Friday, 1 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 01 (KL-Frankfurt)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria

Bahagian 1: Kembara Ke Eropah Timur
KUALA LUMPUR --> ISTANBUL --> FRANKFURT

Part 1: Kembara Eropah Timur

Perancangan mengembara ke Eropah Timur sebenarnya bermula selepas kami berpeluang mengembara ke Eropah Barat pada tahun 2015. Dengan semangat yang membara, Myself dah Husband telah mendaftar untuk mengikut sebuah pakej pelancongan berkumpulan Muslim ke Eropah Timur pada Matta Fair dalam bulan Mac 2017. Namun demikian, perjalanan ini tidak dapat diteruskan kerana kurang sambutan. Maklum sajalah, jika dibanding dengan Eropah Barat, destinasi pelancongan Eropah Timur tak popular di kalangan pelancong Muslim di Malaysia. Kami juga agak keberatan nak mengikut kumpulan Non-Muslim ke sana seperti yang ditawarkan kerana pasti sukar untuk mendapatkan makanan Halal di sana nanti, lebih-lebih lagi kerana makanan istimewa di kawasan ini adalah Pork Knuckle dan minuman Wine.

Selepas perjalanan ini dibatalkan, Myself tak berharap lagi untuk berkunjung ke Eropah Timur, lebih-lebih lagi kerana kami baru saja pulang dari Melbourne ketika itu. Namun atas cadangan Husband, kami mencuba nasib sekali lagi mendaftar untuk mengikut satu pakej berkumpulan Muslim yang lain ke Eropah Timur di Matta Fair pada bulan September 2017 pula. Mungkin dah tertulis yang kami tetap akan sampai ke Eropah Timur. Dengan izin Allah SWT, akhirnya dapat juga kami menjejak ke Eropah Timur seperti yang dirancang.

Peta perjalanan kami ke Eropah Timur yang meliputi 5 buah negara: Germany, Czech Republic, Slovakia, Hungary dan Austria.
Maklumat perjalanan
Pengembaraan kami 11 Hari / 8 Malam ke Eropah Timur ini dianjurkan oleh Wan Vacation Sdn Bhd (Selamatbercuti.com) dengan bilangan ahli rombongan seramai 18 orang dari seluruh negara. Seperti kami, ramai ahli rombongan memilih mengikut pakej ini selepas rancangan percutian asal tidak dapat diteruskan. Walau apapun, percutian ini memang menyeronokkan kerana seluruh ahli rombongan sangat mesra dan destinasi yang dilawati di Eropah Timur juga memang menyeronokkan.

HARI PERTAMA

Part 2: Terbang Ke Istanbul

Perjalanan kami ke Eropah Timur menggunakan penerbangan Turkish Airlines yang memerlukan kami membuat persinggahan transit sewaktu pergi dan kembali di Istanbul. Penerbangan masuk adalah menerusi Frankfurt dan penerbangan pulang pula menerusi Munich yang kedua-duanya terletak di negara Germany.

Memandangkan penerbangan pergi berlepas pada pukul 11.55 malam dan kami dikehendaki berkumpul di KLIA pada pukul 8.55 malam, Myself dan Husband memilih untuk keluar dari rumah pada pukul 5.30 petang lagi untuk memudahkan kami makan malam dan bersolat Jamak Maghrib dan Isyak di KLIA dengan selesa.

Perjalanan ke KLIA
Tiba di KLIA
KLIA
Tidak seperti sewaktu berlepas ke Melbourne dulu, KLIA kurang sesak kerana ketika itu bukan musim cuti sekolah. Namun kumpulan-kumpulan Umrah tetap ramai, termasuk yang menggunakan penerbangan yang sama dengan kami ke Istanbul.

Suasana di KLIA
Dinner di KLIA
Pada pukul 8.30 malam, kami bergerak ke Kaunter Turkish Airlines untuk Group Check-in bersama-sama ahli kumpulan lain. Tour Leader kami, Puan Rozana dah sedia menanti di sana.

