Monday, 22 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 24 (Kampung Ulam & Batik Sawindhu)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 23: Jawa Tengah
YOGYAKARTA [Kampung Ulam & Batik Sawindhu]

HARI KELIMA (4)

Part 64: Candi Borobudur (3)

Khidmat Fredy sebagai Local Guide tamat selepas kami turun dari Candi Borobudur. Myself dan Husband membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekeliling bangunan candi sebelum pergi. Maklumlah, entah bila lagi kita akan mendapat peluang melawat ke sini semula.

Selepas dah puas berjalan keliling barulah kami melangkah pergi.
 
Tangga untuk turun kembali ke kawasan Taman Lumbini
Posing di tengah tangga
Berjalan menuju ke perhentian shuttle
Seperti waktu kedatangan tadi, kita perlu menaiki shuttle untuk kembali ke pintu masuk. Shuttle percuma tak kelihatan pada masa itu tetapi shuttle berbayar dah sedia menunggu. Memandangkan caj yang dikenakan cuma IDR 20,000 (RM 5) seorang, kami memutuskan untuk menggunakan saja shuttle berbayar.

Naik shuttle berbayar untuk pulang ke pintu masuk
Husband memilih duduk di depan bersama driver shuttle
Pemandangan dalam perjalanan pulang ke pintu masuk
Tiba di perhentian shuttle di pintu masuk
Mas Ari menunggu kami di pintu masuk. Kami terus mendapatkan kereta untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.
 
Menuju ke pintu keluar
Bertemu lagi dengan pemuzik dekat pintu keluar
Mereka bermain menggunakan peralatan muzik tradisional
Melalui semula kedai-kedai cenderamata di pintu masuk
Meninggalkan Candi Borobudur

Part 65: Kampung Ulam

Destinasi kami seterusnya adalah makan tengah hari di sebuah restoran menarik yang bernama Kampung Ulam. Dalam perjalanan kami melalui kawasan sebuah lagi candi kuno di Yogyakarta yang bernama Candi Mendut. Walau bagaimanapun kami tidak membuat persinggahan di sini.

Pintu masuk ke Candi Mendut
Candi Mendut [ Gambar dari internet ]
Tugu di depan pintu masuk ke Candi Mendut
Stesen Pertamina yang merupakan syarikat minyak nasional Indonesia
Kawasan pertanian
Lagi pemandangan di kawasan pertanian
Restoran Kampung Ulam
Restoran Kampung Ulam adalah sebuah restoran cantik yang juga terletak di tepi sawah padi. Tetapi jangan tertipu dengan nama 'Ulam' yang digunakan. Ia bukanlah bermaksud sayur ulam seperti di Malaysia. 'Ulam' sebenarnya bermaksud 'Ikan' dalam bahasa tempatan. Oleh yang demikian, 'Kampung Ulam' ini sebenarnya bermaksud 'Kampung Ikan'.

Tempat parking kenderaan di Kampung Ulam
Restoran ini sangat popular dengan pelancong yang datang ke Yogyakarta
Sesuai dengan namanya Kampung Ulam (Kampung Ikan), ada banyak kolam ikan di sekeliling restoran.

Kolam ikan di depan restoran
Hidangan di restoran ini adalah berkonsep buffet dengan makanan tempatan yang berasaskan nasi dan lauk. Ada juga hidangan tempatan lain seperti Mi Rebus, tetapi kenalah 'special order'.

Jom masuk ke dalam restoran...
Konsep hidangan di sini adalah buffet dan makanan perlu diambil sendiri
Kaunter minuman
Beratur mengambil makanan
Sekali imbas, lauk yang dihidangkan macam sama dengan di Malaysia tetapi sebenarnya sangat berbeza.
Bobor Daun Singkong dan Buntil
Makanan barisan belakang (dari kiri ke kanan): Pepes Ikan Nila, Botok Patin dan Garang Asem Ayam. Makanan barisan hadapan (dari kiri ke kanan): Nila Goreng, Ayam Kampung dan Ayam Kampung Sambal Ijo
Makanan-makanan lain yang turut dihidangkan
Suasana di tempat makan
Hidangan makanan tengah hari pilihan Myself
Mi Rebus pilihan Husband
Restoran Kampung Ulam juga menyediakan surau yang selesa untuk kemudahan pengunjungnya. Kami menumpang Solat Jamak Zohor dan Asar di sini sebelum meneruskan perjalanan.

Berjalan menuju ke bangunan surau di hujung sana
Kolam ikan lain dalam perjalanan menuju ke bangunan surau
Satu lagi pemandangan di kolam ikan
Bangunan surau terletak di depan sana
Ruang rehat di depan surau
Meninggalkan Kampung Ulam selepas selesai solat

Part 66: Batik Sawindhu

Program lawatan kami seterusnya adalah melawat ke sebuah lagi tarikan pelancongan terkenal di Yogyakarta yang bernama Candi Prambanan. Sebelum ke sana, Mas Ari membawa kami melawat ke sebuah kedai batik yang bernama Batik Sawindhu.

Batik Sawindhu
Di pintu masuk ke Batik Sawindhu, kami diberi penerangan mengenai proses penghasilan batik. Proses yang terlibat memang sama baik di Indonesia ataupun Malaysia. Proses yang sama juga pernah kami lihat sewaktu melawat ke sebuah pusat batik di Sri Lanka dulu.

Melihat proses melukis batik
Walau di mana jua, Myself memang kagum melihat proses lukisan batik begini. Pelukis batik mempunyai kemahiran seolah-olah membuat lukisan tanpa berfikir langsung bagaimana nak membuatnya.
Mendengar penerangan mengenai proses pembuatan batik
Kain batik begini dibuat menggunakan cap batik
Menunjukkan cap batik kepada kami
Ukiran pada cap batik ini juga sangat elaborate
Kagum melihat pekerja ini sedang menyiapkan lukisan batik pemandangan Candi Borobudur
Lukisan ini belum siap lagi, tetapi dah cantik begini
Kami kemudian masuk ke ruang jualan di Batik Sawindhu. Berbagai produk batik dijual di sini. Sesuatu yang ketara mengenai Batik Malaysia dan Batik Indonesia ialah tentang corak yang digunakan. Corak Batik Malaysia sering bersifat abstrak dan menggunakan tumbuh-tumbuhan yang selalunya digayakan (stylised). Corak Batik Indonesia pula banyak menggunakan benda bernyawa seperti Burung Garuda yang merupakan lambang negara mereka. Lukisan-lukisan Ramayana juga banyak digunakan dalam Batik Indonesia. Walaupun Harimau adalah lambang negara Malaysia, ia tidak pernah digunakan dalam corak Batik Malaysia. Kalau Harimau dijadikan lukisan Batik, mungkin rupanya menjadi comel macam kucing. Hahaha!!

Ruang pameran jualan di Batik Sawindhu
Banyak lukisan batik Ramayana di sini
Pelbagai lukisan batik
Kami turut membeli beberapa pakaian batik di sini. Bayaran juga diterima dalam Ringgit Malaysia. Adik cashier cukup suka menerima Ringgit Malaysia sebab duit Ringgit kuat katanya, tak macam duit kertas Rupiah yang mudah koyak dan rosak.
 
Lukisan-lukisan batik hebat yang dipamerkan
Ukiran juga banyak dijual di sini
Ada jugalah kita membeli produk batik yang hebat ini di sini
Mencuba bakat membuat lukisan batik. 😉
Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Candi Prambanan... 
 
Kecamatan Kalasan
Masuk kembali ke Daerah Istimewa Yogyakarta
Sleman City Hall
Sleman City Hall adalah sebuah shopping centre yang bertemakan Rome purba di Yogyakarta
Patung singa di depan Sleman City Hall
Lihat lagi pemandangan yang sempat kami capture dalam perjalanan menuju ke Candi Prambanan...

Masjid An Nurumi


Bersambung ke Bahagian 25...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: