HARI KESEMBILAN (3)
Part 118: Naik Kereta Kuda Lagi
Selepas melawat bahagian dalam Neuschwanstein Castle, kami turun kembali ke Stesen Kereta Kuda. Cuaca dah semakin baik ketika itu dan kabus pun dah mula berkurangan walaupun salji masih turun.
|
Neuschwanstein Castle |
|
Pemandangan di depan Castle. |
|
Pengunjung-pengunjung yang tiba dan pergi |
|
Auf Wiedersehen (Selamat Tinggal)! |
|
Bergambar dengan salji di Neuschwanstein Castle |
|
Terminal perhentian shuttle bus. Tapi shuttle bus tidak beroperasi dalam musim salji begini. |
|
Berjalan menuju ke stesen kereta kuda |
|
Salji |
|
Salji dan hujan masih turun ketika ini. |
|
Neuschwanstein Castle yang semakin ditinggalkan |
|
Gabungan keindahan Musim Luruh dan Musim Dingin di Neuschwanstein Castle. |
Kami turun kembali ke Hohenschwangau dengan menaiki kereta kuda. Kali ini, Myself dan Husband memilih duduk di bahagian depan bersama driver kereta kuda. Risau juga sebenarnya nak duduk di sini, takut ada kejadian kuda melepas isi perut seperti waktu naik ke atas tadi. Namun syukurlah kejadian yang ngeri itu tidak berlaku dalam perjalanan turun ke bawah. Tapi kami tetap diberi selimut untuk "perlindungan" kalau kejadian ngeri ini berlaku.
|
Stesen Kereta Kuda di Neuschwanstein Castle |
|
Rocco dan Ellie |
|
Brek kereta kuda |
|
Selimut yang diberi untuk perlindungan penumpang yang duduk di depan kereta kuda |
Sambil turun ke bawah, kami berbual-bual dengan driver kereta kuda. Beliau memberitahu yang kuda kami bernama Rocco dan Ellie. Beliau turut membuat komplen memberitahu yang Ellie ini pemalas. Kereta kuda kami cuma ditarik oleh Rocco sebenarnya dan Ellie cuma menurut.
|
Rocco yang bekerja keras menarik kereta kuda dan Ellie cuma menurut. |
Bila kami bertanya bagaimana dia tahu yang cuma Rocco yang bekerja, dia menunjukkan kepada kami tali yang diikat kepada Rocco yang menegang. Tali yang memegang Ellie kendur kerana Ellie tak menarik kereta kuda seperti Rocco.
|
Rocco dan Ellie membawa kami turun ke bawah |
|
Pengunjung-pengunjung yang memilih untuk berjalan kaki naik ke istana |
|
Husband bergambar bersama driver kereta kuda. |
Bila Husband memberitahu yang dia kagum dengan cara kebajikan kuda dijaga, driver memberitahu yang memang kuda-kuda ini akan ditukar setiap 4 trip perjalanan. Kereta kuda dengan 12 orang penumpang ini juga sebenarnya mampu ditarik oleh seekor kuda sahaja. Namun mereka tetap dipasangkan dalam setiap perjalanan supaya sang kuda tidak kebosanan.
Harga kuda dianggar sekitar €7,000-10,000 seekor. Oleh yang demikian, kuda ini dijaga bagai seorang ahli keluarga. Bukan sekadar kuda ini ditukar setiap 4 trip perjalanan, kuda-kuda ini juga hanya bekerja 10 bulan setahun dan diberi cuti di ladang selepas itu selama 2 bulan untuk melepaskan tension melayan kerenah manusia sewaktu menarik kereta kuda. Kuda-kuda ini diberi makan 10 kg rumput kering setiap hari untuk menjaga kesihatan. Bertuah sungguh kuda-kuda di Jerman ni.
|
Kayu api |
Setiba kembali ke Visitor's Centre, Myself dan Husband singgah di bakeri untuk membeli roti sebagai makanan tengahari. Dengan bantuan pekerja di situ, kami dapat membeli Cheese Sandwich yang Halal dimakan.
|
Bakeri di Visitor's Centre di Hohenschwangau. Ada pilihan sandwich di sini yang Halal untuk dimakan. |
|
Royal Bavarian Museum |
|
Pintu masuk ke Royal Bavarian Museum |
Sebelum berlepas kembali ke Munich, kami diberi masa untuk bersiar-siar dekat Lake Alpsee di situ. Cantik sungguh pemandangan di sini. Air tasik tenang dan damai. Boleh terlupa segala kesedihan dan kerisauan bila melihat keindahan dan ketenangan tasik.
|
Lake Alpsee |
|
Cantik dan tenang |
|
Lake Alpsee adalah salah sebuah di antara beberapa buah tasik yang terdapat berhampiran kawasan ini |
|
Pemandangan menghala ke daratan dari pinggir tasik |
|
Memang cantik ! |
|
Itik-itik di pinggir tasik |
|
Hohenschwangau Castle ini juga boleh dilawati tetapi kami tidak berkunjung ke situ. |
Part 119: Kembali Ke Munich
Tidak seperti waktu kedatangan ke Shwangau pagi tadi, perjalanan pulang ke Munich sangat lancar. Dalam tempoh sekitar 2 jam, kami dah selamat sampai ke Munich. Tapi tak nampaklah pemandangan bersalji dalam perjalanan pulang ini.
|
Makan Cheese Sandwich dalam perjalanan pulang ke Munich |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Schwangau |
|
Tasik |
|
Sungai yang cantik |
Part 120: Mehmed Akif Camii
Sebaik tiba ke Munich, kami terus dibawa ke masjid yang bernama Mehmed Akif Camii yang jelas dibangunkan oleh komuniti Islam Turki di Munich.
|
Tiba di Munich |
|
BMW Museum |
|
Pintu masuk ke BMW Museum, tetapi ia ditutup setiap hari Isnin |
Masjid
ini sebenarnya adalah sebuah bangunan pejabat yang diubahsuai menjadi
masjid. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan BMW Museum. Tempat wuduk disediakan di basement bangunan. Ruang solat wanita
pula terletak di tingkat 4. Termengah-mengah kita rushing naik tangga
masjid yang curam itu sebab waktu Asar ketika itu dah hampir nak luput.
|
Mehmed Akif Camii di Munich |
|
Alamat Mehmed Akif Camii di Munich |
|
Pintu masuk ke masjid |
|
Nama-nama penderma yang mengasaskan masjid ini agaknya |
|
Tempat letak kasut dekat tempat wuduk |
|
Tangga masjid yang curam |
|
Pemandangan di Ruang Solat Lelaki |
|
Satu lagi pemandangan di Ruang Solat Lelaki |
|
Pintu masuk ke Ruang Solat Wanita |
|
Pemandangan di Ruang Solat Wanita. Pelik tengok seorang jemaah ini yang tak betul-betul menghadap kiblat waktu bersolat. |
Part 121: BMW Welt
Munich adalah kota asal kereta mewah BMW. Oleh yang demikian, antara aktiviti yang diatur di sini adalah melawat ke BMW Museum. Malangnya BMW Museum ditutup pada hari Isnin seperti waktu kami tiba di sana. Sebagai ganti, kami dibawa ke BMW Welt (bermaksud BMW World) yang merupakan showroom BMW yang terbesar di dunia.
|
BMW Welt |
|
Pemandangan BMW Welt dari seberang jalan |
|
Bangunan BMW Welt ini menggunakan senibina yang moden |
|
Pemandangan BMW Headquarters dari depan pintu masuk ke BMW Welt |
|
Bila dipandang dari sudut tertentu, lambang BMW pada bangunan BMW Headquarters ini memang kelihatan macam emoji Smiley. |
|
Pintu masuk ke BMW Welt |
BMW adalah singkatan kepada Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Works). Jika kita membuat tempahan kereta BMW di Germany, di sinilah kereta yang ditempah akan diserahkan kepada kita.
|
Motorsikal berkuasa tinggi di luar pintu masuk ke BMW Welt |
|
Reception Counter |
|
Pemandangan keseluruhan BMW Welt |
|
BMW Welt adalah showroom BMW yang terbesar di dunia |
Berbagai model BMW dipamerkan di BMW Welt. Ada model terbaru dan juga model klasik. Peminat-peminat kereta pasti seronok datang ke sini kerana pengunjung dibenarkan masuk duduk ke dalam kereta dan melihat dengan dekat model-model kereta yang dipamerkan.
|
Berbagai model kereta keluaran BMW dipamerkan di sini |
|
Lawatan ke sini menarik juga kerana ada banyak model BMW yang tak pernah dilihat di Malaysia dipamerkan |
|
Kereta yang dipamerkan tidak dikunci. Jadi kita boleh masuk ke dalam untuk berangan memandunya. |
|
Model Kereta Sport BMW |
|
Senibina bangunannya moden dan menarik |
|
Model enjin BMW |
|
Boleh masuk dan duduk di dalam kereta-kereta ini kalau nak mencuba |
|
Berkenan pulak tengok kereta yang ini |
|
Compact dan bergaya |
|
Ada tak model yang ini dijual di Malaysia ? Kalau ada pun, macamlah kita mampu nak beli... |
Satu-satunya model kereta di dalam bilik pameran ini yang tak boleh didekati dan hanya boleh dipandang dari luar ialah kereta Rolls Royce. Model Rolls Royce ini dikepung dalam pagar kaca.
|
Rolls Royce juga adalah kereta keluaran BMW |
|
Yang ini cuma boleh dilihat dari jauh |
Ada satu seksyen yang didedikasikan khusus untuk satu lagi model kereta keluaran BMW, Mini Cooper. Cantik-cantik keretanya yang juga dipamerkan di sini.
|
Seksyen pameran Mini Cooper |
|
Mini Cooper yang nampak cukup sporty |
|
Model-model Mini Cooper terkini |
|
BMW Klasik |
|
Kereta-kereta yang dipamerkan adalah juga untuk jualan. Inilah salah sebuah tempat di mana pelanggan yang nak membeli kereta akan dilayan oleh petugas BMW. |
|
Kedai Souvenir BMW |
Masa sebelum sampai tadi, kami ditawarkan masa satu jam di BMW Welt ini tapi ramai yang berkata 30 minit pun dah cukup. Bila masuk ke dalam, memang habis satu jam yang diperuntukkan. Iyalah, mana kita tahu masa itu yang showroom ini hebat begitu.
|
Model-model motorsikal berkuasa tinggi di BMW Welt. Kami diberitahu harganya sekitar €13,000 (RM 55,000) sebuah. |
Di belakang BMW Welt kita dapat melihat Stadium Olimpik yang digunakan dalam Sukan Olimpik Munich 1972. Sukan Olimpik Munich ini juga adalah antara yang paling diingati dalam sejarah kerana peristiwa di mana kumpulan militan yang bernama Black September dari Palestin telah menawan dan membunuh 11 orang atlit dari Israel serta seorang pegawai polis Jerman.
|
Pemandangan Stadium Olimpik Munich dengan Menara TV Olympiaturm dari bangunan BMW Welt. |
|
Satu lagi pemandangan Stadium Olimpik Munich |
Part 122: Max-Joseph-Platz
Lawatan seterusnya adalah ke Marienplatz, tetapi disebabkan bas tak boleh masuk sehingga ke sana, kami diturunkan di depan bangunan Nationaltheater di Max-Joseph Platz.
|
Max-Joseph-Platz |
Bangunan Nationaltheater ini dibina oleh King Maximilian I dalam tahun 1811-1818. Senibina bangunannya diilhamkan dari bangunan Pantheon di Rome. Sewaktu pembinaannya ia adalah panggung opera yang terbesar di Eropah. Bangunan ini walau bagaimanapun musnah dibom dalam Perang Dunia Kedua tetapi telah didirikan semula pada tahun 1958-1963.
|
Nationaltheater |
Max-Joseph-Platz dinamakan sempena King of Bavaria yang pertama, Maximilian I Joseph. Patung ini menunjukkan King Maximilian sedang duduk di atas takhta Roman dan memakai pakaian seperti orang Rom kerana dia adalah seorang Holy Roman Emperor.
|
Patung King Maximilian |
|
King Maximilian adalah bapa kepada Mad King Ludwig yang telah membina Neuschwanstein Castle yang telah kami lawati tadi. |
|
Pemandangan patung King Maximilian dari belakang |
Sebuah bangunan menarik yang lain yang dapat dilihat dari Max-Joseph-Platz adalah Königsbau yang merupakan sebahagian dari Residenz Palace. Bangunan ini menyimpan khazanah Dinasti Wittelsbacher. Namun kami hanya melihat bangunan ini dari luar sahaja.
|
Königsbau yang merupakan sebahagian dari Residenz Palace dapat dilihat dari Max-Joseph Platz |
|
Satu lagi pemandangan dari Max-Joseph-Platz |
|
Berjalan menuju ke Marienplatz |
|
Lorong menuju ke Marienplatz |
Part 123: Marienplatz
Marienplatz adalah pusat bandar lama Munich yang asalnya didiami oleh sekumpulan Benedictine Monks dalam tahun 700. Ia mula menjadi pusat perdagangan selepas kumpulan Monks ini mendapat kebenaran dari King Henry The Lion untuk mendirikan pasar jualan di sini.
Nama asal pasar yang dibina oleh Benedictine Monks ini adalah Schrannenplatz (Grain Square). Nama ini kemudiannya telah ditukar menjadi Marienplatz (St. Mary's Square) sebagai cara untuk memohon perlindungan Virgin Mary dari wabak kolera yang melanda ketika itu.
|
Marienplatz |
Bangunan yang sangat menarik di Marienplatz adalah New Town Hall (Neues Rathaus) yang dibina bagi menggantikan Old Town Hall (Altes Rathaus) yang berhampiran.
|
New Town Hall |
New Town Hall ini terkenal dengan menara jam muzikalnya yang dinamakan Glockenspiel. Malang sekali kerana kami tak dapat melihat persembahan muzik Glockenspiel yang diadakan setiap hari pada pukul 11 pagi dan 12 tengahari. Persembahan muzik ini menggambarkan kemeriahan pesta bagi meraikan perkahwinan Duke Wilhelm Kelima pada tahun 1546 dulu.
|
Glockenspiel |
|
Persembahan muzikal Glockenspiel ini masih dibuat secara manual sehingga ke hari ini. Walaupun kelihatan kecil dari bawah, patung-patung ini adalah sebenarnya sebesar manusia biasa. |
Seperti juga kota lain di Eropah, Munich turut dilanda penyakit Black Plague pada tahun 1517. Penduduk Munich ketika itu percaya yang wabak ini dibawa oleh Wurmeck Dragon. Wabak penyakit ini hilang setelah Wurmeck Dragon ditembak dengan meriam oleh pengawal kota. Kisah ini diabadikan dengan ukiran seekor naga pada satu penjuru bangunan New Town Hall.
|
Ukiran Wurmeck Dragon di penjuru bangunan New Town Hall |
|
Wurmeck Dragon |
Virgin Mary Column (dipangggil Mariensäule dan disebut macam Marian-zoiler dalam Bahasa Jerman) di depan New Town Hall dibina oleh King Maximilian I pada tahun 1683 berikutan pengisytiharan Virgin Mary sebagai patron saint bagi Munich. Pengisytiharan ini dibuat bagi meraikan pembebasan Munich dari penaklukan selama 3 minggu oleh tentera Sweden dalam Thirty Years War dan tamatnya wabak Black Plague.
|
Virgin Mary Column |
|
Empat patung putti di kaki Virgin Mary Column menggambarkan pembebasan kota Munich dari peperangan, penyakit, kebuluran dan kesesatan. |
|
Salah sebuah ukiran patung putti di kaki Virgin Mary Column |
|
Patung Virgin Mary di puncak Column dibuat dari emas |
Fish Fountain (Fischbrunnen) di Marienplatz menjadi bukti kewujudan sebuah pasar di sini pada masa dahulu. Pancutan air ini digunakan untuk menyimpan ikan hidup untuk jualan ketika itu. Ada adat yang dinamakan Purse Washing yang dilaksanakan di pancutan air ini sejak tahun 1400 di mana penduduk Munich akan mencuci dompet mereka di sini dengan harapan dompet ini akan terus berisi pada masa hadapan. Adat ini masih diteruskan secara simbolik oleh Datuk Bandar dan Bendahari Kota Munich sehingga sekarang.
|
Fish Fountain |
|
Pancutan air ini dulu digunakan untuk menyimpan ikan hidup di pasar jualan. |
|
Bangunan Old Town Hall ini musnah dibom dalam Perang Dunia Kedua. Namun ia telah dibina semula selepas perang tamat. |
|
Penjual Bunga |
|
Satu lagi pemandangan Old Town Hall |
|
Pemandangan malam di Marienplatz |
|
Deutsche Bank |
|
Kedai-kedai di Marienplatz |
|
Frauenkirche (Church of Our Lady) |
|
Walaupun terkena serangan bom dalam Perang Dunia Kedua, kedua-dua menara Frauenkirche ini selamat dari kemusnahan |
|
Berjalan kembali ke Max-Joseph-Platz |
|
Angels |
|
Suasana Krismas dah semakin menjelang |
|
Tiba kembali ke Max-Joseph-Platz |
Part 124: Deeba Restaurant
Makan malam terakhir kami di Eropah Timur disediakan di sebuah restoran Pakistan yang bernama Deeba Restaurant di Munich. Seperti biasa, kedudukan restoran pasti agak terceruk menyebabkan bas tak dapat menghantar sampai ke pintu restoran.
|
Berjalan ke Deeba Restaurant |
|
Penghargaan-penghargaan yang pernah diterima oleh Deeba Restaurant dipamerkan di tingkap restoran. |
|
Suasana di dalam Deeba Restaurant |
|
Cucur yang sangat sedap |
|
Makanan di Deeba Restaurant memang sedap |
|
Bendera Pakistan |
|
Kembali ke Hotel Azimut |
Bersambung ke Bhg. 27...
CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Kembara Ke Eropah Timur (Kuala Lumpur --> Istanbul --> Frankfurt)
- Bhg. 02 [Hari 2] : Germany (1) - Frankfurt (Romerberg & Wertheim Village)
- Bhg. 03 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Karlovy Vary (Grandhotel Pupp, Hot Spring Colonnade & Market Colonnade)
- Bhg. 04 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Karlovy Vary (Mill Colonnade, Dvorak Park, Park Colonnade & Main Post Office)
- Bhg. 05 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Prague (Perjalanan Ke Prague & Prague City)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Prague (Wencelas Square & Prague Old Town Square)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Czech Republic (3) - Prague (Charles Bridge)
- Bhg. 08 [Hari 4] : Czech Republic (4) - Prague (Prague Castle, St Vitus Cathedral & Old Royal Palace)
- Bhg. 09 [Hari 4] : Czech Republic (5) - Prague (Prague Lesser Town & Perjalanan ke Bratislava)
- Bhg. 10 [Hari 5] : Slovakia (1) - Bratislava (Bratislava City & Bratislava Castle)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Slovakia (2) - Bratislava (Bratislava Old Town & Cordoba Culture Centre)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Hungary (1) - Budapest (Perjalanan Ke Budapest)
- Bhg. 13 [Hari 5] : Hungary (2) - Budapest (Central Market Hall & Liberty Bridge)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Hungary (3) - Budapest (Budapest City Tour, Citadel & Buda Castle)
- Bhg. 15 [Hari 6] : Hungary (4) - Budapest (Castle Hill, Trinity Square & Fisherman's Bastion)
- Bhg. 16 [Hari 6] : Hungary (5) - Budapest (Andrassy Avenue, Heroes Square & River Danube Cruise)
- Bhg. 17 [Hari 6] : Hungary (6) - Budapest (Shoes On The Danube, Gellert Thermal Bath, Cave Church & Vaci Utca)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Austria (1) - Vienna (Schonbrunn Palace)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Austria (2) - Vienna (Vienna City Tour, Maria-Theresien-Platz & Hofburg Palace)
- Bhg. 20 [Hari 7] : Austria (3) - Vienna (Kohlmarkt, Graben & Hundertwasserhaus)
- Bhg. 21 [Hari 7] : Austria (4) - Vienna (Vienna Islamic Centre, St Stephen Cathedral & Karntner Strasse)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Austria (5) - Salzburg (Perjalanan Ke Salzburg)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Austria (6) - Salzburg (Mirabell Garden, Mozart Wohnhaus & Makartsteg)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Austria (7) - Salzburg (Salzburg Old City)
- Bhg. 25 [Hari 9] : Germany (2) - Schwangau (Perjalanan Ke Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Germany (3) - Schwangau (Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Germany (4) - Munich (BMW Welt & Marienplatz)
- Bhg. 28 [Hari 10] : Germany (5) - Dachau (Dachau Concentration Camp)
- Bhg. 29 [Hari 10] : Germany (6) - Dachau (Dachau Old Town)
- Bhg. 30 [Hari 10} : Penerbangan Pulang (Munich --> Istanbul --> Kuala Lumpur