Tuesday, 12 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 12 (Budapest)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria

(HUNGARY: Budapest)

Bahagian 12: Hungary (1)
BUDAPEST (Perjalanan Ke Budapest)

HARI KELIMA (3)

Part 50: Perjalanan ke Budapest

Dari Bratislava, kami meneruskan perjalanan ke negara yang ke-4 dalam pengembaraan kami di Eropah Timur: Hungary. Destinasi kami di sana adalah ibukota Hungary yang bernama Budapest.

Lebuhraya menuju ke Hungary di Slovakia
Budapest terletak 189 km dari sini
Suhu di luar berada dalam lingkungan 16-18'C. Sangat nyaman.
Kawasan pertanian di Slovakia
Rusovce, sebuah bandar yang terletak berhampiran sempadan Hungary
Kawasan pertanian lagi
Persimpangan di lebuhraya
Perkampungan yang cantik di Slovakia
Bandar kecil dalam perjalanan
Sebuah lagi bandar kecil yang cantik di Slovakia
Dah tak ada kegiatan pertanian dijalankan di sini kerana cuaca dah semakin sejuk.
Semakin hampir ke sempadan Hungary

Part 51: Hungary

Sempadan Hungary hanya terletak kira-kira 30 minit dari Bratislava. Ada sebuah checkpoint di sempadan Hungary dan Slovakia, namun ia tidak lagi digunakan kini kerana Hungary dan Slovakia telah menganggotai Pakatan Schengen yang tidak memerlukan pemeriksaan passport untuk bergerak antara negara anggota.

Sempadan di sebelah Slovakia. Ia tidak lagi digunakan sekarang setelah kedua-dua negara Slovakia dan Hungary menganggotai Pakatan Schengen.
Persinggahan rehat di sempadan
Masuk ke negara Hungary
Pos sempadan di sebelah Hungary
Pos di sebelah Hungary ini juga tidak lagi digunakan
Lori membawa kenderaan baru
Keindahan negara Hungary sangat terserlah sejak kami masuk ke sempadan lagi. Cuaca di sini masih belum sejuk seperti negara-negara di sebelah barat seperti Germany dan Republik Czech. Matahari juga masih memancar terang di negara ini ketika itu.

Di Hungary juga, banyak terdapat kincir angin. Selama ini Myself sangka, cuma Belanda saja yang banyak kincir angin, rupa-rupanya di Hungary pun sama. Cuma bezanya, kincir angin di Belanda diperlukan untuk mengepam keluar air laut bagi mengelakkan banjir manakala kincir angin di Hungary adalah untuk menjana elektrik.

Banyak kincir angin moden dilihat sebaik masuk ke negara Hungary
Banyak sungguh kincir-kincir angin begini
Pemandangan ladang dan kincir angin
Lagi pemandangan kincir angin
Ladang Canola
Tidak seperti di Germany, Czech Republic dan Slovakia, kawasan pertanian di Hungary masih menghijau dengan tanaman pada ketika ini.
Kawasan ladang di Hungary
Aktiviti pertanian di ladang
Secara geografi, Hungary masih terletak di Central Europe. Ibu negaranya adalah Budapest dan ia mempunyai 10 juta penduduk. Negara yang bersempadan dengan Hungary adalah Slovakia, Ukraine, Romania, Serbia, Croatia dan Slovenia. Hungary menganggotai European Union (EU) semenjak tahun 2004 tetapi tidak menggunakan Euro sebagai matawang rasmi. 

Bahasa kebangsaan Hungary dipanggil Magyar (disebut: Maj-yar) dan negara ini dipanggil Magyarország (bunyi macam: Majya-ror-sahg) di dalam bahasa tersebut, sempena bangsa Magyar yang datang ke Hungary pada lewat kurun ke-9. Bahasa Magyar dianggap sebagai bahasa kedua di dunia yang paling sukar difahami selepas Bahasa Cina.

Papan tanda di lebuhraya di Hungary
Bahasa Magyar memang sukar difahami kerana sebutan berbanding ejaan dalam bahasa ini memang tak sama dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Pemandangan musim luruh di Hungary
Cantik
Memang memikat mata yang memandang
Kalau sebelum ini Myself berpandangan Switzerland adalah negara terindah yang pernah Myself dikunjungi, gelaran itu kini telah berpindah kepada Hungary.
Bahasa Magyar memang sukar difahami
Menghampiri bandar Győr.
Lebuhraya di Hungary
Kawasan pertanian yang menghijau
Persimpangan di lebuhraya
Masih menuju ke Budapest
Notis penutupan jalan keluar dari lebuhraya
Masih di lebuhraya
Kegiatan perladangan di Hungary
Rumput kering yang dikumpul untuk makanan haiwan pada musim dingin yang menjelang.
Pemandangan lebuhraya yang cantik
Kuari di tepi lebuhraya
Hijau
Lagi pemandangan lebuhraya yang indah
Perkampungan Magyar di kejauhan
Susur keluar lebuhraya

Part 52: Tiba di Budapest

Disebabkan tiada kesesakan di jalanraya, kami tiba di Budapest lebih awal dari jangkaan. Jika sepanjang jalan tadi kami dah terpukau dengan keindahan kawasan ladang di Hungary, keindahan pemandangan pertama di Budapest lebih membuatkan kami semakin terpana.

Tiba di Budapest
Pemandangan di pinggir bandar Budapest
Magyar adalah panggilan orang tempatan bagi Hungary
Semakin mendekati pusat bandar
Rumah kediaman yang dibina di zaman komunis
Suhu musim luruh sangat nyaman di Budapest, sekitar 16'C.
Pemandangan kota lama dah mula muncul sekarang
Lagi perumahan di zaman komunis
Semakin hampir ke pusat bandar
Perhentian bas di Budapest
Budapest (disebut: Bu-dah-pesht dalam Bahasa Magyar) menjadi ibukota Hungary pada tahun 1873. Ia adalah gabungan tiga buah bandar di pinggir Sungai Danube yang bernama Buda, Óbuda (Old Buda) dan Pest. Kota ini kini mempunyai 1.7 juta orang penduduk dan kemuncak tertinggi di kota ini adalah János Hill (527 m).

Tarikan utama di kota Budapest adalah Castle Hill (Várhegy), Parliament House (Országház) dan St. Stephen's Basilica. Kita akan melihat semua tarikan ini pada esok pagi. Selain itu, Budapest juga terkenal dengan dengan thermal spa yang banyak terdapat di sini. Kota ini juga mempunyai laluan subway yang tertua di Eropah.

Tram di Budapest
Menunggu tram di kawasan perumahan di Budapest
Tram
Memang excited bila melihat Sungai Danube di Budapest. Sungai Danube adalah sungai yang kedua panjang di Eropah dan Budapest ialah salah sebuah bandaraya yang terletak di tebing sungai ini. Pemandangan di tebing Sungai Danube di Budapest sangat indah sehingga ia diisytiharkan sebagai sebahagian dari World Heritage Site oleh UNESCO.

Pemandangan Sungai Danube di Budapest
Pemandangan di tebing Sungai Danube di Budapest sangat indah sehingga ia diisytihar sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.
Liberty Bridge adalah salah sebuah jambatan yang dibina merentasi Sungai Danube di Budapest
Melintas Liberty Bridge dengan bas
Pemandangan Sungai Danube dari atas Liberty Bridge
Kapal-kapal persiaran di Sungai Danube
Tiba di kawasan bersejarah Budapest
Pemandangan Liberty Bridge ini memang sangat cantik
Kawasan bersejarah di kota Budapest
Rumah-rumah yang cantik di tebing Sungai Danube
Kawasan komersil di Budapest
Satu lagi pemandangan di kawasan komersil Budapest
Bunga-bunga yang cantik di Budapest
Pemandangan lewat petang di pinggir Sungai Danube
Taman di tebing sungai
Bangunan kaca ini dinamakan Budapest Whale. Ia adalah sebuah pusat membeli-belah.
Bangunan lama di sebelah Budapest Whale
Bang & Olufsen Budapest
Whale Budapest
Central Market Hall
Mentari terbenam di Sungai Danube
Kapal persiaran di Sungai Danube
Bangunan di seberang sana Sungai Danube
Dah tak sabar nak menjelajah Budapest...


 Bersambung ke Bhg.13...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):