Sunday, 10 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 10 (Bratislava Castle)

November 2017

Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(SLOVAKIA: Bratislava)

Bahagian 10: Slovakia (1)
BRATISLAVA (Bratislava City & Bratislava Castle)

HARI KELIMA (1)

Part 43: Hotel Bratislava

Di Bratislava, kami menginap di Hotel Bratislava selama satu malam. Hotel ini terletak di pinggir bandar Bratislava dan biliknya sangat luas dan selesa.

Lorong menuju ke bilik penginapan
Lobi kecil di tingkat penginapan kami
Brosur dan maklumat percuma tentang kota Bratislava
Dalam lif nak turun bersarapan... Betul lif tu kata, kami malas nak turun tangga.
Perhiasan di Kaunter Pendaftaran hotel penuh dengan kelawar sempena perayaan Halloween ketika itu.
Ada banyak quotes yang menarik di serata tempat di Hotel Bratislava
Ungkapan memuji diri sendiri
Restoran sarapan pagi terletak di tingkat satu. Tak seperti hotel-hotel penginapan kami yang lain sepanjang trip ke Eropah Timur ini, sukar nak memilih makanan yang boleh dimakan di sini. Scrambled Egg pun dicampur dengan daging di sini. Terpaksalah kita bersarapan hanya dengan roti disapu jem dan butter saja di sini.

Restoran untuk sarapan pagi
Pemandangan di dalam restoran
Satu lagi pemandangan di dalam restoran
Morning Rules dari Hotel Bratislava
Tak banyak makanan yang boleh dimakan untuk sarapan pagi ini.
Sekali imbas, perkataan Voda (Air) tu nampak macam Vodka.
Memilih makanan untuk dimakan
Ini sajalah yang boleh dimakan.
Macam biasa selepas bersarapan, Myself dan Husband akan berjalan-jalan dulu di luar sebelum memulakan Tour. Seperti semalam di Prague juga, kami akan check-out dari hotel pada pagi ini untuk menuju ke Budapest di Hungary selepas Bratislava City Tour nanti.

Bergambar di depan Hotel Bratislava
Alamat penuh Hotel Bratislava
Pintu masuk ke Hotel Bratislava
Zon Tunda
Satu lagi pemandangan di depan Hotel Bratislava
Ada mini market Tesco Express di bawah hotel.
Satu lagi pemandangan Tesco Express yang sama
Bangunan gereja moden di depan hotel
Hotel Bratislava ini sebenarnya terletak di sebuah kawasan perumahan awam. Disebabkan hari ini adalah week day, kami dapat melihat kegiatan seharian penduduk sewaktu bersiar-siar di belakang hotel.

Perumahan awam di belakang Hotel Bratislava
Pemandangan di belakang Hotel Bratislava
Cahaya pagi di musim luruh
Ada sebuah sekolah rendah di belakang Hotel Bratislava
Berjalan menuju ke sekolah
Keindahan pagi di Bratislava
Pemandangan yang biasa di Eropah
Meluncur laju ke sekolah
Berbasikal
Daun yang berwarna-warni
Daun yang gugur di musim luruh
Bila tiba masa yang ditetapkan, kami bersedia di lobi hotel. Di sekitar lobi ini pun ada banyak benda yang menarik perhatian.

Suasana di lobi hotel
Papan untuk memanggil teksi
Bratislava For Everybody
Macam dinding kat kelas tadika pulak
Pesanan untuk kejayaan
Sudut untuk bersantai di lobi hotel
Kusyen-kusyen menarik
Pesanan sewaktu duduk di kusyen
Menunggu di lobi dengan sabar

Part 44: Bratislava City

Dengan bilangan penduduk seramai 427,000, Bratislava adalah ibu negara dan bandar yang terbesar di Slovakia. Dibelah oleh Sungai Danube di tengahnya, Bratislava juga unik kerana bandaraya ini bersempadan dengan dua buah negara: Austria dan Hungary.

Meninggalkan Hotel Bratislava menuju ke pusat bandar
Bratislava tidak sibuk seperti bandar-bandar lain di Eropah
Selain tram, bas elektrik adalah juga pengangkutan awam yang utama di Bratislava
Pemandangan di pusat bandar Bratislava
Bangunan-bangunan zaman komunis sangat banyak di Bratislava
Bratislava memang sesuai dijadikan latarbelakang untuk filem seperti James Bond.
Suasana di Bratislava yang tenang tanpa hiruk-pikuk
Taman awam di Bratislava
Bangunan lama yang menarik di tengah bandar
Bendera Slovakia
Menuju ke Bratislava Castle

Part 45: Maria Theresa

Sebelum kita mula melawat Bratislava, apa kata kita berkenalan terlebih dahulu dengan seorang Empress of Austria dan Queen of Hungary yang bernama Maria Theresa? Banyak tempat yang akan kita lawati kelak bermula dari di Bratislava sehingga ke Vienna di Austria mempunyai perkaitan dengan beliau.

Sebelum itu, kita kenalah tahu serba-sedikit tentang Empayar Austro-Hungary yang pernah berkuasa di Eropah Tengah sebelum Perang Dunia Pertama. Empayar ini terdiri dari dua buah negara yang diperintah secara berasingan: Austria dan Hungary (bersama jajahan masing-masing). Namun uniknya, kedua-dua mereka diperintah oleh Emperor Habsburg dari Austria sebagai raja mereka.

Peta Eropah sebelum Perang Dunia Pertama
Apabila raja Habsburg yang bernama Emperor Charles VI mangkat tanpa anak lelaki sebagai pewaris takhta, Maria Theresa ditabalkan sebagai pemerintah yang baru. Oleh kerana Maria Theresa dianggap sebagai raja yang lemah, satu demi satu wilayah di bawah kekuasaan Austria dirampas oleh negara-negara berjiran. 

Untuk mendapatkan sokongan dari sebelah Hungary, Maria Theresa berangkat ke Bratislava untuk bertemu para aristokrat di sana. Tindakan Maria Theresa nyata membuahkan hasil kerana para aristokrat di Hungary menyokong baginda. Malah mereka turut membantu dengan memberi bantuan kewangan kepada Maria Theresa untuk membina tentera Habsburg bagi mengambil kembali wilayah-wilayah yang telah dirampas.


Maria Theresa
Maria Theresa memerintah selama 40 tahun dan berjaya membuat banyak perubahan di bawah pemerintahannya. Ia meliputi memperkenalkan undang-undang pemilik tanah, memperbaiki sistem kesihatan awam dan kehakiman serta mewajibkan pendidikan kepada kanak-kanak. Di akhir hayatnya, baginda merupakan antara pemimpin Habsburg yang paling berjaya.

Maria Theresa dan suami baginda, Franz Stephan beserta anak-anak.
Dari sudut keluarga, Maria Theresa mempunyai 16 orang anak yang mana 6 di antara mereka meninggal dunia ketika masih kanak-kanak. Dia juga terkenal sebagai seorang ibu yang baik kepada anak-anaknya. Namun demikian, demi memperkukuhkan kuasa dan kedudukannya, baginda memaksa anak-anaknya untuk berkahwin dengan kerabat-kerabat raja Eropah. 

Satu-satunya anak baginda yang terselamat dari aturan perkahwinan ini ialah anak kesayangannya yang bernama Maria Christina yang dapat berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri. Anak baginda yang dianggap paling malang ialah Maria Antonia (lebih dikenali sebagai Marie Antoinette, Queen of France) yang dihukum pancung bersama suaminya, King Louis ke XVI sewaktu Revolusi Perancis.

Part 46: Bratislava Castle

Lawatan pertama kami di Bratislava adalah melawat ke Bratislava Castle yang terletak di atas sebuah bukit yang tinggi. Istana ini dapat dilihat dengan jelas dari pusat bandar Bratislava.

Pemandangan Bratislava Castle dari dalam bas
Istana Bratislava mempunyai binaan yang rata dengan empat buah menara yang tinggi di setiap penjuru. Oleh kerana itu, ia sering mendapat jolokan sebagai meja yang terbalik.

Pintu masuk ke Bratislava Castle
Ada seorang Local Guide yang akan membawa kami melawat sekitar Bratislava pada hari ini. Tempat pertemuan yang ditetapkan ialah di pintu masuk ke Bratislava Castle.

Sambil menunggu ketibaan Local Guide, kami mengambil kesempatan bergambar di depan bangunan Slovak National Council yang terletak betul-betul di depan Bratislava Castle. Ia adalah Parlimen bagi negara Slovakia.

Slovak National Council
Patung di depan Slovak National Council
Husband berbual dengan Tour Leader kami, Rozana
Pemandu bas kami, Peter.
Local Guide kami di Bratislava, Eva.
Selepas Local Guide kami yang bernama Eva tiba, kami terus dibawa masuk ke perkarangan Bratislava Castle menerusi sebuah pintu yang dinamakan Vienna Gate.

Mengikut Eva masuk ke Bratislava Castle
Pemandangan di perkarangan istana
Bratislava Castle
Bratislava Castle bermula sebagai sebuah kubu pertahanan sebelum menjadi kediaman diraja. Ia adalah antara istana kegemaran Maria Theresa sewaktu baginda memerintah sebagai Queen of Hungary. Ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana Bratislava sangat dekat di hati baginda. Tanpa sokongan dari pembesar Bratislava, baginda tak mungkin menjadi pemerintah yang berjaya. Malah sewaktu baginda jatuh sakit diserang wabak Black Plague, wain khas dari Slovakia yang dinamakan Blue Frankish dikatakan dapat menyembuhkan baginda.

Untuk membolehkan baginda sering berulang-alik ke sini, Maria Theresa turut melantik menantunya, Albert of Saxe-Teschen yang merupakan suami anak kesayangannya, Maria Christina memegang jawatan sebagai gabenor di Bratislava.

Berjalan masuk ke Court of Honor dari Vienna Gate
Ukiran di atas Vienna Gate
Court of Honour
Bangunan istana yang dilihat pada hari ini bukan bangunan istana yang asal. Istana Bratislava pernah mengalami kebakaran teruk pada tahun 1811 dan usaha pembaikan hanya dilaksanakan 150 tahun kemudian. Kerja pembaikan ini hanya dapat diselesaikan pada tahun 1968.

Sebaik melepasi Vienna Gate, kita akan sampai ke sebuah kawasan lapang di hadapan bangunan istana yang dinamakan Court of Honour. Mercu tanda yang terkenal di sini ialah patung King Svätopluk I yang dirasmikan pada tahun 2010. Dia adalah pemerintah Great Moravia yang meliputi Bohemia, sebahagian besar Slovakia dan beberapa bahagian dari Slovenia, Hungary, Poland dan Ukraine pada abad ke-2.

King Svatopluk I
Pemandangan Patung King Stavopluk I dari sisi yang lain
Pada masa dahulu, mahkota yang dinamakan Holy Crown of Hungary disimpan di sebuah menara di istana ini. Ia dijaga oleh 112 orang pengawal. Mengikut tradisi, mahkota ini hanya boleh dimiliki oleh raja yang berketurunan Hungary. Pemerintah yang tidak berdarah Hungary hanya boleh memakai mahkota ini pada masa pertabalan. Memandangkan raja-raja Habsburg (termasuk Maria Theresa) tidak berdarah Hungary, mereka hanya dapat memakai mahkota ini sewaktu pertabalan.

Salah sebuah menara Istana Bratislava
Menara yang dinamakan Crown Tower ini menyimpan Holy Crown of Hungary pada masa dahulu.
Pemandangan Crown Tower dari depan Vienna Gate
Bangunan-bangunan ini kini digunakan sebagai restoran, kedai cenderamata dan pejabat pentadbiran
Ukiran Trophy of Arms yang dipakai oleh tentera Hungary pada masa dahulu
Ukiran perisai dan peralatan peperangan
Mendengar Eva bercerita tentang sejarah Bratislava Castle
Pemandangan indah Sungai Danube dapat dilihat dari Bratislava Castle. Sungai ini adalah sungai yang kedua terpanjang di Eropah selepas Sungai Volga di Russia. Punca Sungai Danube terletak di Germany dan mengalir menerusi empat buah ibukota di Eropah (Vienna, Bratislava, Budapest dan Belgrade) sebelum menuju ke Laut Hitam.

Sigismund's Gate dengan pemandangan Sungai Danube di belakangnya.
Leopold's Gate
Panoramic Bastion
Sungai Danube mengalir melintasi empat buah ibukota Eropah: Vienna (Austria), Bratislava (Slovakia), Budapest (Hungary) dan Belgrade (Serbia).
Ada beberapa jambatan yang dibina merentasi Sungai Danube di Bratislava dan jambatan yang paling menarik perhatian adalah Bratislava New Bridge (Nový most). Ada sebuah restoran dibina di atas jambatan ini dan ia dinamakan UFO Restaurant disebabkan bentuknya yang seperti piring terbang.

Bratislava New Bridge (Nový most).
Restoran UFO di atas jambatan
Pemandangan dekat Restoran UFO
Taman di Istana Bratislava juga menarik. Dari sini kita dapat melihat beberapa mercu tanda Bratislava yang lain seperti Slavin Memorial dan Kamzik Tower.

Taman di Bratislava Castle
Pemandangan sebahagian kota Bratislava dari taman di Bratislava Castle
Pemandangan di dalam taman
Bersiar-siar di Istana Bratislava
Di taman ini juga, ada terdapat beberapa kesan peninggalan istana yang asal dibina di sini.
Runtuhan Great Moravian Basilica dan Church of Holy Saviour di perkarangan di istana.
Pemandangan lebih dekat kesan runtuhan
Pemandangan ke arah sebelah sana dari Bratislava Castle
Pemandangan Kamzik Tower dan Slavin Memorial dari taman Bratislava Castle.
Slavin Memorial
Slavin Memorial dibina untuk memperingati 7000 tentera Soviet yang mati terbunuh dalam Perang Dunia Kedua di Bratislava
Kamzik Tower adalah menara pemancar TV dan merupakan tempat yang kedua tertinggi di Bratislava selepas Bratislava Castle
Pengunjung yang baru tiba ke Bratislava Castle
Berjalan meninggalkan Istana Bratislava
Peta Istana Bratislava


 Bersambung ke Bhg.11...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):