Saturday, 9 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 09 (Prague - Bratislava)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(CZECH REPUBLIC: Karlovy Vary & Prague)

Bahagian 9: Czech Republic (7)
PRAGUE (Prague Lesser Town & Perjalanan Ke Bratislava)

HARI KEEMPAT (2)

Part 37: Prague Castle Gate

Selepas melawat St George's Basilica, kami bergerak meninggalkan Prague Castle melalui Gate Utama di Courtyard Pertama.

Tangga masuk ke Pejabat Rasmi Presiden Czech Republik.
Sewaktu kami tiba di Prague Castle awal pagi tadi, kami diingatkan oleh Tomas untuk menjaga barangan peribadi masing-masing kerana kawasan Prague Castle terkenal sebagai sarang penyeluk saku. Sewaktu nak meninggalkan Prague Castle inilah salah seorang ahli rombongan kami menyedari yang dia telah menjadi mangsa penyeluk saku. Memang licik penyeluk saku ni kerana kami sentiasa bergerak bersama dalam satu kumpulan dan tak seorang pun antara kami yang menyedari bila kejadian ini berlaku. Namun syukurlah yang beliau hanya kehilangan dompet dan bukan dokumen penting seperti passport. 

Menuju ke Gate Utama untuk keluar dari Prague Castle
Pemandangan Gate Utama dari luar. Gate ini dihiasi dengan patung Fighting Giants.
Kawasan di luar Gate Utama ini dinamakan Castle Square. Bertentangan dengan pintu masuk ini adalah sebuah bangunan yang dinamakan Salm Palace. 

Salm Palace
Patung yang berdiri di depan Salm Palace adalah Tomáš Garrigue Masaryk, presiden Czechoslovakia yang pertama. Dia terkenal dengan slogannya yang berbunyi: Nebát se a nekrást yang bermaksud: "Do Not Fear And Do Not Steal".

Tomáš Garrigue Masaryk, presiden Czechoslovakia yang pertama
Nebát se a nekrást (Do not fear and do not steal) adalah motto President Masaryk.
Tuscany Palace, sebuah lagi bangunan cantik yang terdapat di Castle Square
Pemandangan bandaraya Prague yang cantik dapat dilihat dari sini. Kawasan kota lama yang dilihat di bawah sana dikenali sebagai Prague Lesser Town. Seperti juga Prague Old Town di seberang sana Sungai Vltava, ia juga bersejarah.

Pemandangan Kota Prague dari luar pagar Prague Castle
Binaan yang menyerupai Eiffel Tower di puncak bukit di seberang sana adalah Petřín Lookout Tower yang dibina sempena Jubilee Exhibition 1891.
Ada bangunan-bangunan moden yang dibina di kejauhan sana
Kawasan di kaki bukit ini dinamakan Prague Lesser Town
Bangunan menara Gereja St Nicholas di bawah sana digunakan oleh komunis Soviet Union untuk mengintip aktiviti yang berlaku, terutamanya di Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak berhampiran.
Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat yang dilihat dari pintu Prague Castle
Pandangan dekat menara Gereja St Nicholas yang digunakan oleh spy Soviet Union pada masa dahulu.
Pelancong Yahudi di Prague Castle
Starbucks Coffe di luar pagar Prague Castle
Menara moden di sebelah kiri adalah Menara Transmisi TV. Ada sebuah bilik penginapan mewah bertaraf hotel di menara ini yang boleh disewa untuk penginapan.

Part 38: Prague Lesser Town

Dah puas melihat kotaraya Prague dari atas bukit di Prague Castle, Tomas membawa kami turun ke Lesser Town menggunakan sebuah tangga batu lama. Tangga ini dibina menggunakan tangan pada zaman dahulu kala, jadi ia tidak rata dan agak merbahaya dalam cuaca yang lembap seperti ketika itu.

Papan tanda di luar Prague Castle
Tangga dari Prague Castle untuk menuju ke Prague Lesser Town
Kami dinasihatkan untuk berhati-hati sewaktu menggunakan tangga ini kerana ia sangat licin pada masa hujan.
Lubang-lubang kecil pada tembok ini adalah sebahagian sistem pertahanan Prague Castle. Dari sinilah pemanah akan memanah musuh yang datang menyerang.
Berjalan turun ke Prague Lesser Town
Pemandangan Prague Lesser Town dah muncul di bawah sana.
Semakin hampir ke Prague Lesser Town
Kedai minuman di tepi tangga
Kedai cenderamata. Sklo adalah perkataan Czech yang bermaksud kaca.
Semakin banyak kedai ditemui di kaki tangga
Ini adalah bar tertua di Prague. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 1375
Wine Barrel di depan pub tertua di kota Prague.
Pemandangan di penghujung tangga di Prague Lesser Town
Semakin banyak kedai-kedai yang menarik di sini.
Gereja St Nicholas
Black Eagle Pharmacy ini adalah farmasi tertua di kota Prague
Burung Helang di pintu masuk ke farmasi.
Menyeberang jalan di depan Black Eagle Pharmacy
Iklan konsert muzik klasik
Pintu masuk ke St Nicholas Church
Patung di depan St Nicholas Church
Kafe di tepi jalan
Restoran yang menjual makanan tradisional Czech
Lalu di tepi kedai
Goulash adalah makanan tradisional yang berasal dari Hungary
Cellar di bawah sebuah restoran yang dapat dilihat dari kaki lima kedai
Kereta antik yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Prague Lesser Town
Kawasan ini dinamakan Lesser Town Square
Kristal Bohemia sangat terkenal di seluruh dunia
Tram di Prague Lesser Town
Kedai Wain dan Makanan
Pintu gerbang menuju ke Charles Bridge
Kedai Trdelnik
Trdelnik adalah kek gulung tradisional Czech
Gereja di sana adalah milik Knights of Malta, salah sebuah pasukan Tentera Salib yang berperang dengan Tentera Islam di Timur Tengah dalam Perang Salib.
Tour Guide kami, Tomas dengan The Ripper di belakangnya.
Kedai Trdelnik lagi.
Kedai Ais Kerim Trdelnik
Joker

Part 39: Charles Bridge & Prague Old Town

Dari Prague Lesser Town, kami menyeberang Charles Bridge menuju ke Prague Old Town di seberang Sungai Vltava. Tidak seperti di Prague Old Town yang hanya ada sebuah menara, Charles Bridge mempunyai dua buah menara di sebelah Prague Lesser Town.

Charles Bridge di sebelah Prague Lesser Town mempunyai dua buah menara: Lesser Town Bridge Tower (kiri) dan Judith Bridge (kanan).
Menara yang lebih tinggi dinamakan Lesser Town Bridge Tower. Ia dibina betul-betul menyerupai Old Town Bridge Tower di seberang sana. 

Menara yang lebih rendah pula dinamakan Judith Tower, yang dinamakan sempena isteri King Vladislav I. Sebelum Charles Bridge dibina, ada sebuah jambatan dibina dari Judith Tower ini menyeberang Sungai Vltava. Jambatan ini telah musnah dalam satu kejadian banjir pada tahun 1342 dan diganti dengan pembinaan Charles Bridge.

Pintu gerbang di bawah menara Lesser Town Bridge Tower. Perhatikan yang wanita di depan ini sedang makan Trdelnik.
Pintu masuk ke dalam LesserTown Bridge Tower
Lesser Town Bridge Tower ini boleh didaki jika kita ingin berbuat demikian.
Pemandangan di atas Charles Bridge
Patung saints di atas Charles Bridge
Menyeberang Charles Bridge menuju ke Prague Old Town
Nampak tak patung Tentera Ottoman di sebelah kiri itu?
Pulau buatan manusia di Sungai Vltava yang dinamakan Kampa Island terletak lebih hampir kedudukannya dengan Prague Lesser Town berbanding Prague Old Town. Terusan air yang memisahkan pulau ini dengan Prague Lesser Town dinamakan Devil's Stream.

Kampa Island
Pemandangan di Kampa Island
Ada cerita menarik di sebalik nama Devil's Stream. Konon ceritanya nama ini bermula dari sebuah rumah yang dipanggil At The Seven Devils. Wanita yang tinggal di rumah ini dikatakan berperangai jahat, lalu kanak-kanak tempatan telah melukis 6 Devils pada pintu rumah ini. Devil yang ketujuh adalah wanita tersebut sendiri yang menyebabkan rumah itu dipanggil At The Seven Devils.

Devil's Stream
Kincir air di Devil's Stream ini dinamakan Grand Priory Water Mill dan dimiliki oleh Knights of Malta pada masa dahulu.

Grand Priory Mill yang pada masa dahulu dimiliki oleh Knights of Malta.
Pelukis potret di atas Charles Bridge
Semakin hampir ke Prague Old Town
Notis mengenai pembaikan patung St Vincent of Ferrera dan St Procope
Sungai Vltava
Pemandangan di Sungai Vltava
Pemuzik jalanan
Swans
Pemandangan sebahagian Prague Old Town dari Charles Bridge
Kumpulan pemuzik di atas Charles Bridge
Penghujung Charles Bridge di sebelah Prague Old Town
Old Town Bridge Tower
Setibanya di Prague Old Town, Tomas membawa kami menuju ke Wenceslas Square.

Pemandangan di Prague Old Town
Cenderamata menarik yang dijual di Prague Old Town
Astronomical Clock yang dibuat dari cokelat.
Astronomical Clock yang sebenar
Menyusuri lorong sempit di Prague Old Town
Kedai-kedai di Prague Old Town
Made By Praha

Part 40: Wenceslas Square

Tomas menamatkan khidmatnya di Wenceslas Square. Terima kasih kepada Tomas atas penerangan yang diberi sewaktu kami melawat Prague Castle tadi. Memang dia seorang Tour Guide yang bagus. Walaupun khidmatnya singkat, banyak maklumat yang kami perolehi dari beliau tentang sejarah silam Prague.

Koruna Palace di Wenceslas Square
Setibanya di Wenceslas Square, kami dipimpin oleh Tour Leader kami, Rozana menuju ke Prague Islamic Centre yang kami kunjungi semalam untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Kesempatan ini juga kami ambil untuk makan tengahari di Restoran Barakat dekat Pusat Islam ini.

Menyusuri Wenceslas Square menuju ke Pusat Islam Prague
Persembahan Human Statue di Wenceslas Square
Lunch di Restoran Barakat
Seperti semalam, kami membeli sepinggan Nasi Briyani Ayam yang dikongsi berdua
Pusat Islam Prague di belakang Restoran Barakat
Bersolat di Pusat Islam Prague
Selepas menunaikan Solat dan makan tengahari, kami menunggu bas di tempat yang ditetapkan di Wenceslas Square.

Pemandangan dari tempat menunggu bas di Wenceslas Square
Sementara menunggu bas tiba, kita ambil kesempatan membaca sejarah tentang Wenceslas Square yang tertera di papan kenyataan berhampiran...

Banyak titik sejarah Prague bermula di Wenceslas Square
Wenceslas Square bermula sebagai sebuah Pasar Jualan Kuda
1848 - Permulaan penentangan terhadap pemerintahan Empayar Austro-Hungary
1890 - Pembinaan National Museum
1918 - Pengisytiharan Kemerdekaan Czechoslovakia di Wenceslas Square
1939 - Pendudukan Nazi di Prague
1945 - Prague Uprising dan Tamat Perang Dunia Kedua
1948 - Komunis mengambilalih kuasa
1968 - Penaklukan Oleh Soviet Union
1969 - Seorang pelajar bernama Jan Palach membakar diri di Wenceslas Square untuk membantah penaklukan Soviet
1989 - Velvet Revolution
2014 - Wencelas Square kini
Goodbye, Prague! Bas tiba pada pukul 2.30 petang untuk membawa kami ke destinasi kami yang seterusnya dalam Kembara Eropah Timur ini, Bratislava yang terletak di negara Slovakia.

Tram di Wenceslas Square
Meninggalkan Wenceslas Square
Meninggalkan Prague
Good King, Wenceslas

Part 41: Perjalanan Ke Bratislava

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Bratislava yang terletak kira-kira 328 km dari Prague. Keseluruhan perjalanan dengan bas ke sana memakan masa kira-kira 3 jam 30 minit.

Perjalanan bermula ke Bratislava
Meninggalkan Prague
Menuju ke Bratislava
Perkampungan Czech dalam perjalanan ke Bratislava
Bendera Czech Republic
Lebuhraya
Peraturan di Eropah (dan juga di Jepun) menetapkan supaya pemandu bas membuat perhentian rehat setiap 2 jam perjalanan. Oleh kerana perjalanan ke Bratislava memakan masa lebih 2 jam, bas kami membuat satu perhentian rehat di sebuah tempat yang bernama Stránecká Zhoř yang masih terletak di Republik Czech.

Perhentian rehat di Stránecká Zhoř
Meneruskan perjalanan ke Bratislava

Part 42: Tiba Di Bratislava

Kami tiba di Bratislava pada pukul 6.30 petang. Suasana telah pun gelap ketika itu.

Masih menuju ke Bratislava
Tiba di Britislava
Bratislava adalah ibu negara Slovakia. Sesuatu yang diperhatikan sewaktu pertama kali kami tiba di Bratislava ialah pengaruh komunis yang masih tebal. Ada banyak bangunan zaman komunis diperhatikan di Bratislava. Seperti Republik Czech, Slovakia juga pernah diperintah oleh komunis dari Soviet Union sewaktu mereka dikenali sebagai Czechoslovakia.

Pemandangan malam di Bratislava
Agenda pertama kami di Bratislava ialah makan malam. Oleh kerana bas tak dapat menghantar sehingga ke depan pintu restoran, kami berjalan kaki ke sana.

Berjalan menuju ke restoran untuk makan malam.
Makan malam kami disediakan di sebuah restoran India yang bernama Ganesh Utsov. Ia terletak di sebuah pedestrian street di Bratislava. Namun disebabkan hari telah malam, suasana sekeliling sepi sekali.

Restoran Ganesh Utsov di Bratislava
Restoran Ganesh Utsov menyediakan masakan India.
Pemandangan di dalam restoran
Satu lagi pemandangan di dalam restoran
Sajian makan malam di Bratislava
Dessert yang sangat sedap
Meninggalkan restoran selepas makan malam.
Suasana Pedestrian Street di depan Restoran Ganesh Utsov
Macam ada Crime Scene di sini... Mungkin ada seorang lelaki mabuk ditemui mati di sini sambil memegang botol arak.
Berjalan kembali mendapatkan bas
Perhiasan sempena Halloween
Bas menunggu di sini.
Selepas makan malam, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Hotel Bratislava di mana kami menginap di sana selama satu malam.

Kaunter pendaftaran di Hotel Bratislava
Suasana sewaktu kami tiba di hotel
Menunggu check-in ke bilik penginapan.
Bilik penginapan kami di Hotel Bratislava


Bersambung ke Bhg. 10...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):