Sunday, 17 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 17 (Cave Church)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(HUNGARY: Budapest)

Bahagian 17: Hungary (6)
BUDAPEST (Shoes On The Danube, Gellert Thermal Bath, Cave Church & Vaci Utca)

HARI KEENAM (4)

Part 72: Shoes On The Danube

Selepas membuat River Danube Cruise, bas membawa kami ke Central Market Hall untuk memberikan kami Free Time di sana sehingga ke waktu makan malam. Disebabkan hari itu lewat petang Jumaat dan seperti juga di Kuala Lumpur, berlaku sedikit kesesakan jalan raya di persisiran tebing Sungai Danube.

Ada hikmahnya terperangkap dalam kesesakan jalan begitu kerana ia memberikan peluang kepada kami untuk melihat sebuah monumen unik bernama Shoes On The Danube yang terletak di pinggir sungai. Monumen ini terdiri dari 60 pasang kasut gangsa yang dibina di tepi Sungai Danube. 

Pemandangan petang Jumaat di pinggir Sungai Danube
Pemandangan Shoes On The Danube dari atas bas
Pengunjung-pegunjung ke Shoes On The Danube
Kalau tak tahu kisah yang berlaku di sini, memanglah Shoes On The Danube hanya kelihatan sebagai sebuah arca modern art. Sebenarnya, di sinilah berlakunya sebuah peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi sewaktu pemerintahan Nazi.

Shoes On The Danube sebenarnya adalah sebuah monumen peristiwa Holocaust
Sewaktu Perang Dunia Kedua, di sinilah polis rahsia Nazi yang dinamakan Arrow Cross membunuh orang Yahudi dan penentang-penentang mereka dengan cara menembak dan menolak mereka ke dalam sungai. Mereka diarahkan untuk menanggalkan kasut dan berdiri beramai-ramai di tebing Sungai Danube sebelum ditembak mati secara rambang.

Kasut-kasut yang ditinggalkan di tebing sungai selepas pemiliknya ditembak mati dan ditolak masuk ke dalam sungai.
Ramai ahli keluarga mangsa yang masih datang ke sini sehingga kini. Mereka akan meletakkan bunga dan menyalakan api lilin untuk mengenang mangsa yang dibunuh
Mengikut ceritanya lagi, bila Arrow Cross nak menjimatkan peluru, mereka akan mengikat mangsa beramai-ramai dan menembak hanya seorang sahaja di antara mereka sebelum ditolak masuk ke dalam sungai. Oleh kerana mangsa yang mati tak dapat berbuat apa-apa, dia akan turut menyeret mangsa yang lain ke dasar sungai yang sejuk sehingga kesemua mereka mati bersama.

Arca kasut-kasut yang dibina di sini adalah model-model kasut yang dipakai pada zaman itu.
Peringatan untuk mangsa pembunuhan

Part 73: Gellert Thermal Bath

Selepas bas menurunkan kami di kawasan Central Market Hall, ramai yang masuk ke dalam untuk mencari barangan cenderamata. Namun bagi Myself dan Husband, kami menggunakan kesempatan ini untuk melawat ke dua buah tempat menarik di seberang Sungai Danube: Gellert Thermal Bath dan Cave Church.

Pintu masuk bahagian belakang Central Market Hall
Bunga-bunga yang cantik di belakang Central Market Hall
Kagum bila mendapati yang "bunga'' yang cantik ini adalah sebenarnya sayur kobis.
Kobis putih yang turut ditanam untuk perhiasan
Dari Central Market Hall, kami berjalan kaki menyeberang Sungai Danube menggunakan Liberty Bridge.

Liberty Bridge
Menuju ke arah Buda, tapi silap posing melangkah ke arah Pest pulak...
Seperti juga Karlovy Vary yang kita lawat di Czech Republic dulu, Budapest juga terkenal sebagai City of Spas. Ada beberapa spa mandian air panas semulajadi yang boleh dilawati di sini, termasuklah Gellert Thermal Baths yang kami lawati.

Gellert Thermal Baths terletak di kaki Gellert Hill. Ia bersambung dengan Gellert Hotel yang terletak di sebelahnya. Gellert Thermal Baths boleh dilawati oleh sesiapa sahaja, tak perlulah kita menjadi penginap di Gellert Hotel yang mewah itu untuk masuk ke sini.

Gellert Thermal Baths
Pintu masuk ke Gellert Thermal Baths
Ukiran di sebelah kiri pintu masuk ke Gellert Thermal Baths
Ukiran di sebelah kanan pulak.
Bangunan Gellert Thermal Baths ini dibuka pada tahun 1912. Selain dengan mandian air panasnya, ia juga terkenal dengan keindahan senibina dalamannya.

Pemandangan di dalam bangunan Gellert Thermal Baths
Kaunter pendaftaran dan informasi Gellert Thermal Baths
Mata air panas di Gellert Thermal Baths telah lama digunakan oleh St Istvan, seorang hermit yang tinggal di Cave Church bersebelahan untuk mengubati penyakit. Ketika itu tak adalah rumah mandi seperti sekarang. Konsep rumah mandi ini diperkenalkan oleh tentera Ottoman yang datang dari Turki sewaktu mereka menakluk Hungary.

Model Gellert Thermal Baths
Satu lagi pemandangan di Gellert Thermal Baths
Bangunan Gellert Thermal Baths boleh dilawati secara percuma. Tapi kalau nak mandi kenalah membayar. Ada 13 kolam mandi semuanya di sini dan bayaran yang dikenakan adalah mengikut pakej-pakej tertentu. Ada kolam-kolam berasingan yang dikhaskan untuk lelaki dan perempuan.

Pintu masuk ke kolam mandian
Pemandangan di dalam kolam (Sumber: Wikipedia)
Tempat rehat di lobi Gellert Thermal Baths
Bergambar di Gellert Thermal Baths
Pintu masuk ke salah sebuah pusat rawatan Gellert Thermal Baths
Iklan pakej-pakej rawatan dan mandian di Gellert Thermal Baths
Ada banyak pakej rawatan dan mandian yang ditawarkan di sini. Antaranya termasuklah pedicure, urut, Thai Massage, private bath, sauna dan juga rawatan rambut.

Cafe Gellert
Satu lagi pemandangan di Cafe Gellert
Bergambar di Cafe Gellert
Pengunjung-pengunjung ke Gellert Thermal Bath
Pintu keluar di Gellert Thermal Baths

Part 74: Cave Church

Selepas melawat Gellert Thermal Baths, kami melawat ke Cave Church yang terletak di seberang jalan dari sini.

Lorong naik ke Cave Church
Pemandangan Gellert Thermal Baths yang dilihat dari lorong naik ke Cave Church
Di hadapan Cave Church, terdapat patung St Istvan. Dia adalah seorang hermit yang mendiami gua ini pada masa dahulu untuk beribadat. St Istvan juga terkenal kerana sering merawat pesakit yang datang kepada beliau dengan menggunakan air panas semulajadi di Gellert Hill.

Patung St Istvan
Pandangan dekat patung St Istvan
Pemandangan Liberty Bridge dari pintu masuk ke Cave Church
Cave Church dibina pada tahun 1926 dan dijaga oleh sekumpulan Christian monks yang dinamakan Hungarian Pauline Order. Kesemua monks Hungarian Pauline Order ditangkap oleh polis rahsia Komunis pada tahun 1951. Ketua mereka yang bernama Ferenc Vezer dihukum mati manakala yang selebihnya pula dipenjara antara 5 sehingga ke 10 tahun. Gereja ini juga terbiar selama 40 tahun bila pihak Komunis memasang dinding konkrit setebal 2.25 meter di pintu masuknya. Ia walau bagaimanapun dikembalikan kepada Hungarian Pauline Order selepas kejatuhan Komunis pada tahun 1989.

Pintu masuk ke Cave Church dari luar.
Pemandangan di dalam pintu masuk ke gereja
Pemandangan ke arah pintu masuk dari tingkat atas di dalam gereja
Bayaran masuk 600 Forints (RM 9.30) seorang dikenakan untuk melawat ke dalam gereja ini. Kita juga diberi sebuah audio penerangan dalam Bahasa Inggeris untuk melawat ke dalamnya. Pengunjung lelaki juga diminta untuk membuka topi sebagai tanda hormat sewaktu melawat gereja ini.

Audio Guide yang diberi untuk melawat ke dalam Cave Church
Pemandangan di dalam gereja
Ruang gua di dalam gereja ini digunakan sebagai ruang-ruang sembahyang. Walau cuaca sejuk di luar, suhu di dalamnya kekal 20'C sepanjang masa disebabkan kehadiran air panas semulajadi di sekelilingnya.

Salah sebuah ruang sembahyang di dalam Cave Church
Statue of Our Lady yang memakai Crown of Hungary
Sebuah lagi ruang sembahyang di dalam Cave Church
Pandangan ruang sembahyang dari sisi
Sebuah ruang di dalam gereja ini yang dinamakan Polish Chapel dibina oleh Polish Hungarian Brotherhood pada tahun 1994 sebagai tanda terima kasih kepada gereja kerana menumpangkan paderi dari negara tersebut semasa peperangan.

Polish Chapel
Helang ini adalah Heraldic Animal bagi negara Poland
St Elizabeth
Seorang saint dari Hungary, St Elizabeth yang terkenal dengan kisah Miracle of Roses turut diberi penghormatan di gereja ini. 

Elizabeth adalah anak kepada King Andrew II of Hungary dan Gertrude of Merania. Dia terkenal sebagai seorang wanita yang pemurah dan sering bersedekah roti kepada orang miskin. Perbuatan Elizabeth yang sering bersedekah ini diketahui oleh suaminya, Ludwig yang juga seorang bangsawan. Ludwig tidak pernah menghalang perbuatan isterinya tetapi sikap pemurah Elizabeth ini tidak disenangi oleh bangsawan yang lain.

Suatu hari sewaktu Elizabeth sedang dalam perjalanan hendak bersedekah roti kepada penduduk miskin, dia terserempak dengan suaminya dan rakan-rakan beliau yang sedang pulang dari berburu. Untuk membuktikan cerita yang pernah mereka dengar kononnya Elizabeth sering mencuri roti dari dapur istana untuk diberi kepada penduduk miskin, rakan-rakan Ludwig meminta Elizabeth untuk menunjukkan apa yang sedang disembunyikan di bawah jubahnya. Bila jubah Elizabeth terbuka, terburai keluar bunga-bunga ros dan bukan roti seperti yang disangka. Kejadian ini seolah-olah membuktikan kepada Ludwig yang perbuatan isterinya itu mendapat restu dari Tuhan.

Miracle of Roses
Penganut Katholik sedang bersembahyang
Muzium kecil di dalam Cave Church
Antara artifak yang dipamerkan di dalam muzium.
Kepala St Istvan
Pandangan dekat kepala St Istvan
Pintu keluar dari gereja

Part 75: Vaci Utca

Selepas melawat Cave Church, kami berjalan kembali menyeberang Liberty Bridge untuk kembali ke Central Market Hall.

Menyeberang Liberty Bridge sekali lagi
Pemandangan dari Liberty Bridge
Setibanya kembali ke Pest, kami membuat keputusan untuk bersiar-siar di Vaci Utca, sebuah pedestrian street yang terletak tidak jauh dari Central Market Hall. Vaci Utca ini sangat panjang, dan seperti juga pedestrian street di mana-mana juga, dipenuhi dengan pelbagai kedai yang disasarkan kepada pelancong.

Vaci Utca
Satu lagi pemandangan di Vaci Utca
Kedai-kedai di Vaci Utca
Kami tak membeli apa-apa pun di Vaci Utca. Sebaliknya, kami hanya masuk ke sebuah bakeri berhampiran untuk membeli roti sebagai bekalan makanan tengahari untuk perjalanan seterusnya di Eropah Timur ini. 

Kami akan meninggalkan Hungary pada esok pagi menuju ke dua buah negara lagi dalam perjalanan kami: Austria dan Germany. Kami telah diberitahu oleh Tour Leader yang makan tengahari agak sukar diperolehi dalam perjalanan yang seterusnya. Maka, eloklah kita membuat persiapan mencari roti sebagai bekalan dalam perjalanan.

Kedai roti yang kami kunjungi bernama Friss Pékség. Lupa pulak nak ambil gambar kedai roti ini dari luar. Jadi kita gunalah gambar dari Google Street View untuk dijadikan kenangan...

Kedai roti Friss Pékség (ihsan dari Google Street View)
Pemandangan di dalam kedai roti Friss Pékség
Satu lagi pemandangan di dalam kedai roti Friss Pékség
Roti yang dibeli dari Friss Pékség
Misi yang seterusnya ialah menukar baki Hungarian Forints yang ada kepada Euro. Makan malam ini dah termasuk di dalam pakej lawatan dan kedua-dua negara yang kami akan kunjungi selepas ini, Austria dan Germany menggunakan matawang Euro. Jadi, kita tukar sajalah semua baki duit Forints yang ada kepada Euro.

Part 76: Dinner Di Star Kebab

Makan malam ini juga disediakan di Star Kebab. Kata Tour Leader, makan malam kami sepatutnya disediakan di sebuah restoran India. Walau bagaimanapun, tempahan kami pada saat-saat akhir telah dibatalkan oleh restoran tersebut kerana mereka mempunyai masalah paip air pecah. Mujurlah Star Kebab sedia menerima tempahan kami pada saat-saat akhir.

Star Kebab sekali lagi
Sup dan Roti
Fish & Chips
Nasi Goreng dengan Lauk Ayam
Tak kisahlah walau berkali-kali makan di Star Kebab sebab semua masakannya memang sedap.

Baki 400 Forints yang terakhir yang tak dapat ditukarkan kepada Euro digunakan untuk membeli sebotol Nestea Ice Tea Peach yang sangat sedap ini.
Pemandangan di dalam restoran Star Kebab
Poster konsert penyanyi terkenal Hungary di luar restoran Star Kebab
Menuju kembali ke Leonardo Hotel.


 Bersambung ke Bhg. 18...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):