Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 15: Jawa Barat
BANDUNG [Sindang Reret & Saung Angklung Udjo]
HARI KETIGA (3)
Part 41: Restoran Sindang Reret
Hujan lebat masih turun sepanjang masa kami berada di kawasan pergunungan dalam perjalanan pulang ke Bandung.
![]() |
| Meninggalkan Kawah Rengganis |
![]() |
| Hujan lebat masih turun sepanjang masa di kawasan pergunungan |
![]() |
| Dengan hujan lebat begini, memang lega perasaan bila kami dah nak meninggalkan kawasan pergunungan |
![]() |
| Pekan Rancabali |
Rezha membawa kami singgah di sebuah restoran yang special di Ciwidey untuk makan tengahari. Restoran ini bernama Sindang Reret. Dalam Bahasa Sunda “Sindang” bermaksud “Datang” dan “Reret” bermaksud “Melihat”. Oleh itu Sindang Reret bermaksud "Singgah Lihat".
![]() |
| Restoran Sindang Reret |
![]() |
| Restoran ini dah nampak menarik dari luar lagi |
![]() |
| Tempat parking di luar restoran |
![]() |
| Pintu masuk ke restoran |
![]() |
| Lobi restoran |
![]() |
| Tangkuban Parahu |
Restoran Sindang Reret adalah sebuah restoran tradisional Sunda. Hiasan dalaman dan masakan di restoran ini semuanya memiliki ciri khas Sunda.
![]() |
| Hiasan berciri Sunda di keseluruhan restoran |
![]() |
| Satu lagi pemandangan di dalam restoran |
Restoran Sindang Reret juga terletak di tepi sebuah kawasan sawah padi yang indah. Suasana kehijauan di sawah ini benar-benar mendamaikan.
![]() |
| Pemandangan dari meja makan kami |
![]() |
| Kehijauan sawah padi yang mendamaikan |
![]() |
| Teres-teres sawah padi |
![]() |
| Pondok rehat pesawah |
![]() |
| Kebun labu di tengah sawah |
![]() |
| Pandangan lebih dekat kebun labu |
![]() |
| Menangkap ikan keli di tengah sawah |
Disebabkan kita tak biasa dengan masakan Sunda, Rezha membantu memilih hidangan untuk kami. Makanan di restoran ini memang sedap dan sesuai dengan selera orang Malaysia.
![]() |
| Rezha membantu memilih hidangan untuk kami |
![]() |
| Nasi Liwet yang dibungkus dengan daun pisang |
![]() |
| Hidangan lunch kami |
Selepas makan, kami tumpang bersolat di surau restoran. Di Indonesia, surau dipanggil sebagai musholla.
![]() |
| Musholla di Restoran Sindang Reret |
![]() |
| Mihrab |
![]() |
| Al Quran, kain pelikat dan telekung (dipanggil mukena di Indonesia) turut disediakan. |
![]() |
| Tempat wuduk dan tandas |
Sebelum berlalu pergi, kita lihat-lihat lagi architecture yang amazing di sebelah sana restoran pulak.
![]() |
| Ruang yang cantik di sudut restoran |
![]() |
| Kolam-kolam air turut dibina di sekitar restoran |
![]() |
| Restoran-restoran di Indonesia seperti Sindang Reret memang sering menyediakan tempat duduk bersila secara tradisional seperti ini. |
![]() |
| Architecture tradisional yang mengkagumkan di Restoran Sindang Reret |
![]() |
| Bergambar kenangan dengan staff di Restoran Sindang Reret |
![]() |
| Hatur Nuhun [ Terima kasih dalam Bahasa Sunda ] |
Part 42: Saung Angklung Udjo
Pertunjukan Saung Angklung Udjo diadakan di sebuah tempat yang bernama Buahbatu di Bandung. Hujan masih turun ketika kami tiba di sana. Syukurlah, kerana persembahan Saung Angklung Udjo diadakan secara indoor.
![]() |
| Gerbang Tol Buahbatu |
![]() |
| Hujan masih turun ketika kami tiba |
Persembahan Saung Angklung Udjo bermula pada pukul 3.30 petang. Disebabkan kita sampai awal, kita masuklah dulu ke Kedai Cenderamata untuk melihat-lihat barangan yang dijual di sana.
![]() |
| Souvenir Shop di Saung Angklung Udjo |
![]() |
| Suasana di dalam Souvenir Shop |
![]() |
| Berbagai barangan kraf tradisional dijual |
![]() |
| Patung Cepot |
![]() |
| Patung Wayang Golek |
![]() |
| Angklung |
Disebabkan persembahan Saung Angklung Udjo ini tidak ada dalam itinerari asal terpaksalah kita membayar sendiri tiket masuk. Harga tiket persembahan ini IDR 140,000 (RM 35) seorang kalau tak salah. Tiket yang diberi kepada kita juga unik ~ sebuah model mini Angklung.
![]() |
| Kaunter tiket |
![]() |
| Urusan pembelian tiket |
![]() |
| Tiket masuk yang berbentuk mini Angklung |
![]() |
| Pengunjung-pengunjung ke Saung Angklung Udjo |
![]() |
| Arah ke tempat persembahan |
![]() |
| Tempat duduk penonton |
![]() |
| Pentas persembahan |
![]() |
| Penonton-penonton persembahan |
![]() |
| Tayangan video mengenai Saung Angklung Udjo sebelum persembahan bermula |
![]() |
| Pemuzik mula mengambil tempat |
Saung Angklung Udjo adalah sebuah organisasi di Bandung yang diasaskan oleh Udjo Ngalagena pada tahun 1966 untuk mengekalkan warisan kebudayaan Indonesia yang berasaskan permainan muzik Angklung. Pesertanya terdiri dari kanak-kanak seawal usia 5 tahun sehinggalah kepada remaja dan dewasa. Organisasi ini sangat berjaya dengan misi pengekalan warisan budaya ini sehingga mereka mampu untuk mengadakan persembahan kebudayaan Angklung ini setiap hari.
![]() |
| Pemuzik Angklung mengambil tempat |
Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Indonesia yang bernama Indonesia Raya. Disebabkan penonton persembahan ini ramai terdiri dari rakyat Indonesia sendiri, merinding kita mendengar mereka menyanyikan lagu Indonesia Raya dengan begitu bersemangat sekali. Selepas lagu Indonesia Raya, lagu patriotik Indonesia yang bertajuk Halo, Halo Bandung turut dinyanyikan kerana kita sedang berada di kawasan Bandung.
![]() |
| Gadis yang memimpin nyanyian lagu Indonesia Raya |
![]() |
| Memang bersemangat gadis ini memimpin nyanyian lagu Indonesia Raya |
Pembawa acara persembahan ini adalah seorang wanita yang bernama Amel. Dia adalah juga seorang cicit kepada Udjo Ngalagena yang merupakan pengasas Saung Angklung Udjo. Amel juga sentiasa memberi penerangan mengenai persembahan yang dilaksanakan dalam dua bahasa: Indonesia dan Inggeris. Kagum mendengar kefasihan Amel bertutur dalam Bahasa Inggeris yang mana ia adalah sesuatu yang sangat jarang dimiliki oleh Orang Indonesia.
![]() |
| Amel |
Selepas Amel memberi penerangan secara keseluruhan tentang persembahan yang akan kami saksikan, bermulalah demonstrasi Wayang Golek. Persembahan Wayang Golek mempunyai banyak persamaan dengan Wayang Kulit di Malaysia. Cuma yang berbeza ialah dalam persembahan Wayang Kulit, patung yang digunakan adalah Patung 2D yang dimain secara bayang-bayang di sebalik layar putih. Persembahan Wayang Golek pula dimainkan di atas pentas kecil menggunakan patung-patung puppet 3D.
Baik Wayang Kulit mahu pun Wayang Golek, kedua-duanya dimainkan oleh Dalang di sebalik pentas. Jalan cerita dan cara penceritaan kedua-duanya pun sama. Hanya demonstrasi Wayang Golek sahaja yang ditunjukkan kepada penonton hari ini kerana dalam persembahan Wayang Golek yang sebenar, satu babak cerita sahaja boleh memakan masa sehingga 7 jam.
![]() |
| Patung Wayang Golek |
![]() |
| Dalang Wayang Golek |
![]() |
| Cara Wayang Golek dipersembahkan |
![]() |
| Patung-patung Wayang Golek sedang beraksi |
Persembahan seterusnya adalah satu pesta untuk meraikan kanak-kanak lelaki yang hendak berkhatan. Pada zaman dahulu sebelum teknologi berkhatan moden dicipta, berkhatan adalah pengalaman yang sangat menakutkan kerana proses berkhatan dibuat menggunakan buluh runcing yang sangat menyakitkan. Oleh yang demikian, satu pesta dibuat untuk menaikkan semangat dan menggembirakan kanak-kanak tersebut. Persembahan ini dah pasti diiringi dengan muzik Angklung yang hebat.
![]() |
| Kanak-kanak keluar dari belakang pentas untuk membuat persembahan |
![]() |
| Tarian Kuda Kepang yang juga popular di Malaysia, khususnya di negeri Johor |
![]() |
| Kanak-kanak yang hendak dikhatan diarak di atas kerusi |
![]() |
| Rakan-rakan yang datang bermain Angklung untuk meraikan pesta bersama-sama |
![]() |
| Suasana pesta yang meriah |
![]() |
| Tarian Pencak Silat |
![]() |
| Memang hebat kanak-kanak ini menari |
Kemudian kita diperkenalkan pula dengan tarian yang menggambarkan tradisi Laga Lembu Jantan dari daerah Garut yang terletak bersebelahan dengan Bandung.
![]() |
| Tarian yang menggambarkan tradisi Laga Lembu dari daerah Garut |
![]() |
| Lembu Hitam dan Lembu Putih sedang berlaga |
Acara seterusnya adalah persembahan Tarian Topeng. Kagum mendengar penerangan tentang tarian yang disampaikan oleh seorang anak kecil yang muncul bersama Amel. Menurut penerangan yang disampaikan oleh Amel selepas itu, kepetahan anak kecil ini adalah satu bukti kejayaan Saung Angklung Udjo melatih anak-anak kecil menjadi penyambung warisan tradisi di masa akan datang.
![]() |
| Amel bersama pembawa acara kecil yang akan menjadi penyambung tradisi budaya di masa akan datang. |
Tarian Topeng ditarikan oleh sekumpulan gadis remaja. Pergerakan tarian ini sangat lembut pada permulaannya.
![]() |
| Persembahan Tarian Topeng |
![]() |
| Pergerakan tarian sangat gemalai di permulaannya |
Pergerakan yang lembut dan gemalai tadi terus bertukar menjadi garang dan agresif bila penari-penari mula memakai topeng. Menurut penerangan yang diberi oleh Amel selepas tarian selesai, Tarian Topeng adalah antara tarian yang sangat sukar dipelajari disebabkan perubahan karekter ini. Di samping pergerakan yang menjadi lebih agresif, penari-penari juga perlu memegang topeng sepanjang tarian dengan cara hanya menggigit topeng tersebut.
![]() |
| Memang hilang ciri kewanitaan yang lemah gemalai bila penari mula memakai topeng |
![]() |
| Topeng perlu dipegang oleh penari dengan cara hanya menggigitnya di sepanjang persembahan |
![]() |
| Amel menunjukkan bagaimana topeng digigit oleh penari Tarian Topeng di akhir persembahan |
Selepas mendengar keupayaan Angklung memainkan muzik yang begitu hebat mengiringi persembahan, barulah kita diperkenalkan lebih dekat dengan alat muzik tersebut. Angklung dari Indonesia telah diberi pengiktirafan sebagai Warisan Budaya Takbenda (Intangible Cultural Heritage) oleh UNESCO pada tahun 2010.
![]() |
| Angklung |
Memang kagum mendengar persembahan muzik Angklung yang dimainkan mengiringi beberapa genre lagu bermula dari lagu kanak-kanak, lagu klasik dan juga lagu pop masa kini. Lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu Indonesia dan juga Inggeris yang terkenal, semua menggunakan Angklung. Antara lagu yang Myself ingat adalah lagu Que Sera Sera dan Home (nyanyian Michael Buble).
![]() |
| Penyanyi yang mempunyai suara persis Siti Nurhaliza. |
Penonton turut dijemput ke pentas untuk menari bersama-sama dengan kanak-kanak yang membuat persembahan.
![]() |
| Penonton dijemput menari bersama |
![]() |
| Mula-mula beberapa kerat saja yang masuk ke pentas |
![]() |
| Makin lama, makin ramai yang turut serta |
Paling seronok bila kita turut belajar beramai-ramai menari lagu Dangdut dengan iringan muzik Angklung. Ewahh!! Hahaha!! 😂Maklum sajalah, sebab Indonesia memang tidak boleh dipisahkan dengan Dangdut.
![]() |
| Menari Dangdut beramai-ramai. Ewahh!! 😁 |
![]() |
| Dangdut dan Indonesia tidak dapat dipisahkan. |
![]() |
| Tarian dari Aceh |
![]() |
| Tarian Sumatera Utara |
![]() |
| Tarian Tradisional Jakarta |
![]() |
| Muzik tradisional dari Maluku |
![]() |
| Tarian Makassar |
![]() |
| Tarian Bali |
![]() |
| Tarian Papua |
![]() |
| Tarian yang bersatu dari seluruh Indonesia |
Kemudian tibalah part yang paling menarik di mana semua penonton belajar memainkan Angklung. Setiap Angklung mempunyai nada muzik yang tersendiri Do / Re / Mi / Fa / So / La / Ti / Do yang setiap satunya diberi nombor 1-7 dan 1*. Setiap penonton diberi pinjam Angklung yang masing-masingnya mempunyai nombor (nada) secara rawak.
Myself mendapat Angklung No. 4 (Fa) dan Husband pula mendapat Angklung No. 5 (So). Kita akan diminta membunyikan Angklung bila isyarat untuk nombor Angklung yang kita pegang diberi oleh Amel.
Memang indah dan menarik bila penonton beramai-ramai memainkan Angklung mereka membentuk muzik lagu popular dari Elvis Presley Can't Help Falling In Love. Rasa bangga sangat bila kita dapat menjadi sebahagian orkestra yang memainkan lagu ini dengan Angklung. Hahaha!! 😀
![]() |
| Belajar memainkan Angklung |
![]() |
| Sesi latihan membunyikan Angklung |
![]() |
| Bermain Angklung beramai-ramai |
![]() |
| Amel memberi isyarat nombor Angklung yang perlu dimainkan |
Di akhir persembahan, penonton diajak sekali lagi menyertai kanak-kanak menarikan tarian tradisional bersama-sama. Myself pun ikut bersama kali ini. Memang fun menari dengan kanak-kanak ini.
![]() |
| Penonton dijemput menari lagi bersama kanak-kanak performer |
![]() |
| Adik inilah yang mengajak Myself menari bersama |
![]() |
| Penutup persembahan |
![]() |
| Terima kasih, persembahan anda memang menghiburkan |
Secara keseluruhannya, persembahan Saung Angklung Udjo memang unik dan sangat menyeronokkan. Walaupun performers mereka cuma terdiri dari kanak-kanak dan remaja, bakat mereka memang sangat mengkagumkan. Myself memang sangat recommend kepada sesiapa saja yang berkunjung ke Bandung untuk datang menyaksikan persembahan ini.
![]() |
| Bergambar kenangan dengan para performers yang sangat berbakat di Saung Angklung Udjo |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
- Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
- Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
- Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
- Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
- Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
- Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
- Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
- Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
- Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
- Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
- Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
- Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Jalan Asia Afrika)
- Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
- Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Sindang Reret & Saung Angklung Udjo)
- Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Kartika Sari, Iga Bakar Si Jangkung & Paris van Java)
- Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 1 (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 18 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 2 (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis 1)
- Bhg. 20 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis 2)
- Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Amaranta Prambanan & Daerah Istimewa Yogyakarta)
- Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur 1)
- Bhg. 23 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur 2)
- Bhg. 24 (Hari 5) : Yogyakarta (Kampung Ulam & Batik Sawindhu)
- Bhg. 25 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
- Bhg. 26 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
- Bhg. 27 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)




































































































No comments:
New comments are not allowed.