Wednesday, 17 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 21 (Amaranta Prambanan & Yogyakarta)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 21: Jawa Tengah
YOGYAKARTA [Amaranta Prambanan Hotel & Daerah Istimewa Yogyakarta]

HARI KELIMA (1)

Part 60: Suasana Pagi Di Amaranta Prambanan Hotel

Kami berpeluang menginap di sebuah hotel mewah yang bernama Amaranta Prambanan Hotel sewaktu di Yogyakarta. Bila dah dikategorikan mewah, memang banyaklah keistimewaan yang dapat kita lihat di hotel ini.
 
Amaranta Prambanan Hotel, Yogyakarta
[Gambar dari internet]
Seperti juga di Bandung dan Jakarta, mentari terbit sekitar pukul 5.30 pagi di Yogyakarta. Bila hari mula cerah, kita pun menjenguklah keluar dari balkoni bilik. Malangnya disebabkan hotel ini terletak di atas Bukit Ratu Boko yang tinggi, suasana di luar hanyalah kabus yang meliputi.

Suasana berkabus pagi ini yang dilihat dari bilik kami
Satu lagi suasana berkabus yang dilihat di luar bilik sewaktu berjalan menuju ke lif
Breakfast bermula pada pukul 6 pagi dan jadual tour kami pula akan bermula pada pukul 8 pagi. Jadi sebaik selesai Solat Subuh dan mentari dah mula menyinar, kami keluar dari bilik untuk bersiar-siar dan menikmati suasana di sekitar kawasan hotel.

Laluan dari lif menuju ke tempat menunggu buggy
Model candi-candi utama di kawasan Prambanan yang menghiasi laluan menuju ke tempat menunggu buggy
Candi Sewu
Candi Prambanan
Keraton Ratu Boko
Keraton Ratu Boko ini terletak tidak begitu jauh dari Hotel Amaranta Prambanan tetapi kami tidak berkesempatan nak melawat ke situ
Penghujung lorong tempat menunggu buggy
Loceng untuk memanggil buggy
Disebabkan bukit untuk naik ke lobby agak curam, kita panggil saja buggy untuk membawa kita ke sana.

Buggy dah tiba
Naik buggy untuk pergi ke lobi hotel
Pemandangan di tempat buggy berhenti di lobi hotel
Ada sebuah balkoni untuk menikmati pemandangan di tempat perhentian buggy. Kita jenguk ke sana sebentar untuk menikmati suasana. Malangnya, seperti juga pemandangan dari bilik kami tadi, tak nampak pemandangan menarik yang diharapkan kerana cuaca yang berkabus.
 
Balkoni untuk menikmati pemandangan dekat lobi hotel.
Alahai... masih suasana yang berkabus
Oleh itu, kami membuat keputusan untuk bersiar-siar di sekeliling perkarangan hotel sahaja.
 
Kita bersiar-siar saja di sekitar hotel...
Berfoto-foto sambil bersiar
Cuaca sedikit dingin pagi ini sebab Amaranta Prambanan terletak di atas sebuah bukit yang tinggi
Sambil bersiar, kita dapat melihat sebuah Mini Zoo di perkarangan hotel. Ada beberapa haiwan yang kids friendly dibela di Mini Zoo ini.
 
Mini Zoo di Hotel Ambaranta Prambanan
Suasana di Mini Zoo
Merpati Ekor Kipas
Arnab dan Cavy
Ayam Pheasant
Kura-Kura Sulcata
Selepas singgah di Mini Zoo, kita berjalan lagi ke depan...
 
Berjalan lagi ke depan sana...
Kolam Teratai
Ada Bunga Teratai yang cantik sedang berkembang
Husband bergambar di tepi Kolam Teratai
Kita pun nak bergambar juga...
Kerusi untuk berehat sambil menikmati pemandangan
Duduk sebentar untuk berehat sambil menikmati pemandangan
Pemandangan Outdoor Gym di tepi lobi
Husband begitu tekun mengambil gambar Bunga Teratai
Kemudian kita berjalan pula ke kawasan tempat parking untuk melihat pemandangan di sana.

Berjalan menuju ke tempat parking
Pemandangan bangunan lobi dari luar
Nama Amaranta Prambanan yang ditulis dalam Tulisan Rumi dan Skrip Jawa.
Logo Amaranta Prambanan pada bangunan
Suasana di sekitar tempat parking
Pokok hiasan di sekitar hotel
Berjalan menuju ke Sky Garden
Sky Garden adalah event area di mana majlis seperti perkahwinan sering diadakan
Selepas pukul 6 pagi, kami berjalan balik ke lobi untuk breakfast di restoran.

Lobi Hotel Amaranta Prambanan
Lukisan klasik Jawa yang menghiasi lobi
Tempat menunggu di lobi hotel
Bergambar dengan sebuah ukiran yang cantik di lobi hotel
Lorong menuju ke arah restoran
Restoran di Hotel Amaranta Prambanan terletak di level yang sama aras dengan laluan ke bilik-bilik penginapan. Walaupun boleh menggunakan khidmat buggy, kami memutuskan untuk berjalan kaki saja ke sana kerana laluannya hanya menuruni bukit.

Laluan menuju ke restoran di Hotel Amaranta Prambanan
Landskap yang cantik di tepi laluan
Pandangan lebih dekat landskap di tepi laluan
Kolam yang dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan air
Tangga yang turut dibina di tepi laluan untuk kemudahan pengunjung
Air terjun buatan di tepi laluan
Batuan asli yang dikekalkan sewaktu pembinaan hotel
Restoran di Amaranta Prambanan Hotel yang dinamakan The Tree Restaurant
Sajian breakfast yang disediakan di The Tree Restaurant hari ini
Check-in untuk breakfast
Ada pelbagai pilihan breakfast di The Tree Restaurant. Disebabkan Amaranta Prambanan adalah sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang, ada pilihan makanan Western di samping makanan local Indonesia yang disediakan.
 
Suasana di The Tree Restaurant
Banyak pilihan makanan yang disediakan di dalam buffet breakfast
Makanan disajikan dalam periuk-periuk tradisional yang menarik
Keropok yang sangat sedap di The Tree Restaurant
Pelbagai jenis sambal turut disediakan
Kolam yang cantik di tepi restoran. Pengunjung boleh memberi makan kepada ikan di dalam kolam ini.
Bakwan yang dah menjadi makanan favourite sewaktu di Jawa tidak pernah kami lupakan. 😀
Selepas makan, memandangkan masih ada masa yang terluang sebelum memulakan tour, kami pulang sebentar ke bilik.
 
Berjalan balik ke bilik sebentar...
Pemandangan dari tepi lobi lif untuk naik ke bilik
Mentari dah mula bersinar terang ketika kami sampai di bilik. Oleh itu, kita terus keluar ke balkoni untuk melihat pemandangan dari situ. Pemandangan Candi Prambanan di bawah sana dah dapat dilihat dengan jelas ketika itu.

Menikmati pemandangan dari balkoni
Mentari dah pun memancar terang ketika ini
Pemandangan kawasan Prambanan dari balkoni kami
Meninjau nak mencari Candi Prambanan...
Candi Prambanan dapat dilihat di sebelah kiri. Menara putih yang kelihatan di sebelah kanan adalah menara masjid.
Dekat-dekat pukul 8 pagi, kami kembali ke lobi kerana Mas Ari dah menunggu di sana.
 
Naik buggy kembali ke lobi
Husband bergambar dengan Mas Ari sebelum memulakan tour.

Part 61: Daerah Istimewa Yogyakarta
 
Program kami pada hari ini adalah melawat ke dua buah candi terkenal di kota Yogyakarta: Candi Borobudur dan Candi Prambanan. Kami juga akan menyaksikan persembahan Ramayana Ballet di Candi Prambanan di sebelah malam nanti.

Memulakan perjalanan
Suasana di Bukit Ratu Boko berhampiran Hotel Amaranta Prambanan
Bukit Ratu Boko tempat letaknya hotel penginapan kami adalah sebuah bukit yang tinggi. Sewaktu menuruni bukit ini, kami dapat melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas di kaki bukit. Kami juga dapat melihat pemandangan Gunung Merapi yang merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif. Ia dikatakan sebagai gunung berapi yang paling aktif di Indonesia sekarang. Letusan besar terakhirnya adalah pada tahun 2010.
 
Pemandangan sewaktu menuruni Bukit Ratu Boko
Pemandangan Gunung Merapi dapat dilihat jelas sewaktu menuruni Bukit Ratu Boko
Jalan perkampungan yang kecil di Bukit Ratu Boko
Sawah padi di kaki bukit
Kebun jagung di tengah sawah
Pekan Prambanan
Lintasan keretapi
Sempadan Daerah Istimewa Yogyakarta dengan Jawa Tengah di kaki Bukit Ratu Boko
Candi Borobudur terletak kira-kira 40 km dari kota Yogyakarta. Perjalanan kami ke sana dari Prambanan hanya melalui kawasan pinggir kota sahaja.

Perjalanan menuju ke Borobudur
Sungai Opak
Yogyakarta adalah sebuah daerah yang istimewa di Indonesia kerana ia adalah satu-satunya daerah yang diperintah oleh seorang raja yang bergelar Sultan. Keistimewaan ini diberi sebagai penghargaan atas peranan dan sumbangan Sultan Yogyakarta dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia.

Dalam sistem pemerintahan Indonesia moden sekarang, Sultan Yogyakarta berperanan sebagai seorang gabenor. Namun demikian, tidak seperti gabenor di wilayah-wilayah lain yang dipilih melalui pilihanraya, jawatan Gabenor di Daerah Istimewa Yogyakarta diwarisi oleh keluarga Sultan.

Sultan Yogyakarta dan keluarganya tinggal di istana yang dinamakan Keraton dan mendukung fahaman Kejawen. Tidak seperti Keraton-keraton lain di Indonesia, Keraton di Yogyakarta sangat terjaga kerana Sultan memiliki pendapatan sebagai Gabenor untuk penyelenggaraannya. Myself dan Husband pernah berpeluang melawat ke Keraton ini sewaktu lawatan pertama kami ke Yogyakarta pada tahun 2013. Pengalaman lawatan pertama kami ke Yogyakarta dulu boleh dibaca di sini: 2013 - Yogyakarta.

Jalan raya di Yogyakarta baik terjaga tetapi sangat sempit
Masjid yang berwarna biru di sana adalah Masjid An Nurumi
Walaupun Yogyakarta terkenal sebagai lokasi Candi Borobudur dan Candi Prambanan yang merupakan UNESCO World Heritage, ada banyak candi lain yang juga terdapat di kota ini. Secara keseluruhan, Yogyakarta mempunyai 12 buah candi kuno di sekitarnya, tetapi tidaklah sebesar Candi Borobudur dan Candi Prambanan.

Dalam perjalanan menuju ke Candi Borobudur, Mas Ari menunjukkan kepada kami Candi Kalasan yang merupakan peninggalan Buddha yang tertua di Yogyakarta. Candi ini didirikan sebagai hadiah perkahwinan Pancapana dari Dinasti Sanjaya dengan Dyah Pramudya Wardhani dari Dinasti Sailendra. 

Candi Kalasan
Candi Kalasan adalah candi Buddha yang tertua di Yogyakarta
Kalau anda perasan, nama Yogyakarta kadangkala ditulis sebagai Jogjakarta. Kata Mas Ari, sebutan sebenar nama kota ini adalah Yogyakarta. Ini adalah kerana nama Yogyakarta berasal dari dua buah perkataan: Ayodhya yang bererti kedamaian dan Karta yang bererti makmur. Oleh itu, Yogyakarta secara harfiah bermaksud kota yang baik dan damai. Nama lengkap Yogyakarta pula adalah Ngayogyakarta Hadiningrat yang bermaksud Yogyakarta yang makmur dan paling utama. Nama Jogja pula adalah berasal dari Djokdja yang merupakan nama panggilan Belanda kepada kota ini sewaktu penjajahan dahulu.

Akademi Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia
Suasana jalan raya di Yogyakarta
Ada lorong motorsikal juga yang disediakan di Yogyakarta
Universitas Pembangunan Nasional Veteran Yogyakarta
Pemuzik jalanan yang mencari rezeki sewaktu kenderaan berhenti di persimpangan jalan
Masih menuju ke Borobudur
Tugu KRT Pringgodiningrat
KRT Pringgodiningrat adalah Bupati (Pegawai Daerah) pertama Kabupaten Sleman
Kebanyakan tanah di Daerah Istimewa Yogyakarta adalah milik Sultan Yogyakarta
Candi Borobudur sebenarnya terletak di Kabupaten Magelang di Jawa Tengah yang bersebelahan dengan Daerah Istimewa Yogyakarta. Di kawasan ini jugalah letaknya Gunung Merapi.
  
Sempadan Daerah Istimewa Yogyakarta dengan Provinsi Jawa Tengah
Tiba di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah
Walaupun dekat, susah sebenarnya nak melihat Gunung Merapi di Yogyakarta kerana puncaknya hampir sentiasa diliputi kabus. Disebabkan ia adalah gunung berapi yang aktif, puncak Merapi sentiasa mengeluarkan asap. Bagi kita yang tidak pernah melihat gunung berapi di Malaysia, pemandangan gunung yang berasap ini sangat menakutkan. Tetapi kata Mas Ari, asap yang keluar dari gunung berapi menandakan gunung ini berada pada fasa selamat. Kalau asap tak keluar dari gunung berapi, itu barulah merbahaya kerana ia menandakan gunung akan meletus. 

Mas Ari juga bercerita kepada kami tentang jurukunci Gunung Merapi di kalangan pengikut fahaman Kejawen di Yogyakarta. Kisah ini juga pernah kami dengar sewaktu membuat Merapi Lava Tour pada tahun 2013 dulu. Jurukunci Merapi yang dilantik oleh Sultan Yogyakarta dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan "penjaga" Gunung Merapi dan dia tahu bila gunung akan meletus. Salah seorang jurukunci Merapi yang terkenal bernama Mbah Maridjan. Beliau dikatakan enggan berpindah sewaktu letusan Merapi pada tahun 2010 kerana ingin terus berkhidmat menjaga gunung. Selepas kejadian letusan, Mbah Maridjan telah ditemui mati dalam keadaan bersujud di rumahnya oleh pasukan penyelamat. Harapnya biarlah dia bersujud menghadap Kiblat dan bukan menghadap Gunung Merapi. Wallahu alam.

Pengikut Kejawen masih mempunyai ritual persembahan kepada Gunung Merapi sehingga sekarang. Antara ritual persembahan ini adalah Labuhan Merapi yang merupakan upacara dari Keraton Yogyakarta untuk memohon keselamatan dan rasa syukur, serta Sedekah Gunung oleh masyarakat di lereng Gunung Merapi untuk menolak bencana dan berterima kasih di atas hasil tuaian.

Batu besar di depan kedai ini dimuntahkan oleh Gunung Merapi dan terseret sehingga ke sini bersama lava sewaktu letusan pada tahun 2010.
Menuju ke Borobudur
Sekolah Menengah Pertama (Sekolah Menengah Rendah) 1 Muntilan
Jambatan yang menyeberangi sebatang sungai menuju ke Borobudur
Sungai ini dipenuhi lava sewaktu letusan Merapi pada tahun 2010 sehingga menyebabkan ia menjadi tanah yang subur pada hari ini.
Semakin menghampiri Candi Borobudur, kami melihat banyak bengkel perusahaan yang membuat ukiran patung batu. Banyak ukiran yang terdiri dari patung-patung Buddha. Kata Mas Ari, kebanyakan patung ini akan dihantar ke Bali untuk dijual. Kaget bila mendengar ramai di antara pengukir patung ini yang sebenarnya beragama Islam.

Bengkel ukiran patung batu
Patung-patung singa yang menandakan kita dah sangat hampir dengan Candi Borobudur
Jalan menuju ke Candi Borobudur
Dah dekat nak sampai ke Candi Borobudur, kita dapat melihat pula kereta-kereta klasik Volkswagen yang disewa pelancong untuk bersiar-siar di perkampungan sekitar. Oleh kerana pemanduan kereta klasik ini memerlukan kepakaran, setiap kereta mempunyai pemandu masing-masing yang bertauliah. Pelancong cuma boleh menjadi penumpang sahaja di dalam kereta klasik ini.

Rombongan kereta klasik Volkswagen berhampiran Borobudur
Setiap penumpang kereta turut diberi topi Vietnam untuk menahan kepanasan matahari sewaktu bersiar-siar dengan Volkswagen klasik.
Macam fun juga kalau dapat bersiar-siar dengan Volkswagen klasik ini
Sebuah lagi kereta Volkswagen klasik di jalan raya
Lori yang terlebih muatan
Sawah padi
Kereta kuda
Pandangan kereta kuda dari belakang
Poster konsert Kris Dayanti
Tiba di Candi Borobudur


 Bersambung ke Bahagian 22...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: