SUMATERA BARAT, INDONESIA
Padang & Bukittinggi
KUALA LUMPUR KE BUKITTINGGI
Lawatan kedua ke Indonesia adalah ke Padang dan Bukit Tinggi yang terletak di Sumatera Barat. Lawatan ini adalah rombongan ketiga yang diatur oleh "orang kampung" selepas lawatan ke Medan dan Haadyai.

Seperti perjalanan ke Medan dulu, perjalanan ke Padang juga adalah dengan menaiki Pelangi Airways. Cuma bezanya, kali ini kami berlepas dari Kuala Lumpur (masih dari Lapangan Terbang Subang).
Penerbangan dari Kuala Lumpur dengan pesawat Fokker Pelangi Airways memakan masa 1 jam 15 minit.
Airport Padang yang berbumbung Minangkabau. |
Sebaik tiba di Padang, guide kami yang bernama Dodi telah menunggu. Terus saja menaiki bas ke bandar Padang.
Di bandar Padang ada terusan besar yang dinamakan Terusan Banjir.
Di bandar Padang ada terusan besar yang dinamakan Terusan Banjir.
Terusan Banjir. |
Di sekitar bandar Padang ada public transport kereta kuda yang dipanggil Bendi.
Bendi |
Bas membawa kami bersiar-siar sampailah ke kawasan yang dinamakan Muara. Tak tahu kenapa nama tempat ni "Muara". Mungkin kerana ia terletak di muara sungai.
Muara, Padang. Kawasan ni terkenal dengan lagenda Siti Nurbaya. |
Selepas berkenalan lebih kurang dengan bandar Padang, bas membawa kami menuju ke Bukittinggi. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah di Lembah Anai yang mempunyai sebuah air terjun di sana.
Lembah Anai |
BUKITTINGGI
Di Bukittinggi, kami menginap di Hotel Denai.
Hotel Denai |
Selepas sarapan, kami dibawa ke Ngarai Sianok. Kata pemandu pelancong kami, Dodi tempat ni macam Grand Canyon di Amerika.
Ngarai Sianok. |
Lobang Jepang |
Dalam
Ngarai Sianok, ada terowong yang digunakan oleh tentera Jepun waktu
Perang Dunia Kedua dulu. Terowong ini boleh dilawati. Tapi tak ramai
ahli rombongan yang berani masuk ke dalam. Ada la 3 atau 4 orang je yang
masuk ke dalam termasuk Myself.
Pemandangan dalam Lobang Jepang |
Bagi yang adventurous masuk ke dalam terowong, bas menanti di hujung terowong bersama ahli-ahli rombongan lain.
Destinasi seterusnya ialah Istana Pagaruyung. Dalam perjalanan kami dapat melihat Gunung Merapi. Sebenarnya masa terbang masuk ke Padang, kapalterbang kami terbang di atas gunung ni, yang sememangnya berasap masa tu.

Gunung Merapi |
Istana Pagaruyung |
Istana
Pagaruyung adalah Rumah Adat bagi masyarakat Minangkabau di Indonesia
(dan Malaysia??). Dalam istana ni ada sebuah papan yang tertulis adat
pegangan yang menjadi rujukan orang Minangkabau.
Bahagian dalam Istana Pagaruyung |
Macam juga istana Melayu lama di Malaysia, istana ini dibina tanpa menggunakan paku. Di halamannya juga ada rumah-rumah kecil yang digunakan sebagai kediaman pegawai istana pada masa dulu dan juga kebuk untuk menyimpan padi.
Sebuah lagi istana yang dilawati ialah Istana Selinduang Bulan. Dah tak ingat apa sejarah istana ni.
Sebuah lagi istana yang dilawati ialah Istana Selinduang Bulan. Dah tak ingat apa sejarah istana ni.
Istana Selinduang Bulan |
Tengah ahli rombongan sibuk admire istana ni, ada seorang pakcik menjenguk dari dalam istana. Dia kata dia penjaga istana dan minta bayaran untuk masuk. Disebabkan kami tak mahu sebarang konfrontasi dengan pakcik tu, kami pun berlalu sajalah dari situ. Lagipun selepas melawat Istana Pagaruyung, rasa macam tak payahlah masuk ke dalam istana ni pulak.
Kami makan tengahari di sebuah restoran unik bernama Pondok Flora. Restoran ni dibina atas kolam ikan. Sambil makan boleh jenguk ikan dalam kolam di bawah.
Kami makan tengahari di sebuah restoran unik bernama Pondok Flora. Restoran ni dibina atas kolam ikan. Sambil makan boleh jenguk ikan dalam kolam di bawah.
Rumah Makan Pondok Flora |
Lepas makan, kami pergi pula ke pusat sulaman di Pandai Sikek. Di sini ada kedai menjual hasil sulaman dan juga factory buat sulaman di belakangnya. Suasananya lebih kurang sama dengan kilang batik di Kelantan.
Signboard di Pandai Sikek |
Tenunan di Pandai Sikek |
Lepas melihat dan shopping tenunan di Pandai Sikek, kami balik ke Bukittinggi untuk makan malam di restoran Simpang Raya.
Lepas makan dan sebelum balik ke hotel, ahli-ahli rombongan mencuba naik Bendi (kereta kuda) jalan-jalan di sekitar pekan. Terjerit makcik-makcik tu beramai-ramai bila kereta kuda terlanggar bonggol jalan. Maklumlah, tayar kereta kuda tu keras, bukan macam tayar kereta.
BUKITTINGGI
Bukittinggi terkenal dengan Jam Gadang. Jam ini dibina oleh penjajah Belanda. Di sekelilingnya ada banyak Bendi yang boleh disewa sekiranya ingin bersiar-siar sekitar bandar.

Jam Gadang - "Big Ben" bagi Bukittinggi |
Pada
hari ketiga, kami sepatutnya meninggalkan Bukittinggi menuju ke Danau
Maninjau. Sebelum bertolak, rombongan kami diberi peluang untuk
membeli-belah di Pasar Bukittingi. Specialty di sini adalah fabrik.
Pasar Bukittinggi |
Pasar Bukittinggi terbahagi kepada dua bahagian: Pasar Atas dan Pasar Bawah. Kami cuma concentrate di Pasar Bawah saja.
Dalam perjalanan ke Danau Maninjau, kami singgah sebentar di pusat silver works Kerajinan Amai Setia yang terletak di sebuah tempat yang bernama Kotogadang.
Dalam perjalanan ke Danau Maninjau, kami singgah sebentar di pusat silver works Kerajinan Amai Setia yang terletak di sebuah tempat yang bernama Kotogadang.
Barangan perak di Kerajinan Amai Setia, Kotogadang |
Berbeza
dengan perjalanan ke Danau Toba dulu yang menaiki gunung, perjalanan ke
Danau Maninjau adalah menuruni lurah melalui jalan bengkang-bengkok
yang dinamakan Kelok 44.
Kelok 44 - Jalan bengkang-bengkok ke Danau Maninjau. |
Danau Maninjau |
Di Danau Maninjau, kami menginap di Hotel Maninjau Indah yang terletak di tepi tasik.
Hotel Maninjau Indah |
Di
sini tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain menikmati
pemandangan indah Danau Maninjau. Antara pemandangan yang istimewa di
sini adalah "fish farm" di sekitar hotel.
Ladang ternakan ikan berhampiran hotel. |
PADANG
Kembali ke Padang, singgah sebentar meninjau perusahaan Keropok Malinjo.
Perusahaan Keropok Malinjo di Padang. |
Kemudian berehat pula di Pantai Padang yang ketika itu sunyi sepi, macam tiada pengunjung.
Pantai Padang yang sunyi dan sepi |
Kemudian bermalam di Hotel Natour Muara sebelum kembali ke Malaysia keesokan harinya.
CATATAN PERJALANAN LAIN (INDONESIA)
- 1995 - Sumatera Utara : Medan & Danau Toba
- 2007 - Jawa Barat: Jakarta & Bandung
- 2008 - Bali
- 2009 - Sumatera Utara : Medan & Danau Toba (2nd Visit)
- 2013 - Jawa Tengah : Yogyakarta
- 2014 - Bali (2nd Visit)
- 2014 - Jawa Barat & Jawa Timur : Bandung & Surabaya
- 2015 - Sumatera Barat : Padang & Bukittinggi (2nd Visit)
- 2018 - Sulawesi Utara : Manado & Minahasa
- 2020 - Sumatera Barat : Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi