Friday, 29 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 29 (Dachau Old Town)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(GERMANY: Schwangau, Munich & Dachau)

Bahagian 29: Germany (6)
DACHAU (Dachau Old Town)
 
HARI KESEPULUH (2)

Part 128: Dachau Old Town

Selepas lawatan yang depressing ke Dachau Concentration Camp, kami dibawa ke Dachau Old Town yang berhampiran untuk menghabiskan masa sementara menunggu waktu untuk bergerak ke Munich Airport.

Dachau
Graffiti di Dachau
Kilang Mercedes-Benz
Bandar Dachau
Sebuah bangunan lama di Dachau
Dachau adalah sebuah bandar tua yang terletak kira-kira 30 km dari Munich. Setibanya di Dachau Old Town, bas menurunkan kami di depan Gereja St Jakob yang teletak setentang dengan Rathaus (Town Hall).

Pemandangan dari tempat bas berhenti
Bersiap-sedia nak turun dari bas
Gereja St Jakob adalah antara mercu tanda bandar Dachau. Ia dibina pada tahun 1624.

Gereja St Jakob
Gereja ini terletak di jalan utama Dachau Old Town
Papan kenyataan di depan gereja
Ukiran pada dinding gereja ini adalah sebuah sun dial, tapi tak tahu bagaimana nak membacanya.
Pekerja sedang membuat ukiran pada dinding gereja
Pemandangan dekat salah sebuah ukiran yang telah dibuat.
Fountain di tepi gereja
Sebuah lagi fountain di depan gereja
Town Hall yang terletak bertentangan dengan St Jakob Church
Dachau adalah sebuah market town pada masa dahulu. Ketika itu, sesiapa yang ingin masuk berniaga di Pasar Dachau perlu membayar tol. Bangunan kutipan tol masih dapat dilihat di depan St Jakob's Church.

Rumah kutipan tol di Dachau
Pada masa dahulu, sesiapa yang ingin berniaga di pasar Dachau perlu membayar tol di rumah ini.
Dachau juga adalah sebuah pusat kesenian di Bavaria. Di bandar ini juga terdapat banyak galeri-galeri seni yang boleh dilawati.

Bangunan kuning di sebelah kiri pernah digunakan oleh tentera Nazi pada masa dahulu.
Bangunan pink ini pula adalah salah sebuah galeri seni yang terdapat di Dachau
Pemandangan di jalan utama Dachau Old Town
Jalan ini menuruni sebuah bukit yang tinggi
Kami bersiar-siar di bandar Dachau yang berbukit-bukau. Bukitnya pula curam dan tinggi. Bagi kami, tak ada apa-apa yang menarik di bandar ini selain dari bangunan-bangunan lama yang menarik.

Sebuah lagi jalan yang mendaki bukit di Dachau
Seronok juga berjalan-jalan di sini
Kedai pakaian tradisional
Pemandangan di kemuncak bukit
Kanak-kanak sekolah
Kami sebenarnya nak mencari bangunan Dachau Palace di atas bukit ini, tapi malangnya tak bertemu sebab macam bertutup pulak jalan masuk ke sana. Selepas itu barulah kami tahu yang istana ini memang ditutup pada hari itu sebenarnya. Patutlah kita macam tak jumpa...

Berjalan balik ke pangkal jalan...
Dah nampak Gereja St Jakob dari sini
Pemandangan menghala ke Gereja St Jakob
Oleh kerana dah masuk waktu makan tengahari ketika itu, kami mencari tempat makan yang sesuai tetapi tak ketemu. Maka kami singgah di Tourist Information Centre yang terletak di tepi Gereja St Jakob untuk bertanya. Petugas di situ menunjukkan kepada kami jalan ke sebuah restoran India yang bernama Mantra.

Dachau Tourist Information Centre
Husband bergambar bersama petugas di Dachau Information Centre
Berbekalkan peta yang diberi oleh petugas di Information Centre, kami berjalan mencari Restoran Mantra. Sambil itu, kita nikmati pemandangan di sekitar kota Dachau. Seperti yang diceritakan oleh petugas di Information Centre tadi, Dachau adalah sebuah pekan kecil yang damai, tetapi imejnya sedikit-sebanyak telah tercemar dengan kehadiran Dachau Concentration Camp yang berhampiran.

Mencari Restoran Mantra
Pemandangan di belakang Gereja St Jakob dan Dachau Tourist Information Centre
Dalam perjalanan mencari Restoran Mantra, kami bertemu dengan sebuah gereja kecil yang dinamakan Gottesacker Chapel. Gereja ini unik kerana ia dibina berbentuk oktagon. Gereja ini juga menjadi tempat persemadian tentera-tentera yang berasal dari Dachau yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua.

Gottesacker Chapel
Tanah perkuburan di Gottesacker Chapel
Lorong yang bernama Herbststrasse di tepi Gottesacker Chapel
Jalan-jalan Cari Makan
Restoran Mantra
Kami akhirnya bertemu dengan Restoran Mantra. Tetapi bila melihat ada sebuah bakeri di sebelahnya, kami memutuskan untuk mencari lunch yang lebih ringkas di sana. Bila kami bertanya pilihan sandwich vegetarian di situ, petugas wanita yang baik tetapi tak pandai berbahasa Inggeris ini mecadangkan sebuah sandwich telur kepada kami. Sedap juga makan sandwich ini dengan hot chocolate untuk lunch tengahari itu.

Bakeri di sebelah Restoran Mantra
Pemandangan bakeri dengan lebih dekat.
Bergambar di depan bakeri
Jom masuk ke dalam bakeri...
Pemandangan di dalam bakeri
Pelbagai pilihan roti, kek dan pastri
Lunch hari ini
Sedap juga sandwich telur ini...
Bergambar di dalam bakeri
Kenangan sebelum meninggalkan bakeri
Selepas lunch di bakeri, kami kembali ke tempat menunggu bas yang ditetapkan di depan St Jakob's Church. Penat juga berjalan mendaki bukit kembali ke sana.

Curam juga nak memanjat bukit ini.
Rumah yang cantik diliputi daun yang berwarna-warni
Terus berjalan menongkah bukit...
Kali pertama melihat vending machine menjual rokok
Pemandangan dekat vending machine menjual rokok. Kad pengenalan diperlukan untuk membeli rokok dari mesin ini.
Gottesacker Chapel
Perkuburan di perkarangan Gottesacker Chapel
Lorong di depan Gottesacker Chapel
Ada restoran Thai di sini
Sukothai Restaurant
Pedestrian Zone
Berehat sebentar
Ada banyak lorong-lorong kecil begini di Dachau Old Town
Disebabkan masih ada sedikit masa lagi, kita berjalan pula ke arah Town Hall. Bangunan yang dibina pada tahun 1614 ini masih digunakan sebagai pusat pentadbiran bandar Dachau. Namun begitu, ada sebuah bangunan tambahan yang baru dan moden telah didirikan di belakangnya.

Dachau Town Hall
Perhiasan-perhiasan Krismas sedang dipasang untuk perhiasan di bangunan Town Hall
Vending Machine yang menjual rokok di Dachau Town Hall
Platform di belakang Town Hall
Pemandangan di belakang Dachau Town Hall
Satu lagi pemandangan di belakang Dachau Town Hall
Teringat kisah yang disampaikan kepada kami sewaktu melawat ke Dachau Concentration Camp tadi di mana penduduk Dachau tak langsung menyedari kekejaman yang berlaku di sana pada ketika itu
Kota Dachau yang cantik
Tempat menunggu bas di depan Gereja St Jakob
Memang kuat merokok orang Jerman ni...


 Bersambung ke Bhg.30...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):