Friday 29 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 30 (Munich - KL)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria

Bahagian 30: Penerbangan Pulang
MUNICH --> ISTANBUL --> KUALA LUMPUR

HARI KESEPULUH (3)

Part 129: Munich Airport

Pengembaraan kami 11 Hari / 8 Malam ke Eropah Timur benar-benar berakhir kini. Dari Dachau, kami bergerak ke destinasi kami yang terakhir di sini, Munich Airport.

Meninggalkan Dachau
Perjalanan ke Munich Airport
Tiba di Munich Airport
Visitor's Park di Munich Airport
Ada dua terminal di Munich Airport. Disebabkan kami tak pasti terminal mana yang menjadi tempat perlepasan kami, bas membawa kami terlebih dahulu ke Terminal 1. Setibanya di sana, kami menanti di dalam bas sementara Tour Leader kami pergi mendapatkan kepastian.

Pemandangan di Munich Airport
Terminal 1 di Munich Airport
Satu lagi pemandangan Terminal 1 di Munich Airport
Menara Kawalan di Terminal 1
Rupa-rupanya penerbangan Turkish Airlines yang akan kami naiki ke Istanbul ini berlepas dari Terminal 2. Jadi terus saja bas membawa kami ke sana.

Menuju ke Terminal 2
Terminal 2, Munich Airport
Selepas menurunkan bagasi dari bas dan mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada pemandu bas kami Peter, kami terus masuk ke dalam. Kata Peter, dia akan pulang ke Prague selepas menghantar kami dan bercuti selama 8 hari sebelum memulakan tugasan yang seterusnya.

Pintu masuk ke Terminal 2
Boarding Pass ke Istanbul
Seperti waktu kedatangan, penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah juga melalui Istanbul. Pesawat Turkish Airlines yang akan membawa kami ke Istanbul dijadualkan berlepas pada pukul 6.40 petang. Disebabkan masih ada waktu terluang sebelum perlepasan, kami mengambil peluang untuk bersolat jamak Zohor dan Asar.

Ada bilik solat yang sempurna sebenarnya disediakan di Munich Airport. Walau bagaimanapun, bilik ini sedang diubahsuai ketika itu dan pihak pengurusan airport telah menyediakan ruang solat sementara yang selesa untuk pengunjung yang memerlukannya seperti kami.

Ruang solat sementara yang disediakan untuk pengunjung Muslim di Munich Airport kerana bilik solat yang sebenar sedang diubahsuai.
Pintu masuk ke ruang solat.
Pemandangan di ruang solat sementara
Selepas bersolat, barulah kami bergerak masuk ke passport control dan seterusnya ke pintu perlepasan. Disebabkan kita banyak mendengar tentang kisah Adolf Hitler apabila disebut saja tentang Germany, memang Myself membayangkan yang orang Jerman garang-garang belaka. Tapi sangkaan ini nyata meleset selepas tiba di Germany. Ternyata yang orang Jerman sebenarnya baik dan sentiasa membantu, termasuklah di security checkpoint di airport ini. Memang betul kata pepatah Inggeris: Don't judge a book by its cover. Walaupun raut wajah mereka agak kasar dan garang, orang Jerman sebenarnya baik hati.

Pemandangan di kawasan pintu perlepasan
Kiosk menjual makanan
Waktu Solat Maghrib masuk sewaktu kami menunggu pesawat di ruang perlepasan. Memang seronok bila melihat ada sebuah lagi ruang solat disediakan di sini. Teringat betapa sukarnya pengalaman kami mencari ruang solat di Lapangan Terbang Zurich sewaktu berkunjung ke Eropah Barat dulu.

Surau di Ruang Perlepasan ini terletak berdekatan dengan Emirates Lounge
Pintu masuk ke surau
Surau di Ruang Perlepasan ini cantik dan selesa
Tempat Wuduk
Ruang Solat Wanita
Emirates Lounge yang terletak bertentangan dengan Surau
Melapik perut sementara menunggu waktu pesawat berlepas

Part 130: Terbang Ke Istanbul

Pesawat kami, Turkish Airlines TK 1636 berlepas dari Munich ke Istanbul pada pukul 6.40 petang. Seawal pukul 6.00 petang, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Boarding Pass dari Munich ke Istanbul
Pintu Perlepasan kami
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Pemandangan di dalam pesawat
Penerbangan dari Munich ke Istanbul hanya mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit (macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu). Mungkin disebabkan jarak penerbangan yang dikira pendek ini, hanya pesawat narrow-body Airbus  321-200 digunakan.

Pemandangan di Munich Airport dari dalam pesawat
Bersiap-sedia untuk berlepas
Peta penerbangan dari Munich ke Istanbul
Kenangan di dalam pesawat
Airbus 321-200
Penerbangan dari Munich ke Istanbul banyak mengalami gegaran disebabkan cuaca yang tidak begitu baik. Namun syukur Alhamdulillah, pesawat ini tidak mengalami kelewatan.

Peramugari sedang menghidangkan sajian penerbangan
Sajian penerbangan dalam pesawat dari Munich ke Istanbul
Tiba di Istanbul
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami tiba di Ataturk Airport pada pukul 11.15 malam. Waktu di Istanbul adalah 2 jam lebih awal berbanding Munich. Setibanya di Ataturk Airport, pesawat berhenti di sebuah parking bay yang sangat jauh di tengah airport. Semua penumpang diangkut ke dalam bangunan terminal dengan bas.

Runway di Ataturk Airport
Selamat mendarat di Ataturk Airport
Pesawat kami parking jauh entah di penjuru airport sebelah mana... Jauh kami terpaksa menaiki bas untuk menuju ke bangunan terminal.
Inilah pesawat yang membawa kami dari Munich ke Istanbul. Dihias dengan sedemikian rupa sekali...
Naik bas ke bangunan terminal
Pemandangan dari dalam bas sewaktu menuju ke bangunan terminal

Part 131: Pulang Ke Kuala Lumpur

Persinggahan transit kami di Istanbul adalah selama 2 jam 30 minit. Penerbangan sambungan kami dari sini ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada pukul 1.55 pagi. Seawal pukul 12.55 malam, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Pesawat kami, Turkish Airlines TK 60 ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas dari Pintu 301.
Boarding Pass penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Seperti juga sewaktu ketibaan kami dari Munich tadi, pesawat kami juga parking di tengah lapangan terbang sehingga memerlukan penumpang dibawa ke sana dengan bas.

Naik bas menuju ke pesawat
Pemandangan dari dalam bas
Tiba di pesawat
Turkish Airlines TK 60 yang membawa kami dari Istanbul ke Kuala Lumpur
Pesawat ini adalah sebuah pesawat wide-body Boeing 777-300ER.
Pemandangan di dalam pesawat
Pemandangan ke luar dari dalam pesawat.
Maklumat penerbangan
Tidak seperti penerbangan datang dulu yang memakan masa 10 jam 13 minit, penerbangan pulang ini hanya memakan masa 9 jam 17 minit. Seperti yang pernah Myself ceritakan dulu, mungkin disebabkan pesawat baru ini lebih mampu menangani turbulence, penerbangan pulang ke Kuala Lumpur juga amat lancar. Disebabkan ruang tempat duduknya yang lebih luas dan selesa, perjalanan yang panjang pulang ke Kuala Lumpur ini juga tidaklah menyakitkan badan seperti dulu.

Peta penerbangan pulang
Berlepas dari Istanbul
Selamat tinggal, Istanbul. Kalau ada rezeki, pasti kita bersua lagi.
Pilihan pertama sajian penerbangan: Ayam dan Scrambled Egg
Pilihan kedua sajian penerbangan: Pasta
Terbang di ruang udara Pakistan
Melintasi India
Membelah Teluk Bengal
Sajian penerbangan kedua
Hidangan sajian penerbangan kedua
Semakin hampir ke Kuala Lumpur
Tiba kembali ke Malaysia
Pemandangan di luar pesawat
Pemandangan negara tercinta dari pesawat
Melintasi Putrajaya
Membelah awan yang tebal
Membuat penerbangan turun
Selat Melaka
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang. Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kemudahan dan keselamatan kepada kami dalam perjalanan ini.

Selamat mendarat
Pemandangan runway dari Forward Camera di dalam pesawat.
Alhamdulillah, dah selamat tiba kembali ke Kuala Lumpur.
Pesawat Turkish Airlines kami.
Thank you, Turkish Airlines



CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):

CATATAN PERJALANAN EROPAH LAIN: