HARI KETIGA (4)
Part 26: Wenceslas Square
Wenceslas Square bermula sebagai sebuah pasar kuda di Prague. Kota pertahanan Prague juga pernah berdiri di sini satu ketika dahulu dengan pintu masuk utama ke kota yang dinamakan Horse Gate. Dengan perlahan-lahan, pasar kuda ini mula berkembang dengan perniagaan lain dan seterusnya tempat ini dinamakan Wenceslas Square pada tahun 1848.
Mercu tanda utama di Wenceslas Square adalah patung King Wenceslas yang sedang menunggang kuda. Baginda adalah Duke of Bohemia yang memerintah sekitar tahun 900 dan sangat disayangi oleh rakyatnya. King Wenceslas diangkat menjadi patron saint bagi Wilayah Bohemia setelah baginda mati dibunuh oleh adiknya sendiri yang merupakan seorang pagan. Oleh kerana baginda sangat disayangi rakyat Czech, patungnya banyak didirikan di merata-rata tempat.
|
King Wenceslas |
Empat patung yang didirikan di kaki Patung King Wenceslas pula adalah patung St Ludmila, St Agnes, St Procopius dan St Adalbert. St Ludmila adalah nenek kepada King Wenceslas yang telah membesarkan baginda dan mengajar ajaran Kristian kepada King Wenceslas. Beberapa plak peringatan kepada rakyat Czech yang mati sewaktu pemerintahan Komunis 1948-1989 turut diletakkan di kaki patung ni.
|
Empat patung di kaki King Wenceslas adalah St Ludmila, St Agnes, St Procopius dan St Adalbert. |
Wenceslas Square juga menjadi saksi perjuangan rakyat Czech untuk membebaskan negara mereka dari pemerintahan Empayar Habsburg dan seterusnya dari cengkaman komunis Soviet Union. Demonstrasi secara besar-besaran pada tahun 1918 di sini membawa kepada penubuhan negara Czechoslovakia yang merdeka selepas diperintah oleh Empayar Habsburg dari Austria selama 392 tahun.
Perhimpunan-perhimpunan pro-Nazi pada Perang Dunia Kedua juga diadakan di sini pada 1938-1945. Pada tahun 1968, penaklukan oleh USSR juga bermula di sini apabila kereta kebal Soviet melanggar Wenceslas Square. Velvet Revolution yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan komunis juga bermula di sini pada tahun 1989.
|
Wenceslas
Square menjadi saksi pelbagai sejarah perjuangan rakyat Czech
untuk membebaskan negara mereka dari pemerintahan Empayar Habsburg dan
Komunis USSR. |
Hotel Evropa yang terletak di tengah-tengah Wenceslas Square juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di hotel inilah seorang kerani yang bertugas di London Stock Exchange yang bernama Nicholas Winton menyabung nyawa menyelamatkan 699 kanak-kanak Yahudi dari tentera Nazi secara rahsia.
Sewaktu Winton melawat Prague pada tahun 1938, dia terkesan dengan bilangan pelarian Yahudi yang semakin bertambah dan kemaraan tentera Hitler ke situ. Dengan bantuan beberapa kenalannya, Winton mendapat bantuan dari Kerajaan British yang bersetuju untuk menawarkan bayaran 50 Pound kepada mana-mana keluarga British yang bersetuju untuk mengambil anak-anak Yahudi dari Prague sebagai anak angkat.
|
Hotel Evropa |
Winton mengatur operasinya secara rahsia dari Hotel Evropa sebelum ketibaan tentera Hitler. 699 kanak-kanak Yahudi berjaya diselamatkan dengan menggunakan 8 buah keretapi sebelum tentera Nazi tiba di Prague. Walau bagaimanapun, usaha Winton ini berakhir bila perjalanan 250 orang kanak-kanak dengan keretapi yang ke-9 berjaya dipintas oleh tentera Nazi pada 3 September 1938 sehingga menyebabkan kesemua mereka terbunuh. Pada tarikh yang sama, Britain secara rasmi menyertai Perang Dunia Kedua.
Mengikut sejarah, usaha Winton inilah yang membawa kepada penubuhan Kindertransport Movement yang telah menyelamatkan 10,000 kanak-kanak Yahudi di Eropah dari penindasan tentera Nazi. Sebagai penghargaan kepada Winton, patung beliau telah didirikan di Stesen Keretapi Prague dan di Liverpool Station di London yang merupakan stresen terakhir perjalanan kanak-kanak ini.
|
Pintu masuk ke stesen keretapi di Wenceslas Square |
Walaupun dipenuhi dengan sejarah hitam yang memedihkan, Wenceslas Square kini telah menjadi pusat komersil yang sibuk di Prague. Pelbagai kedai dan butik-butik mewah terdapat di sini. Ia juga telah menjadi antara tarikan pelancongan yang terpenting di kota Prague.
|
Wenceslas Square kini dipenuhi dengan pelbagai butik mewah |
|
Berjalan menuju ke Prague Old Town |
|
Hotel Ramada |
|
Banyak pejabat pelancongan seperti ini terdapat di Prague. |
|
Food Outlet di Wenceslas Square |
|
Perhentian tram di Wenceslas Square |
|
Outdoor Cafe di Wenceslas Square |
|
I Love Prague |
|
Suasana kesibukan di Wenceslas Square |
|
Penghujung Wenceslas Square berdekatan Prague Old Town |
Part 27: Old Town Square
Prague Old Town terletak di penghujung Wenceslas Square jika kita berjalan ke sana dari arah National Museum. Kawasan ini dipenuhi bangunan-bangunan lama yang dibina di lorong-lorong yang sempit dan tidak boleh dimasuki kenderaan.
|
Pemandangan Prague Old Town dari Wenceslas Square |
|
Pemandangan ke arah Wenceslas Square dari Prague Old Town |
|
Human Statue |
Arah tujuan kami di Prague Old Town adalah Old Town Square. Namun agak sukar mencari arah ke sana di celah-celah bangunan dengan lorong-lorong cobblestone yang bersimpang-siur di sini. Dengan bantuan petugas di sebuah Tourist Information Centre yang sangat membantu, kami akhirnya berjaya menemui Old Town Square.
|
Salah sebuah pejabat Tourist Information Centre di Prague Old Town. Petugas di sini boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris. |
|
Berjalan lagi menuju ke Old Town Square |
|
Bangunan-bangunan lama dan lorong-lorong sempit di Old Town Square yang menarik. |
Mercu tanda utama di Old Town Square adalah Old Town Hall yang terkenal dengan jam besar yang dinamakan Astronomical Clock. Bangunan-bangunan lain yang terdapat di sini termasuklah Týn Church dan St Nicholas Church.
|
Old Town Square di Prague |
|
Astronomical Clock di Old Town Hall. Sebahagian besar bangunan Old Town Hall sedang ditutup untuk pembaikan. |
|
Jan Hus Memorial |
|
Týn Church mudah dikenali kerana ia mempunyai banyak menara. |
|
Pemandangan berhampiran Jan Hus Memorial di Old Town Square |
|
St Nicholas Church |
|
Terdapat banyak kedai dan restoran di sekitar Old Town Square |
|
Kereta kuda yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Kota Lama Prague |
JAN HUS MEMORIAL
Kami diberi Free Time selama 3 jam di Old Town Square. Tempat pertemuan kembali yang ditetapkan ialah di hadapan Jan Hus Memorial.
|
Jan Hus Memorial |
Memorial ini dibina untuk memperingati seorang pejuang agama Kristian Protestant di Prague yang bernama Jan Hus. Hus adalah seorang paderi yang lantang menentang kemewahan dan penyelewengan oleh Gereja Katholik dan Vatican. Bila pengaruh Hus bertambah, dia dibuang oleh Gereja Katholik. Hus telah pergi ke Constance di Germany untuk mempertahankan tindakannya di hadapan Council of Constance. Walau bagaimanapun dia telah dipenjara dan diisytiharkan sesat dan dihukum bakar hidup-hidup pada sebuah salib dalam tahun 1415.
|
Jan Hus |
Kematian Hus menimbulkan kemarahan di kalangan pengikutnya di Prague. Pengikut Hus - yang digelar Hussites - membalas dengan membakar biara dan gereja-gereja. Pemerintah Vatican, Pope Martin V menyeru pengikut Katholik di negara lain memerangi kelompok Hussites yang berfahaman Protestant ini sehingga menimbulkan peperangan Katholik-Protestant yang panjang.
Sewaktu Empayar Habsburg yang menganut agama Katholik enggan memberi pengiktirafan kepada memorial ini sewaktu pemerintahan mereka dahulu, rakyat Czech membantah dengan menimbunkan bunga di memorial ini. Sehingga kini, Memorial Jan Hus terus dianggap simbol penentangan oleh rakyat Czech.
