Friday, 19 December 2025

2022 JAWA (2nd VISIT) BHG. 22 (Candi Borobudur 1)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 22: Jawa Tengah
YOGYAKARTA [Candi Borobudur 1]

HARI KELIMA (2)

Part 62: Candi Borobudur (1)

Kami berpeluang berkunjung lagi ke Candi Borobudur yang merupakan candi Buddha yang terbesar di dunia dalam lawatan kedua ke Yogyakarta kali ini. Kunjungan pertama adalah 12 tahun yang lalu pada tahun 2013. Ramai pengunjung berada di sini kerana cuti hujung minggu.

Taman Wisata Candi Borobudur
Pergunungan tinggi di belakang Candi Borobudur
Memandu menuju ke tempat parking
 Berjalan menuju ke pintu masuk dari tempat parking kereta
Laluan menuju ke pejabat tiket Candi Borobudur
Kedai-kedai cenderamata yang dilalui sewaktu berjalan ke Pejabat Tiket
Pemandangan menghala ke luar dari kawasan kedai cenderamata
Banyak kedai cenderamata yang perlu dilalui
Masih menuju ke Pejabat Tiket
Penghibur sewaktu dalam perjalanan ke Pejabat Tiket
Pejabat tiket terletak di dalam bangunan di depan sana
Sebelum masuk ke Pejabat Tiket, Mas Ari menunjukkan kepada kami Pokok Bodhi yang ditanam di depan bangunan. Pokok Bodhi dianggap pokok yang suci kepada penganut Buddha kerana menurut sejarahnya, Gautama Buddha mendapat pencerahan (enlightenment) sewaktu bertapa di bawah pokok ini. Pokok Bodhi ini dibawa dan ditanam di sini dari tempat asal kelahiran Buddha di Lumbini, Nepal.
 
Pokok Bodhi yang ditanam di depan Pejabat Tiket
Menurut keterangannya Buddha mendapat pencerahan (enlightenment) sewaktu bertapa di bawah Pokok Bodhi
Museum Borobudur
Bergambar di depan Museum Borobudur. Kami tidak masuk melawat ke dalam muzium
Mas Ari membawa kami masuk ke Kampung Seni Borobudur terlebih dahulu sebelum masuk ke Pejabat Tiket. Di sini kita dapat melihat model Candi Borobudur yang akan kita lawati sebentar lagi.

Museum & Kampung Seni Borobudur
Model Candi Borobudur
Mas Ari memberi penerangan tentang Candi Borobudur
Patung singa penjaga di pintu masuk ke Borobudur
Model Stupa yang dibina di puncak Candi Borobudur
Model Candi Kalasan yang merupakan candi peninggalan Buddha yang tertua di Yogyakarta
Kami juga ditunjukkan beberapa Patung Buddha yang sedang duduk bertapa dengan posisi tangan (Mudra) yang tertentu. Setiap posisi tangan Buddha ini memberikan makna yang tersendiri.
 
Melihat patung Buddha yang dipamerkan
Setiap patung Buddha dibina sedang duduk di atas bunga Lotus yang dianggap bunga suci dalam agama Buddha
Posisi tangan Buddha begini melambangkan semangat dan keberanian
Telinga Buddha yang panjang menandakan dia sentiasa bersedia untuk mendengar
Posisi tangan Buddha memutar Roda Dharma (Roda Hukum) bermakna dia bersedia menyampaikan pengajaran.
Posisi tangan yang melambangkan alasan dan kebajikan
Patung-patung Buddha yang dipamerkan di Kampung Seni Borobudur ini adalah sebenarnya untuk jualan
Selepas melihat pameran di Kampung Seni Borobudur, barulah kita bergerak menuju ke Pejabat Tiket.

Bangunan Pejabat Tiket
Welcome To Borobudur Park
Ada kadar tiket yang berbeza dikenakan untuk warga tempatan dan warga asing masuk melawat ke Candi Borobudur. 
Balkoni di Pejabat Tiket
Pemandangan dari Pejabat Tiket
Pemandangan menghala ke Kampung Seni Borobudur
Pengunjung-pengunjung yang keluar dari Kampung Seni Borobudur
Ada dua jenis tiket yang disediakan untuk melawat ke Candi Borobudur: (1) sekadar melawat sekitar kawasan candi; atau (2) memanjat naik ke atas candi. Dah alang-alang sampai ke sini, kami memilih tiket naik ke atas candi. Tiket naik ke atas candi yang dikenakan kepada warga asing adalah IDR 455,000 (RM 120) seorang.
 
Kaunter pembelian tiket
Tiket warga asing untuk naik ke atas candi yang berharga IDR 455,000 (RM 120)
Pemeriksaan tiket masuk
Tiket kita pulak sedang diperiksa
Lokasi candi yang sebenar agak jauh dari Pejabat Tiket. Tetapi jangan gusar kerana ada perkhidmatan shuttle percuma disediakan.

Tempat menunggu shuttle ke candi
Kelihatan macam ada shuttle yang dah sedia menanti di sana
Shuttle percuma
Shuttle ke Halaman Candi
Pandangan shuttle dari hadapan. Shuttle ini menggunakan kuasa elektrik (listrik dalam Bahasa Indonesia).
Bergambar dengan Mas Ari dalam shuttle
Posing dulu di atas shuttle sebelum bergerak
Memulakan perjalanan menuju ke arah candi
Candi ini memang jauh dari pejabat tiket. Ia sangat berbeza dengan suasana sewaktu lawatan kami pada tahun 2013 yang dulu. Pada ketika itu, kita akan terus sampai ke kaki candi sebaik keluar dari pejabat tiket. Pada masa sekarang, kita akan dibawa mengelilingi sebuah taman yang luas sebelum sampai ke halaman candi.

Cuaca agak panas pada pagi ini. Oleh itu ada staff yang menunggu untuk menyewakan payung kepada pengunjung yang memerlukan di pintu masuk ke halaman candi. 

Tiba di halaman candi. Ada staff yang menunggu untuk menawarkan khidmat menyewa payung.
Berjalan masuk ke halaman candi
Di halaman candi ini, kita akan bertemu dengan beberapa buah kolam yang ditanam dengan Bunga Lotus. Lotus adalah bunga suci dalam agama Buddha kerana ia melambangkan kesucian, kesedaran rohani dan pencerahan disebabkan ia tumbuh dan berkembang cantik dari air yang berlumpur. Proses pertumbuhan dari tanah berlumpur sehingga menjadi bunga yang cantik di permukaan air ini juga turut melambangkan perjalanan kerohanian manusia mengatasi penderitaan dan nafsu keduniaan sehingga mencapai kesucian dan ilmu pengetahuan (wisdom).

Kolam-kolam Bunga Lotus di halaman candi
Kagum melihat betapa banyaknya Bunga Lotus di dalam kolam ini
Pandangan lebih dekat Bunga Lotus di dalam kolam
Bunga Lotus yang mekar berkembang
Berjalan menyusuri kolam-kolam Lotus
Lotus adalah bunga suci dalam agama Buddha
Proses pertumbuhan Bunga Lotus dari tanah berlumpur sehingga menjadi bunga yang cantik di permukaan air ini melambangkan perjalanan kerohanian umat manusia
Fountain yang dihiasi dengan patung-patung Jaladwara (Gargoyle)
Pandangan fountain dari sudut lain
Jaladwara
Sewaktu lawatan kami pada tahun 2013, tiada tiket tambahan dikenakan kepada pelawat yang ingin naik ke atas Candi Borobudur. Sesiapa sahaja yang berkeinginan bebas naik ke atas candi. Kata Mas Ari, peraturan baru ini diperkenalkan selepas Candi Borobudur ditutup semasa wabak Covid dahulu. Bila Candi Borobudur dibuka semula, Kerajaan Indonesia turut mengambil kesempatan untuk memperbaiki dan menaiktaraf fasiliti di sekitar Candi seperti mana yang kita lihat sekarang.

Pondok Sugeng Rawuh di kompleks Candi Borobudur
Sugeng Rawuh bermaksud Selamat Datang dalam Bahasa Jawa
Penunjuk arah untuk pelawat
Menuju ke tempat melapor diri untuk pelawat yang hendak naik ke atas Candi Borobudur
Sewaktu lawatan kami ke sini pada tahun 2013 dulu juga, semua pengunjung akan dipakaikan dengan kain batik untuk masuk melawat ke kawasan candi. Peraturan ini tiada lagi sekarang kerana menurut ceritanya, ramai pengunjung yang menyimpan kain tersebut untuk dijadikan souvenir dan tidak memulangkannya sewaktu meninggalkan candi. 
 
Pada masa sekarang, hanya pengunjung yang hendak naik ke atas candi diwajibkan untuk memakai sandal tradisional yang dinamakan Upanat. Upanat ini disediakan di sebuah kaunter khas tempat pengunjung perlu melaporkan diri. Pengunjung yang sekadar bersiar-siar di kawasan sekeliling candi tidak diwajibkan untuk memakai Upanat.

Upanat yang perlu dipakai oleh pengunjung yang hendak naik ke Candi Borobudur
Kaunter pengambilan Upanat. Lelaki berbaju biru di sebelah kiri ini adalah Tour Guide kami yang bernama Mas Ari.
Kaunter Upanat
Sandal Upanat diperbuat dari bahan dasar daun pandan yang dikeringkan serta dianyam menjadi sedemikian rupa. Selain memperkenalkan tradisi tempatan, pemakaian sandal Upanat juga adalah sebahagian usaha untuk memulihara struktur bangunan candi dari dirosakkan oleh kasut-kasut dipakai pengunjung yang berkemungkinan boleh menghakis lantai. Upanat telah termasuk dalam harga tiket masuk dan boleh dibawa balik sebagai souvenir dari Candi Borobudur. Surprisingly, memang Upanat ini sedap dan selesa untuk dipakai berjalan. Kualitinya juga bagus, bukan sandal untuk dipakai buang.

Menunjukkan Upanat yang telah diambil
Selain Upanat, kita juga diberi nombor giliran untuk naik ke Candi Borobudur. Langkah seterusnya ialah bersedia memakai Upanat dan menunggu nombor giliran kita dipanggil.

Tempat menunggu yang disediakan untuk pengunjung yang ingin naik ke atas Candi Borobudur
Suasana di tempat menunggu
Penerangan diberi kepada pengunjung yang menunggu naik dalam 2 bahasa: Indonesia dan Inggeris.
Nombor giliran kami
Dah bersedia memakai Upanat
Jangan risau dengan saiz sebab pasti ada yang sesuai dengan kaki kita, termasuklah saiz kaki Mat Salleh yang besar macam giant.
Beg yang diberi percuma kepada setiap pengunjung untuk menyimpan kasut sewaktu memakai Upanat

Kita sambung cerita pengalaman kami naik melawat ke Candi Borobudur dalam entry yang berikut...


Bersambung ke Bahagian 23...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: