Friday, 26 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 26 (Ramayana Ballet)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 26: Jawa Tengah
YOGYAKARTA [Ramayana Ballet]

HARI KELIMA (6)

Part 68: Rama Shinta Garden Resto

Satu aktiviti istimewa yang kami lakukan sewaktu berkunjung ke Yogyakarta adalah menonton persembahan Ramayana Ballet yang diadakan di sebuah teater di Candi Prambanan. Persembahan ini diadakan setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu bermula pukul 7.30 malam.

Persembahan kebudayaan di Candi Prambanan, Yogyakarta
Jika cuaca baik, persembahan ini diadakan secara outdoor di sebuah teater terbuka yang berlatar belakangkan pemandangan Candi Prambanan. Malangnya disebabkan cuaca kurang bersahabat pada hari ini, persembahan Ramayana Ballet terpaksa diadakan secara indoor.

Ramayana Ballet
Outdoor Theatre tempat persembahan diadakan jika cuaca baik
Indoor Theatre tempat persembahan diadakan pada hari hujan
Disebabkan kami mengambil pakej yang termasuk makan malam, kami dibawa dinner terlebih dahulu di Rama Shinta Garden Resto bersebelahan teater.

Rama Shinta Garden Resto
Pengunjung yang datang ke Rama Shinta Garden Resto
Pemandangan Candi Prambanan jelas kelihatan dari restoran ini. Oleh itu, sementara mentari masih menyinar terang, kita nikmati dulu pemandangan siang Candi Prambanan.

Pemandangan indah Candi Prambanan dari Rama Shinta Garden Resto
Candi Prambanan
Bila malam mula melabuh, barulah kita duduk dinner di restoran. Makanan yang disediakan adalah makanan tradisional Jawa yang enak dan dihidangkan secara buffet.

Pemandangan Rama Shinta Garden Resto di sebelah malam
Makanan dihidangkan secara buffet
Ada banyak pilihan makanan tradisional Jawa yang enak disediakan
Patung Rama dan Shinta yang menghiasi meja buffet
Suasana di dalam restoran
Tiket Ramayana Ballet
Disebabkan kami membeli Tiket VIP, ada minuman percuma yang boleh redeem di Teater nanti
Sambil menikmati makanan yang enak, kita turut menjamu mata menikmati pemandangan indah Candi Ramayana di kala mentari sedang terbenam.

Pemandangan Candi Prambanan di kala mentari sedang terbenam
Bila malam melabuh tirai, pemandangan menjadi lebih indah bila Candi Prambanan disimbahi sinaran lampu yang terang.
 
Pemandangan Candi Prambanan di waktu malam

Part 69: Ramayana Ballet (Sendratari Ramayana)
 
Persembahan Ramayana Ballet diadakan di Panggung Kinara Kinari di sebelah Rama Shinta Garden Resto. Bila melihat nama 'Kinara Kinari' pada panggung ini, teringat kepada Restoran Golden Kinnaree sewaktu menonton persembahan Phuket Fantasea dulu. Kinara Kinari di Jawa dan Kinara Kinaree di Thailand memang makhluk yang sama. Ini adalah kerana Thailand dan Pulau Jawa berkongsi mitos Ramayana yang sama.

Berjalan menuju ke Panggung Kinara Kinari
Sambutan yang diberi kepada pengunjung di luar Panggung Kinara Kinari
Pemeriksaan tiket
Masuk ke Panggung
Disebabkan kami membeli Tiket VIP juga, kita mendapat tempat duduk yang paling di hadapan. Teater ini memang cantik dan mengkagumkan tetapi satu saja nak complain ~ aircond teater ini agak panas dan tak cukup kuat.

Suasana di dalam panggung
Pemandangan dari seat VIP kami
Minuman percuma yang kami redeem awal-awal sebelum persembahan bermula
Suasana sebelum persembahan bermula
Pemuzik dan penyanyi gamelan mula mengambil tempat
Pembawa Acara memulakan persembahan
Persembahan dimulakan tepat pada pukul 7.30 malam. Senang nak mengikut persembahan ini kerana ada sinopsis cerita ditunjukkan pada dinding di hadapan penonton. Sinopsis ini ditulis dalam 2 bahasa: Indonesia dan Inggeris.

Cerita dimulai ketika Raja Prabu Janaka mengadakan sayembara (pertandingan memanah) untuk menentukan pendamping Dewi Shinta (puterinya) yang akhirnya dimenangi oleh Rama Wijaya, seorang putera dari Ayodya.

Sayembara yang diadakan oleh Prabu Janaka untuk menentukan pendamping puterinya yang bernama Dewi Shinta
Pertandingan ini turut disertai oleh Putera dari Ayodya yang bernama Rama Wijaya
Rama Wijaya memenangi pertandingan memanah
Shinta Dewi diserahkan kepada Rama Wijaya setelah dia memenangi pertandingan memanah
Rama Wijaya memohon restu dari Prabu Janaka untuk membawa Dewi Shinta pergi bersama
Rama, Shinta dan adik lelaki Rama yang bernama Laksmana mengembara di Hutan Dandaka. Di hutan itulah mereka bertemu Rahwana yang ingin memiliki Shinta karena dianggap sebagai jelmaan Dewi Widowati, seorang wanita yang telah lama dicarinya.
 
Rama, Dewi Shinta dan Laksmana mengembara di Hutan Dandaka.
Rama Wijaya dan Dewi Shinta sedang diperhatikan oleh Rahwana
Untuk menarik perhatian Dewi Shinta, Rahwana mengubah seorang pengikutnya yang bernama Marica menjadi Kijang Kencana (Kijang Emas). Usaha itu berhasil karena Shinta terpikat dan meminta Rama memburunya. 

Kijang Kencana menggoda Dewi Shinta
Dewi Shinta meminta Rama Wijaya menangkap Kijang Kencana
Rama Wijaya berusaha menangkap Kijang Kencana
Rama Wijaya memburu Kijang Kencana ke dalam hutan. Bila akhirnya Rama berjaya memanah Kijang, Kijang Kencana bertukar kembali ke bentuknya yang asal.

Rama memanah Kijang Kencana
Kijang Kencana kembali ke rupanya yang asal setelah terkena panahan Rama Wijaya
Pertarungan Rama Wijaya dengan Kijang Kencana
Rama Wijaya berjaya menewaskan Kijang Kencana
Laksmana pergi mencari Rama setelah lama dia tidak kunjung kembali. Shinta ditinggalkan dan diberi perlindungan berupa lingkaran sakti untuk perlindungan dari Rahwana. Perlindungan itu gagal karena Shinta berhasil diculik setelah Rahwana yang mengubah diri menjadi sosok Durna.

Laksmana meninggalkan Shinta setelah membuat lingkaran sakti untuk melindunginya
Laksmana menemui abangnya Rama Wijaya tetapi dimarahi kerana meninggalkan Shinta sendirian
Sementara itu Jatayu yang terbang di udara menyaksikan perbuatan Rahwana menculik Shinta. Dia cuba menolong Shinta tetapi gagal dan dibunuh oleh Rahwana.

Jatayu
Jatayu cuba menyelamatkan Shinta dari Rahwana
Jatayu cedera dalam pertarungan dengan Rahwana
Jatayu tewas di tangan Rahwana
Setelah berjaya menewaskan Jatayu, Rahwana membawa Dewi Shinta ke Alengka. Rama yang baru menyedari bahawa dia telah kehilangan Shinta bertemu dengan Jatayu yang sedang luka parah. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Jatayu menceritakan apa yang berlaku.

Rama dan Laksmana bertemu Jatayu
Tidak lama kemudian, muncul Hanoman yang berupa kera berwarna putih. Hanoman sedang melaksanakan misi dari bapa saudaranya Sugriwa, untuk mencari bantuan menyelamatkan Dewi Tara yang diculik oleh Subali. Rama memutuskan untuk membantu Hanoman dan Sugriwa terlebih dahulu.

Rama dan Hanoman
Sugriwa yang muncul dengan tiba-tiba
Sugriwa berjaya mengalahkan Subali dan merebut kembali Dewi Tara dengan bantuan Rama Wijaya. Sebagai bentuk terima kasih, Sugriwa dan Hanoman membantu Rama untuk menyelamatkan Shinta.

Sugriwa berjaya menewaskan Subali dengan bantuan Rama Wijaya
Sugriwa
Sebagai tanda terima kasih, Sugriwa bersetuju untuk membantu Rama mencari Dewi Shinta
Hanoman diutus sebagai Duta untuk mencari Dewi Shinta
Rama menyerahkan cincinnya kepada Hanoman untuk diserahkan kepada Dewi Shinta
Sementara itu, Shinta ditahan oleh Rahwana di Taman Argasoka di negara Alengka.

Shinta yang ditahan di Taman Argasoka
Anak saudara Rahwana yang bernama Trijata berusaha menggembirakan hati Shinta di Taman Argasoka
Rahwana mendesak Shinta untuk berkahwin dengannya tetapi Shinta enggan untuk berbuat demikian. Rahwana yang marah cuba membunuh Dewi Shinta tetapi dihalang oleh anak saudaranya sendiri yang bernama Trijata.

Rahwana mendesak Dewi Shinta untuk berkahwin dengannya
Trijata menyelamatkan Dewi Shinta dari dibunuh oleh Rahwana
Dengan tidak semena-mena Hanoman muncul dan menyerahkan cincin Rama Wijaya kepada Dewi Shinta.

Hanoman muncul di Taman Argasoka
Dewi Shinta menerima cincin Rama Wijaya yang dibawa oleh Hanoman
Hanoman kemudiannya merosakkan Taman Argasoka lalu ditangkap oleh anak Rahwana yang bernama Indrajit. Indrajit menyerahkan Hanoman kepada ayahnya.

Hanoman merosakkan Taman Argasoka
Hanoman ditangkap oleh Indrajit
Pegawai-pegawai kerajaan Rahwana
Rahwana sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaannya
Indrajit tiba dan menyerahkan Hanoman kepada ayahnya Rahwana kerana telah merosakkan Taman Argasoka
Rahwana ingin membunuh Hanoman tetapi dihalang oleh adiknya yang bernama Kumbakarna 
Kumbakarna diusir keluar oleh Rahwana
Rahwana menjatuhkan hukuman kepada Hanoman dengan membakarnya di dalam api. Namun disebabkan kesaktiannya, Hanoman tidak mati bahkan dia membakar seluruh Kerajaan Alengka milik Rahwana.
 
Hanoman dibakar di dalam api
Disebabkan kesaktiannya, Hanoman tidak terbakar di dalam api lalu membakar seluruh Kerajaan Alengka
Rama Wijaya tiba di Alengka bersama Laksamana dan Sugwira. Pertempuran hebat berlaku dengan Rahwana dan tenteranya.

Pertempuran Kumbakarna dengan Sugwira
Rama Wijaya muncul untuk membantu Hanoman menewaskan Kumbakarna
Kumbakarna terbunuh dengan panahan anak panah dari Rama Wijaya
Roh Kumbakarna diangkat ke langit oleh bidadari
Indrajit masuk ke medan perang untuk melawan Laksmana
Indrajit, Sugwira dan Laksmana
Pertempuran Indrajit (anak Rahwana) dengan Laksmana
Laksmana berjaya menewaskan Indrajit
Pertemuan Rahwana dengan Rama Wijaya
Pertempuran sengit Rahwana dengan Rama Wijaya
Rama Wijaya akhirnya berjaya mengalahkan Rahwana dengan anak panahnya. Hanoman menghimpit tubuh Rahwana dengan Gunung Sumawana.

Rama Wijaya menewaskan Rahwana
Rama Wijaya dan Laksmana
Di akhir cerita, Rama Wijaya dan Dewi Shinta bertemu kembali. Namun begitu, Rama tidak mempercayai Shinta lagi dan menganggapnya telah ternoda. 

Rama Wijaya dan Dewi Shinta bertemu kembali
Rama walau bagaimanapun tidak lagi mempercayai Dewi Shinta kerana menganggap dia telah ternoda.
Untuk membuktikan kesucian diri, Dewi Shinta diminta membakar dirinya. Dengan bantuan Dewa Api, Dewi Shinta berjaya membuktikan kesuciannya kerana tubuhnya sedikit pun tidak terbakar tetapi menjadi bertambah cantik. Rama Wijaya akhirnya menerima Dewi Shinta kembali sebagai isteri.

Dewi Shinta membakar diri untuk membuktikan kesuciannya
Rama berpaling untuk memeriksa keadaan Dewi Shinta
Dengan bantuan Dewa Api, Dewi Shinta berjaya membuktikan kesucian dirinya
Rama Wijaya dan Dewi Shinta akhirnya bersatu kembali sebagai suami isteri
Begitulah ceritanya... Secara keseluruhannya show yang memakan masa 1 jam 30 minit ini sangat menghiburkan. Kagum kita melihat cara mereka menari sepanjang show... macam pergerakan-pergerakan dalam Wayang Kulit. Kalau di Pulau Jawa, versi Wayang Kulit mereka dinamakan Wayang Golek.

Selepas show tamat, para penonton diberi peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan penari.

Selepas dah puas bergambar, barulah kami keluar dari panggung untuk pulang ke hotel. Cepat saja dah sampai balik ke hotel sebab Amaranta Prambanan cuma berada 10 minit perjalanan dari Candi Prambanan.

Keluar dari panggung
Patung Hanoman di luar panggung
Satu lagi pose patung Hanoman dari angle lain


  Bersambung ke Bahagian 27...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: