Thursday, 21 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 21 (Karntner Strasse)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(Austria: Vienna & Salzburg)

Bahagian 21: Austria (4)
VIENNA (Vienna Islamic Centre, St. Stephen Cathedral & Karntner Strasse)

HARI KETUJUH (4)

Part 88: Vienna Islamic Centre

Papan tanda menuju ke Vienna Islamic Centre sangat jelas, namun untuk sampai ke sana bagi kenderaan setinggi bas kami agak mencabar kerana terdapat jambatan-jambatan rendah yang tak dapat dilepasi oleh bas. Memang suspen bila melihat pemandu bas kami, Peter berusaha mencari jalan yang  boleh dilalui oleh bas sedangkan waktu Asar ketika itu sudah hampir luput.

Jalan masuk ke Vienna Islamic Centre adalah jalan yang sama menuju ke Danube Tower (Donauturm).
Danube Tower
Bendera Austria
Hari dah semakin gelap bila akhirnya Peter berjaya menemui jalan yang boleh dimasuki oleh bas kami. Apa lagi, terkejar-kejar kami semua masuk ke dalam masjid kerana bimbang tak sempat menunaikan Solat Asar. Namun syukur Alhamdulillah kerana Allah permudahkan segala urusan bagi kami.

Islam Zentrum
Berkejar nak masuk ke masjid sebab waktu Asar dah hampir nak luput.
Vienna Islamic Centre
Kagum dan bangga melihat ada masjid yang besar begini di Vienna.
Signboard di pagar masjid
Nama masjid dalam Bahasa Jerman yang merupakan bahasa rasmi Austria.
Plak peringatan perasmian Vienna Islamic Centre
Kandungannya ditulis dalam Bahasa Jerman. Tak faham apa yang ditulis.
Pintu masuk ke ruang solat
Ruang Solat Lelaki
Ruang Solat Wanita. Biasalah kalau ruang solat wanita ni kecil berbanding ruang solat lelaki kerana di negara-negara selain dari Asia Tenggara, perempuan memang jarang sangat berkunjung ke masjid.
Pemandangan di pintu masjid
Satu lagi plak peringatan di masjid.
Sekali lagi kita tak faham sebab ditulis dalam Bahasa Jerman dan Arab.
Bunga di kawasan masjid
Vienna Islamic Centre sebenarnya dibina di tepi Sungai Danube
Pemandangan lorong masuk ke Vienna Islamic Centre dari tempat parking bas.
Warna-warna musim luruh dekat Vienna Islamic Centre

Part 89: St Stephen's Cathedral

Dari Vienna Islamic Centre, kami kembali ke pusat bandar Vienna dan diberi Free Time sehingga ke waktu makan malam.

Kembali ke pusat bandar
Bas menurunkan kami berhampiran St Stephen's Cathedral berhampiran pedestrian street Kohlmarkt dan Graben yang telah kami kunjungi pagi tadi. Ramai yang mengambil kesempatan bershopping di sini. Tapi Myself dan Husband mengambil kesempatan ini untuk melawat masuk ke St Stephen's Cathedral.

St Stephen's Cathedral
Bumbung gereja yang berwarna-warni turut menyerlah di malam hari begini.
Model St Stephen's Cathedral di depan gereja
Pemandangan model gereja dari depan
Seperti juga Cologne Cathedral yang pernah kami lawat dulu dan juga St Vitus Cathedral di Prague, suasana di dalam gereja agak gelap. Ini adalah kerana bumbung gereja sangat tinggi dan lampu hanya dipasang di dinding-dinding gereja saja. Bila masuk ke gereja pada malam begini, suasananya lebihlah gelap lagi.

Suasana dari pintu masuk ke St Stephen's Cathedral
Main Altar
Seperti di St Vitus Cathedral di Prague, laluan untuk pelawat disediakan di sebelah tepi gereja.
Suasana di Ruang Sembahyang Utama
Side Chapel
Ada banyak chapel kecil begini dalam Gereja St Stephen.
Satu lagi pemandangan di dalam gereja
Penganut Katholik menyalakan lilin untuk bersembahyang
North Side Aisle
Crucifix
Wiener Neustädter Altar
Sebuah shrine di dalam gereja
Stone Pulpit
Kotak derma di dalam gereja
Pemandangan dekat kotak derma gereja
Oleh kerana St Stephen's Cathedral adalah sebuah gereja Katholik, maka banyaklah lilin seperti ini di dalamnya
Maria Pötsch Icon

Part 90: Kärntner Strasse

Memandangkan pada sebelah siang tadi kami dah melawat ke Kohlmarkt dan Graben, pada malam ini kami memilih untuk bersiar-siar di sebuah lagi pedestrian street berhampiran St Stephen's Cathedral yang bernama Kärntner Strasse.

Menuju ke Kärntner Strasse
Kärntner Strasse
Pemandangan di Kärntner Strasse tak banyak berbeza dengan di Kohlmarkt dan Graben
Pemandangan di Kärntner Strasse lebih kurang sama saja dengan di Kohlmarkt dan Graben. Cuma yang istimewa di sini ialah terdapat beberapa buah butik kristal Swarovski.

Butik Swarovski di Kärntner Strasse
Pengunjung-pengunjung ke Kärntner Strasse

DONNERBRUNNEN FOUNTAIN

Berhampiran Kärntner Strasse, kita dapat melihat sebuah fountain yang dinamakan Donnerbrunnen Fountain. Ia dibina oleh City of Vienna pada tahun 1737.

Donnerbrunnen Fountain
Sewaktu pemerintahan Empress Maria Theresa, patung-patung yang menghias Donnerbrunner Fountain dianggap terlalu lucah untuk dijadikan perhiasan awam. Seorang artis bernama Johann Martin Fischer diarahkan untuk meleburkan kesemua patung tersebut. Fischer walau bagaimanapun tidak melaksanakan arahan ini kerana berpandangan patung-patung tersebut mempunyai nilai seni yang tinggi. Dia hanya membuat pengubahsuaian pada patung dan pada tahun 1801, kesemua patung ini diletakkan semula di tempat asalnya.

Patung-patung penghias Donnerbrunnen Fountain
Allegory of Providentia
Patung di tengah Donnerbrunnen Fountain dinamakan Allegory of Providentia yang bermaksud ramalan atau takdir. Providentia digambarkan sebagai ramalan bekalan air yang besar kepada kota Vienna. Patung-patung di sekeliling Providentia pula digambarkan sebagai sungai-sungai yang mengalir di Austria.

Kenangan di Donnerbrunnen Fountain
Suasana malam di Kärntner Strasse memang happening.
Ramai pelancong Asia dilihat di sini.
Sebuah lagi butik Swarovski di Kärntner Strasse
Perhiasan di pintu masuk ke Butik Swarovski
Penjual bunga di Kärntner Strasse

OPERA HOUSE

Kami berjalan di sepanjang Kärntner Strasse sehingga sampai ke Opera House yang terletak di penghujungnya. Bangunan Opera House ini kelihatan cantik di malam hari begini dengan dihiasi lampu-lampu yang menarik.

Opera House yang terletak di penghujung Kärntner Strasse
Salah sebuah pintu masuk ke Opera House
Bangunan Opera House ini pernah terkena serangan bom pada Perang Dunia Kedua bila pesawat pejuang Tentera Bersekutu tersilap sasaran dan menyangka bangunan ini adalah stesen keretapi. Bangunan ini rosak teruk tetapi dibina semula mengikut senibina asal.

Pancutan air yang cantik di luar bangunan Opera House
Kenangan malam bersama Opera House
Bangunan Opera House ini boleh dilawati secara Guided Tours sebenarnya. Kami sebenarnya teringin nak berbuat demikian kerana hiasan dalamannya dikatakan sangat cantik. Tapi kami tak jumpa tempat di mana Guided Tours ini dibuat. Jadi cukuplah dengan hanya menikmati keindahan bangunan dari luar saja.

Korridoor luar Opera House
Pemandangan keseluruhan Opera House dari Kärntner Strasse
Arah ke Muzium Albertina
Dah puas bersiar dekat Opera House, kami kembali menyusuri Kärntner Strasse menuju ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul semula.

Kärntner Strasse (disebut: Karntner Strass-ser)
Aida adalah sebenarnya nama sebuah persembahan opera terkenal yang pernah dipersembahkan di Vienna Opera House.
Kereta kuda
Pemandangan malam Sungai Danube

Part 91: Indian Village Restaurant

Dinner malam itu disediakan di sebuah restoran India yang bernama Indian Village Restaurant. Seperti juga di kebanyakan restoran lain yang kami kunjungi sebelum ini, bas tak dapat menghantar sehingga ke pintu restoran.

Berjalan menuju ke restoran untuk makan malam.
Melintasi Perpustakaan Universiti Vienna dalam perjalanan menuju ke restoran.
Pintu masuk ke Indian Village Restaurant
Pemandangan di dalam Indian Village Restaurant
Satu lagi suasana di dalam Indian Village Restaurant
Hidangan makan malam yang sangat menyelerakan.

Part 92: Hotel Exe Vienna

Selepas dinner, kami check-in ke hotel penginapan kami yang bernama Hotel Exe Vienna. Seperti juga Hotel Leonardo yang menjadi penginapan kami di Budapest dulu, hotel ini juga terletak di pusat bandar.

Check-in ke Hotel Exe Vienna.
Bilik penginapan kami di Hotel Exe Vienna.
Walaupun ia terletak di pusat bandar, bilik di hotel ini lebih lapang berbanding Hotel Leonardo di Budapest dulu.


 Bersambung ke Bhg.22...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):