Tuesday 26 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 26 (Neuschwanstein 2)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(GERMANY: Schwangau, Munich & Dachau)

Bahagian 26: Germany (3)
SCHWANGAU (Neuschwanstein Castle)

HARI KESEMBILAN (2)

Part 114: Tiba Di Neuschwanstein Castle

Hujan turun renyai-renyai sewaktu kami tiba di Neuschwanstein Castle. Kesan salji turun juga jelas kelihatan di sini.

Tempat parking kenderaan di Istana Neuschwanstein
Hohenschwangau Castle adalah sebuah istana yang terletak dekat dengan Neuschwanstein Castle.
Pemandangan lebih dekat Hohenschwangau Castle
Sambil Tour Leader menguruskan pembelian tiket masuk, kami bersiar-siar menikmati pemandangan sekitar. Tapi tak banyak benda yang terdapat di sini kerana Istana Neuschwanstein sebenar terletak di atas bukit dan tak dapat dilihat dari sini.

Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat adalah Hohenschwangau Castle yang terletak di atas bukit betul-betul berdekatan dengan tempat parking bas. Istana ini pada asalnya adalah kediaman Knights of Schwangau sehingga dibeli oleh Crown Prince Maximilian pada tahun 1832. Di sinilah raja yang membina Neuschwanstein Castle, King Ludwig II dibesarkan. King Ludwig II adalah anak kepada Crown Prince Maximilian.

Berjalan keluar dari parking nak menuju ke Visitor's Centre
Bergambar dengan pagar bercorak tradisional Bavaria di tepi parking
Visitor's Centre terletak di depan sana.
Kata Tour Leader, petugas di kaunter tiket memberitahu ini adalah hari pertama salji turun dalam musim dingin tahun ini. Kedatangan salji hari ini memang totally unexpected, kerana ia terlalu awal. Selalunya kalau salji turun awal begini, ia hanyalah untuk sehari sahaja. Selepas dua atau tiga hari kemudian, barulah salji benar-benar akan turun tanpa henti.

Suhu sangat sejuk ketika ini, 1'C. Selain salji, hujan juga sedang turun ketika ini.
Menunggu hujan reda sedikit sebelum nak meredah ke Visitor's Centre
Perkampungan di kaki bukit ini dinamakan Hohenschwangau (disebut macam Howen-shwang-gau). Kalau dah sampai ke sini dan nak melawat Neuschwanstein Castle, tiket perlu dibeli di Hohenschwangau.  Kalau dah panjat bukit yang tinggi dan berhajat sekadar nak bersiar-siar di luar Neuschwanstein Castle dan tiba-tiba menukar fikiran nak masuk ke dalam istana, memang tak boleh lagi kerana tiket tidak dijual di bangunan istana sendiri.

Kedai souvenir di Hohenschwangau
Pemandangan menghala ke tempat parking kenderaan
Kedai Souvenir dan Tasik Alpsee
Visitor's Centre
Laluan naik sebenar ke Neuschwanstein Castle
Pemandangan dekat Visitor's Centre
Schloss Neuschwanstein
Sejuk !!!

Part 115: Naik Kuda Ke Neuschwanstein Castle

Neuschwanstein Castle terletak di atas sebuah bukit yang sangat tinggi sehingga kita tak nampak castle ini dari perkampungan Hohenschwangau. Ada 3 cara nak naik ke atas sana: naik bas shuttle, kereta kuda ataupun berjalan kaki. Disebabkan salji turun pada hari ini, perkhidmatan bas shuttle tidak disediakan kerana permukaan jalan yang licin dan merbahaya. Oleh yang demikian, pilihan naik yang tinggal hanyalah naik kereta kuda ataupun berjalan kaki.

Kereta kuda yang berulang-alik naik ke Neuschwanstein Castle
Oleh kerana perkhidmatan bas shuttle tak ada hari ini, kami dibawa naik ke atas dengan menaiki kereta kuda. Kalau tak salah, tambang yang dikenakan ialah 6 Euro seorang untuk perjalanan sehala dan tambang pergi-balik adalah 9 Euro. Setiap kereta kuda boleh membawa 12 orang penumpang dalam setiap perjalanan.

Perhentian kereta kuda di tepi Visitor's Centre
Kereta kuda yang berulang-alik naik ke Neuschwanstein Castle
Beratur menunggu giliran nak naik kereta kuda
Souvenir yang diperhatikan dari luar tingkap sewaktu beratur nak naik kereta kuda.
Oleh kerana ahli kumpulan kami terdiri dari 18 orang dan setiap kereta kuda cuma boleh muat 12 orang, kami terpaksa berpecah menaiki dua kereta kuda. Myself dan Husband dan sebahagian ahli group naik kereta kuda yang pertama. Memandangkan tempat duduk di depan dah diduduki oleh pelancong dari Jepun, kita duduklah bersempit-sempit di bahagian belakang.

Pemandangan dalam kereta kuda
Bersempit-sempit kat belakang kereta kuda
Ini sebenarnya ahli group dalam kereta kuda yang kedua
Perjalanan naik kereta kuda ke Neushwanstein Castle memakan masa kira-kira 20 minit. Kalau berjalan kaki hampir 45 minit diperlukan. Bukit istana ini pulak bukan calang-calang curam.

Berselisih dengan kereta kuda lain
Pemandangan dalam perjalanan naik ke atas
Pemandangan Visitor's Centre yang ditinggalkan di bawah sana
Kereta kuda yang dalam perjalanan turun ke bawah
Dalam perjalanan naik ke atas, kereta kuda kami berhenti seketika untuk membuat pertukaran kuda. Kami diberitahu kuda-kuda ini akan ditukar dan direhatkan setiap 4 trip perjalanan. Bagus betul orang Jerman ni menjaga kebajikan kuda.

Kuda baru sedang standby untuk menggantikan kuda yang menarik kami sekarang.
Bye-bye, kuda! Terima kasih atas perkhidmatan anda.
Kuda baru sedang dipasang kepada kereta kuda
Pakcik penukar kuda
Kuda-kuda tadi dimasukkan ke dalam kenderaan ini untuk dibawa balik ke ladang.
Proses penukaran kuda berlangsung sekejap saja. Kemudian kami ditarik oleh pasangan kuda yang baru ini sampailah ke perhentian kereta kuda dekat Istana Neuschwanstein. Memang seronok tengok kuda-kuda ini dijaga kebajikan begini. Kita pun taklah rasa bersalah menjadi beban kepada kuda-kuda ini. Maklumlah, kami semua ni bukannya beban yang ringan untuk sang kuda...

Pemandangan arah ke belakang dari kereta kuda
Beginilah curamnya bukit yang perlu didaki kalau memilih nak berjalan kaki naik ke atas.
Terpaksa menahan nafas sekejap bila kuda-kuda ini melepaskan isi perut dalam perjalanan naik ke atas. Nasib baiklah kita duduk kat belah belakang dan bukan betul-betul kat belakang kuda...
Kabus makin tebal bila semakin tinggi kita mendaki
Cantiknya pemandangan...
Stesen kereta kuda di sebelah atas ini taklah terletak betul-betul di tepi bangunan istana. Hanya di pertengahan bukit saja. Setidak-tidaknya, ia dah membantu kita mengatasi perjalanan separuh ketinggian bukit ni...

Bergambar dengan kereta kuda yang membawa kami naik ke atas bukit
Bergambar dengan pemandangan campuran di antara musim luruh dan musim dingin
Selepas sampai di stesen kereta kuda, kami terpaksa menunggu dulu ahli-ahli rombongan yang lain tiba dengan kereta kuda yang kedua. Sambil menunggu, salji pulak turun lagi dari langit. Memang seronok menikmati pemandangan salji turun ini... Cantik!!!

Salji turun dari langit sewaktu kami menunggu ketibaan kereta kuda yang kedua.
Pemandangan salji turun di kawasan hutan
Memang mencabar mereka ni berjalan dalam salji sambil mendaki bukit.
Pemandangan di stesen kuda sebelah atas dalam snowfall.
Itulah jalan yang perlu dinaiki lagi dengan berjalan kaki pulak nanti untuk naik ke istana...
Satu lagi gambar kenangan dekat stesen kereta kuda
Itu dia kereta kuda kedua kumpulan kami dah tiba...
Berkejar nak mengambil gambar...
Macam Princess Cinderella pulak menjenguk keluar dari kereta kuda macam tu...

Part 116: Neuschwanstein Castle

Bila semua ahli rombongan dah tiba, kami berjalan beramai-ramai naik ke atas. Bahagian bukit yang sebelah atas ni taklah securam bahagian bukit yang dinaiki dengan kereta kuda. Sambil berjalan naik ke atas, kita posing-posing sambil bermain salji.

Kedai souvenir dekat perhentian kereta kuda
Suasana perjalanan menuju ke istana
Berjalan sambil ambil-ambil gambar
Cantik betul pemandangan semasa mendaki naik ke atas ni...
Hutan pokok pain yang mula diliputi salji
Ini adalah sebenarnya perhentian bas shuttle
Bayang istana dah mula muncul dalam pandangan.
Excited sungguh bila dah mula nampak castle.
Kedai souvenir lagi...
Dah semakin dekat dengan castle...
What??!! Istana tengah dibalut dengan kanvas untuk pembaikan? Cannot believe my eyes!!
Frust sungguh bila melihat yang pintu masuk ke istana ini sedang ditutup dengan kanvas untuk pembaikan. Dari jauh kita datang, takkanlah hanya dapat tengok istana yang dibalut dengan kanvas... Sedih, kan?

Disebabkan frust tengok istana ini sedang diperbaiki macam itu, bersungguh Myself Google kat internet untuk mencari gambar pemandangan yang sebenarnya pada musim begini. Anggap sajalah ini pemandangan yang kita lihat pada masa itu...

Inilah pemandangan yang seharusnya kita lihat (Sumber: Internet)
Nak buat macam mana, kan? Redha sajalah dengan pemandangan yang dilihat. Memang rezeki kami begitu dalam perjalanan kami di Eastern Europe ni... sentiasa melihat bangunan menarik yang ditutup untuk pembaikan sejak dari di Karlovy Vary, Prague, Bratislava dan juga sampai kat sini. Kat Frankfurt, Vienna dan Salzburg pun ada fountain cantik yang sedang ditutup untuk pembaikan.

Pemandangan istana dari sisi
Kabus makin tebal dan salji makin lebat.
Pemandangan dekat bangunan istana dalam kabus
Pengunjung-pengunjung ke Neuschwanstein Castle
Jalan yang kami lalui tadi dari stesen kereta kuda
Terbayang kesejukan tempat ini sewaktu melihat gambar ini
Peta Neuschwanstein Castle
Mengambil gambar di dalam salji.
Memang cantik pemandangan bersalji pada dahan pokok ini.
Teringat pemandangan winter di Switzerland dulu bila melihat pemandangan ini.
Tiba di pintu besar untuk masuk ke istana
Inilah pemandangan yang seharusnya kami lihat... (Sumber: Internet)
Tapi inilah pemandangan sebenar yang dilihat... sedih sungguh.
Dan inilah rupa sebenar laluan masuk ini (Sumber: Internet)

Part 117: Melawat Neuschwanstein Castle

Bukan sekadar di luar, courtyard di dalam istana juga dipenuhi dengan perancah-perancah pembinaan. Memang cacat sungguh rupa istana ini ketika itu.

Pemandangan di dalam courtyard istana
Pemandangan sebenar seharusnnya begini... (Sumber: Internet)
Kabus yang tebal meliputi istana
Menara di pintu besar istana
Pemandangan keseluruhan di Courtyard Istana
Sepatutnya rupanya begini.. (Sumber: Internet)
Seperti istana-istana yang kami lawati di Turki dulu, pengunjung tak bebas melawat ke dalam istana. Lawatan hanya boleh dibuat menerusi Guided Tours yang disediakan oleh pihak istana. Sebahagian besar lawatan dibuat dalam Bahasa Jerman. Namun ada juga lawatan yang diatur dalam bahasa-bahasa lain mengikut waktu yang tertentu.

Menunggu giliran lawatan dengan sabar
Nombor giliran masuk tertulis di sini
Setiap kumpulan diberi nombor giliran mengikut waktu yang tertentu. Kita perlu standby dekat pintu masuk bila waktu yang tertera pada tiket dah hampir. Ini adalah kerana kalau terlepas nombor giliran, kenalah turun ke Hohenschwangau membeli tiket yang baru.

Nombor giliran yang tertera pada tiket kami ialah 459 dengan waktu kemasukan pada pukul 12.55 tengahari
Seminit lagi sebelum waktu untuk kami masuk
Semua pengunjung diberi sebuah peralatan audio sewaktu masuk ke dalam istana. Bila peralatan audio ini diletakkan dekat dengan telinga, kita dapat mendengar dengan jelas penerangan yang diberi oleh Tour Guide. Walau bagaimanapun, fotografi tak dibenarkan dalam istana. Jadi kita gunakan gambar-gambar yang kita scan dari buku cenderamata Neuschwanstein Castle yang dibeli untuk kenangan.

Masuk ke Neuschwanstein Castle
Neuschwanstein Castle (bermaksud New Swanstone Castle dalam Bahasa Inggeris) dibina pada kurun ke-19 oleh King Ludwig II of Bavaria sebagai tempat kediamannya. Oleh kerana King Ludwig yang lebih dikenali sebagai Mad King Ludwig amat meminati komposer Richard Wagner (disebut: Rikard Wagner dalam Bahasa Jerman), baginda menjadikan motif-motif dari persembahan opera karya Wagner sebagai perhiasan di istananya. Malangnya King Ludwig yang telah diisytiharkan gila dan diletakkan di dalam tahanan rumah hanya sempat tinggal di istana ini selama 160 hari sahaja sebelum dia ditemui mati di dalam tasik bersama doktor yang mengesahkan status mentalnya.

Mad King Ludwig

ENTRANCE HALL


Pelawat masuk ke Neuschwanstein Castle menerusi Entrance Hall. Di sinilah kita akan mengambil audio pendengaran dan bertemu dengan Tour Guide yang akan membawa kita melawat ke istana.

Entrance Hall
Kemudian kita dibawa masuk ke Throne Room yang dibina bagaikan sebuah gereja. Di sinilah King Ludwig mengabadikan dirinya dalam lukisan perhiasan di dinding sebagai seorang raja yang dilantik oleh Tuhan. Takhta yang telah ditempah tak sempat dibawa ke sini setelah kematian King Ludwig dan Parlimen Bavaria mengarahkan supaya semua kerja di istana ini dihentikan.

Throne Room dihias bagaikan gereja kerana King Ludwig ingin mengabadikan dirinya sebagai raja yang dilantik Tuhan. Pesanan takhta yang sepatutnya diletakkan di atas tangga ini telah dibatalkan selepas kematian King Ludwig.
Throne Room juga dihiasi dengan sebuah chandelier yang besar dan lantainya dilukis dengan motif haiwan liar.
Melawat ke dalam Neuschwanstein Castle bagaikan melawat ke sebuah galeri lukisan kerana dindingnya semua dihiasi dengan lukisan yang hebat. Sebahagian besar lukisan adalah adegan-adegan dari opera karya Richard Wagner yang menjadi pujaan King Ludwig.

Dining Room. Perhiasan yang berbentuk seperti rumah di sebelah kiri di dalam bilik ini adalah sistem pemanas udara.
Meja Makan King Ludwig di dalam Dining Room dihiasi sebuah perhiasan ukiran emas Sigfried yang sedang bertarung dengan seekor naga. Di bilik ini juga kita dapat melihat peralatan pemanas yang dibina ke dalam dinding. Sewaktu Neuschwanstein Castle dibina, telah ada peralatan-peralatan moden dicipta dan dipasang ke dalam istana ini seperti pemanas tersebut. Tapi rupanya taklah semacam peralatan yang kita kenal sekarang.

Bedroom
Ukiran-ukiran kayu di dalam bilik tidur King Ludwig mengambil masa 14 tahun untuk disiapkan. Katilnya cuma single bed kerana King Ludwig tidak berkahwin dan tinggal di istana ini bersendirian dengan pekerja-pekerja istana sahaja. Dalam bilik ini juga ada wash stand yang dilengkapi dengan paip air dan tandas. Tandas ini walau bagaimanapun, tidak dibuka kepada pelawat. Lukisan-lukisan di bilik ini pula menggambarkan adegan-adegan dari opera Richard Wagner yang bertajuk Tristan and Isolde.

Reading Chair milik King Ludwig
Semua bilik di istana ini dihiasi dengan siling ukiran kayu kecuali Dressing Room. Siling di bilik ini dihiasi dengan lukisan. Lukisan-lukisan di bilik ini pula adalah adegan dari opera yang bertajuk Meistersingers of Nuremberg.

King Ludwig gemar tidur di waktu siang dan berjaga sepanjang malam. Seorang orang gaji akan sentiasa standby di luar bilik tidur untuk menjaga keperluan raja. Jika King Ludwig memerlukan sesuatu dari orang gaji, baginda hanya perlu menekan loceng di bilik tidurnya.

Dressing Room. Kotak kayu di dalam gambar ini adalah jewellery case milik King Ludwig.
Selain opera, King Ludwig juga sangat taksub dengan burung-burung swan. Perhiasan bermotifkan swan boleh dilihat di merata-rata tempat seperti diselitkan di dalam lukisan dan juga dijadikan ukiran pada pemegang pintu. Hiasan bertemakan swans ini paling ketara dilihat di dalam Living Room.

Living Room
Hiasan bertemakan burung swans banyak terdapat di bilik ini.
Ruang di dalam Living Room ini dinamakan Swan's Corner.
Secara keseluruhannya Istana Neuschwanstein ini tidaklah besar seperti Istana Dolmabahce yang pernah kami lawati di Istanbul. Bilik-bilik di dalam istana ini pun kecil-kecil saja. Mungkin sebab hanya seorang royalty (King Ludwig) sahaja yang tinggal di sini.

Bilik King's Study dihiasi dengan lukisan dari opera Knight of Tannhaeuser yang menceritakan kisah seorang kesatria yang jatuh cinta dan tinggal bersama dewi cinta yang bernama Venus di dalam sebuah gua.


King's Study dihiasi dengan lukisan dari opera Knight of Tannhaeuser
Opera Knight of Tannhaeuser menggunakan latarbelakang gua di Mount Hoesel yang menjadi kediaman kesatria dengan Dewi Cinta. Model gua ini turut dibina oleh King Ludwig di dalam istananya dan bilik gua ini kini dinamakan Grotto.

Grotto
Pintu kaca dengan etching burung swan ini boleh dibuka untuk raja menikmati pemandangan di luar.
Tangga di luar Grotto
Guided Tour kami berakhir di sebuah bilik yang bernama Hall of Singers. Bilik ini dibina oleh King Ludwig untuk menonton persembahan opera. Walau bagaimanapun, dia tak sempat menonton sebarang persembahan opera pun di sini sebelum meninggal dunia.

Menuju ke Hall of Singers
Hall of Singers
Kata Tour Guide, dulu memang ada persembahan muzik dibuat di bilik ini setiap tahun. Namun begitu setelah pihak pengurusan istana mendapati peralatan muzik moden yang dibawa merosakkan bilik ini, persembahan tersebut telah tidak diadakan sejak dua tahun yang lepas. 

Selepas itu, semua pengunjung berjalan ke arah pintu keluar. Dalam perjalanan, kita akan melalui dapur istana yang dilengkapi dengan stove yang dikira moden pada zaman itu.

Dapur Neuschwanstein Castle
Kita juga terpaksa melalui sebuah kedai souvenir dan kafe sebelum keluar. Di sinilah kita membeli buku cenderamata yang kita scan gambarnya untuk dimasukkan ke dalam blog.

Buku souvenir yang dibeli di Neuschwanstein Castle
Dekat kedai souvenir ini, kita dapat melihat sebuah model Neuschwanstein Castle. Istana inilah sebenarnya yang menjadi ilham kepada Walt Disney untuk membina istana di Disneyland.

Model Neuschwanstein Castle
Terowong keluar dari istana
Di sinilah pintu keluar dari bangunan istana
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba
Kreatif
Cute
Olaf
Kabus juga dah berkurangan sewaktu kami keluar dari istana. Jadi nampaklah bangunan istana ini dengan lebih jelas.

Pemandangan bangunan istana dah semakin jelas sebab kabus dah mula berkurangan


 Bersambung ke Bhg. 27...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):