Wednesday 13 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 13 (Liberty Bridge)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(HUNGARY: Budapest)

Bahagian 13: Hungary (2)
BUDAPEST (Central Market Hall & Liberty Bridge)

HARI KELIMA (4)

Part 53: Central Market Hall

Disebabkan kami tiba awal di Budapest, kami mendapat banyak masa yang terluang di sini. Oleh yang demikian, bas berhenti dan menurunkan kami berhampiran Liberty Bridge untuk membolehkan kami bersiar-siar di sekitar bandar.

Tempat parking bas berhampiran Liberty Bridge
Pemandangan Liberty Bridge dari tempat parking bas
Dari tempat parking bas, kami berjalan menuju ke Central Market Hall. Untuk ke sana, kita terpaksa melintas sebuah bangunan yang kini menjadi sebahagian dari kampus Universiti Budapest.

Tangga naik dari tempat parking bas.
Universiti Budapest
Bergambar di depan Universiti Budapest
Pemandangan indah di hadapan Universiti Budapest
Pemandangan Sungai Danube dan Liberty Bridge sangat cantik dilihat dari sini. Patung Burung Turul di kemuncak Liberty Bridge juga dapat dilihat dengan jelas. Burung Turul adalah burung mitos yang dikaitkan dengan legenda negara Hungary. 

Ukiran Burung Turul di kemuncak Liberty Bridge
Ibu kota Hungary yang asal adalah kota Ezsergom. Bila kota Eszergom diserang orang Tatar sekitar tahun 1200, King Bela IV memindahkan ibu kota Hungary ke Buda. Mengikut ceritanya, perpindahan ini diketuai oleh Burung Turul yang terbang dengan membawa pedang. Tempat di mana pedang ini dijatuhkan menjadi ibu kota yang baru.

Pemandangan bahagian belakang Central Market Hall dari bangunan Universiti Budapest
Pemandangan sebuah shopping centre yang dinamakan Whale Budapest dari belakang Central Market Hall
Penutup manhole yang cantik
Modern Art
Masih sebahagian kampus Universiti Budapest
Central Market Hall adalah pasar tertutup yang terbesar di Budapest. Ia menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana ia merupakan sebuah pusat membeli-belah, tetapi juga kerana ia mempunyai senibina yang menarik.

Disebabkan hari masih siang, Myself dan Husband membuat keputusan untuk bersiar-siar menikmati pemandangan di Liberty Bridge dulu sebelum melawat ke Central Market Hall. Namun, sebelum berbuat begitu, kami masih perlu singgah sebentar di sana untuk menggunakan tandas dan juga membuat pertukaran wang. Hungary tidak menggunakan matawang Euro, jadi terpaksalah kita mencari matawang Hungary yang dinamakan Forint di sini.

Central Market Hall
Pemandangan di bahagian belakang bangunan Central Market Hall
Tandas dalam Bahasa Magyar dipanggil Toalett.
Perlu berhati-hati bila berjalan di mana-mana juga di Budapest. Di bandar ini ada ramai orang Gipsi yang berasal dari Romania yang terkenal sebagai penyeluk saku yang hebat. Malah sewaktu kami nak menukar wang pun, ada seorang lelaki yang sentiasa mengekor kami. Pada mulanya kami menyangka yang dia adalah seorang penyeluk saku. Rupa-rupanya dia ingin menawarkan khidmat penukaran wang kepada kami. Tapi kami tak melayannya kerana bimbang nak berurusan dengan orang begitu. Paling risau kalau wang yang ditawar untuk dibuat pertukaran adalah wang palsu.

Matawang Hungary yang dipanggil Forint
Matawang Hungary dinamakan Forint dan nilai pertukarannya dengan Euro adalah lebih kurang 1 Euro = 312 Forint. Seperti juga matawang Czech yang dipanggil Koruna tu, matawang Forint memang sukar nak dicari di Malaysia.

Dah selesai membuat pertukaran matawang, kami merentas Central Market Hall untuk keluar mengikut pintu depan. Bila hari dah gelap nanti barulah kita datang balik ke sini untuk meninjau-ninjau apa yang ada di sini.

Suasana di Central Market Hall
Tingkat bawah Central Market Hall ini banyak menjual makanan mentah. Pada masa dahulu, pasar ini dibahagi kepada dua bahagian oleh sebuah jalan kereta kuda. Penjaja berjual di sebelah timur dan pemborong pula berjual di sebelah barat. Ada juga kawasan yang dikhaskan untuk penjual daging, ikan, ayam, sayur, buah-buahan, keju dan mentega. Tapi sekarang tiada lagi aturan begitu.

Bahagian tingkat bawah Central Market Hall ini banyak menjual makanan mentah.
Teringat kat Queen Victoria Market di Melbourne sewaktu berjalan di sini.
Gerai buah-buahan
Langsir yang tebal dan berat begini terdapat di semua pintu masuk ke Central Market Hall.

Part 54: Liberty Bridge

Liberty Bridge adalah jambatan ketiga yang dibina di Budapest untuk menyeberang Sungai Danube. Jambatan berwarna hijau ini adalah antara jambatan yang tercantik di kota ini.

Liberty Bridge
Pemandangan menghala ke depan sewaktu berjalan di Liberty Bridge.
Pemandangan Elisabeth Bridge dari Liberty Bridge
Pemandangan lebih dekat Elisabeth Bridge
Muzium kecil di atas Liberty Bridge
Liberty Bridge dibuka pada tahun 1896 sebagai sebahagian perayaan 100 tahun Hungary. Pada asalnya ia dinamakan sempena Emperor Franz Joseph, yang merasmikan jambatan tersebut dengan memasang paku yang terakhir yang diperbuat dari perak.

Bukit Gellert di seberang Sungai Danube
Liberty Monument di puncak Bukit Gellert
Pemandangan menghala ke Central Market Hall dari Liberty Bridge
Mengambil gambar di tengah Liberty Bridge
Kapal persiaran di Sungai Danube
Kapal persiaran di Sungai Danube seperti ini selalunya berlayar dari Budapest sehingga ke Vienna. Malah, ada yang berlayar lebih jauh dari itu.
Pauline Monastery di seberang Sungai Danube
Pemandangan Cave Church yang juga terletak di seberang Sungai Danube
Mentari terbenam di sebalik salib di atas Cave Church
Rudas Bath adalah salah sebuah spa mandian air panas yang terdapat di Budapest.
Pertengahan Liberty Bridge
Seperti jambatan lain yang menyeberang Sungai Danube di Budapest, Liberty Bridge menghubungkan dua bahagian kota ini yang terpisah oleh sungai tersebut: Buda dan Pest. Central Market Hall yang kami kunjungi tadi terletak di bahagian Pest.

Liberty Bridge menghubungkan dua kawasan di Budapest: Buda dan Pest
Berjalan menuju ke Buda
Arah Buda dan Pest di tengah jambatan
Pemandangan Elisabeth Bridge dengan berlatar belakangkan Buda Castle yang dilihat dari Liberty Bridge
Pemandangan ke arah Pest dari Liberty Bridge
Pemandangan keseluruhan Elisabeth Bridge
Cave Church terletak di penghujung Liberty Bridge di sebelah Buda
Pemandangan Bukit Gellert dengan Liberty Monument yang juga terletak bahagian Buda.

Tiba di penghujung Liberty Bridge di sebelah Buda
Pemandangan Gellert Thermal Bath and Hotel, juga di sebelah Buda
Penghujung Liberty Bridge di sebelah Buda
Pemandangan Liberty Bridge menghala ke Pest dari sebelah Buda.
Pemandangan dekat Cave Church
Pintu masuk ke Cave Church
Hampir tiba di Buda
Hungarian Coat of Arms di hujung jambatan di sebelah Buda.
Seperti juga jambatan-jambatan lain di Budapest, Liberty Bridge turut dimusnahkan dengan bom oleh tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Ia bagaimanapun telah dibina semula, mengikut rupa yang asal. Nama Liberty Bridge diberi kepada jambatan ini bila ia dibuka semula pada St Stephen's Day dalam tahun 1946.

Pemandangan Liberty Bridge menghala ke Pest
Selepas sampai di Buda, kita berjalan kembali menuju ke Pest dengan menyusuri jambatan di sebelah yang satu lagi pulak untuk melihat pemandangan di sana.

Pemandangan di sebelah Pest dari Liberty Bridge
Pemandangan Universiti Budapest dari Liberty Bridge
Pertengahan jambatan kembali ke Pest
Bergambar di Liberty Bridge
Hampir tiba ke Universiti Budapest. Bas kami parking di bawah sana.
Kapal-kapal cruise di Sungai Danube
Ukiran pada jambatan
Pemandangan di Pest
Itu dia bas kami sedang parking di sana
Bangunan dengan bumbung yang cantik ini adalah Central Market Hall
Bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan Pest.
Bergambar bersama Liberty Bridge

Part 55: Bersiar-siar di Danube Promenade

Masih awal lagi sewaktu kami tiba kembali ke Pest. Jadi kami membuat keputusan untuk berjalan menyusuri Danube Promenade di sepanjang bahagian Pest.

Pemandangan malam di Pest
Big Bus Budapest
Pemandangan Liberty Bridge di waktu malam
Danube Promenade
Kapal-kapal persiaran yang berlabuh di tepi Danube Promenade
Pemandangan Elisabeth Bridge dan Buda Castle
Bukit Gellert di waktu malam
Liberty Monument di waktu malam
Memang tak terkata keindahan Budapest di waktu malam.
Memang cantik
Kenangan bersama Liberty Bridge
Bersantai di Danube Promenade
Satu lagi kenangan di Budapest
Husband pun nak bergambar juga dengan Liberty Bridge
Salah sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di Budapest
Bas ini sedang menunggu ketibaan sebuah kapal persiaran untuk membawa penumpangnya ke destinasi yang seterusnya.
Mengintai ke dalam sebuah kapal persiaran di Sungai Danube
Selesa betul nampaknya
Kami berjalan sehingga hampir ke Elisabeth Bridge. Jambatan ini dibina pada tahun 1960-an untuk menggantikan sebuah jambatan besi yang musnah dalam Perang Dunia Kedua.

Elisabeth Bridge
Husband bergambar dengan berlatar belakangkan Elisabeth Bridge
Limo mewah
Elisabeth Bridge dinamakan sempena Elisabeth of Wittlesbach, Empress of Austria and Queen Consort of Hungary. Dia adalah permaisuri kepada Emperor Franz Joseph dan lebih popular dengan gelaran Sissi. Walaupun umumnya rakyat Hungary pada ketika itu tidak sukakan pemerintahan Habsburg dari Austria, Sissi sangat disayangi oleh rakyat Hungary kerana dia seorang yang cantik dan merendah diri. Sissi juga boleh bertutur dalam Bahasa Magyar, menyebabkan dia lebih disayangi oleh rakyat Hungary.

Elisabeth Bridge dinamakan sempena Elisabeth of Wittlesbach, Empress of Austria and Queen Consort of Hungary yang lebih dikenali sebagai Sissy.
Satu lagi kenangan di Budapest
Kami hanya menyusuri Danube Promenade sehingga sampai ke Elisabeth Bridge sebelum kembali ke Central Market Hall. Kalau diikutkan memang nak berjalan lagi menyusuri Danube Promenade ini, tapi takut tak sempat pulak nak melawat Central Market Hall seperti yang dirancang dalam masa yang tinggal. 

Kami tak berjalan menyusuri sungai lagi sewaktu pulang ke Central Market Hall. Sebaliknya, kami berjalan menyusuri kedai-kedai yang menghadap ke sungai. Laluan mengikut kedai ini lebih pendek berbanding laluan menyusuri sungai. Lupa pulak nak ambil gambar kedai-kedai ni untuk dijadikan kenangan.

Satu-satunya gambar yang diambil sewaktu menyusuri deretan kedai untuk kembali ke Central Market Hall

Part 56: Ke Central Market Hall Lagi

Seperti juga hampir keseluruhan kota Budapest, pemandangan malam Central Market Hall memang cantik.

Kembali ke Central Market Hall
Nama Central Market Hall dalam Bahasa Magyar
Bumbung Central Market Hall yang cantik
Satu lagi pemandangan bumbung Central Market Hall yang cantik
Kesibukan di depan Central Market Hall
Penunggang scooter yang sangat mengambil berat tentang keselamatan.
Dah puas melihat keindahan bangunan Central Market Hall dari luar, kita masuk ke dalam pula. Jika tadi kita dah melawat bahagian bawah pasar ini, sekarang kita melawat ke tingkat atas pula.

Pintu masuk ke Central Market Hall
Escalator naik ke tingkat atas
Pemandangan dari escalator
Pemandangan di tingkat atas
Pemandangan dari tingkat atas Central Market Hall
Jika bahagian bawah Central Market Hall dipenuhi gerai-gerai yang menjual bahan makanan mentah, tingkat atas ini pula dipenuhi kafetaria dan gerai-gerai cenderamata.

Kafetaria di tingkat atas Central Market Hall
Suasana di tingkat atas
Ada banyak gerai menjual cenderamata di tingkat atas Central Market Hall juga.
Kedai pakaian dan embroidery
Hungary memang terkenal dengan seni embroidery
Lagi kedai pakaian dan embroidery
Pelbagai cenderamata ada di sini
Patung-patung tradisional Hungary
Pakaian dengan corak tradisional Hungary
Turun tangga ke bawah selepas dah puas meninjau di tingkat atas
Waktu perniagaan di Central Market Hall ini tamat sekitar pukul 6 petang. Kebetulan kami berada di sana pada waktu perniagaan ini hampir tamat. Jadi dapatlah melihat pemandangan peniaga-peniaga mengemaskan gerai masing-masing untuk pulang. 

Peniaga sedang mencuci gerai sebelum menutup kedai.
Menyimpan daging yang tak habis dijual
Masakan tradisional Hungary menggunakan banyak bahan yang sama seperti dalam masakan tradisional Turki.
Rempah-rempah tradisional
Dah dibersihkan sebelum pulang
Peniaga buah-buahan yang berkemas untuk menutup kedai
Gerai madu
Pemandangan lewat petang di Central Market Hall
Hungarikum

Part 57: Star Kebab

Tiba masa yang ditetapkan, kami kembali ke bas untuk pergi makan malam. Makan malam disediakan di sebuah restoran Turki yang bernama Star Kebab.

Melintas di depan Universiti Budapest sekali lagi untuk kembali ke bas.
Bangunan Cornivus ini adalah milik Universiti Budapest
Tak tahu apa kegunaan bangunan ini sebenarnya.
Pemandangan sewaktu berjalan mendapatkan bas
Memang cantik pemandangan malam di Budapest
Tidak seperti kebanyakan restoran lain yang kami kunjungi sebelum ini, bas dapat menghantar kami sehingga ke depan restoran Star Kebab di Budapest. Tak ada sajian tetap disediakan. Kami juga boleh memilih makanan yang ingin dimakan dari berbagai pilihan makanan yang ada dan makanan di restoran ini memang sedap.

Restoran Star Kebab di Budapest
Antara pilihan makanan yang ada di restoran
Dessert
Pemandangan di dalam restoran
Pilihan makan malam Myself
Pemandangan di luar restoran sewaktu menunggu bas
Suspicious betul rupa kedai di sebelah Restoran Star Kebab ni.

Part 58: Hotel Leonardo

Selepas makan malam, barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Leonardo Hotel. Tidak seperti di hotel-hotel lain sebelum ini, kami akan menginap di sini selama dua malam.

Perjalanan ke Hotel Leonardo
Hotel Leonardo terletak di sebuah kawasan perumahan dekat pusat komersil Budapest di bahagian Pest. Oleh kerana kedudukannya yang dikira berada di pusat bandar, bilik hotelnya agak kecil berbanding hotel-hotel yang lain.

Kaunter pendaftaran di Hotel Leonardo
Membawa bagasi masuk ke hotel
Menunggu check-in masuk ke bilik.
Welcome Drink di Hotel Leonardo ~ Jus Timun. Sihat sungguh minuman ini.
Bilik penginapan kami di Hotel Leonardo


Bersambung ke Bhg.14...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):