November 2015
WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany and Switzerland
(NETHERLANDS: Amsterdam)
Bahagian 9: Netherlands (1)
PERJALANAN KE AMSTERDAM
HARI KEEMPAT (2)
Part 31: Dari Brussels ke Amsterdam
Hati cukup lega sewaktu meninggalkan Brussels menuju ke Amsterdam. Maklumlah suasana di Paris dan juga Brussels bagai berada dalam medan perang disebabkan ketegangan yang melanda ekoran pengeboman bersiri oleh Militan ISIS di Paris.
Seperti France dan juga Belgium, Netherlands juga adalah Negara Schengen. Jadi antara Belgium dan Netherlands juga tak ada kawalan sempadan. Namun kami dapat mengagak yang kami dah tiba di Netherlands bila melihat bilangan kincir angin yang semakin banyak.
|
Lembu-lembu Frisian. |
|
Oren adalah warna kebangsaan Belanda. Jadi kincir-kincir anginnya banyak dicat dengan jalur oren. |
|
Kincir angin di Belanda sangat besar. Kami diberitahu saiz bilah kipasnya adalah sebesar padang bola. |
|
Lebuhraya di Belanda lebih sibuk berbanding di tempat yang lain. |
|
Penunggang basikal di Belanda. |
|
Kalau berselisih dengan lori mengangkut kereta baru di Eropah ini, susunannya memang begini. |
|
Tak tahu bandar apa kat depan tu. |
|
Pemandangan musim luruh di Netherlands. |
|
Makin lama, makin banyak kincir angin yang ditemui. |
|
Kincir-kincir angin ini adalah miik orang-orang persendirian. Tenaga elektrik yang terhasil dari kincir angin ini dijual kepada Kerajaan sebagai renewable energy. |
Di Netherlands, bas kami membuat satu persinggahan lagi di sebuah R&R untuk mengisi minyak. R&R ini bernama Hazeldonk dan ia terletak di antara sempadan Belgium dan Netherlands. R&R ini agak besar dan mempunyai pelbagai fasiliti di dalamnya.
|
R&R yang kami singgahi selepas masuk ke negara Belanda. |
|
Kincir angin di belakang R&R. |
|
Pelbagai kemudahan ada di sini. |
|
Restoran menjual mi Asia pun ada di sini. |
|
Pemandangan di R&R. |
|
Kedai menjual makanan tempatan. |
|
Tandas di sini dipanggil Toiletten. |
Kagum melihat McDonald's di sini. Tak seperti McDonald's di Malaysia, pesanan makanan perlu dibuat melalui mesin. Lepas itu, barulah kita pergi ke kaunter untuk mengambil makanan yang dipesan. Tapi kami taklah makan di McDonald's ini sebab burgernya tak Halal.
|
Mesin pesanan makanan di McDonald's. Tapi nak menggunakannya kenalah faham Bahasa Belanda. |
|
McDrive di R&R |
|
Stesen minyak di R&R Hazeldonk. |
Part 32: Tiba di Amsterdam
Kami tiba di Amsterdam pada pukul 5 petang, tetapi hari dah pun gelap macam pukul 8 malam. Jalan raya di Amsterdam juga sesak kerana warganya baru pulang bekerja.
|
Traffic Jam dan cuaca gelap menyambut ketibaan kami di Amsterdam. |
|
Jam ketika itu menunjukkan pukul 5 petang dan warga Amsterdam baru pulang dari tempat kerja masing-masing. |
|
Signboard elektronik yang menunjukkan status kesesakan jalan raya. |
|
Pemandangan malam di Amsterdam dari atas bas. |
|
Berselisih dengan Tram. |
Part 33: Roz Grillroom Restaurant
Sebaik tiba di Amsterdam, kami terus makan malam di sebuah restoran Arab yang bernama Roz Grillroom Restaurant. Saiz makanannya cukup besar sehingga sukar nak menghabiskannya. Ramai yang membungkus makanan yang tak habis untuk dibawa balik ke hotel.
|
Basikal memang cukup banyak di Amsterdam. |
|
Berjalan menuju ke Roz Grillroom Restaurant |
|
Pemandangan Restoran Roz Grillroom dari luar |
|
Berdasarkan hiasan dalamannya yang banyak bercirikan Mesir, Myself menjangka pemilik restoran ini berasal dari sana. |
|
Pemandangan di dalam Roz Grillroom Restaurant. |
|
Portion makanan yang dihidangkan cukup besar dan tak terhabis makan seorang mengikut standard orang Malaysia. |
|
Husband bergambar kenangan dengan pemilik restoran. |
Di Amsterdam ini, kami diingatkan supaya berhati-hati dengan dua jenis kenderaan: Tram dan Basikal. Kedua-duanya cukup laju di sini. Tak pernah Myself melihat orang merempit dengan basikal selain dari di Amsterdam. Basikal memang banyak di sini dan semua penunggang basikal merempit dengan begitu laju dengan basikal masing-masing tanpa memperdulikan pejalan kaki.
|
Berhati-hati dengan basikal di Amsterdam. Lorong merah seperti ini disediakan untuk penunggang basikal. |
|
Laju sungguh mereka merempit dengan basikal walaupun di malam hari begini. |
|
Cara mereka menunggang basikal juga sangat merbahaya... menunggang dengan laju sambil memegang handphone. |
Di sini juga buat pertama kali, kami dapat melihat dengan dekat rumah kediaman tipikal orang Belanda. Rumah mereka umumnya kurus dan tinggi serta tak mempunyai lif untuk naik ke atas.
Kalau dah tak ada lif, macam mana nak mengangkut barang naik ke tingkat atas? Jangan risau, perkara ini telahpun difikirkan oleh orang Belanda sejak dulu lagi. Kerana itulah rumah-rumah mereka dipasang dengan cangkuk ataupun takal di bumbung luar. Tali akan diikat pada cangkuk dan takal ini dan barang-barang diangkut masuk melalui tingkap rumah dengan bantuan cangkuk dan takal tersebut.
|
Rumah Orang Belanda yang kurus dan tinggi. |
|
Di bumbung rumah ada disediakan tempat untuk menyangkut tali bagi mengangkut barang masuk ke rumah menerusi tingkap. |
Part 34: Hotel Ibis Airport Amsterdam
Hotel penginapan kami di Amsterdam ialah Ibis Airport. Memang ia terletak sangat hampir dengan Schipol Airport. Malah, bunyi kapalterbang turun dan naik di Airport Schipol boleh didengar dengan jelas dari bilik kami. Bunyi ini sentiasa kedengaran kerana Airport Schipol adalah antara airport tersibuk di dunia.
Namun begitu, bunyi kapalterbang ini taklah bising sangat sehingga mengganggu kita. Lebih kurang macam background noise sajalah.
|
Hotel Ibis Airport Amsterdam. |
|
Mengangkut beg masuk ke hotel. |
|
Lobi hotel. |
|
Seksyen Take Away di lobi hotel ini menjual sandwich, minuman dan snek. |
|
Tour Leader mengagihkan kunci bilik. |
|
Berjalan menuju ke bilik. |
|
Lobi Lif. |
|
Pemandangan di dalam bilik. Hotel Ibis ini nampaknya memang tak menyediakan kettle. |
Bersambung ke Bhg. 10...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):