Thursday 14 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 14 (Citadel & Buda Castle)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(HUNGARY: Budapest)

Bahagian 14: Hungary (3)
BUDAPEST (Budapest City Tour, Citadel & Buda Castle)

HARI KEENAM (1)

Part 59: Hotel Leonardo

Di Budapest, kami menginap di Hotel Leonardo yang terletak di kawasan pusat bandar Budapest.

Korridoor di depan bilik penginapan
Pintu masuk ke Hotel Leonardo
Restoran sarapan pagi di Hotel Leonardo
Pintu masuk ke restoran
Pelbagai pilihan roti untuk sarapan pagi
Croissant, telur rebus dan hash brown potato
Pilihan sarapan pagi yang standard bagi kami di Eastern Europe
Pemandangan taman dari tingkap restoran. Walau bagaimanapun, tak ada akses ke taman ini dari Hotel Leonardo.
Selepas bersarapan, kami berjalan-jalan di luar hotel. Hotel ini sebenarnya terletak di tengah-tengah sebuah kawasan perumahan. Ada banyak pangsapuri perumahan awam di sekeliling hotel ini.

Bergambar di lobi hotel
Hotel Leonardo
Pemandangan pangsapuri perumahan awam di sekeliling Hotel Leonardo
Pemandangan di depan hotel
Pintu masuk ke hotel
Lagi pengsapuri di depan hotel
Tak jauh dari hotel ada sebuah taman awam. Di situlah Myself dan Husband berkunjung pada pagi ini sementara menunggu waktu City Tour bermula.

Taman Awam berhampiran Hotel Leonardo di Budapest
Pemandangan pagi di taman awam
Taman ini cantik dan bersih
Bersiar-siar dengan anjing di taman
Sinaran mentari pagi
Bunga yang masih berkembang di taman
Musim luruh di Budapest
Bergambar di tengah taman
Autumn In My Heart
Bergambar dengan dedaunan yang berguguran
Cantik dan damai
Mesin bayaran untuk menyewa basikal
Basikal untuk disewa
Pemandangan bangunan pangsapuri dari taman
Cara pemasangan tingkap yang unik di Eropah
Selepas dah puas bersiar di taman, kami berjalan menyusuri kawasan perumahan menuju ke jalan utama. Suasana di sana masih sunyi memandangkan hari masih awal pagi.

Menyusuri kawasan perumahan menuju ke jalan utama
Pemandangan di jalan utama
Suasana masih sunyi kerana hari masih awal pagi
Bangunan pangsapuri di jalan utama

Part 60: Budapest City Tour

Program Budapest City Tour pada hari ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Tour Guide kami pada hari ini adalah seorang wanita tempatan yang bernama Sophie yang datang memulakan tour dari hotel sendiri.

Kumpulan pelancong dari negara China yang menginap di Hotel Leonardo bersama kami sedang bersiap menuju ke destinasi yang seterusnya.
Local Tour Guide kami di Budapest yang bernama Sophie
Tram di Budapest
Pemandangan tram dari sisi
Sophie memulakan City Tour dengan membawa kami melawat ke Citadel yang terletak di sebelah Buda. Memandangkan hotel kami terletak di sebelah Pest, kami terpaksa menyeberang Sungai Danube untuk ke sana.

Menyeberang Sungai Danube menuju ke sebelah Buda. Jambatan yang keilhatan di dalam gambar adalah Rákóczi Bridge. Ia adalah jambatan terbaru dan terletak paling ke selatan di Budapest.
Pemandangan di sebelah Buda
Kawasan perumahan di sebelah Buda
Perkhidmatan tram di Buda
Patung King Stephen rasanya
Pandangan dekat patung King Stephen
Bas seterusnya membawa kami mendaki Bukit Gellert untuk menuju ke Citadel. Kawasan ini dipenuhi dengan rumah-rumah mewah. Di sebalik rumah-rumah mewah yang dilihat, terdapat juga beberapa perumahan yang dibina pada zaman komunis.

Gellert Hill
Tram lagi
Pemandangan di Gellert Hill
Perumahan di Gellert Hill
Gellert Hill kini dipenuhi dengan rumah-rumah mewah
Taman di Gellert Hill
Pemandangan Buda Castle di kejauhan
Mendaki ke Citadel
Masih mendaki ke Citadel
Kedai makan di Gellert Hill
 Arah ke Citadel

Part 61: Citadel

Citadel adalah sebuah kubu yang dibina oleh Dinasti Habsburg pada tahun 1854 setelah mereka berjaya menumpaskan pemberontakan rakyat Hungary yang cuba menggulingkan mereka.

Tiba di Citadel
Pemandangan bandaraya Budapest dari Citadel
Sungai Danube
Memang tak boleh dinafikan yang Budapest adalah antara bandaraya yang tercantik di dunia.
Pemandangan Buda Castle dari Citadel. Kita akan melawat ke sana selepas melawat Citadel.
Pemandangan musim luruh di Citadel
Walaupun pembinaan Citadel seolah-olah cuba mempertahankan rakyat Hungary, ia sebenarnya dibina untuk menunjukkan kekuasaan Habsburg ke atas mereka. Meriam dan senjata sengaja diletakkan di dalam Citadel menghala ke kedua-dua Buda dan Pest sebagai peringatan kepada rakyat Hungary supaya tidak lagi mengadakan sebarang pemberontakan. Pada tahun 1867, Austria dan Hungary membuat pakatan untuk membentuk sebuah Empayar dan Citadel diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Hungary. Dengan pantas, rakyat Hungary merobohkan sebahagian dinding Citadel untuk menunjukkan ia tidak lagi digunakan bagi tujuan ketenteraan.

Mengikut Sophie menuju ke Citadel
Gerai-gerai cenderamata
Citadel ini terbiar kosong sehingga Perang Dunia Kedua bila kedua-dua pasukan tentera Jerman dan Hungary menggunakannya sebagai kubu bersama melawan Tentera Bersekutu. Akhirnya, ia dikuasai oleh tentera Soviet Union yang menggunakan Citadel untuk menyerang tentera Nazi. Beberapa gambar bersejarah Budapest dapat dilihat pada tembok luar Citadel kini.

Gambar jambatan di Budapest yang rosak dalam pengeboman Perang Dunia Kedua.
Penaklukan Budapest oleh Soviet Union
Lagi pemandangan indah Budapest dari Citadel
Jambatan-jambatan di Budapest dapat dilihat dengan jelas dari Citadel
Mendengar Sophie bercerita tentang sejarah Citadel
Lagi pemandangan Buda Castle dari Citadel
Pemandangan Pest dari Citadel
Pemandangan keseluruhan Pest
Inilah kubu Citadel yang dibina oleh Dinasti Habsburg untuk mematahkan pemberontakan rakyat Hungary
Selepas tamat pemerintahan Habsburg, ia dikuasai oleh tentera Jerman, Hungary dan juga Soviet Union

LIBERTY MONUMENT

Satu mercu tanda yang dapat dilihat di Citadel ialah sebuah tugu yang dinamakan Liberty Monument. Ia dibina oleh Soviet Union pada tahun 1947 bagi meraikan "pembebasan" Hungary dari tentera Nazi.

Pemandangan Liberty Monument dari arah Citadel.
"Lady Liberty"
Tempat memanah di tepi Citadel
"Robin Hood"
Pemandangan bandaraya Budapest dari Citadel dan Liberty Monument sangat cantik. Kalau anda berada di sini macam kami, anda juga mesti tak boleh berhenti mengambil gambar dari berbagai sudut untuk dijadikan memori.

Kapal-kapal persiaran di tepi Sungai Danube
Pemandangan dari Liberty Monument
Patung "Lady Liberty" setinggi 14 meter pada monumen ini dibina dengan kedua-dua tangannya diangkat sambil memegang daun palma sebagai simbol kedamaian.

Liberty Monument
Simbol Kedamaian
Sebenarnya, monumen ini dikelilingi oleh patung-patung tentera Soviet yang memegang bendera dan machine-gun. Bila pemerintahan komunis tamat di Hungary pada tahun 1989, kesemua patung Soviet di Budapest, termasuk patung-patung tentera ini dialihkan ke sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Monument Park. Hanya patung "Lady Liberty" dan dua rakannya sahaja yang dikekalkan.

Patung ini melambangkan "Progress"
Patung ini pula dipanggil "Evil" dan melambangkan kejatuhan komunis.
Simbol perdamaian
Progress
Evil
Platform pemerhatian
Pemandangan dari platform pemerhatian
The Blue Danube
Berjalan ke arah Citadel dari Liberty Monument
Lubang-lubang untuk menempatkan senjata pada masa dulu. Ia dibina menghadap ke kawasan Buda dan Sungai Danube
Berjalan kembali ke tempat bas
Bergambar kenangan di Citadel
Lubang-lubang senjata di Citadel
Gerai-gerai cenderamata
Antara cenderamata yang dijual
Meninjau kedai-kedai cenderamata
Berehat di tepi Citadel
Antara cenderamata yang dijual
Husband suruh tangkap gambar kat sini
Platform pemerhatian di sebelah bawah
Mengintai Buda Castle
Pemandangan Gereja Matthias dari Citadel
Tempat parking bas di depan sana
Magyar Posta
Pelancong-pelancong yang baru tiba
Bas Hop-On Hop-Off

Part 62: Buda Castle

Destinasi kami yang seterusnya ialah Buda Castle. Menuruni Bukit Gellert, kami melintasi sebuah kawasan taman yang luas.

Taman di Bukit Gellert
Pemandangan dari dalam bas
Restoran di Bukit Gellert
Rumah di Bukit Gellert yang dibina pada zaman komunis
Kembali ke kawasan Buda
Lagi taman yang indah
Kesan sejarah penaklukan Ottoman
Menghampiri Buda Castle
Tempat parking kenderaan di bawah Buda Castle
Satu ketika dulu ada sebuah istana lain pernah berdiri di sini. Istana tersebut menyaksikan banyak peristiwa bersejarah termasuk penaklukan tentera Ottoman selama 150 tahun. Penakluk Ottoman ditewaskan oleh Dinasti Habsburg. Untuk menjadikan Hungary lebih "Austria", rakyat Magyar diusir ke sebelah Pest dan digantikan dengan penduduk-penduduk Jerman. 

Raja Habsburg meruntuhkan istana lama dan menggantikannya dengan istana yang lebih hebat untuk menampakkan kekuasaan Austria. Istana ini menjadi kediaman raja-raja Habsburg selama 200 tahun sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Istana Habsburg musnah dalam pertempuran Perang Dunia Kedua dan digantikan dengan bangunan istana yang dilihat sekarang.

Kami tidak membuat persinggahan di Buda Castle yang sebenarnya. Hanya sekadar lalu dan melihat beberapa buah muzium di istana ini dari luar.

Museum of Military History. Bangunan muzium ini adalah sebahagian dari kompleks Istana Buda.
Patung-patung di hadapan Museum of Military History
National Library yang juga menggunakan sebahagian dari bangunan Buda Castle
Pintu masuk ke National Library
Sungai Danube
Hungarian National Gallery
Bangunan yang menempatkan Hungarian National Gallery ini adalah sebahagian lagi dari Buda Castle
Restoran di Buda Castle
Chain Bridge


Bersambung ke Bhg.15...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):