ASTRONOMICAL CLOCK
Jika tak sah berkunjung ke Paris jika tak melihat Eiffel Tower, maka tak sah pula berkunjung ke Prague jika tak melihat Astronomical Clock. Jam ini dipasang pada bangunan Old Town Hall dalam tahun 1410 dan masih berfungsi sehingga sekarang. Cerita dongeng orang tempatan menceritakan pembuat jam ini telah dibutakan matanya supaya dia tak boleh membuat jam yang serupa lagi di mana-mana.
|
Astronomical Clock |
|
Alahai... kat sini pun ada renovation juga... |
Uniknya, walaupun ia adalah sebuah jam, kita tak boleh nak membaca waktu pada jam ini. Yang dapat dibaca adalah pergerakan matahari, bulan dan musim.
|
Astronomical Clock |
Seperti yang anda lihat, jam ini mempunyai dua muka. Jadi, apa sebenarnya yang boleh dibaca pada jam ini?
|
Muka atas jam menunjukkan peristiwa penting yang berlaku di cakerawala. |
Muka jam yang di atas menunjukkan peristiwa penting di cakerawala iaitu pergerakan matahari mengelilingi bumi, fasa-fasa bulan mengambang, equinox, musim, hari dan zodiak.
|
Calendar Dial |
Muka yang dibawah pula adalah Calendar Dial yang dipasang pada tahun 1870. Bahagian tengahnya mengandungi lambang Kota Lama Prague yang dikelilingi oleh 12 simbol zodiak. Dial ini akan berputar untuk memastikan tarikh hari ini berada di atas pada kedudukan zodiak... Susahkan nak baca? Tapi begitulah cara membacanya mengikut keterangan yang diberi.
|
Patung yang menggambarkan masyarakat medieval di Prague |
Empat patung yang dipasang pada muka atas jam melambangkan masyarakat medieval di Prague. Di sebelah kiri, Vanity yang memandang cermin melambangkan masyarakat yang mementingkan paras rupa manakala Jew yang memegang beg emas pula menggambarkan masyarakat yang tamak.
Di sebelah kanan, Death (si tulang rangka) memegang loceng amaran kematian manakala Turk yang memegang gitar melambangkan masyarakat yang mementingkan hiburan.
|
Dari kiri ke kanan: Vanity, Jew, Death dan Turk |
Patung Jew dan Turk yang dipasang pada jam ini menunjukkan persepsi orang tempatan terhadap oleh Yahudi (Jew) pada ketika itu yang dianggap sangat gemar mengumpul harta kekayaan dan orang Turki (penakluk Ottoman) yang dianggap sangat gemar berhibur.
Empat patung lagi yang ditunjukkan pada muka bawah jam pula adalah Chronicler, Angel, Astronomer dan Philosopher.
|
Dari kiri ke kanan: Chronicler, Angel, Astronomer dan Philosopher. |
Jam ini berbunyi tepat pada setiap jam dan dari tingkap yang terbuka di atasnya, akan berlalu Walk of the Apostles yang merupakan perarakan patung 12 Apostles yang kononnya memberi rahmat kepada kota Prague.
|
Menunggu Walk of the Apostles pada Astronomical Clock |
|
Memang ramai yang menunggu setiap kali jam hampir berbunyi. |
|
Patung Apostles yang menjenguk satu-persatu di tingkap jam dalam perarakan Walk of the Apostles. Perarakannya pendek sahaja ~ hanya berlalu dalam beberapa minit. |
|
Beginilah rupa sebenar patung Apostles yang menjenguk di tingkap tu... Setiap satunya sama tinggi dengan manusia biasa. |
Part 28: Menuju Ke Charles Bridge
Disebabkan kami mempunyai masa luang yang panjang di sini, Myself dan Husband membuat keputusan untuk berkunjung ke jambatan batu Charles Bridge yang terkenal di kota Prague. Dengan bantuan arah yang diberi oleh seorang petugas di sebuah lagi Tourist Information Centre di belakang Jan Hus Memorial, kami memulakan langkah ke sana.
|
Mencari jalan menuju ke Charles Bridge. |
Dalam perjalanan menuju ke Charles Bridge, ada beberapa landmark menarik di Prague Old Town yang kami temui. Salah sebuah di antaranya yang kami temui berdekatan dengan Astronomical Clock ialah Iron Fountain yang merupakan fountain tertua di sini.
|
Iron Fountain |
|
Pemandangan dekat Iron Fountain |
Tak jauh dari situ, ada sebuah rumah yang menarik yang dinamakan At The Minute (disebut: At The My-nute, bukan Minit). Sekali imbas memanglah kita akan menyangka yang rumah ini dipanggil begitu sebab ia terletak dekat dengan Astronomical Clock. Sebenarnya, perkataan Minute pada rumah ini berasal dari pek-pek tembakau kecil yang dipanggil Minute (disebut: My-nute).
|
At The Minute |
|
Lukisan-lukisan menarik pada bangunan At The Minute |
|
Pemandangan sebahagian Gereja St Nicholas |
Laluan ke Charles Bridge dari Old Town Square tidak straight forward. Perlu melalui lorong yang berkelok-kelok. Masih ingat lagi panduan arah yang diberi oleh petugas di Tourist Information kepada kami: "Ikut saja laluan di depan Astronomical Clock dan kemudian jalan ikut arus orang ramai terus ke depan. Anda akan melihat ramai orang berjalan di sana. Mereka semua nak menuju ke Charles Bridge".
Anda juga akan menemui beberapa lagi Tourist Information Centre di lorong-lorong ini. Kalau dah rasa-rasa macam nak sesat, singgah saja di sana untuk mendapatkan panduan arah.
|
Kedai Souvenir |
|
"Ikut saja arus orang ramai-ramai tu... Mereka semua nak menuju ke Charles Bridge," kata petugas di Tourist Information Centre kepada kami. |
|
Sebuah lorong di Old Town Square |
|
Lagi pemandangan dalam perjalanan menuju ke Charles Bridge. |
|
Hahh... dah nampak menara Charles Bridge kat depan sana! |
Bersambung ke Bhg. 7...
CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Kembara Ke Eropah Timur (Kuala Lumpur --> Istanbul --> Frankfurt)
- Bhg. 02 [Hari 2] : Germany (1) - Frankfurt (Romerberg & Wertheim Village)
- Bhg. 03 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Karlovy Vary (Grandhotel Pupp, Hot Spring Colonnade & Market Colonnade)
- Bhg. 04 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Karlovy Vary (Mill Colonnade, Dvorak Park, Park Colonnade & Main Post Office)
- Bhg. 05 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Prague (Perjalanan Ke Prague & Prague City)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Prague (Wencelas Square & Prague Old Town Square)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Czech Republic (3) - Prague (Charles Bridge)
- Bhg. 08 [Hari 4] : Czech Republic (4) - Prague (Prague Castle, St Vitus Cathedral & Old Royal Palace)
- Bhg. 09 [Hari 4] : Czech Republic (5) - Prague (Prague Lesser Town & Perjalanan ke Bratislava)
- Bhg. 10 [Hari 5] : Slovakia (1) - Bratislava (Bratislava City & Bratislava Castle)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Slovakia (2) - Bratislava (Bratislava Old Town & Cordoba Culture Centre)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Hungary (1) - Budapest (Perjalanan Ke Budapest)
- Bhg. 13 [Hari 5] : Hungary (2) - Budapest (Central Market Hall & Liberty Bridge)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Hungary (3) - Budapest (Budapest City Tour, Citadel & Buda Castle)
- Bhg. 15 [Hari 6] : Hungary (4) - Budapest (Castle Hill, Trinity Square & Fisherman's Bastion)
- Bhg. 16 [Hari 6] : Hungary (5) - Budapest (Andrassy Avenue, Heroes Square & River Danube Cruise)
- Bhg. 17 [Hari 6] : Hungary (6) - Budapest (Shoes On The Danube, Gellert Thermal Bath, Cave Church & Vaci Utca)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Austria (1) - Vienna (Schonbrunn Palace)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Austria (2) - Vienna (Vienna City Tour, Maria-Theresien-Platz & Hofburg Palace)
- Bhg. 20 [Hari 7] : Austria (3) - Vienna (Kohlmarkt, Graben & Hundertwasserhaus)
- Bhg. 21 [Hari 7] : Austria (4) - Vienna (Vienna Islamic Centre, St Stephen Cathedral & Karntner Strasse)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Austria (5) - Salzburg (Perjalanan Ke Salzburg)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Austria (6) - Salzburg (Mirabell Garden, Mozart Wohnhaus & Makartsteg)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Austria (7) - Salzburg (Salzburg Old City)
- Bhg. 25 [Hari 9] : Germany (2) - Schwangau (Perjalanan Ke Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Germany (3) - Schwangau (Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Germany (4) - Munich (BMW Welt & Marienplatz)
- Bhg. 28 [Hari 10] : Germany (5) - Dachau (Dachau Concentration Camp)
- Bhg. 29 [Hari 10] : Germany (6) - Dachau (Dachau Old Town)
- Bhg. 30 [Hari 10} : Penerbangan Pulang (Munich --> Istanbul --> Kuala Lumpur