Tuesday, 6 February 2018

2018 KERALA BHG. 01 (KL - Cochin)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

Bahagian 1 : Perjalanan Ke Kerala
KUALA LUMPUR KE COCHIN

Part 1: Kembara Ke Kerala

Pengembaraan kami pada tahun 2018 bermula dengan berkunjung ke sebuah negeri yang terletak di India Selatan yang bernama Kerala (disebut: Kay-ra-la) selama 4 Hari / 3 Malam. Terletak di bahagian barat India Selatan yang menghadap ke Laut Arab, Wilayah Kerala dinamakan sebagai salah sebuah dari "Ten Paradises of The World" dan "50 Places Of A Lifetime" oleh Majalah National Geographic Traveler. Iklan pelancongan Kerala juga sering memaparkan wilayah ini sebagai "God's Own Country".

God's Own Country
Peta Kerala
Namun ini bukanlah sebab utama kami berkunjung ke Kerala. Sebab utamanya ialah kami nak mengambil peluang travel sewaktu cuti weekend yang panjang sempena cuti Hari Wilayah dan Thaipusam pada awal tahun 2018 ini. Tapi disebabkan kita dah travel ke 4 destinasi yang mahal-mahal pada tahun lepas (Brunei, Umrah Khas, Melbourne dan Eropah Timur), terpaksalah kita mencari destinasi percutian yang murah pada tahun ini. Dengan harga penerbangan murah yang ditawarkan oleh Air Asia, kota Kochi di Kerala, India menjadi pilihan kami.

Kami pernah melawat India pada tahun 2012 dulu. Ada yang bertanya kenapa nak repeat India lagi? Memang kami nak repeat sebab yang dulu tu kami melawat India Utara, yang penduduknya majoriti berkulit cerah. Kali ini ke India Selatan pulak, yang penduduknya majoriti berkulit gelap. Bila dah lawat ke India Utara dan India Selatan barulah kita boleh bercerita yang kita ni betul-betul dah melawat India.

Peta kedudukan bandaraya Kochi di Kerala. Kochi adalah bandar terbesar di Kerala tetapi ibu negeri bagi wilayah ini adalah Thiruvananthapuram yang terletak lebih jauh ke selatan.

HARI PERTAMA

Part 2: Terbang Ke Kochi Dengan Air Asia

Sedar tak sedar, Myself sebenarnya dah 3 tahun tak naik Air Asia. Kali terakhir dulu adalah sewaktu berkunjung ke Sri Lanka pada tahun 2015.

Pemergian kami ke KLIA2 diiringi dengan pandangan sedih dari Tam Tam yang terpaksa ditinggalkan bersendirian untuk selama 4 Hari 3 Malam.
Disebabkan penerbangan kami dijadualkan berlepas dari Terminal KLIA2 ke Kochi, India pada pukul 6.40 petang, kami berlepas dari rumah dengan menggunakan perkhidmatan teksi Airport Limo pada pukul 2.15 petang.

Perjalanan menuju ke KLIA2
Dah lama kita tak datang ke sini...
Terminal KLIA2
Salah sebuah pintu masuk ke Terminal KLIA2.
KLIA2 agak sibuk pada petang itu. Keadaan ini mungkin disebabkan ramai yang seperti kami mengambil peluang untuk pergi bercuti sempena weekend yang panjang ini. Di sana-sini juga suasana meriah sambutan Tahun Baru Cina mula dirasakan dengan pemasangan perhiasan-perhiasan sempena perayaan tersebut.

KLIA2 ni memang lebih hip kalau berbanding dengan KLIA1
Pintu masuk ke kawasan penumpang KLIA2
Kami tidak hanya berdua dalam percutian ke Kerala ini. Percutian kali ini turut disertai oleh Kakak Ipar dan seorang anak saudara Myself. Secara kebetulan kami tiba serentak di KLIA2 pada petang itu, walaupun bertolak dari destinasi yang berasingan. Kakak Ipar dan Anak Saudara dihantar oleh Abang Myself ke Airport pada petang itu.

Monitor utama di KLIA2.
Airport di Kochi bernama Cochin International Airport. Kerana itulah destinasi kami ditulis sebagai Cochin dalam monitor di airport. Cochin juga adalah nama yang digunakan oleh orang British bagi Kochi sewaktu mereka memerintah India dulu.

Penumpang penerbangan ke Cochin perlu check-in di Kaunter Y.
Pemandangan di kaunter check-in
Menunggu kaunter Air Asia dibuka untuk check-in
Selepas selesai urusan Check-in, kami ke Restoran McDonald's dulu untuk melapik perut. Selepas itu, kami berjalan-jalan meninjau kedai-kedai di KLIA2. Selepas dah 3 tahun tak datang ke sini, memang Myself perhatikan kedai-kedai di sini kini dah semakin meriah berbanding pada masa dulu.

Restoran McDonald's
Pemandangan di dalam Restoran McDonald's
Makan free, Abang belanja...
Perhiasan sempena Chinese New Year yang akan menjelang
Mascot membeli-belah di KLIA2
Inilah mascot yang paling cute
Perlepasan Antarabangsa
Pada pukul 5 petang, kami melangkah masuk ke Pintu Perlepasan. Kami sengaja memilih untuk masuk awal bagi mengelakkan kesesakan. Biasalah kan orang Malaysia ni, suka buat kerja pada last-last minute. Takut juga nanti tersekat kat pemeriksaan imigresen ataupun kat tempat sekuriti kalau masuk kat penghujung waktu. Lagipun kami memang merancang nak bersolat Asar dalam surau di kawasan Pintu Perlepasan.

Pemeriksaan passport
Berjalan menuju ke pintu perlepasan
Surau dekat pintu perlepasan
Tempat wuduk di dalam surau
Pemandangan di dalam surau
Pintu L14
Boarding Pass
Pintu perlepasan kami adalah Pintu L14. Seperti yang Myself jangka berdasarkan pengalaman berkunjung ke Kashmir dulu, memang penumpang pesawat ini ramai yang terdiri dari rakyat India yang nak pulang ke negara asal mereka. Macam-macam bau dapat dihidu di Pintu Perlepasan ini. Bersedia sajalah dengan bau-bauan dalam pesawat nanti...

Menunggu pintu perlepasan dibuka untuk penerbangan ke Cochin
Sebelum penerbangan ke Cochin, pintu ini digunakan oleh pesawat yang berlepas ke Kuala Namu. Kuala Namu adalah airport baru bagi Medan, Indonesia.
Berjalan masuk ke ruang menunggu di Pintu Perlepasan
Pesawat yang akan membawa kami ke Cochin dah sedia di pintu perlepasan
Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat
Ramai penumpang pesawat ini terdiri dari rakyat India
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Pintu masuk ke pesawat
Semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat seawal pukul 5.40 petang. Nampaknya selain dari anak kapal, cuma kami berempat saja yang berketurunan Melayu. Bau-bauan yang pelbagai juga semakin menusuk ke hidung bila kita dah masuk ke dalam pesawat. Syukurlah Allah takdirkan yang hidung kita ni lama-lama akan immune dengan bau. Kalau tidak bayangkanlah penderitaan yang perlu ditanggung sepanjang 4 jam penerbangan.

Kita juga tumpang pening kepala melihat perangai penumpang yang tidak hormat kepada arahan anak-anak kapal. Kesian kat steward dan stewardess Air Asia ni yang terpaksa melayan kerenah penumpang begitu. Bukan setakat seorang dua yang membuat perangai, tapi ramai. Dalam masa yang sama, Myself kagum dan respek melihat cara mereka mengendalikan kerenah penumpang. Myself rasa crew yang bertugas dalam pesawat Air Asia destinasi ke India ni mesti dah senior dan banyak pengalaman. Kalau crew baru, boleh menangis melayan kerenah penumpang macam tu.

Pemandangan di dalam pesawat
Mengintai dari jendela pesawat.
Pesawat Air Asia X yang parking di sebelah pesawat kami
Pesawat kami, Air Asia AK35 berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Kochi pada pukul 7.30 malam, lewat sedikit dari jadual disebabkan kesesakan trafik udara di KLIA. Pesawat ini adalah pesawat Airbus 320 yang biasa tu, bukan Air Asia X walaupun penerbangan ini memakan masa 4 jam.

Meluncur ke udara
Lampu pesawat dimalapkan untuk perlepasan waktu malam begini.
Matahari sedang terbenam sewaktu kami meninggalkan Malaysia
Pemandangan dalam pesawat Air Asia AK35
Konfigurasi tempat duduknya adalah 3-3. Myself duduk bersama Kakak Ipar dan Anak Saudara dalam flight ini. Husband pulak duduk di kerusi di seberang tempat duduk kami.

Kesian sungguh kat Husband kerana dia terpaksa duduk bersama seorang lelaki yang membawa 2 orang anaknya yang masih kecil. Lelaki ini berasal dari Kochi dan bekerja di Melbourne, Australia. Keluarganya telah datang melawat beliau di Melbourne dan mereka kini sedang dalam perjalanan pulang ke India. Dia meriba anak perempuannya kerana tak membeli tempat duduk berasingan untuknya. Dia merungut-rungut betapa sempitnya tempat duduk dalam flight ni. Terpaksalah Husband berperanan macam crew Air Asia juga. Husband menasihatkan beliau untuk menerima keadaan seadanya kerana dia memilih naik Air Asia. Kalau nak selesa, dia sepatutnya naik airline lain dan tak memilih naik Air Asia. 

Lepas tu bila dia mengambil barang dari tempat simpanan barang di atas, terkena pulak kepala Husband secara tak sengaja. Tak berkata apa-apa, terus diusap-usapnya kepala Husband dengan kedua-dua tangannya nak minta maaf. Anak lelaki ni yang diriba pulak sentiasa nak beramah mesra dengan Husband. Ada sekali tu, bila Husband melelapkan mata dicucuknya bibir Husband dengan puting botol susu, nak mengajak Husband minum susu bersamalah tu...

Mujurlah ada tempat duduk kosong betul-betul di depan seat asal Husband. Jadi sebaik pintu pesawat ditutup untuk berlepas, dia pun terus berpindah tempat duduk. Lelaki India dari Melbourne tu cukup berterima kasih dengan Husband kerana dapatlah dia meletakkan anaknya di tempat duduk yang dikosongkan oleh Husband. Berkali-kali dia bersalam dan menepuk-nepuk Husband sebagai tanda terima kasih. Macam dah friend-friend pulak dia orang berdua ni begitu dalam flight ni.

Husband seronok dapat berpindah tempat duduk
Perkhidmatan sajian penerbangan
Nasi Lemak Pak Nassir
Myself duduk bersama Kakak Ipar dan Anak Saudara dalam penerbangan ini.
Khusyuk makan dalam penerbangan
Kerepek yang dibeli selepas diracun oleh Peramugara Air Asia ~ "Menyesal kalau Akak tak beli sebab kat India ada kari je," katanya.
Satu pemandangan istimewa yang dapat kami perhatikan dalam penerbangan ini ialah Gerhana Bulan yang secara kebetulan berlaku pada malam itu (31 Januari 2018).

Mula-mula nampak pemandangan yang macam ini saja.
Lepas itu barulah nampak pemandangan Gerhana Bulan yang begini.
Perkhidmatan kutipan sampah oleh crew pesawat sewaktu nak mendarat.
Amitabh Bachaan adalah ikon bagi penerbangan Air Asia laluan ke India.
Selamat mendarat di Cochin International Airport

Part 3: Cochin International Airport

Kami selamat mendarat di Cochin International Airport pada pukul 8.30 malam (11 malam waktu Malaysia), lewat 20 minit berbanding jadual. Kochi dan Kuala Lumpur mempunyai perbezaan waktu 2 jam 30 minit di mana waktu di Kochi lebih lewat berbanding Kuala Lumpur. 

Dah selamat mendarat kat Kochi barulah penumpang yang duduk kat belakang kami menyembur perfume bunga jasmine yang semerbak baunya. Kenapalah tak sembur masa awal-awal tadi waktu pesawat masih berada kat KL? Taklah tersiksa hidung kami menahan bau... Hahahaa!

Cochin International Airport
Gajah yang menyambut kami di Cochin International Airport
Sang Gajah dengan penjaganya
Mengisi borang imigresen di Cochin International Airport
Pemeriksaan passport untuk masuk ke India
Macam banyak airport lain juga, kita dipaksa lalu Kedai Duty Free untuk mendapatkan bagasi.
Escalator menuju ke Cochin Duty Free dan tempat bagasi
Pemandangan di dalam kedai Cochin Duty Free
Tempat pengambilan bagasi
Bagasi dah selamat tiba
World's first airport fully powered by Solar Energy. Canggih sungguh!
Perkara pertama yang kami buat sewaktu tiba di Cochin International Airport ialah membeli Local Data SIM Card untuk Kakak Ipar dan Anak Saudara. SIM Card ini dijual kalau tak salah pada harga INR 1,500 (RM 91) utk 2GB bagi kegunaan 4 hari.

Membeli Local Data SIM Card
Airport baru kot. Berkilat-kilat rupanya.
Bunga-bunga orkid di pintu masuk ke airport.
Pemandu kami yang bernama Roji dah sedia menanti di airport. Frust betul sebab Roji ni betul-betul cuma berperanan sebagai Driver, tak macam pemandu kami di Sri Lanka dulu yang juga berperanan sebagai Tour Guide. Nasib baiklah kita dah banyak buat research pasal Kerala sebelum sampai kat sini. Jadi faham jugalah apa yang dilihat dengan penerangan yang sangat minima dari Roji.

Selain dari Bahasa Malayalam yang merupakan bahasa tempatan di sini, Roji hanya fasih bercakap dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Arab kerana dia pernah bekerja sebagai driver selama 2 tahun di Arab Saudi. Bahasa Inggeris Roji tersekat-sekat, sampai Husband give-up nak berkomunikasi dengan dia. Terpaksalah Myself mengambil alih semua urusan komunikasi dengan Roji. Mujurlah kita pandai juga bercakap English style macam Red Indian dalam filem cowboy tu kerana kita banyak pengalaman berurusan dengan orang Jepun kat ofis dulu yang cara komunikasi English mereka juga begitu. Tapi yang bagusnya, Roji ni beragama Islam.

Roji hairan kerana kami tak pandai cakap Tamil. Kata Roji, selalunya orang dari Malaysia yang datang ke Kerala pandai cakap Tamil. Nampak sangat yang orang berketurunan Melayu jarang sangat datang ke sini. Kiranya kami ni memang rare species yang memilih datang bercuti kat sini.

Menuju ke Kota Kochi
Kota Kochi terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan kereta dari Cochin International Airport. Banyak sungguh gereja yang dilihat dalam perjalanan dari airport ke bandar. Ini agak menghairankan kerana 47% penduduk Kochi sebenarnya beragama Hindu, 35% beragama Kristian dan 17% lagi beragama Islam. Tapi yang banyak dilihat sepanjang percutian kami adalah gereja dan masjid. Macam tak nampak pun ada kuil Hindu di sini. Jumlah penduduk di kawasan Metropolitan Kochi adalah 2 juta orang.

St Mary's Jacobite Syrian Church
Gereja-gereja Kristian di sekitar kawasan Kochi juga terdiri dari mazhab yang jarang dilihat di tempat lain. Ini adalah kerana mengikut sejarahnya, salah seorang dari 12 Apostles pengikut Jesus Christ yang bernama St Thomas pernah datang berdakwah secara langsung ke sini. Bila Portugis yang menganut mazhab Roman Katholik datang menjajah, mereka cuba menukar fahaman penganut Kristian di Kochi kerana menganggap ajaran Kristian yang dianuti adalah sesat. Tapi usaha Portugis tidak berjaya, kerana penganut Kristian di sini tetap berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh St Thomas.

Perjalanan agak lancar kerana hari telah pun dikira lewat malam pada ketika itu.
Lori air minuman di Kochi
Kami tiba di hotel penginapan kami di Kochi pada pukul 10.30 malam. Hotel ini adalah sebuah hotel 4 bintang yang bernama PGS Vedanta Hotel. Tapi disebabkan kami tiba di tengah kegelapan malam, tak nampaklah suasana di sekeliling.

Tiba di hotel penginapan
Mengeluarkan bagasi dari kereta
Nama hotel kami ~ The PGS Vedanta Business Hotel
Lobi hotel
Bergambar di lobi hotel
Lampu yang menarik di siling lobi
Grandfather Clock
Bilik penginapan kami
Air minuman percuma disediakan di bilik hotel
Sewaktu check-in ke hotel, kami telah diberitahu oleh pihak hotel supaya jangan minum air dari paip. Air paip di India ni tak selamat untuk diminum walaupun selepas dimasak sebab sumber airnya tak cukup bersih. Cuma boleh digunakan untuk mandi atau membasuh saja. Nak gosok gigi boleh pakai air paip ni, tapi pastikan jangan tertelan untuk mengelakkan sakit perut.

Air paip di India tak selamat untuk diminum. Kalau nak bancuh teh atau buat bekalan air masa nak jalan-jalan, masak air botol yang dibekalkan untuk elak sakit perut.


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):