Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 18: Jawa Barat - Jawa Tengah
BANDUNG - YOGYAKARTA [Argo Wilis Panoramic Train 2]
HARI KEEMPAT (2)
Part 49: Perjalanan Dengan Argo Wilis Panoramic Train
Perjalanan kami dengan Argo Wilis Panoramic Train dari Bandung ke Yogyakarta memakan masa 6 jam. Kami bertolak dari Bandung pada pukul 7.35 pagi dan tiba di Yogyakarta pada pukul 1.40 petang. Untuk kemudahan penceritaan, tengok peta keseluruhan perjalanan Argo Wilis dari Bandung ke Surabaya ini...
 |
| Peta Perjalanan KA Argo Wilis (Bandung - Surabaya Gubeng) |
Selepas meninggalkan Bandung, Argo Wilis cuma membuat perhentian di beberapa buah stesen sahaja dalam perjalanan menuju ke Yogyakarta dan seterusnya sehingga ke Surabaya Gubeng. Dalam perjalanan menuju ke Yogyakarta, penumpang Argo Wilis Panoramic cuma dibenarkan turun berehat sewaktu tren membuat perhentian di Stasiun Cipeunduey.
Oleh yang demikian, Myself akan membuat penceritaan pengalaman kami menaiki Argo Wilis Panoramic Train ini dalam beberapa segmen. Kita mulakan dengan Segmen 1: (Bandung - Cipeunduey)
Part 50: Argo Wilis Panoramic Train
(Segmen 1: Bandung - Cipeunduey)
Bandung adalah kota yang ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Stasiun Bandung juga terletak di tengah-tengah kota Bandung. Oleh yang demikian, kita dapat melihat pemandangan sebahagian pinggiran kota Bandung di awal perjalanan.
 |
| Cikudapateuh adalah sebuah stesen kecil di dalam kawasan perbandaran Bandung |
 |
| Pinggiran bandaraya Bandung |
 |
| Pemandangan di pinggiran bandaraya Bandung |
 |
| Sawah padi di pinggir kota Bandung |
Satu pemandangan menarik yang dapat kita lihat di dalam segmen ini ialah bangunan Masjid Raya Al Jabbar yang merupakan Masjid Raya Provinsi Jawa Barat. Ia juga terkenal sebagai sebuah masjid terapung kerana dibina di atas sebuah danau buatan.
 |
| Masjid Raya Al Jabbar |
 |
| Masjid Raya Al Jabbar adalah juga Masjid Raya Provinsi Jawa Barat |
Pemandangan sawah padi yang luas terbentang mula kelihatan selepas kita meninggalkan batas kota Bandung.
 |
| Minuman panas yang turut diberi kepada penumpang |
Sambil menikmati sajian ringan yang diberi, kita terus menikmati keindahan pemandangan sawah padi yang terbentang seluas saujana mata memandang.
Dalam segmen perjalanan ini juga, Argo Wilis turut melalui beberapa buah stesen kecil tanpa membuat perhentian. Di sesetengah tempat, terdapat lintasan keretapi yang bersilang dengan jalan raya.
 |
| Pemandangan sewaktu menghampiri Stasiun Cicalengka |
 |
| Melalui Stasiun Cicalengka tanpa berhenti |
 |
| Lintasan keretapi di Nagreg |
 |
| Lebak Jero adalah stesen keretapi yang kedua tertinggi di Indonesia |
 |
| Pemandangan sewaktu melalui Stesen Lebak Jero |
Part 51: Argo Wilis Panoramic Train
(Segmen 2: Jembatan Citiis)
Di beberapa tempat dalam perjalanan menuju ke Yogyakarta, staff Argo Wilis akan memberi makluman tentang tempat-tempat menarik yang akan kita lalui. Dalam segmen pertama sewaktu meninggalkan Bandung tadi misalnya, kita diberi pemakluman sewaktu menghampiri Masjid Raya Al Jabbar. Pemandangan kedua yang dimaklumkan kepada penumpang pula adalah sewaktu kami menghampiri Jembatan Citiis (disebut: Ci-ti-is).
