Tuesday, 9 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 16 (Kartika Sari & Iga Bakar Si Jangkung)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 16: Jawa Barat
BANDUNG [Kartika Sari, Iga Bakar Si Jangkung & Paris van Java]

HARI KETIGA (4)

Part 43: Kartika Sari

Disebabkan kami akan meninggalkan Bandung untuk menuju ke Yogyakarta pada pagi esok, Rezha membawa kami ke sebuah pusat souvenir terkenal di Bandung yang bernama Kartika Sari.
 
Meninggalkan Saung Angklung Udjo untuk kembali ke kota Bandung
Di bandar-bandar besar Indonesia seperti di Bandung, ada ramai Pak Ogah seperti ini yang mencari rezeki memberi khidmat sukarela mengawal trafik di persimpangan
Kartika Sari adalah pusat ole-ole yang terkenal di Bandung. Kami bertemu dengan ramai pelancong dari Malaysia dan Singapura sewaktu berkunjung ke sana. Seperti kata Rezha, ada banyak barangan cenderamata dari berbagai kategori dijual di sini.

Pusat Ole-Ole Kartika Sari
Suasana dari pintu masuk ke Kartika Sari
Kata staff di Kartika Sari, ole-ole yang paling terkenal dari Bandung adalah sebenarnya makanan tradisional. Ada banyak makanan tradisional seperti Kerepek, Bakpia dan Batagor dijual di sini. Makanan yang dijual fresh ini boleh bertahan selama 2-3 hari. Ramai pelancong Malaysia yang membeli Bakpia dan Batagor fresh untuk dibawa pulang ke Malaysia. Tetapi disebabkan kami masih ada perjalanan menuju ke Yogyakarta dan tidak segera pulang ke Malaysia, tak bolehlah kita nak join the crowd berbuat begitu.
 
Seksyen makanan tradisional di Kartika Sari
Seksyen menjual pakaian

Part 44: Iga Bakar Si Jangkung
 
Untuk malam terakhir di Bandung ini, kami dibawa makan ke sebuah rumah makan local yang terkenal bernama Iga Bakar Si Jangkung.

Berjalan menuju ke tempat dinner
Inilah tempatnya ~ Iga Bakar Si Jangkung
Iga Bakar Si Jangkung
Ruang makan di Iga Bakar Si Jangkung
Satu lagi suasana di Iga Bakar Si Jangkung
Tukang Masak di Iga Bakar Si Jangkung
Tempat penyediaan minuman
Iga adalah sebenarnya tulang rusuk. Iga Bakar dihidangkan kepada kita di dalam kuali dan nasi pula dihidang di dalam pinggan. Cara sebenar memakannya ialah nasi disenduk masuk ke dalam kuali untuk dicampur dengan Iga Bakar. Tetapi disebabkan kita orang Malaysia, lebih selesa makan cara Malaysia ~ ceduk lauk masuk ke dalam pinggan nasi dan bukan sebaliknya. Hahaha! 😀

Hidangan Iga Bakar
Rezha menunjukkan cara sebenar memakan Iga Bakar
Gulai Sapi pilihan Husband untuk makan malam
Es Jeruk
Ternyata Iga Bakar Si Jangkung memang tempat makan yang popular. Ia agak lengang sewaktu kami tiba tadi, tetapi bila kami nak pulang, rumah makan ini dah penuh dengan pelanggan. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana makanan di Iga Bakar Si Jangkung memang sedap walaupun simple.

Suasana Iga Bakar Si Jangkung yang penuh dengan pelanggan sewaktu kami nak pulang
Semua pelusuk rumah makan ini dah penuh dengan pelanggan
Di luar rumah makan Iga Bakar Si Jangkung ini, sempat juga kami menjenguk sebuah gerai yang menjual Bola Obi (Potato Ball). Tapi setakat melihat sajalah kerana kami dah kenyang dinner di Iga Bakar Si Jangkung tadi.

Bola Obi Gardujati
Bola Obi
Pulang ke hotel
Rezha dan Pak Adam menghantar kami kembali ke Hotel Kimaya Braga selepas makan malam. Khidmat mereka tamat pada malam ini kerana kami akan menaiki keretapi ke Yogyakarta pada pagi esok dan ada Tour Guide lain yang akan berkhidmat di sana. Kata Pak Adam dia akan kembali ke rumahnya di Tasikmalaya yang terletak 2-3 jam perjalanan malam ini. Rezha pula masih stay di Bandung kerana dia mempunyai assignment dengan pelanggan lain pada esok hari. Rezha juga telah mengatur dengan pihak Hotel Kimaya Braga untuk menghantar kami ke Stasiun Bandung pada pagi-pagi esok hari. 

Bergambar kenangan dengan Pak Adam

Part 45: Paris van Java (Jalan Braga)

Sekembalinya ke hotel, Myself dan Husband membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar menikmati suasana malam di Jalan Braga.
 
Keluar lagi ke Jalan Braga
Sign Jalan Braga yang popular dengan pengunjung
Jalan Braga sangat meriah dan hidup dengan pengunjung pada malam hari. Gelaran Paris van Java yang diberi sangat kena dengan jalan ini pada malam begini kerana suasananya adalah sedikit iras-iras macam suasana di kota Paris. Macam Amsterdam pun ada.
 
Paris van Java
Ramai pengunjung berada di Jalan Braga pada masa itu
Sesuatu yang kami perasan juga sewaktu berjalan di Jalan Braga adalah ada ramai live performer yang membuat persembahan terutamanya di kedai-kedai makan. Suara mereka hebat-hebat sampai berpaling kita sewaktu berjalan untuk melihat siapakah itu yang sedang menyanyi?

Kedai-kedai makan di Jalan Braga selalu ada live performer begini
Suara penyanyi-penyanyi ini memang hebat
Live performer di sebuah restoran lain
Penghibur jalanan
Lampu-lampu neon yang menerangi sebahagian kedai di Jalan Braga memang membuatkan kita merasa seolah-olah sedang berada di Eropah. Suasana yang sedikit dingin di Bandung juga boleh menyebabkan kita terlupa yang kita sedang berada di Indonesia.

Jalan Braga panjang sebenarnya tetapi kami memutuskan untuk menikmati suasana hanya sehingga ke Braga Walk. Maklumlah, kami harus pulang awal untuk berehat di hotel memandangkan kita perlu menaiki keretapi yang berlepas awal pagi esok menuju ke Yogyakarta.

Braga Walk
Braga Walk
Braga Walk
Braga Walk
Braga Walk
Braga Walk
Braga Walk
Jomlah kita berjalan pulang ke hotel...



 Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: