggal di Amsterdam. Mereka telah memperkenalkan industri menggilap batu berlian di sini. Kebanyakan orang Yahudi ini telah ditangkap dan dibunuh sewaktu pendudukan tentera Nazi di Belanda dalam Perang Dunia Kedua. Di sebalik fakta ini, keunggulan Amsterdam sebagai pusat industri berlian masih kekal sehingga sekarang. Maka sewaktu di Amsterdam, kami telah dibawa melawat ke salah sebuah pusat berlian ini yang bernama Coster Diamonds.

Coster Diamonds
Melihat barangan kemas berlian yang dihasilkan oleh Coster Diamonds
I amsterdam di depan Coster Diamonds

Zaanse Schans

Di sebalik imej negatif yang dikaitkan dengannya, Belanda juga adalah sebuah negara Eropah yang kaya dengan budaya. Sebuah tempat yang menarik di mana kita dapat melihat budaya ini dengan lebih dekat adalah Zaanse Schans. Di sini, kita dapat melihat sebuah perkampungan Belanda yang lengkap dengan kincir angin dan mempelajari tentang industri tradisional seperti pembuatan keju dan clog making.

Zaanse Schans
Kincir angin di Zaanse Schans
Belanda adalah sebuah negara yang lebih rendah dari aras laut. Pemandangan ini boleh dilihat dengan jelas di Zaanse Schans.
Lagi pemandangan kincir angin yang menarik di Zaanse Schans
Dutch Lady yang memakai pakaian tradisional Belanda
Demonstrasi pembuatan keju
Demonstrasi membuat terompah kayu (clog) di Zaanse Schans
Bergaya dengan clog Belanda
Dari pengalaman kami, Myself rasa tak sukar jika nak berjalan di Belanda kerana rata-ratanya orang Belanda boleh berbahasa Inggeris. Sesuatu yang kami perasan juga ialah saiz orang Belanda yang tinggi-tinggi belaka. Terlebih minum susu agaknya orang Belanda ni sampai boleh jadi tinggi begitu.

Tourist Guide Amsterdam City Tour kami yang sangat tinggi orangnya
Petugas di Kedai Keju di Zaanse Schans yang juga sangat tinggi orangnya.

Rembrandt-Hoeve

Kami turut dibawa melawat ke sebuah ladang di luar kota Amsterdam. Ladang ini bernama Rembrandt-Hoeve. Seperti juga di Zaanse Schans, kami telah diberi demonstrasi pembuatan keju dan terompah clog di sini, tetapi dalam suasana yang lebih tradisional. Kagum melihat betapa banyaknya keju yang sedang diperam di ladang ini. Paling tak lupa adalah bila diberi food sampling keju salai yang dibuat sendiri di ladang ini. Terus kita jatuh cinta pada keju di situ! Hahahha!!!

Pemilik ladang Rembrandt-Hoeve sedang memberi penerangan tentang proses pembuatan keju.
Keju yang sedang diperam di Ladang Rembrandt-Hoeve
Bengkel clog di Rembrandt-Hoeve
Cheese Sampling yang membuatkan kita jatuh cinta pada keju.
Bergambar kenangan dengan Makcik Belanda
Kedai souvenir di Rembrandt-Hoeve. Ada banyak cenderamata menarik di sini.


Kisah penuh perjalanan kami ke Amsterdam boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):