 |
| Staff Argo Wilis memberi pemakluman tentang Jembatan Citiis yang akan dilalui sebentar lagi |
 |
| Bersedia dengan kamera masing-masing |
Jembatan Citiis adalah jambatan keretapi yang tertinggi di Indonesia. Berada pada ketinggian 820 meter dari aras laut, jambatan peninggalan Belanda ini kini menjadi ikon wisata di Jawa Barat. Ia didirikan pada tahun 1889 dan menurut catatan sejarah, menjadi yang paling sukar dan mencabar untuk dibina di sepanjang zaman kolonial Belanda. Besi yang digunakan bagi pembinaan jambatan ketika itu dibawa terus dari Eropah menggunakan pelabuhan Batavia (Jakarta).
 |
| Jembatan Citiis |
 |
| Pemandangan sewaktu Argo Wilis melalui Jembatan Citiis |
Jembatan Citiis kini menjadi laluan keretapi yang berkhidmat dari Bandung menuju ke Purwokerto dan Yogyakarta ataupun Surabaya. Moment melalui jambatan bersejarah ini adalah yang paling dinanti oleh penumpang Argo Wilis kerana pemandangannya yang sangat indah.
Pemandangan dari Jembatan Citiis ini sering dikatakan sebagai pemandangan yang paling indah di sepanjang laluan Argo Wilis dari Bandung sehingga ke Surabaya.
 |
|
 |
|
 |
|
Selain pemandangan sawah yang luas terbentang di kaki gunung, pemandangan dekat teres-teres sawah padi di sini juga turut memukau pandangan.
Part 52: Argo Wilis Panoramic Train
(Segmen 3: Stesen Cipeunduey)
Argo Wilis membuat perhentian di Stasiun Cipeundeuy (disebut: Ci-pe-un-deuy) selama 10 minit dan penumpang koc Panoramic dibenarkan turun berehat di stesen ini.
 |
| Stasiun Cipeundeuy |
 |
| Argo Wilis berhenti di Stesen Cipeundeuy |
 |
| Penumpang Panoramic dibenarkan turun berehat di stesen ini |
 |
| Pemandangan di Stesen Cipeundeuy |
 |
| Model keretapi di Stesen Cipeundeuy |
 |
| Posing dulu di Stesen Cipeundeuy |
 |
| Posing dengan Panoramic Train pulak |
Perhentian Argo Wilis di Stesen Cipeundeuy ini adalah sebenarnya technical stop. Ini adalah kerana ada kerja-kerja maintenance dibuat sewaktu tren berhenti di sini. Pertukaran pilot keretapi juga berlaku di sini.
 |
| Kerja maintenance sewaktu Argo Wilis berhenti di Cipeundeuy |
 |
| Husband bergambar dengan pilot Argo Wilis |
Part 53: Argo Wilis Panoramic Train
(Segmen 4: Cipeunduey - Yogyakarta)
Meninggalkan Cipeunduey, perjalanan Argo Wilis diteruskan lagi menuju ke Yogyakarta. Dalam segmen ini, Argo Wilis membuat persinggahan di beberapa buah stesen untuk menurun dan mengambil penumpang.
 |
| Meneruskan perjalanan menuju ke Yogyakarta |
 |
| Jarang sangat nak jumpa hutan begini di Pulau Jawa |
 |
| Kebun jagung |
 |
| Masih pemandangan kebun jagung |
 |
| Batas yang disiapkan untuk tanaman |
 |
| Kebun sayur |
Persinggahan seterusnya adalah Tasikmalaya. Stasiun Tasikmalaya agak besar. Ramai juga penumpang yang turun dan naik di sini. Kerusi di koc Panoramic yang masih kosong sewaktu kami meninggalkan Bandung tadi terus penuh selepas Argo Wilis membuat persinggahan di Tasikmalaya.
Stasiun Banjar adalah persinggahan Argo Wilis yang seterusnya. Bila melihat nama kota ini, pasti kita menyangka inilah kampung asal orang berketurunan Banjar di Malaysia. Tetapi jangan tersilap, kampung asal orang berketurunan Banjar di Malaysia adalah di wilayah Banjar di Kalimantan Selatan sana dan bukan di sini.
No comments:
New comments are not allowed.