Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 13: Jawa Barat
BANDUNG
[ Jalan Asia Afrika ]
HARI KETIGA (1)
Part 37: Jalan Asia Afrika @ Bandung
Waktu Solat Subuh di Pulau Jawa masuk sekitar pukul 4.10 pagi dan matahari terbit sekitar pukul 5.30 pagi. Breakfast di hotel bermula pukul 6 pagi dan Tour Program kami pada pagi ini melawat ke Kawah Rengganis bermula pada pukul 8 pagi. Oleh yang demikian, sebaik matahari terbit selepas Solat Subuh, Myself dan Husband memutuskan untuk bersiar-siar di kawasan bersejarah Bandung di Jalan Asia Afrika yang terletak dekat dengan hotel kami.
![]() |
| Selamat Pagi, Kota Bandung |
![]() |
| Pemandangan di Tingkat 10, Hotel Kimaya Braga |
![]() |
| Pintu bilik di Hotel Kimaya Braga |
![]() |
| Suasana di lobi sangat sunyi sebab masih awal pagi |
![]() |
| Bergambar dengan Pakcik Penyambut Tetamu di depan Hotel Kimaya Braga |
![]() |
| Pemandangan dari luar Hotel Kimaya Braga |
![]() |
| Mesin ATM di perkarangan hotel |
![]() |
| Food Truck milik hotel yang hanya dibuka di sebelah malam |
![]() |
| Pintu masuk ke Hotel Kimaya Braga |
![]() |
| Bangunan De Majestic yang terletak bertentangan dengan Hotel Kimaya Braga |
Cuaca sangat mendung pada pagi ini dan program kami pula pada hari ini adalah aktiviti outdoor. Udara juga sedikit dingin, lebih-lebih lagi kerana Bandung terletak di kawasan pergunungan. Sebagai persediaan, kami memilih untuk singgah dulu di kedai Indomaret berdekatan hotel untuk membeli payung.
![]() |
| Berjalan menuju ke Jalan Asia Afrika dari hotel |
![]() |
| Singgah dulu di kedai Indomaret |
![]() |
| Suasana di dalam Kedai Indomaret |
![]() |
| Alamak... ada 2 saja payung yang tinggal di situ. Mungkin disebabkan payung laris sekarang kerana musim hujan di Bandung |
![]() |
| Cepat-cepat kita grab kedua payung ini |
Selepas membeli payung kita terus berjalan menuju ke Jalan Asia Afrika.
![]() |
| Bangunan Belanda lama di depan sana terletak di persimpangan Jalan Braga dengan Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Pemandangan awal pagi di Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Pasu bunga yang menghias Jalan Asia Afrika |
Jalan Asia Afrika di Bandung adalah sebatang jalan bersejarah yang terkenal dengan bangunan-bangunan kolonial serta lokasinya sebagai tempat diadakan Konferensi Asia Afrika Pertama pada tahun 1955. Konferensi ini penting kerana ia menjadi asas kepada pergerakan negara-negara berkecuali dunia yang tidak memihak kepada fahaman Barat ataupun komunis Rusia (ketika itu dikenali sebagai Soviet Union).
Konferensi Asia Afrika Pertama yang berlangsung pada 18-24 April 1955 ini juga dikenali sebagai Konferensi Bandung. Ia adalah pertemuan 29 buah negara Asia dan Afrika yang kebanyakannya baru mencapai kemerdekaan dari penjajah masing-masing. Negara-negara ini mewakili 1.5 bilion atau 54% jumlah penduduk dunia pada ketika itu. Penaja konferensi ini adalah Indonesia, Burma (Myanmar), India, Ceylon (Sri Lanka) dan Pakistan. Malaysia yang masih belum mencapai kemerdekaan dari British pada ketika itu tidak menghadiri Konferensi ini.
![]() |
| Jentera lama Belanda yang ditinggalkan di Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Hotel Savoy Homann di Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Satu lagi pemandangan suasana awal pagi di Jalan Asia Afrika |
Destinasi kami di Jalan Asia Afrika adalah monumen yang dinamakan sebagai Tugu 0 Kilometer (Titik Nol Bandung). Monumen ini telah kami lihat dari dalam bas Bandros sewaktu mengelilingi Bandung petang semalam.
Tugu 0 Kilometer merupakan secebis dari ratusan kisah yang terjadi sewaktu pembinaan “Jalan Raya Pos” atau Groote Post Weg dari Anyer (Banten) sehingga Panarukan (Jawa Timur) pada tahun 1808. Jalan tersebut dibangun di bawah pengawasan Gabenor Jenderal Hindia Belanda, H. W. Daendels dalam usahanya untuk mempertahankan Pulau Jawa dari serangan Inggeris pada masa itu.
Pada tahun 1810, ketika Daendels bersama Bupati Bandung, R.A. Wiranatakusumah II sedang mengawasi pembangunan jalur jalan raya yang melintasi Kota Bandung, mereka berjalan sehingga ke suatu lokasi yang kini berdekatan dengan Hotel Savoy Homann. Daendels menancapkan tongkat kayunya sambil berkata dalam Bahasa Belanda : "Cuba usahakan, bila aku datang kembali di tempat ini, telah dibangunkan sebuah kota."
Pada 25 September 1810 Bupati Wiranatakusumah II akhirnya menerima surat keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahan kota Bandung ke tempat Daendels menancapkan tongkat kayu tersebut. Oleh itu didirikan beliau sebuah tugu yang kini dikenali sebagai Tugu 0 Kilometer Bandung di situ.
![]() |
| Tempat di mana Gabenor Daendels menancapkan tongkatnya kini ditandakan sebagai Titik Nol Bandung. |
Tidak hanya tugu, di tempat itu kini dibangun monumen mesin steam roll (disebut stoomwals dalam Bahasa Belanda) kuno yang disertai sebuah batu penanda sejarah. Tugu dan moumen ini didekasikan untuk rakyat Priangan (Jawa Barat) yang menjadi korban pembangunan Jalan Raya Anyer-Panarukan. Tepat setelah 12 tahun perasmian, pada tahun 2016 Tugu 0 KM kemudian ditambah dengan patung separas dada 4 tokoh pemimpin yang berjasa pada saat itu.
![]() |
| Steam Roll kuno yang turut menghiasi Tugu Titik Nol Bandung |
![]() |
| Ir. Soekarno (Presiden Pertama Republik Indonesia) dan Mas Soetardjo Kertohadikusumo (Gabenor Jawa Barat 1945) |
![]() |
| H.W. Daendels (Gabenor Jenderal Hindia Belanda) bersama R.A. Wiranatakusumah II (Bupati Bandung 1794 - 1829) |
![]() |
| Kata-kata permintaan Daendels untuk dibangunkan sebuah kota di tapak ini turut diabadikan pada Tugu Titik Nol |
![]() |
| Bergambar di Titik Nol Bandung |
![]() |
| Pemandangan menghala ke Alun-Alun Bandung dari Titik Nol Bandung |
![]() |
| Wedding Photoshoot di Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Jalan Asia Afrika dah mula sibuk dengan penduduk kotanya yang keluar untuk bekerja |
Jalan Asia Afrika ada banyak monumen bersejarah, jadi kami membuat keputusan untuk berjalan dari hujung ke hujung untuk melihatnya. Kami juga merancang nak mencari Batu Malaysia di tepi jalan ini yang kami lihat dari bas Bandros malam tadi.
![]() |
| Permulaan Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Laluan basikal terpanjang di dunia terletak di Jalan Asia Afrika di Bandung |
![]() |
| Di sepanjang jalan ini ada diletakkan batuan-batuan bulat begini yang tertera di atasnya nama negara-negara di benua Asia dan Afrika. Jom kita cari Batu Malaysia... |
![]() |
| Berjalan di sepanjang Jalan Asia Afrika... Tak ada pulak orang yang menggunakan Lajur Sepeda Terpanjang Di Dunia pagi ini. |
![]() |
| Monumen Titik Nol Bandung yang kami lawati tadi terletak di seberang sana |
![]() |
| Bangunan di belakang Titik Nol adalah Dinas Bina Marga dan Penataan Ruang Provinsi Jawa Barat (Badan Kerja Raya dan Perancangan Ruang Provinsi Jawa Barat) |
![]() |
| Di sana ada batu dengan nama negara Cameroon |
![]() |
| Berjalan lagi mencari Batu Malaysia... |
Kami kemudian bertemu dengan Gedung Merdeka yang kini menjadi muzium yang mempamerkan koleksi dan foto-foto Konferensi Asia-Afrika 1955. Di dalam bangunan inilah konferensi yang menjadi pemacu Gerakan Negara-Negara Berkecuali yang pertama telah diadakan pada tahun 1955.
![]() |
| Gedung Merdeka |
Gedung Merdeka dinamakan sebagai Sociëteit Concordia di zaman Belanda. Ia digunakan sebagai tempat rekreasi dan bersosial sekelompok masyarakat Belanda yang menetap di kota Bandung dan sekitarnya. Mereka terdiri dari pegawai perkebunan, tentera, pembesar, pengusaha dan kalangan lain dari kelas atasan. Pada hari cuti, terutama di sebelah malam, gedung ini akan mereka gunakan untuk berdansa, menonton pertunjukan kesenian ataupun makan malam.
![]() |
| Bergambar di tepi Gedung Merdeka |
Pada masa pendudukan Jepun, gedung ini dinamakan Dai Toa Kaman dan berfungsi sebagai pusat kebudayaan. Pada masa Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945 pula, gedung ini digunakan sebagai markas pemuda Indonesia untuk berdepan tentera Jepun yang pada ketika itu enggan menyerahkan kekuasaannya kepada Indonesia.
![]() |
| Pemandangan di hadapan Gedung Merdeka |
![]() |
| Gedung Merdeka kini digunakan sebagai Museum Konferensi Asia Afrika |
![]() |
| Sejarah Gedung Merdeka |
![]() |
| Pintu masuk ke Gedung Merdeka |
Akhirnya kita bertemu dengan Batu Malaysia yang dicari...
![]() |
| Aha... dah jumpa pun Batu Malaysia. |
![]() |
| Batu Malaysia ini terletak tidak jauh dari Gedung Merdeka |
![]() |
| Posing dengan Batu Malaysia |
![]() |
| Pemandangan Jalan Asia Afrika berhampiran Batu Malaysia |
![]() |
| Bangunan Bank OCBC di hadapan Gedung Merdeka |
Sebuah bangunan yang pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang ke sini adalah Warenhuis De Vries, sebuah bangunan Belanda tempat berjualan Andreas de Vries yang datang ke Bandung di tahun 1899. Warenhuis bermaksud department store dalam Bahasa Belanda. Maka bolehlah dikatakan bangunan ini merupakan shopping mall pertama di Bandung. Sebahagian bangunan ini kini digunakan sebagai pejabat Bank OCBC.
![]() |
| Bangunan Bank OCBC ini terletak bersebelahan dengan sebuah bangunan lama Belanda yang bernama Warenhuis De Vries |
![]() |
| Sebahagian bangunan Warenhuis de Vries ini kini digunakan sebagai pejabat Bank OCBC |
Dari sini, kami membuat keputusan untuk pulang semula ke hotel. Maklumlah, kita perlu breakfast dulu di hotel sebelum memulakan perjalanan tour pada hari ini.
![]() |
| Berjalan pulang kembali ke hotel |
![]() |
| Bangunan Warenhuis De Vries |
![]() |
| Pasangan pengantin masih berposing di Jalan Asia Afrika |
![]() |
| Menyusuri Jalan Braga untuk pulang ke hotel |
![]() |
| Masih pemandangan dalam perjalanan pulang ke hotel |
Part 38: Sarapan Pagi di Hotel Kimaya Braga
Restoran untuk breakfast di Hotel Kimaya Braga terletak di Tingkat 2. Ia telah pun dibuka sewaktu kami tiba kembali ke sini.
![]() |
| Restoran untuk breakfast yang terletak di Tingkat 2 |
![]() |
| Restoran ini bernama Coconut Club |
![]() |
| Tempat makan di Restoran Coconut Club dibina mengelilingi lobi hotel |
![]() |
| Sebahagian suasana tempat makan di restoran |
![]() |
| Bread Corner |
![]() |
| Buffet Area |
![]() |
| Pilihan breakfast kami |
![]() |
| Pemandangan dari meja breakfast kami |
![]() |
| Satu lagi pemandangan dari meja breakfast kami |
Tepat pukul 8 pagi, Tour Guide Rezha bersama pemandu Pak Adam datang menjemput kami di hotel untuk memulakan perjalanan menuju ke Kawah Rengganis.
![]() |
| Memulakan perjalanan menuju ke Kawah Rengganis |
![]() |
| Meninggalkan Jalan Braga di Bandung |
![]() |
| Pinggir kota Bandung |
![]() |
| Satu lagi pemandangan di pinggir kota Bandung |
![]() |
| Angkot Kota Bandung |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
- Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
- Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
- Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
- Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
- Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
- Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
- Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
- Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
- Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
- Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
- Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
- Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Jalan Asia Afrika)
- Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
- Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Sindang Reret & Saung Angklung Udjo)
- Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Kartika Sari, Iga Bakar Si Jangkung & Paris van Java)
- Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 1 (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 18 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 2 (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis 1)
- Bhg. 20 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis 2)
- Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Amaranta Prambanan & Daerah Istimewa Yogyakarta)
- Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur 1)
- Bhg. 23 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur 2)
- Bhg. 24 (Hari 5) : Yogyakarta (Kampung Ulam & Batik Sawindhu)
- Bhg. 25 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
- Bhg. 26 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
- Bhg. 27 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)







































































No comments:
New comments are not allowed.