 Kaunter pendaftaran Turkish Airlines di KLIA
Pesawat kami ke Istanbul, Turkish Airlines TK 61
Ada 3 kumpulan yang membuat Group Check-in bersama kami di kaunter Turkish Airlines.
Selepas selesai urusan Check-in, kita berjalan menuju ke Pintu Perlepasan yang terletak di Bangunan Satelit KLIA. Oleh kerana ini adalah perlepasan antarabangsa, terpaksalah kita melalui pemeriksaan imigresen terlebih dahulu.

Pemeriksaan imigresen di KLIA
Boarding Pass ke Istanbul
Pintu Perlepasan kami
Pesawat Turkish Airlines dah bersedia untuk berlepas ke Istanbul
Menunggu di Pintu Perlepasan
Oleh kerana pesawat kami dijadualkan berlepas ke Istanbul pada pukul 11.55 malam, maka seawal pukul 10.55 malam, semua penumpang dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat.

Bergerak masuk ke dalam pesawat
Terkesima sekejap bila kita melangkah masuk ke dalam pesawat. Kami juga menggunakan pesawat Turkish Airlines TK61 ini sewaktu berkunjung ke Istanbul pada tahun 2014 yang lalu. Tapi pesawat itu tidaklah secanggih pesawat yang kami naiki hari ini. Pesawat yang ini jelas adalah pesawat baru dari jenis Boeing 777-300ER.

Pemandangan di dalam pesawat Turkish Airlines, TK61.
Kapalterbang baru, Boeing 777-300ER
Maklumat penerbangan
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul ~ betul-betul macam terbang separuh keliling dunia.
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami berlepas ke Istanbul tepat pada pukul 11.55 malam. Penerbangan dijangka memakan masa 10 jam 13 minit. Tidak seperti pesawat Turkish Airlines yang dulu tu, pesawat yang kami naiki kali ini mempunyai legroom yang lebih selesa.

Sajian penerbangan
Peramugari Turkish Airlines
Kacang masin dan air minuman turut diberi kepada semua penumpang.
Cenderamata berbentuk kit penerbangan turut diberi kepada semua penumpang.
Sedang terbang merentasi India
Lampu pesawat dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa.
Terbang di Teluk Arab
Pemandangan Abu Dhabi dari udara
Myself perhatikan pesawat Turkish Airlines ni dah semakin Islamik sekarang, mungkin kerana ia menjadi pilihan popular bagi penerbangan Umrah. Ada waktu solat sentiasa dipamerkan di display monitor bagi kemudahan sesiapa yang nak bersolat dalam perjalanan. Memang tak ada alasan kenapa kita tak boleh bersolat dalam perjalanan bila naik pesawat ini.

Waktu Subuh akan masuk 2 jam 18 minit dari sekarang
Risau juga dalam hati bila pesawat ni terbang dekat negara Iraq.
Sajian penerbangan kedua.
Mungkin disebabkan pesawat baru ini lebih mampu menangani turbulence, maka penerbangan yang sangat panjang ke Istanbul ini berlangsung dengan sangat lancar. Kami tiba di Istanbul pada pukul 5.30 pagi, awal 30 minit berbanding jadual. Pendaratan juga berlangsung dengan sangat baik sekali.

Membuat persiapan untuk mendarat
Tiba di Istanbul
Pemandangan waktu subuh di kota Istanbul dari pesawat.
Selamat mendarat di Ataturk Airport.

Part 3: Ataturk Airport, Istanbul

Sebaik tiba di Ataturk Airport, kami dinasihatkan oleh Tour Leader untuk terus melalui pemeriksaan sekuriti untuk menuju ke ruang Transfer. Maklum sajalah kerana di mana-mana juga lapangan terbang di dunia, waktu pagi adalah waktu yang sibuk kerana banyak penerbangan akan berlepas pada waktu itu. Jika kita mengambil mudah akan urusan ini, bimbang kita terlepas penerbangan sambungan jika tersekat dalam urusan sekuriti.

Suasana di Ataturk Airport
Bergerak menuju ke Ruang Transfer
Persinggahan transit kami di Ataturk International Airport di Istanbul adalah selama 3 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Frankfurt di Germany. Kesempatan ini turut kami gunakan untuk menunaikan Solat Subuh dan berehat selepas penerbangan yang panjang dari Kuala Lumpur.

Surau di Ruang Perlepasan Ataturk Airport
Tempat Wuduk Lelaki
Ruang Solat Lelaki
Masih ada sedikit waktu sebelum berlepas ke Frankfurt. Jadi kesempatan ini kami gunakan untuk meninjau kedai-kedai Duty Free di sini. Urusan jual beli juga mudah kerana matawang Euro diterima di sini. Baki duit juga dipulangkan kepada kita dalam matawang Euro atas permintaan.

Duty Free Area di Ataturk Airport
Manisan Turkish Delight
Kalau tak membeli pun boleh kenyang memakan sampel-sampel percuma Turkish Delight yang disediakan di sini.
Kemudahan bank dan pertukaran wang di Ataturk Airport.

Part 4: Penerbangan Sambungan Ke Frankfurt

Penerbangan sambungan kami dari Istanbul ke Frankfurt di Germany adalah juga menggunakan Turkish Airlines yang berlepas pada pukul 9.15 pagi. Disebabkan pintu perlepasan penerbangan ini sangat jauh, awal-awal lagi kami dah bergerak ke sana.

Kesibukan pagi di Ataturk Airport
Suasana di Pintu Perlepasan
Boarding Pass dari Istanbul ke Frankfurt.
Pesawat kami ke Frankfurt bersedia di tengah Airport. Semua penumpang diangkut dengan bas menuju ke pesawat ini dari Pintu Perlepasan.

 Bas bersedia di luar Pintu Perlepasan untuk mengangkut penumpang ke pesawat.
Pemandangan dari dalam bas
Pesawat-pesawat Turkish Airlines
Tiba di pesawat
Turun dari bas
Pesawat Turkish Airlines yang akan membawa kami ke Frankfurt dari Istanbul
Pesawat Turkish Airlines TK 1587 yang membawa kami ke Frankfurt adalah juga pesawat wide-body dari model A330-300, yang kecil sedikit berbanding pesawat yang membawa kami dari Kuala Lumpur ke Istanbul tadi.

Pemandangan di dalam pesawat Turkish Airline TK 1587 yang membawa kami dari Istanbul ke Frankfurt.
Menunggu penumpang lain masuk ke dalam pesawat.
Peta penerbangan dari Istanbul ke Frankfurt
Pemandangan dari tingkap pesawat
Pemandangan sebuah pesawat Turkish Airlines yang baru berlepas ke destinasi.
Menunggu giliran untuk berlepas
Goodbye, Ataturk Airport. Kita jumpa lagi dalam perjalanan pulang ke Malaysia nanti.
Pesawat-pesawat yang menunggu giliran untuk berlepas di hadapan kami.
Pesawat yang menunggu giliran di belakang kami.
Bergerak ke runway.
Trans Aseman Airlines dari Iran.
Berlepas menuju ke Frankfurt.
Pemandangan sebahagian kota Istanbul dari udara.
Penerbangan dari Istanbul ke Frankfurt memakan masa 3 jam melintasi beberapa buah negara Eropah seperti Bulgaria, Romania, Serbia, Hungary dan Austria sebelum tiba di Germany. Istanbul dengan Frankfurt juga mempunyai perbezaan masa 2 jam di mana waktu di Frankfurt lebih lewat berbanding waktu di Istanbul.

Terbang meninggalkan Istanbul.
Laut Hitam
Burgas, Bulgaria
Sajian penerbangan dari Istanbul ke Frankfurt
Terbang merentas Romania
Sungai Yantra berhampiran Veliko Tarnovo di Romania
Pesawat mengalami sedikit turbulence di sini.
Serbia
Tiba di Germany
Kawasan pertanian di Germany
Membelah awan menuju ke Frankfurt
Memang banyak kincir angin moden yang diperhatikan di Germany
Menghampiri kota Frankfurt
Sungai Main yang membelah kota Frankfurt
Frankfurt am Main adalah kota kelima terbesar di Germany dan pusat kewangan utama Eropah, tetapi tak banyak bangunan pencakar langit diperhatikan di sini.
Stadium Commerzbank-Arena di Frankfurt yang merupakan stadium bagi pasukan bolasepak Eintracht Frankfurt.
Lebuhraya
Persimpangan bertingkat


Bersambung Ke Bhg.2...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):