Monday, 1 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 12 (Pesona Kg Sunda)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 12: Jawa Barat
BANDUNG
[ Pesona Kampung Sunda & Kimaya Braga ]

HARI KEDUA (8)

Part 34: Suasana Malam di Jalan Braga

Selepas naik Bandros mengelilingi Bandung, kami kembali ke Jalan Braga. Tour Guide Rezha membawa kami berjalan menyusuri Jalan Braga untuk kembali ke De Majestic kerana kereta kami menunggu di situ.

Menyusuri Jalan Braga untuk kembali ke De Majestic
Kereta yang lalu lalang di Jalan Braga
Bandros berwarna kuning
Vibes waktu malam di Jalan Braga memang luar biasa. Bila berjalan di waktu malam begini, memang terasa suasana Paris van Java yang menjadi gelaran kepada Jalan Braga.
 
Kesibukan malam di Jalan Braga
Walaupun sekarang bukan peak season, pelancong tetap ramai berkunjung ke Bandung
Banyak kenderaan begini juga yang menawarkan untuk membawa pelancong berjalan-jalan di sekeiling Bandung
Sekali imbas kenderaan seperti ini memang kelihatan seperti Bandros, tetapi bukan.
Bakeri Le Braga
Bangunan tinggi di depan sana adalah hotel penginapan kami Hotel Kimaya Braga tetapi kita belum nak check-in lagi buat masa sekarang.
Restoran Bangladesh pun ada di sini
Pemandangan Hotel Kimaya Braga
Naik kereta nak pergi dinner

Part 35: Restoran Pesona Kampung Sunda

Dinner kami pada malam ini adalah di sebuah restoran tradisional Sunda yang bernama Pesona Kampung Sunda.

Restoran Pesona Kampung Sunda
Bergambar di depan Restoran Pesona Kampung Sunda
Gambaran Wanita Sunda menumbuk padi di depan restoran
Restoran ini dibina benar-benar untuk menggambarkan budaya masyarakat Sunda yang memang berasal dari Jawa Barat seperti di kawasan sekitar Bandung. Suku Sunda adalah suku kaum yang kedua terbesar di Indonesia selepas suku Jawa. Malah di depan restoran, ada ditanam beberapa petak sawah padi untuk memberikan gambaran yang seolah kita benar-benar sedang makan di sebuah rumah tradisional di kampung Sunda.
 
Petak sawah padi yang ditanam di depan restoran
Menjamu tetamu yang datang adalah sebahagian dari adat Sunda. Tetamu akan dijemput terus ke dapur untuk dijamu makanan. Oleh yang demikian, di Restoran Pesona Sunda tetamu juga dijemput terus masuk ke dapur untuk memilih sendiri makanan yang hendak dimakan.
 
Mangga Ka Dapur ... Jemput ke dapur untuk memilih makanan
Jerami padi yang sedang dikeringkan
Seperti di rumah tradisional Sunda yang sebenar, memang ada sebahagian masakan yang disediakan di bahagian luar rumah
Bergambar dulu di dapur luar rumah
Membuat makanan tradisional di atas pangkin di dapur luar
Masakan masih dimasak mengikut cara tradisional menggunakan kayu api
Selepas melihat dapur di luar, kita masuk pulak ke ruang dapur di dalam rumah. Seperti yang di luar tadi, cara memasak di dapur dalam rumah juga adalah menggunakan kaedah tradisional menggunakan kayu api.
 
Selamat datang ke Pesona Kampung Sunda. Sila masuk ke dapur...
Dapur kayu api yang digunakan untuk memasak
Bekas memasak air yang tinggi ini dinamakan Seeng (disebut: Say-eng)
Lantai dapur diperbuat dari buluh yang dianyam
Pemandangan di siling dapur
Jagung
Peralatan untuk menangkap ikan
Makanan dihidangkan secara buffet di dapur. Pelbagai masakan Sunda disediakan. Ada di antaranya yang sangat asing bagi kami.

Memilih makanan yang hendak dimakan
Pelbagai pilihan makanan Sunda yang disediakan
Macam-macam ada...
Berbagai pilihan sambal juga disediakan
Makanan disediakan di sekeliling dapur
Di sinilah kami berkenalan dengan Nasi Liwet
Pilihan minuman
Daftar dulu makanan yang dipilih untuk pembayaran
Kemudian kita pilih pulak meja makan kat tepi sawah padi...
 
Ruang makan di bahagian dalam
Seating di tepi sawah padi
Kita pilih meja kat tepi sawah padi
Full set makanan kami
Teh Manis yang dihidang dalam cawan kampung klasik
Posing dulu sebelum makan
Pepes
Dah lupa nama dessert yang sedap ni...
Lepas selesai makan, kami masuk sekejap ke dalam untuk melihat pelbagai peralatan dapur tradisional Sunda yang dipamerkan.

Masuk ke dalam semula untuk melihat peralatan dapur tradisional yang dipamerkan.
Puisi dalam Bahasa Sunda
Seeng yang digunakan untuk merebus air dan mengukus
Rantang (Mangkuk Tingkat) dan Nyiru
Palastrang (Piring Besar)
Boboko dan Tolombong digunakan untuk menyimpan nasi dan makanan
Aseupan yang digunakan untuk mengukus makanan
Bergambar dengan berbagai peralatan dapur
Kenangan dengan staff di Pesona Kampung Sunda yang mesra dan peramah
Walaupun cuaca baik petang tadi, dengan tidak semena-mena turun pulak hujan lebat sewaktu kami nak balik dari Restoran Pesona Sunda. Jangan risau sebab servis di restoran ini memang tip top. Terus staff mereka membantu memayungkan kita untuk pergi mendapatkan kereta.

Hujan lebat sewaktu kami nak meninggalkan restoran
Bergerak menuju ke hotel penginapan
Pemandangan kota Bandung di tengah hujan lebat

Part 36: Hotel Kimaya Braga

Hotel penginapan kami di Bandung adalah Hotel Kimaya Braga yang merupakan sebuah hotel 4 bintang yang terletak di Jalan Braga.

Tiba di Hotel Kimaya Braga
Lobi di Hotel Kimaya Braga
Sewaktu kami membuat Bandros Bandung Bus On Tour tadi, pemandu kami yang bernama Pak Adam telah membuat check-in untuk kami ke bilik penginapan. Jadi sebaik tiba di hotel, Rheza cuma membantu kami mengambil kunci bilik dari registration counter. Bagasi juga telah diuruskan untuk dihantar ke bilik hotel.

Kiosk minuman di tepi lobi
Satu lagi pemandangan di Hotel Kimaya Braga
Rheza berurusan di registration counter
Duduk menunggu di lobi hotel
Hotel Kimaya Braga ini sebenarnya didirikan di atas tapak Hotel Wilhelmina yang pernah wujud pada tahun 1926 dulu. Plak sejarah mengenai fakta ini dapat dilihat di dinding lobi hotel.

Plak sejarah mengenai Hotel Wilhelmina
Lif untuk ke bilik penginapan
Bilik penginapan kami
Bilik mandi
Pemandangan kota Bandung dari bilik penginapan kami


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: