Thursday, 11 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 17 (Argo Wilis 1)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 17: Jawa Barat - Jawa Tengah
BANDUNG - YOGYAKARTA [Argo Wilis Panoramic Train 1]

HARI KEEMPAT (1)

Part 46: Pagi Terakhir Di Bandung

Perjalanan kami akan diteruskan menuju ke Yogyakarta dengan menaiki Argo Wilis Panoramic Train dari Bandung pagi ini. Menurut perancangannya, kami akan dihantar ke Stasiun Bandung dengan transport yang disediakan oleh pihak Hotel Kimaya Braga.

Halo, Halo Bandung
Pemandangan dari bilik hotel kami pada pukul 5.30 pagi
Pada pukul 5.30 pagi, sedang kami berkira-kira sama ada patut kami membawa bagasi turun bersekali ke restoran sewaktu breakfast atau pun tidak, pintu bilik kami diketuk. Rupa-rupanya supir (driver) yang akan membawa kami ke Stasiun Bandung yang mengetuk pintu. Selepas memperkenalkan diri sebagai Pak Rusdi, dia menawarkan untuk membawa bagasi kami terlebih dahulu ke kereta sambil kami breakfast. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, kami terus  menyerahkan bagasi kepada Pak Rusdi untuk dibawa ke kereta. Bagus sungguh service di Hotel Kimaya Braga ini.
  
Tepat pukul 5.50 pagi, kami dah terpacak di depan restoran. Walau bagaimanapun, kami belum dibenarkan masuk kerana restoran dibuka pada pukul 6 pagi.

Restoran untuk breakfast belum dibuka
Coconut Club
Kami menjadi tetamu pertama masuk breakfast pada pagi ini
Buffet Breakfast
Restoran yang sepi di awal pagi begini
Satu lagi pemandangan restoran yang sepi
Selain Egg Station, restoran ini juga mempunyai stesen untuk Aneka Gorengan
Aneka Gorengan yang pasti akan kami rindui selepas meninggalkan Hotel Kimaya Braga di Bandung
Light & simple breakfast pada pagi ini
Selepas breakfast, kami terus turun ke lobi untuk check-out. Kereta yang akan membawa kami ke Stasiun Bandung telah sedia menanti.

Check-out dari Hotel Kimaya Braga
Pak Rusdi dah sedia nak membawa kami ke Stasiun Bandung
Bergerak menuju ke Stasiun Bandung
Pemandangan awal pagi di Kota Bandung
Kota Bandung sejuk berkabus pagi ini

Part 47: Stasiun Bandung
 
Perjalanan dari Hotel Kimaya Braga menuju ke Stasiun Bandung cuma memakan masa 10 minit.

Stasiun Bandung
Pintu masuk kenderaan ke Stasiun Bandung
Drop-off Area di Stasiun Bandung
Jom masuk ke dalam...
Kalau naik keretapi masuk ataupun keluar dari Bandung, pastikan betul-betul stesen yang digunakan oleh keretapi anda. Ini adalah kerana Bandung mempunyai banyak stesen keretapi. Keretapi Whoosh misalnya tidak menggunakan Stasiun Bandung. Ia sebaliknya menggunakan Stasiun Padalarang ataupun Stasiun Tegalluar. Stesen Whoosh yang biasa digunakan oleh pelancong dari Malaysia adalah Stasiun Padalarang.
 
Laluan untuk feeder ke stesen keretapi Whoosh di Stasiun Bandung
Oleh kerana ini kali pertama kita tiba di Stasiun Bandung, kita lihat-lihat dulu suasana di sekeliling...

Travel agent di Jawa telah menyediakan khidmat porter untuk kami sepanjang perjalanan menggunakan Argo Wilis Panoramic Train. Semua bagasi kami diuruskan oleh porter untuk dibawa ke train dan juga sewaktu tiba di Yogyakarta. Jadi kami cuma mengikut saja porter menuju ke platform tren.

Arah ke platform
Ikut saja porter menuju ke platform
Argo Wilis Panoramic Train kami dijadualkan berlepas dari Bandung menuju ke Yogyakarta pada pukul 7.35 pagi. Oleh kerana ketika itu masih awal dan tren masih belum bersedia, porter membawa kami ke ruang menunggu terlebih dahulu. Waduh, terkesima kita melihat ruang menunggu ini! Lagi hebat dari Stesen Keretapi di KL Sentral.
 
Ruang menunggu di platform train
Satu lagi pemandangan di ruang menunggu
Ruang menunggu ini cantik dan selesa
Ruang menunggu ini bukanlah lounge, cuma ruang terbuka, tetapi kerusi yang disediakan adalah kerusi-kerusi empuk. Walaupun kerusinya tidak sama, ia mengingatkan kami kepada pengalaman menunggu flight di Cochin Airport di India dulu sewaktu nak balik ke Malaysia.

Bandung
Pemandangan dari ruang menunggu
Duduk menunggu panggilan masuk ke tren
Selfie dulu...
Bagasi kami
Bila tren dah bersedia di platform, kami mengikut porter menuju ke sana.

Mengikut porter mendapatkan tren
Tren Argo Wilis telah bersedia di Platform 3
Sampai jumpa lagi di Bandung. Insyaallah, kalau Tuhan izinkan di suatu hari nanti.
Berjalan menuju ke Platform 3
Naik escalator pulak
Cantik lukisan poster Bandung ini
Platform 3 terletak di seberang sana
Bunga-bunga cantik yang menghias skybridge menuju ke Platform 3
Arah menuju ke Platform 3
Skybridge menuju ke Platform 3
Pintu masuk ke Platform 6 & 7
Petugas Kereta Api Indonesia (KAI) menunggu di pintu masuk
Platform 3 masih jauh di hadapan
Tren Argo Wilis yang sedang menunggu di Platform 3
Akhirnya sampai ke Platform 3
Escalator turun ke Platform 3
KAI adalah singkatan bagi Kereta Api Indonesia
Tiba di keretapi Argo Wilis
KA Argo Wilis

Part 48: Argo Wilis Panoramic Train

Kereta Api Argo Wilis (KA Argo Wilis) adalah sebenarnya perkhidmatan kereta api penumpang kelas eksekutif dan panoramic yang dioperasi oleh Kereta Api Indonesia (KAI) bagi laluan Bandung - Surabaya Gubeng melalui jalur selatan Pulau Jawa. Tidak seperti Whoosh yang merupakan high speed train, Argo Wilis adalah keretapi speed biasa sahaja. Masa perjalanan Argo Wilis dari Bandung (Jawa Barat) ke Surabaya (Jawa Timur) yang sejauh 696 km adalah kira-kira 10 jam. Perjalanan kami dari Bandung ke Yogyakarta (Jawa Tengah) pula akan memakan masa kira-kira 6 jam. Nama Argo Wilis diambil dari nama Gunung Wilis yang merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif di Jawa Timur.

Penumpang Kelas Eksekutif Argo Wilis
Kelas Eksekutif Argo Wilis
Koc Panoramic Argo Wilis terletak di bahagian depan train. Kita intai dulu suasana Panoramic Coach ini dari luar...

Koc panoramic Argo Wilis terletak di bahagian depan
Intai dulu suasana koc panoramic dari luar...
Bergambar kenangan dengan staff koc Panoramic sebelum naik tren
Jom masuk ke dalam...
Koc Panoramic Argo Wilis mempunyai tempat simpanan bagasi yang agak terhad di belakang gerabak. Bagasi yang diletakkan di sini akan diuruskan oleh petugas tren untuk memudahkan ia dikeluarkan di stesen destinasi. Maklum sajalah, perhentian Argo Wilis selain dari stesen akhirnya Surabaya Gubeng tidak lama ~ hanya beberapa minit. Oleh itu, petugas akan memastikan bagasi kita memang dah sedia untuk dibawa keluar bila tiba di stesen tujuan.

Bagasi besar kena diletak di sini
Suasana di dalam koc Panoramic. Tingkap kacanya memang besar dan luas.
Kaunter untuk petugas di belakang koc
Husband pun nak bergambar dengan petugas koc Panoramic
Petugas KAI membuat final inspection sebelum penumpang masuk
Riang gembira di dalam Argo Wilis Panoramic Train
Tidak seperti ETS Business Class di Malaysia yang mempunyai susunan tempat duduk 2-1, susunan tempat duduk dalam Argo Wilis Panoramic Train ini adalah 2-2. Tempat duduknya juga besar dan selesa. Setiap seat juga mempunyai soket dan tempat meletak kaki. Walau bagaimanapun, koc Panoramic ini tidak mempunyai overhead compartment untuk menyimpan bagasi kecil. Terpaksalah bagasi kecil diletak dekat dengan kerusi kita sendiri.

Nombor kerusi kami : 3C & 3D
Legroom yang luas dan selesa. Ada leg rest dan soket turut disediakan di setiap seat untuk kegunaan penumpang
Tingkap Argo Wilis yang besar membolehkan kita menikmati pemandangan di kiri kanan tanpa halangan. Bilangan tempat duduknya yang hanya 38 sahaja turut melapangkan suasana. Sebahagian bumbung Argo Wilis juga dibina dari kaca. Kaca di bumbung ini walau bagaimanapun akan ditutup secara automatik sekiranya cuaca sangat panas dan matahari memancar terik. Tetapi ia tidak berlaku sepanjang perjalanan kami dari Bandung ke Yogyakarta pada hari ini.
 
Tingkap Argo Wilis Panoramic yang besar dan bersih membolehkan kita menikmati pemandangan di kiri kanan tanpa sebarang halangan.
Toilet yang besar, bersih dan selesa turut disediakan di dalam koc Panoramic. Ia terletak di bahagian depan. Macam toilet di dalam kapalterbang, toilet ini adalah unisex. Yang lebih best dari toilet di dalam kapalterbang, ada bidet yang turut disediakan di dalam toilet. 

Toilet di dalam Argo Wilis Panoramic Train
Cermin yang besar dan bersih untuk kemudahan berdandan.
Sebelum memulakan perjalanan, staff Argo Wilis yang bertugas memperkenalkan diri mereka kepada penumpang dan seterusnya memberi penerangan tentang kemudahan yang terdapat di dalam tren. Oleh kerana ada ramai penumpang antarabangsa di dalam koc Panoramic ini, penerangan diberi dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Bagus juga Bahasa Inggeris petugas ini ~ sesuatu yang jarang kita temui di kalangan penduduk Indonesia.
 
Petugas Argo Wilis mengalu-alukan kedatangan penumpang ke koc Panoramic
Tepat seperti yang dijadualkan, Argo Wilis bergerak meninggalkan Stasiun Bandung untuk menuju ke Stasiun Surabaya Gubeng tepat pada pukul 7.35 pagi. Pengalaman di sepanjang perjalanan dari Bandung sehingga ke Yogyakarta akan Myself ceritakan dalam entry yang berikut.

Bergerak meninggalkan Stasiun Bandung


Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: