Wednesday, 20 January 2021

2021 TRAVEL REVIEW 01- INDONESIA (SUMATERA)

Januari 2021

Travel Review 01: Indonesia
SUMATERA UTARA & SUMATERA BARAT

Januari 2021 menjelma meninggalkan Tahun 2020 dengan seribu kenangan. Kenangan pahit bagi Kaki Travel dah semestinya kena kurung tak boleh keluar negara disebabkan Wabak Covid-19. Sewaktu wabak ini mula menular di awal tahun 2020, kita menjangka wabak ini akan berakhir di tahun 2021. Tapi bila 2021 menjelang, masih tak nampak tanda ia akan segera reda. Bila penyakit belum reda, maknanya kita belum boleh travel lagi. Kalau dah boleh travel sekali pun, Myself tak rasa kami akan travel dalam tahun ini. Disebabkan usia yang dah meningkat macam ini, kena ambil precaution lebih sikit kalau nak mula travel kembali. Untuk lebih selamat, kita tunggulah dulu sampai tahun 2022 nanti...

Impian indah Sang Kaki Travel
Bila dah tak boleh travel, tahun ini Myself nak buat entry yang lain sikit dari biasa di dalam blog. Myself nak review kembali semua tempat di oversea yang kami dah travel sehingga kini. Sedar tak sedar, sejak mula travel dari tahun 1995 sehingga ke tahun 2020, dah 30 buah negara Myself jejak di 4 buah benua: Asia, Oceania, Afrika dan Eropah. Benua Amerika (Utara & Selatan) saja yang kita tak jejak lagi. Honestly Myself tak ada keinginan nak pergi ke Amerika sana. Terlalu jauh dan tak terjangkau rasanya. Tapi kalau Allah takdirkan memang akan sampai ke sana, akan terjejaklah juga kaki ini nanti.

Semua review yang Myself tulis di dalam entry ini dan entry-entry mendatang kelak adalah pandangan personal semata-mata berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Tak berkait dengan yang hidup ataupun mati. Mungkin pengalaman kami dengan orang lain berbeza, walaupun kita berkunjung ke tempat yang sama dengan cara yang sama. Kita mulakan dengan negara pertama yang Myself jejak sewaktu memulakan hobi traveling ini ~ Indonesia.


Indonesia memang sebuah negara yang menarik tetapi Husband tak berfikir begitu masa dulu-dulu. Pada dia apalah seronoknya melancong ke Indonesia sebab macam tak beza sangat dengan Malaysia. Lama kita pujuk Husband untuk pergi ke Indonesia, tapi dia tetap tak mahu.

Trip yang menjadi eye-opener kepada Husband mengenai keistimewaan Indonesia adalah sewaktu keluarga Myself membuat Family Trip ke Jakarta & Bandung pada tahun 2007. Kalau dah namanya Family Trip, kenalah dia ikut sekali dan itu adalah kali pertama dia menjejak ke Indonesia. Kata orang Tak Kenal Maka Tak Cinta. Bila dah kenal Indonesia, terus Husband jatuh cinta. Bermula dari perjalanan itu, hampir setiap tahun kami pergi ke Indonesia. Malah ada sekali tu, Husband pergi berjalan sendiri-sendiri saja ke Sumatera Barat sebab kita tak dapat nak ikut bersama. Seminggu lebih dia pergi dan masih bercita-cita nak pergi lagi. Begitulah penangan Indonesia.

Sumatera Utara

Tempat pertama di Indonesia yang Myself jejaki adalah ke Sumatera Utara. Dalam banyak-banyak tempat di Indonesia, Sumatera Utara adalah wilayah yang paling hampir dengan Semenanjung Malaysia. Myself pernah berkunjung ke sini 2 kali di tahun 1995 (dengan Ibu) dan 2009 (dengan Husband). Bandar terbesar di wilayah ini ialah Medan dan destinasi percutiannya yang popular di kalangan warga Malaysia adalah Danau Toba.

Medan
 Istana Maimun di Medan
Medan sentiasa memiliki tempat yang istimewa di hati Myself kerana inilah destinasi pertama di oversea yang Myself kunjungi naik kapalterbang. Waktu itu Myself terbang ke sana dengan Ibu dan rombongan kawan-kawan Ibu dengan menaiki pesawat Pelangi Air dari Ipoh direct ke Medan. Mungkin ada di antara pembaca yang tak pernah tahu pun tentang Pelangi Air, bukan? Sebelum adanya Air Asia, inilah penerbangan alternatif kepada Malaysia Airlines pada masa itu. Malangnya syarikat penerbangan ini hanya beroperasi sehingga tahun 2011.

Pelangi Air menggunakan pesawat jenis Fokker yang rupanya lebih kurang macam pesawat-pesawat ATR pada masa kini.  Tak tahu apa itu pesawat ATR? Ala... pesawat yang ada kipas kat luar itulah, macam yang dipakai oleh MasWings, Firefly dan Malindo sekarang. Beginilah rupa pesawat Pelangi yang Myself jumpa kat Internet... Tak sangka betul boleh jumpa gambar ini!

 Pelangi Air
Kapasiti penumpang pesawat ini pun tak ramai. Lebih kurang 50-60 orang saja rasanya, kalau tak salah. Disebabkan ahli rombongan kami ketika itu pun lebih kurang 50 orang, memang satu kapalterbang itu kami yang punya. Destinasi Pelangi Air ini juga hebat pada ketika itu...
 
 Destinasi Pelangi Air. Semuanya menggunakan pesawat Fokker pada masa itu.
Penerbangan dari Ipoh ke Medan memakan masa kira-kira 1 jam. Dari Medan kami terus dibawa naik bas ke Danau Toba yang terletak di kawasan pergunungan.

Danau Toba
Air Terjun Sipiso-piso
Lawatan ke Sumatera Utara inilah yang membuka mata Myself tentang kepelbagaian Indonesia. Sebelum tiba di sini, Myself cuma tahu yang Indonesia adalah sebuah negara Islam. Kita ingat semua orang kat sana beragama Islam. Terkejut juga bila mendapati kawasan Sumatera Utara ini dihuni sebahagian besarnya penduduk berketurunan Batak yang beragama Kristian. Makanan istimewa di kawasan ini juga adalah Babi Kicap. First time jugak tu yang kita tahu ada masakan babi selain dari Bak Kut Teh yang selalu dilihat di Malaysia. Tak pernah tahu juga sebelum itu yang babi boleh dimasak Kicap. Di sinilah juga buat pertama kali Myself melihat nama Allah digunakan pada Gereja Kristian. Memang janggal pada pandangan kita, tapi ia sesuatu yang lumrah dan diterima di Indonesia.

Perkampungan Batak di Pulau Samosir
Makam Raja Sidabutar
Danau Toba sangat sejuk sewaktu kami melawat ke sana pada tahun 1995. Tapi bila berkunjung ke sana dalam tahun 2009 pula, hawanya tak lagi sejuk seperti dulu. Dalam tahun 1995, jalan naik ke Danau Toba juga berkeadaan baik walaupun sempit. Bila berkunjung dalam tahun 2009 pula, jalannya rosak teruk. Tak tahulah bagaimana keadaannya sekarang. Harap-harap telahpun diperbaiki dan dinaiktaraf. Memang sepatutnya begitu kerana Danau Toba adalah salah sebuah destinasi pelancongan yang popular di Indonesia.

Di sini jugalah buat pertama kali Myself melihat Gunung Berapi. Ada 2 buah gunung berapi yang dilihat ketika itu: Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Walaupun boleh nampak asap yang keluar dari puncak gunung, kedua-duanya tenang dan aman. Seram juga bila mendengar Gunung Sinabung ini meletus beberapa tahun kemudian sebab kita memang pernah melihat gunung ini dari jarak dekat dulu.

Letusan Gunung Berapi Sinabung pada tahun 2018.


Kisah penuh perjalanan kami ke Sumatera Utara boleh dibaca di sini:

Sumatera Barat
 
Sumatera Barat adalah wilayah di Indonesia yang paling kerap Myself kunjungi. Sehingga ke tahun 2020, Myself dah berkunjung 3 kali ke sini. Husband pulak dah 4 kali, lagi hebat dari kita! Macam tak percaya je yang dia ni dulu-dulu tak mahu pergi ke Indonesia sebab tak best katanya. Bandar terbesar di wilayah ini adalah Padang dan kota wisatanya yang terkenal pula adalah Bukittinggi.

Kali pertama berkunjung ke Sumatera Barat pada tahun 1997, Myself masih terbang menggunakan Pelangi Air bersama Ibu dan rombongan kawan-kawan Ibu yang sama berkunjung ke Sumatera Utara dulu. Cuma bezanya kami terbang ke Padang dari Kuala Lumpur. Waktu itu kami terbang dari Lapangan Terbang Subang kerana KLIA masih belum siap dibina. Sibuk tau Subang Airport itu pada masa dulu! Mungkin ada pembaca generasi baru yang tak pernah tahu pun yang Subang Airport pernah menjadi international airport sesibuk KLIA pada masa dulu, kan?! Bangunan airport ini walau bagaimanapun bukanlah bangunan Subang Skypark yang ada sekarang. Dulu ada 3 bangunan terminal di Subang Airport: Terminal 1 (Penerbangan Antarabangsa), Terminal 2 (Penerbangan Shuttle Kuala Lumpur - Singapura) dan Terminal 3 (Penerbangan Domestik). Kalau tak silap bangunan Subang Skypark yang digunakan sekarang adalah Terminal 3 yang dinaiktaraf.

Masih ingat lagi suasana sewaktu menghantar Abang belajar ke Australia dan seorang pakcik yang belajar di USA pada masa itu dari Subang Airport. Disebabkan kita tak pernah tengok airport lain di oversea pada masa itu, memang Subang Airportlah yang kita rasa sebagai airport yang paling canggih di dunia. Bila dapat peluang berkunjung ke Subang Airport menghantar orang pergi oversea, memang semua benda kita perhati dari atas sampai ke bawah. Maklumlah pada zaman itu, naik kapalterbang adalah satu bentuk kemewahan yang dirasakan takkan termampu kita mencapainya.
 
Pemandangan ramp melingkar di Bangunan Terminal 1 di Subang Airport inilah yang menyebabkan Myself merasakan inilah airport yang paling hebat di dunia ketika itu.
 Aktiviti paling best sewaktu berkunjung ke Subang International Airport zaman dulu-dulu adalah melihat kapalterbang dari Viewing Gallery yang open air.  Paling seronok bila nampak British Airways sedang landing sebab kita tahu yang dia datang dari London.
Ada lebih 1200 buah suku kaum di Indonesia dan Sumatera Barat adalah tanah asal suku kaum Minangkabau. Budaya Minangkabau di Sumatera Barat sangat dekat di hati penduduk Malaysia kerana sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan di Malaysia juga berasal dari kaum Minangkabau. Kalau suku Batak di Sumatera Utara dulu menganut agama Kristian, orang Minangkabau di Sumatera Barat pula menganut agama Islam. Malah mereka sangat kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam.

 Pakaian tradisional Wanita Minangkabau (Sumber:bundogroupdotcom.wordpress)
Suasana Minangkabau memang terasa di mana-mana di Sumatera Barat yang terkenal dengan senibina atap runcing yang berbentuk seperti tanduk kerbau itu.

Bandar Udara Internasional Minangkabau di Padang
Masjid Raya Sumatera Barat di Padang
Walaupun penduduk Minangkabau berpegang kuat kepada ajaran Islam, sesuatu yang janggal kepada Orang Islam dari Malaysia ialah budaya mereka membela anjing. Anjing-anjing ini sebenarnya dibela untuk menjaga ladang yang terletak di pinggir hutan dari dirosakkan oleh babi hutan. "Yang Haram Digunakan Untuk Memburu Yang Haram," ujar salah seorang Tour Guide kami di Sumatera Barat sewaktu menerangkan budaya ini kepada kami.

Anjing dibela oleh penduduk di Sumatera Barat untuk membantu menjaga sawah ladang dari dirosakkan oleh Babi Hutan.
Pemandangan anjing yang tengah happy-happy naik motor bersama tuan mereka ini sangat janggal kepada Orang Islam yang datang dari Malaysia
Sumatera Barat juga mempunyai pemandangan sawah padi yang sangat indah. Boleh terlupa keindahan sawah padi di Bali bila melihat keindahan sawah padi di sini.

 Keindahan sawah padi di Sumatera Barat
Kerbau dan Bangau di tengah sawah
Pemandangan Danau Di Ateh dalam perjalanan dari Padang ke Sawahlunto
Lembah Harau yang digelar Indonesian Yosemite
Pada lawatan pertama dan kedua, kami hanya berkunjung ke Padang dan sekitar Bukittinggi seperti kebanyakan pengunjung Malaysia yang lain. Di sinilah pusat kebudayaan Minangkabau di Sumatera Barat.

Istana Besar Pagaruyung
Jam Gadang di Bukittinggi
Tarian Tradisional Minangkabau
Bukittinggi juga pernah menjadi ibukota Indonesia sewaktu penjajahan Jepun. Ada sebuah jajaran terowong yang panjang dibina oleh tentera Jepun di bawah kota Bukittinggi ketika itu. Ada sebahagian dari terowong ini yang dibuka kepada pelancong pada masa sekarang.

Ngarai Sianok yang tenang ini mempunyai jajaran terowong Jepun yang massive di dalamnya.
Pintu Masuk ke Lobang Jepang
Bukan sekadar itu, kami juga berkesempatan berkunjung ke sebuah majlis perkahwinan Minangkabau secara sepontan atas jemputan dari Tour Guide kami. Memang menarik kerana kami dapat melihat sendiri perbezaan majlis perkahwinan rakyat biasa di sana dengan yang sering diadakan di Malaysia. Apa yang dapat Myself simpulkan ialah majlis perkahwinan di sana sangat sempoi. Namun semangat kerjasama dan gotong-royong seperti yang sering dilihat dalam majlis-majlis perkahwinan Melayu zaman dulu-dulu di Malaysia masih sangat ketara.

Suasana jamuan dalam Majlis Perkahwinan Minangkabau
Penduduk kampung akan membawa sedikit beras untuk diberikan kepada tuan rumah majlis perkahwinan. Bila pulang, bekas beras ini akan diisi dengan makanan pula oleh Tuan Rumah Majlis Perkahwinan.
Jika Sumatera Utara terkenal dengan Danau Toba yang terletak di atas gunung, Sumatera Barat pula terkenal dengan Danau Maninjau yang terletak di bawah lurah. Kawasan ini juga terkenal sebagai tempat kelahiran seorang tokoh agama, budaya dan nasionalis Indonesia yang bernama Buya Hamka.

Danau Maninjau
Rumah Kelahiran Buya Hamka di tepi Danau Maninjau
Jika datang dari arah Bukittinggi, kita perlu menuruni jalan bengkang-bengkok menuruni lurah yang dinamakan Kelok 44. Ia dinamakan begitu kerana memang ada 44 buah kelok yang perlu dilalui.

Permulaan Kelok 44
Pemandangan sewaktu menuruni Kelok 44 ke Danau Maninjau
Dalam kunjungan ketiga ke Sumatera Barat, kami berpeluang pula berkunjung ke sebuah kota UNESCO World Heritage di sini yang bernama Sawahlunto. Sejarah penjajahan sangat tebal di kota ini yang pernah menjadi pusat perlombongan arang batu yang penting di zaman pemerintahan Belanda. 

Stesen Keretapi Sawahlunto yang digunakan pada zaman Belanda
Pemandangan Kota Sawahlunto dari Stesen Keretapi
Gambaran penderitaan Orang Rantai ~ rakyat Indonesia yang dijadikan buruh paksa oleh Belanda.
Di sinilah juga kami mempelajari sejarah pahit tahanan Belanda yang digelar sebagai Orang Rantai. Bukan sekadar dijadikan tahanan, mereka juga dijadikan buruh paksa oleh Belanda untuk bekerja di lombong arang batu dan membina landasan keretapi bagi mengangkut hasil arang batu ke pelabuhan Padang dari Sawahlunto. Kaki mereka dipasang rantai untuk memastikan mereka tidak melarikan diri. Orang Rantai juga tidak pernah ditanya nama, cuma diberi nombor yang ditatoo pada badan. Kalau mereka meninggal dunia, nisan mereka cuma ditanda dengan nombor ini. Disebabkan nama mereka tidak pernah direkodkan, kita tidak tahu siapa pemilik kubur tersebut. Pengalaman berkunjung ke Lubang Mbah Soero dan Goedang Ransoem di Sawahlunto jelas menceritakan penderitaan yang dialami oleh Orang Rantai ini.

Lubang Mbah Soero adalah sebuah bekas lombong arang batu di zaman Belanda yang boleh dilawati di Sawahlunto.
Pemandangan di dalam lombong arang batu Lubang Mbah Soero
Goedang Ransoem adalah dapur umum yang dibina Belanda untuk menyediakan makanan kepada Orang Rantai dan pegawai-pegawai Belanda yang mengawasi mereka.
Kawah-kawah besar yang digunakan untuk memasak nasi di dalam Goedang Ransoem.


Kisah penuh perjalanan kami ke Sumatera Barat boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):