Friday 8 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 08 (Prague Castle)

November 2017

Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(CZECH REPUBLIC: Karlovy Vary & Prague)

Bahagian 8: Czech Republic (6)
PRAGUE (Prague Castle, St. Vitus Cathedral & Old Royal Palace)

HARI KEEMPAT (1)

Part 32: Hotel Duo, Prague

Hotel penginapan kami, Hotel Duo terletak di pinggir bandar Prague.

Lorong menuju ke bilik penginapan kami di Hotel Duo, Prague
Program pagi ini adalah membuat City Tour bersama seorang Local Guide. Sebelum memulakan tour, kita bersarapan pagi dulu di Vienna Room, Hotel Duo.

Pemandangan awal pagi di kaunter pendaftaran Hotel Duo sewaktu turun bersarapan.
Bilik-bilik breakfast disediakan di atas tangga ini.
Mungkin disebabkan ada ramai penginap di hotel ini, breakfast disediakan di dalam beberapa buah bilik yang dinamakan bersempena kota-kota di Eropah seperti London, Stockholm dan sebagainya.
Breakfast untuk kumpulan kami disediakan di Vienna Room.
Vienna Room
Pemandangan di Vienna Room
Buffet untuk breakfast di Vienna Room
Pelbagai kek dan pastri
Keju dan Salad
Breakfast untuk Myself
Breakfast untuk Husband
Program lawatan dimulakan pada pukul 9 pagi. Jadi sementara ada waktu yang terluang, kami bersiar-siar dulu di sekitar kawasan hotel.

Lobi di Hotel Duo, Prague
Pemandangan di depan hotel
Kumpulan pelancong dari Eropah yang sedang berkumpul untuk bergerak ke destinasi yang seterusnya.
Taman kecil di depan hotel
Taman ini dihiasi dengan bendera negara-negara Eropah
Bendera Israel juga ada di sini.
Pemandangan ke arah hotel dari taman
Kenangan di Hotel Duo
Gimnasium di Hotel Duo
Casino Borneo di Hotel Duo, Prague
Pemandangan ke arah rumah-rumah kediaman yang dibina pada zaman komunis di depan Hotel Duo
Bas-bas pelancong yang sedang parking di Hotel Duo
Pemandangan musim luruh di taman bahagian dalam Hotel Duo
Daun-daun yang berguguran
Pokok-pokok yang dah mula kehilangan daun

Part 33: Prague Castle

Kami cuma tinggal di Prague selama 1 malam. Pada hari ini, selepas melawat kota Prague, kami akan bergerak menuju ke Bratislava di Slovakia.

Meninggalkan Hotel Duo.
Cuaca tidak menyebelahi sewaktu kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi lawatan pertama kami, Prague Castle. Hujan turun renyai-renyai dengan cuaca yang sangat sejuk. Rasanya tak ada beza sangat suhu ketika itu dengan suhu sewaktu kami melawat ke Western Europe dua tahun yang lepas.

Suasana hujan di kota Prague
Lebat pulak nampaknya hujan yang turun pagi ini.
Terlelap dalam perjalanan ke Prague Castle
Pemandangan di Prague
Seperti di Switzerland, laluan tram di Prague juga ditanam dengan rumput untuk menambahkan kehijauan.
Local Tour Guide kami yang bernama Tomas telah menunggu sewaktu kami tiba di Prague Castle. Dia adalah seorang lelaki muda yang handsome dan friendly.

Tiba di luar Prague Castle
Local Tour Guide kami di Prague yang bernama Tomas
Selepas memperkenalkan diri, Tomas membawa kami masuk ke Prague Castle. Ada ramai pelancong dari Negara China yang tiba ketika itu dan berpusu-pusu nak masuk barisan sehingga terdengar seorang Tour Guide lain yang membawa kumpulan pelancong dari Amerika menasihatkan ahli kumpulannya berhati-hati supaya jangan terpecah dengan "Asian Invasion". Menurut Tomas, ada ramai pelancong dari China yang datang sekarang kerana buat pertama kali ada penerbangan terus dari Shanghai ke Prague yang telah dilancarkan beberapa hari dulu.

Barisan masuk ke Prague Castle. Memandangkan hujan masih turun, ada beberapa wanita tempatan mengambil kesempatan menjual payung di sini dengan harga 4 Euro (RM 20) sekaki.
Beratur di dalam hujan
Bangunan kuning di sebelah kanan ini digunakan sebagai Riding School pada masa dahulu di mana tentera Raja berlatih menunggang kuda. Ia kini telah bertukar fungsi menjadi sebuah muzium.
Bendera Malaysia berkibar megah di Prague
Pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke Prague Castle
Selepas melalui pemeriksaan sekuriti, kita akan bertemu dengan Royal Garden. Taman ini dan beberapa taman lain di sekitarnya boleh dilawati, tetapi ia ditutup pada ketika itu kerana cuaca buruk.

Royal Garden
Royal Garden tidak dibuka ketika itu kerana cuaca tidak baik.
Mengintai ke dalam Royal Garden
Pemandangan sementara menunggu ahli-ahli kumpulan yang lain melepasi pemeriksaan sekuriti.
Pemandangan ke pintu masuk sebenar ke Prague Castle
Prague Castle dikelilingi parit (moat) sewaktu pembinaannya. Salah sebuah parit ini kini dikenali sebagai Deer Moat. Sewaktu pemerintahan Rudolf II, parit ini dikeringkan, dipagar dan digunakan untuk memburu rusa. Malangnya, semua rusa ini telah ditembak oleh tentera Perancis sewaktu Prague Occupation (1741-42).

Deer Moat
Pemandangan Prague Castle didominasi oleh menara St Vitus Cathedral di dalamnya.
Pada zaman dahulu, Prague Castle dihuni oleh Raja-raja Bohemia. Tetapi kini ia menjadi istana rasmi Presiden Republik Czech. Kerana itulah semua pintu masuk ke istana dikawal oleh tentera.

Pengawal di pintu masuk ke Prague Castle
Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan pengawal istana.
Ada beberapa pintu masuk ke Prague Castle dan kami masuk menerusi pintu yang langsung menuju ke Courtyard Kedua. Beberapa tarikan di dalam Prague Castle memerlukan kita membeli tiket untuk masuk melawatnya. Tiket tersebut boleh dibeli di Tourist Information Centre di sini.

Pintu masuk ke Courtyard Kedua di Prague Castle
Pemandangan menghala ke luar
Tiket masuk ke beberapa tarikan di Prague Castle boleh dibeli di sini
Tomas sedang menguruskan pembelian tiket untuk kami.
Tiket masuk ke Prague Castle berharga CZK 250 (RM 48) seorang.
Courtyard Kedua di Prague Castle didominasi oleh bangunan yang dinamakan New Royal Palace yang digunakan sebagai pejabat-pejabat Presiden pada masa sekarang.

Pemandangan di dalam Courtyard Kedua
Pemandangan di sekitar Courtyard Kedua
Bangunan yang mengelilingi Courtyard Kedua ini dinamakan New Royal Palace dan ia digunakan sebagai Pejabat Presiden Republik Czech pada masa sekarang.
Mendengar Tomas memberi penerangan tentang New Royal Palace di Prague Castle
Bila bendera berkibar, maksudnya Presiden berada di dalam negara
Di depan New Royal Palace, ada sebuah pancutan air yang dinamakan Kohl Fountain. Ia juga dinamakan Lion Fountain kerana terdapat ukiran singa di atasnya. Dibina pada tahun 1686, pancutan air ini adalah antara yang tertua di Prague. Ia pernah menjadi sebahagian sistem bekalan air bagi Prague Castle pada masa dahulu.

Kohl Fountain
Gambaran dekat ukiran pada Kohl Fountain
Sewaktu pemerintahan Empress Maria Theresa pada kurun ke-18, Prague Castle telah diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan baru dibina. Salah sebuah di antaranya ialah The Chapel Of The Holy Cross. Emperor Ferdinand I mengasingkan diri di Prague selepas baginda turun takhta pada tahun 1848 dan gereja ini menjadi sanctuary kepada keluarga baginda selepas itu.

Chapel of the Holy Cross

Part 34: St Vitus Cathedral

St Vitus Cathedral yang terletak di tengah Prague Castle mempunyai sejarah pembinaan yang panjang. Pembinaannya bermula pada kurun ke-10 dan siap sepenuhnya pada kurun ke-20. Gereja ini yang nama rasminya adalah St Vitus, St Wenceslas and St Adalbert Cathedral ialah gereja yang terbesar dan terpenting di Czech Republic. Ia adalah gereja Archbishop of Prague dan tempat pengebumian para saints dan raja-raja Bohemia. Malah pertabalan Raja Bohemia juga dilaksanakan di gereja ini sehingga tahun 1836.

St Vitus Cathedral
Facade di sebelah barat St Vitus Cathedral dibina di antara tahun 1837 dan 1929 mengikut gaya Neo-Gothic. Tingkap besar di atas pintu masuk ini yang dinamakan Rose Window ini direka oleh František Kysela pada tahun 1927. Ia mengandungi lukisan kaca kisah-kisah dari Bible. Facade di sebelah barat ini adalah pintu masuk utama bagi pelawat ke gereja.

Rose Window di atas pintu masuk ke St Vitus Cathedral
Pintu-pintu St Vitus Cathedral
Pemandangan di sekitar St Vitus Cathedral
Gargoyle yang dibina di sekeliling bangunan St Vitus Cathedral juga menarik perhatian pengunjung. Ia adalah sebenarnya corong yang mengalirkan air hujan dari bumbung yang dihias dengan pelbagai wajah yang menakutkan. Ia mempunyai dua makna simbolik: melindungi gereja dari kuasa syaitan dan peringatan kepada pengunjung untuk meninggalkan segala kejahatan di luar gereja. Tapi kata Tomas, Gargoyle ini tak selalu berjaya menjalankan tugasnya kerana orang jahat sering masuk ke gereja ini pada masa dahulu.

Gargoyle
Gargoyle-gargoyle ini sebenarnya berfungsi sebagai corong air hujan
Scary !!
Tiket Prague Castle yang dibeli oleh Tomas membolehkan kami untuk masuk ke St Vitus Cathedral dan Old Royal Palace. Tiket yang sama digunakan bagi melawat kedua-duanya. Kalau kehilangan tiket, ia tak boleh diganti dan perlu membeli tiket baru jika ingin masuk melawat.

Pintu masuk pelawat ke St Vitus Cathedral
Menurut Tomas, kalau di musim panas, memang barisan masuk ke St Vitus Cathedral ini panjang melingkar-lingkar.
Beratur untuk masuk melawat ke dalam gereja
Katedrala Sv. Vita
Pintu-pintu di St Vitus Cathedral dibuat dari gangsa dan diukir dengan kisah-kisah lagenda mengenai St Wenceslas dan St Adalbert
Pemandangan di dalam St Vitus Cathedral
Gereja ini tidaklah sebesar Cologne Cathedral yang pernah kami lawati dulu
Seperti juga di cathedral yang lain, tingkap-tingkap di St Vitus Cathedral dihiasi dengan kaca-kaca berwarna yang dinamakan Stained Glass. Pada tingkap-tingkap ini tertera pelbagai lukisan kisah-kisah Kristian. Kebanyakan lukisan pada tingkap ini adalah lukisan antik kecuali hanya sebuah tingkap yang mempunyai lukisan Art Nouveau karya seorang pelukis Czech yang bernama Alfons Mucha.

Pemandangan di bahagian belakang gereja
Tingkap Stained Glass di St Vitus Cathedral
Lukisan Art Nouveau karya Alfons Mucha
Laluan untuk pelawat ditetapkan di sekeliling gereja sahaja
Pelawat hanya boleh melawat menerusi laluan yang ditetapkan sahaja di sekeliling gereja. Ruang Sembahyang Utama terletak di tengah-tengah gereja. Di sekeliling Ruang Sembahyang Utama ini terdapat pelbagai Chapel dan bahan-bahan bersejarah yang ditempatkan di situ.

Chapel ini didedikasi kepada Tentera Udara Czechoslovakia
Chapel ini didedikasi kepada František Tomášek, Cardinal of the Roman Catholic Church in Bohemia yang meninggal dunia pada tahun 1992.
Stained Glass di Chapel František Tomášek
Satu lagi lukisan pada Stained Glass
Kemudian kami dibawa oleh Tomas melawat ke bahagian tengah gereja. Di sini kami ditunjukkan Organ dan Royal Mausoleum.

Mengambil gambar di dalam gereja.
Church Pews
Binaan bumbung gereja ini tidak setinggi di Cologne Cathedral dulu
Satu lagi pemandangan Ruang Sembahyang Utama di St Vitus Cathedral
Bagi yang datang melawat sendiri, ada Audio Guide yang disediakan dalam pelbagai bahasa.
Crucifix
Laluan untuk pelawat di bahagian tepi gereja
The Royal Mausoleum yang dibina dari marmar adalah tempat persemadian Emperor Ferdinand I of Austria, isteri baginda Anna of Bohemia and Hungary dan anak mereka The Holy Roman Emperor Maximilian II. Emperor Ferdinand I mempunyai 4 orang isteri dan Anna adalah isteri pertamanya dan satu-satunya isteri yang dikebumikan bersama dengannya. Kata Tomas, dia selalu mendapat pertanyaan sama ada Emperor Ferdinand ini mengamalkan poligami kerana mempunyai 4 isteri. Jelas Tomas, Emperor mengambil isteri baru setiap kali selepas kematian isterinya kerana wabak penyakit Black Plague yang melanda Eropah pada zaman itu.

Ada juga ruang persemadian di bawah tanah bangunan gereja ini yang dinamakan Crypt. Di situlah ditempatkan perkuburan Emperor Charles IV dan keempat-empat isteri baginda, Wenceslas IV, Ladislas the Posthumous, George of Podebrady, Rudolf II dan anak perempuan Empress Maria Theresa of Austria yang bernama Marie Amalie of Austria.

The Royal Mausoleum
Pemandangan keseluruhan The Royal Mausoleum
Keranda marmar ini menempatkan jasad Emperor Ferdinand I, isteri baginda Anna dan anak mereka Emperor Maximilian II
Organ yang terletak di atas Royal Mausoleum
Satu lagi pemandangan organ yang sama
Coat of Arms Raja-raja Bohemia
Main Altar
Pemandangan Main Altar dari sisi
Tangga naik ke Main Altar
Tidak jauh dari situ, kami ditunjukkan pula Tomb of St Vitus yang namanya diabadikan pada gereja ini. St Vitus adalah seorang tentera Roman yang tinggal di Sicily pada kurun ke-3 dulu. Disebabkan kepercayaannya kepada agama Kristian, dia telah dihukum bunuh oleh Maharaja Rom dengan cara dicampak ke dalam gelanggang untuk dibaham oleh singa-singa. Menurut ceritanya, walaupun singa-singa tersebut sedang kelaparan, mereka hanya duduk di kaki St Vitus. Kerana itulah ukiran singa sentiasa terdapat bersama patung St Vitus di mana-mana juga, termasuk di gereja ini.

Tomb of St Vitus
Ukiran singa di Tomb of St Vitus
Satu ruang penting di St Vitus Cathedral adalah Chapel of St Wenceslas yang menyimpan Bohemian Crown Jewels. Ruang ini tidak dibuka kepada orang awam dan untuk keselamatan, ia mempunyai 7 lapisan kunci yang dipegang oleh 7 orang berlainan yang salah seorangnya termasuklah Presiden Czech Republic.

Chapel of St Wenceslas
Ruang ini tidak dibuka kepada orang awam kerana Bohemian Crown Jewels disimpan di sini.
Kalau tak salah, lukisan ini menggambarkan peristiwa pembunuhan St Wenceslas.
Kemudian kita lihat pula sebuah ukiran kayu gambaran kota Prague pada masa dahulu. Sejak dulu lagi, kota Prague dibina di kedua-dua belah Sungai Vltava. Satu-satunya jambatan yang dibina menyeberang sungai ini adalah Charles Bridge yang ketika itu hanya jambatan kosong tanpa perhiasan patung-patung saints seperti yang ada sekarang.

Gambaran Kota Prague pada masa dahulu. Charles Bridge adalah satu-satunya jambatan yang dibina menyeberang Sungai Vltava.
Kota Prague dikelilingi tembok pertahanan pada masa dahulu
Tembok pertahanan Kota Prague
Kota Prague juga pernah mengalami beberapa kejadian banjir besar sepanjang sejarahnya. Banjir besar yang terkini terjadi pada tahun 2013 yang lalu. Tomas turut menunjukkan kepada kami beberapa gambar banjir besar yang melanda Prague ketika itu yang disimpan di telefon bimbitnya.

Charles Bridge hampir tenggelam dalam banjir besar yang melanda Prague pada tahun 2013.
Banjir besar di Prague pada tahun 2013.
Persemadian raja dan pembesar Bohemia di lantai gereja.
Masih ingat kisah St John of Nepomuk yang dihukum lemas dihumban dari Charles Bridge kerana enggan mendedahkan Confession yang dibuat oleh Queen Johanna kepada suaminya, King Wenceslas IV? Di Gereja St Vitus inilah mayat St John of Nepomuk disemadikan.

Setelah St John of Nepomuk dihumban ke dalam sungai, mayatnya ditemui selepas satu kejadian kemarau yang mengeringkan Sungai Vltava. Pengikutnya mendapati disebabkan St John taat menyimpan rahsia, lidahnya masih hidup. 

Jasad St John of Nepomuk disemadikan di dalam sebuah keranda perak yang disimpan di St Vitus Cathedral. Namun disebabkan lidahnya dikatakan masih hidup, lidahnya disimpan di dalam satu bekas perak yang berasingan.

St John of Nepomuk
Lukisan yang menggambarkan saat St John of Nepomuk dijatuhkan hukuman oleh King Wenceslas IV kerana enggan mendedahkan Confession yang dibuat oleh permaisuri baginda, Queen Johanna.
Keranda perak yang menyimpan jasad St John of Nepomuk
Perhiasan di keranda perak St John of Nepomuk
Nampak tak lukisan lidah pada bekas perak ini? Di dalam bekas inilah lidah St John of Nepomuk yang dikatakan masih hidup sehingga sekarang disimpan.
Lawatan kami ke St Vitus Cathedral berakhir selepas melihat keranda perak St John of Nepomuk. Kami keluar dari gereja untuk melawat ke Old Royal Palace pula.

Pemandangan sebahagian Ruang Sembahyang Utama dan Royal Mausoleum di tepi seberang sana.
Lukisan saints pada stained glass.
Ramai pelawat yang baru tiba di sini sewaktu kami bergerak meninggalkan St Vitus Cathedral.
Golden Portal di St Vitus Cathedral
Sebelum West Portal yang menjadi laluan masuk utama ke St Vitus Cathedral pada hari ini disiapkan, Golden Portal menjadi laluan utama untuk masuk ke gereja. Dari pintu inilah Raja-raja dan pembesar Bohemia akan masuk ke dalam gereja sewaktu berlangsung upacara pertabalan. Lukisan yang tertera di pintu Golden Portal ini adalah "The Last Judgement".

Lukisan yang tertera di atas pintu Golden Portal ini adalah The Last Judgement.

Part 35: Old Royal Palace

Old Royal Palace terletak di Courtyard Ketiga di Prague Castle. Courtyard ini dihiasi dengan patung St George dan sebuah tugu batu yang dibina pada tahun 1928 untuk memperingati mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua dan ulang tahun ke-10 kemerdekaan Czechoslovakia.

Pemandangan Tugu dan Patung St George di Courtyard Ketiga
Pemandangan menara St Vitus Cathedral dari Courtyard Ketiga
Pintu masuk rasmi ke Pejabat Presiden Republik Czech juga terletak di Courtyard Ketiga. Di sinilah acara sambutan diadakan bila ada tetamu negara datang melawat.

Pintu masuk rasmi ke Pejabat Presiden Republik Czech
Pemandangan dekat pintu masuk ke Pejabat Presiden
Selepas Prague Castle dinaiktaraf menjadi sebuah fortress pada tahun 1100, raja-raja Bohemia berpindah ke sebuah istana di sini yang kini dikenali sebagai Old Royal Palace. Bangunan ini walau bagaimanapun bukanlah bangunan yang asal kerana ia telah diperbaiki berulang-ulang kali.

Old Royal Palace
Pintu masuk ke Old Royal Palace
Tandas awam di pintu masuk ke Old Royal Palace. Matawang Euro juga diterima untuk menggunakannya.
Tiket diperlukan untuk masuk ke Old Royal Palace. Walau bagaimanapun, fotografi tak dibenarkan di dalamnya. Jadi untuk mengabadikan kenangan, terpaksalah kita menggunakan gambar-gambar yang diambil dari internet.

Ruang pertama yang dilawati adalah Vladislav Hall yang dibina pada kurun ke-16. Ia digunakan terutamanya bagi hiburan diraja. Di sinilah diadakan pesta bagi meraikan pertabalan raja, knights' tournaments dan jualan barang-barang mewah untuk raja dan golongan bangsawan.

Vladislav Hall
Perhiasan dinding di ruang berhampiran Vladislav Hall
Bilik Old Diet pula digunakan untuk perhimpunan negara yang semacam Parlimen pada masa dahulu. Takhta di sini adalah untuk raja. Archbishop Gereja akan duduk di sebelah baginda manakala kerusi-kerusi lain dikhaskan untuk wakil-wakil tuan tanah. Mereka dibenarkan mengundi berkali-kali bagi sesuatu isu. Perwakilan lain seperti wakil-wakil bandar hanya boleh berdiri di tepi tingkap dan hanya mempunyai satu hak mengundi sahaja.

Old Diet yang berfungsi seperti Parlimen
Takhta Raja di bilik Old Diet
Ingat lagi tak kisah Peperangan Hussite antara penganut Protestant dan Katholik yang berpunca dari pembunuhan Ketua Paderi yang bernama Jan Hus? Di bangunan Old Royal Palace inilah bermulanya konflik yang membawa kepada peperangan tersebut, bila bangsawan yang menyokong Jan Hus melempar keluar dua orang gabenor raja dari tingkap bangunan ini pada tahun 1618.

Perang Hussite bermula bila dua orang gabenor raja dilempar keluar dari tingkap bangunan ini oleh penyokong-penyokong Jan Hus.

Part 36: St George's Basilica

St George's Basilica dibina pada kurun ke-12 untuk menggantikan sebuah gereja lama yang dibina pada kurun ke-10. Gereja ini menempatkan makam St Ludmila, nenek kepada King Wenceslas yang mendidik baginda menjadi seorang Kristian yang baik sehingga baginda terkenal menjadi "Good King Wenceslas". Ludmila dikatakan dibunuh oleh orang suruhan ibu King Wenceslas yang cemburu dengan kemesraan beliau dengan anaknya. 

St George's Basilica
Patung di bumbung St George's Basilica.
Kisah pembunuhan St Ludmila. Beliau mati dijerut leher dengan selendangnya sendiri atas arahan menantunya sendiri yang merupakan ibu kepada King Wenceslas.
Di sebelah St George's Basilica pula adalah sebuah bangunan yang dinamakan St George's Convent. Ia adalah sebuah biara yang menerima wanita-wanita bangsawan pada masa dahulu yang berhasrat nak menjadi nuns. Tapi kini, bangunan ini telah berubah fungsi menjadi sebuah muzium.

St George's Convent

 Bersambung ke Bhg. 9...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):