HARI KETIGA (1)
Part 13: Grandhotel Pupp
Hotel penginapan kami di Karlovy Vary adalah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang dinamakan Grandhotel Pupp (disebut: Grandhotel Poop). Hotel ini memang mewah, sama seperti Empire Hotel & Country Club di Brunei dan Manila Hotel di Philippines yang pernah menjadi penginapan kami sewaktu melawat ke kedua-dua negara ini dulu.
|
Grandhotel Pupp |
Hotel ini mempunyai dua wing. Disebabkan kita sebenarnya tak mewah, kita hanya dapat menginap di wing yang dikira kurang mewah di hotel ini.
|
Menikmati pemandangan pagi dari bilik hotel |
|
Pemandangan dari balkoni di bilik penginapan kami. |
|
Bukti kita dah menginap di sini. |
|
Pemandangan bandar Karlovy Vary dari balkoni. |
|
Pandangan ke arah sebelah sana pulak. |
Kalau dah hotel mewah tu, memang ramailah selebriti dan orang ternama yang pernah menginap di sini. Lebih-lebih lagi kerana hotel ini menganjurkan Karlovy Vary International Film Festival setiap tahun.
Ada satu ruang di hotel ini yang didedikasikan untuk para selebriti yang pernah menginap di sini. Kami singgah melihat ruang ini dalam perjalanan untuk breakfast di tingkat bawah.
|
Ruang yang didedikasikan untuk penginap selebriti di Grandhotel Pupp. |
|
Mengambil gambar para selebriti |
|
Lana Turner, pelakon popular Hollywood pada tahun 1950-an yang turut pernah menginap di sini. |
|
Mengikut majalah rasmi hotel, Sultan Johor pun pernah menginap di sini. |
|
Lif di Grandhotel Pupp |
|
Kalau hotel dah mewah, lifnya pun mewahlah juga. |
Breakfast disediakan di sebuah restoran di tingkat bawah hotel. Masuk ke dalam saja, memang kelihatan macam sebuah fine dining restaurant. Tapi suasana fine dining ni taklah terasa pagi ini kerana ada ramai pengunjung dari Tanah Besar China masa tu... Walau di mana mereka berada, memang suasana akan menjadi kecoh, walau di hotel mewah begini.
|
Breakfast spread di Grandhotel Pupp. |
|
Yang ini saja boleh dimakan di samping roti. |
|
Cantik telur goreng ni... |
Ada bungkusan-bungkusan mee segera turut disediakan dalam breakfast spread di hotel ini. Tapi mee ini mungkin Tak Halal kerana berasal dari Vietnam.
|
Mee Segera dari Vietnam |
|
Hidangan sarapan pada pagi ini... |
Selepas bersarapan, kita berjalan-jalan dulu di luar hotel. Memang grand hotel ini dan senibinanya memang menarik. Cuma apa yang Myself rasa kurang sikit berbanding Empire Hotel di Brunei dan Manila Hotel di Philippines ialah tak ramai staff rencam yang dilihat di hotel ini. Tapi ini sebenarnya perkara biasa di sebarang establishment di Eropah kerana gaji pekerja sangat mahal di sini. Jadi untuk menjimatkan kos, mereka akan mengurangkan sebanyak mungkin bilangan pekerja mereka.
|
Pintu masuk ke wing hotel kami. |
|
Casino Pupp |
|
Jam dinding di atas Casino Pupp. |
|
Ukiran pada bumbung hotel. |
|
Jam menunjukkan pukul 8 pagi ketika ini dengan suhu sekitar 8'C. |
Grandhotel Pupp juga pernah menjadi lokasi di dalam filem James Bond Casino Royale yang dibintangi oleh Daniel Craig. Hotel ini digambarkan sebagai Hotel Splendide di Montenegro dalam filem tersebut.
|
Wing mewah di Grandhotel Pupp yang digunakan dalam filem Casino Royale. |
|
Bilik-bilik di wing mewah Grandhotel Pupp |
|
Jejak James Bond di Grandhotel Pupp. |
|
Hotel ini berlakon sebagai Hotel Splendide di Montenegro dalam filem Casino Royale. |
Dah puas menikmati keindahan bangunan hotel, kita berjalan-jalan sikit kat depan hotel. Hotel ini sebenarnya dibina di tepi Sungai Tepla yang membelah bandar Karlovy Vary dan ada sebuah jambatan yang dibina betul-betul di depan hotel untuk menyeberang sungai ini.
|
Jambatan di depan Grandhotel Pupp. Ramai orang berjogging di sini pada pagi ini. |
|
Pemandangan bandar Karlovy Vary dari atas jambatan |
|
Sungai Tepla |
|
Hotel-hotel di seberang Sungai Tepla yang bertentangan dengan Grandhotel Pupp. |
|
Quisisana Hotel di depan Grandhotel Pupp |
|
Salve Hotel |
|
Planter Box yang cantik di Salve Hotel |
|
Tangga yang menarik di antara Quisisana Hotel dan Salve Hotel. |
|
Taman awam di depan Grandhotel Pupp |
|
Pemandangan Grandhotel Pupp dari taman. |
|
Pemandangan ke arah bandar Karlovy Vary dari taman. |
Part 14: Bersiar-siar di Karlovy Vary
Karlovy Vary yang bermaksud 'Charles' Bath' dinamakan sempena Charles IV, Emperor of Bohemia and Holy Roman Emperor yang menemui bandar ini pada tahun 1370. Dalam bahasa Jerman, Karlovy Vary turut dikenali sebagai Carlsbad.
Program lawatan kami dengan berjalan kaki di Karlovy Vary bermula pada pukul 9 pagi. Sebelum bergerak memulakan lawatan, semua ahli rombongan diminta membuat check-out dari hotel dan meninggalkan bagasi di tempat yang disediakan. Bila kembali ke hotel nanti, perjalanan kami akan diteruskan dengan menaiki bas menuju ke Prague.
Karlovy Vary terkenal sebagai sebuah Spa City kerana di sini terdapat banyak mata air panas yang dikatakan baik untuk kesihatan. Ada 79 mata air di Karlovy Vary dan 13 di antaranya selamat untuk diminum. Ia menjadi pusat pelancongan terkenal pada kurun ke-18 Masehi dengan kehadiran ramai orang ternama seperti Tsar Peter the Great, Emperor Franz Josef I, Beethoven, Goethe, Wagner, Brahms, Leo Tolstoy dan Karl Marx.
|
Bersiar-siar di Karlovy Vary |
|
Bandar Karlovy Vary |
|
Bandar ini sangat cantik dan menarik. |
|
Salah sebuah jambatan yang merentasi Sungai Tepla di Karlovy Vary. |
|
Sungai Tepla |
|
Kebanyakan bangunan lama di Karlovy Vary kini telah dijadikan hotel-hotel penginapan. |
|
Pemandangan indah di Karlovy Vary |
Salah sebuah bangunan yang menarik perhatian pengunjung ke Karlovy Vary adalah Cafe Elefant. Komposer muzik terkenal, Beethoven dikatakan gemar berkunjung ke sini setiap kali beliau datang ke Karlovy Vary.
|
Cafe Elefant |
|
Beethoven dikatakan gemar berkunjung ke kafe ini. |
|
Bangunan Teater |
|
Hotel ini dikatakan pernah menjadi studio komposer muzik terkenal, Mozart. |
|
Studio Mozart |
|
Kedai-kedai di Karlovy Vary |
Walaupun terletak di Eropah, Republik Czech tidak menggunakan matawang Euro. Ia sebaliknya menggunakan matawangnya sendiri yang dinamakan Koruna yang mana kadar pertukaran 1 Euro = 25 Koruna.
|
Money Changer di Karlovy Vary |
|
Matawang Republik Czech yang dinamakan Koruna |
Matawang Euro juga diterima di kebanyakan tempat di Czech Republic tetapi penggunaannya tidak menguntungkan kerana harga yang dibayar dengan matawang Koruna jauh lebih murah berbanding jika kita menggunakan Euro.
|
Pemandangan ini mengingatkan kami kepada kota Lucerne di Switzerland yang pernah dikunjungi dulu. |
|
Bergambar di tepi Sungai Tepla |
|
Favourite Spot untuk bergambar di Karlovy Vary. |
|
Kita pun nak bergambar di sini. |
Part 15: Hot Spring Colonnade
Beberapa hot spring yang berdekatan dikumpulkan bersama dalam sebuah bangunan yang dinamakan sebagai Colonnade di Karlovy Vary. Oleh yang demikian terdapat beberapa buah Colonnade di bandar ini.
Bangunan Colonnade yang pertama kami lawati di Karlovy Vary adalah Hot Spring Colonnade. Jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan sekitarnya, bangunan ini nampak kurang menarik kerana ia dibina pada zaman pemerintahan komunis di Czech Republic dulu.
|
Hot Spring Colonnade |
|
Landskap di luar Hot Spring Colonnade juga turut menggambarkan ciri zaman komunis dulu. |
Di luar bangunan ini terdapat Hot Spring Geyser yang sering memancut keluar air panas dari bumi. Ada ketikanya, pancutan air ini mencapai ketinggian sehingga 12 meter. Ia adalah mata air terpanas di Karlovy Vary dengan suhu airnya mencecah 72'C.
|
Hot Spring Geyser di luar bangunan Hot Spring Colonnade |
|
Air panas ini sentiasa memancut keluar dari bumi. Ada ketikanya, pancutan air panas ini mampu mencapai ketinggian 12 meter. |
Ada tiga buah hot spring yang memancar di dalam bangunan Hot Spring Colonnade. Semua mata air ini kini telah disalurkan keluar menerusi paip untuk kemudahan pengunjung.
|
Pemandangan di dalam Hot Spring Colonnade |
|
Tiga mata air yang memancar di dalam Hot Spring Colonnade. Setiap satunya mempunyai tahap kepanasan yang berlainan. |
|
30'C |
|
50'C |
|
72'C |
|
Patung Dewi Hygieia |
Semua air panas di dalam Hot Spring Colonnade boleh diminum. Namun disebabkan tahap kepanasannya, penggunaan botol plastik untuk meminum air ini kurang sesuai. Oleh yang demikian, salah satu cenderamata yang banyak dijual di Karlovy Vary adalah cawan-cawan porselin yang boleh digunakan untuk meminum air panas ini.
|
Kedai cenderamata di Hot Spring Colonnade |
|
Cawan-cawan porselin untuk meminum air spa adalah antara cenderamata yang banyak dijual di seluruh Karlovy Vary |
|
Cawan untuk meminum air spa ini unik kerana tangkai pemegangnya turut berfungsi sebagai straw. |
|
Pemandangan di belakang Hot Spring Colonnade |
|
Gereja St Mary Magdalene |
|
Beberapa hotel di Karlovy Vary seperti Hotel Thermarium ini turut mempunyai spa mata air persendirian masing-masing. |
Part 16: Market Colonnade
Bangunan kayu Market Colonnade yang terletak di belakang Hot Spring Colonnade juga menarik perhatian. Di sinilah letaknya Charles IV Spring, yang merupakan hot spring asal yang digunakan oleh Emperor Charles IV untuk merawat kesakitan pada kakinya di kurun ke-14 dulu. Pada masa itu walau bagaimanapun, ia hanya merupakan sebuah mata air panas di dalam hutan. Tak adalah bangunan cantik seperti yang dilihat pada hari ini.
Mengikut lagenda, anjing perburuan milik Emperor Charles IV terjatuh ke dalam kolam air panas di sini tetapi tidak melecur. Sebaliknya, luka pada badan anjing tersebut sembuh dengan serta-merta. Melihat keajaiban ini, baginda terus merendam kakinya ke dalam air panas dan kesakitan yang dialami juga hilang dengan segera. Selepas peristiwa ini, baginda mengarahkan supaya sebuah penempatan dibina di sini dan bermulalah bandar yang kini dinamakan Karlovy Vary.
|
Market Colonnade |
Bangunan ini malangnya ditutup sewaktu kami berkunjung ke sana kerana sedang diubahsuai. Jadi tak dapatlah kita melihat mata air Charles IV ini.
|
Pintu masuk ke Market Colonnade |
|
Ukiran kayu yang cantik di dalam Market Colonnade |
|
Pemandangan di dalam Market Colonnade |
|
Kedai-kedai cenderamata berhampiran Market Colonnade |
Oleh kerana kita tak dapat melawat Market Colonnade, kita teruskan lagi berjalan melawat bandar Karlovy Vary yang cantik ini.
|
Berjalan menuju ke Mill Colonnade |
|
Penunggang basikal di Karlovy Vary |
|
Banyak kereta buatan Eropah diperhatikan di Karlovy Vary |
|
Warna-warna pastel yang digunakan pada bangunan di Karlovy Vary memang menyejukkan pandangan. |
|
Tiba di Mill Colonnade |
Bersambung ke Bhg. 4...
CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):
- Bhg. 01 [Hari 1] : Kembara Ke Eropah Timur (Kuala Lumpur --> Istanbul --> Frankfurt)
- Bhg. 02 [Hari 2] : Germany (1) - Frankfurt (Romerberg & Wertheim Village)
- Bhg. 03 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Karlovy Vary (Grandhotel Pupp, Hot Spring Colonnade & Market Colonnade)
- Bhg. 04 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Karlovy Vary (Mill Colonnade, Dvorak Park, Park Colonnade & Main Post Office)
- Bhg. 05 [Hari 3] : Czech Republic (1) - Prague (Perjalanan Ke Prague & Prague City)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Czech Republic (2) - Prague (Wencelas Square & Prague Old Town Square)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Czech Republic (3) - Prague (Charles Bridge)
- Bhg. 08 [Hari 4] : Czech Republic (4) - Prague (Prague Castle, St Vitus Cathedral & Old Royal Palace)
- Bhg. 09 [Hari 4] : Czech Republic (5) - Prague (Prague Lesser Town & Perjalanan ke Bratislava)
- Bhg. 10 [Hari 5] : Slovakia (1) - Bratislava (Bratislava City & Bratislava Castle)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Slovakia (2) - Bratislava (Bratislava Old Town & Cordoba Culture Centre)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Hungary (1) - Budapest (Perjalanan Ke Budapest)
- Bhg. 13 [Hari 5] : Hungary (2) - Budapest (Central Market Hall & Liberty Bridge)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Hungary (3) - Budapest (Budapest City Tour, Citadel & Buda Castle)
- Bhg. 15 [Hari 6] : Hungary (4) - Budapest (Castle Hill, Trinity Square & Fisherman's Bastion)
- Bhg. 16 [Hari 6] : Hungary (5) - Budapest (Andrassy Avenue, Heroes Square & River Danube Cruise)
- Bhg. 17 [Hari 6] : Hungary (6) - Budapest (Shoes On The Danube, Gellert Thermal Bath, Cave Church & Vaci Utca)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Austria (1) - Vienna (Schonbrunn Palace)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Austria (2) - Vienna (Vienna City Tour, Maria-Theresien-Platz & Hofburg Palace)
- Bhg. 20 [Hari 7] : Austria (3) - Vienna (Kohlmarkt, Graben & Hundertwasserhaus)
- Bhg. 21 [Hari 7] : Austria (4) - Vienna (Vienna Islamic Centre, St Stephen Cathedral & Karntner Strasse)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Austria (5) - Salzburg (Perjalanan Ke Salzburg)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Austria (6) - Salzburg (Mirabell Garden, Mozart Wohnhaus & Makartsteg)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Austria (7) - Salzburg (Salzburg Old City)
- Bhg. 25 [Hari 9] : Germany (2) - Schwangau (Perjalanan Ke Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Germany (3) - Schwangau (Neuschwanstein Castle)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Germany (4) - Munich (BMW Welt & Marienplatz)
- Bhg. 28 [Hari 10] : Germany (5) - Dachau (Dachau Concentration Camp)
- Bhg. 29 [Hari 10] : Germany (6) - Dachau (Dachau Old Town)
- Bhg. 30 [Hari 10} : Penerbangan Pulang (Munich --> Istanbul --> Kuala Lumpur