Tuesday 5 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 05 (Prague)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(CZECH REPUBLIC: Karlovy Vary & Prague)

Bahagian 5: Czech Republic (3)
PRAGUE (Perjalanan Ke Prague & Prague City)

HARI KETIGA (3)

Part 23: Perjalanan Ke Prague

Kami meninggalkan Karlovy Vary menuju ke Prague yang terletak 127 km ke arah timur pada pukul 12.30 tengahari. Perjalanan ini dijangka mengambil masa kira-kira  2 jam.

Meninggalkan Karlovy Vary menuju ke Prague.
Goodbye, Grandhotel Pupp!
Perjalanan menuju ke Prague
Sempat terlelap di dalam perjalanan.
Dalam perjalanan menuju ke Prague, apa kata jika kita bercerita tentang sejarah Republik Czech? Sejarah ini penting untuk membolehkan kita lebih memahami tempat-tempat yang akan kita lawati nanti... Secara umumnya, Republik Czech adalah sebuah negara tanpa laut yang terletak di Eropah Tengah. Ia terbahagi kepada tiga kawasan: Bohemia, Moravia dan Silesia.

Republik Czech
Gereja kecil dalam perjalanan
Pemandangan jalan raya selepas meninggalkan Karlovy Vary
Ladang pertanian
Wilayah yang terbesar, Bohemia dipenuhi dengan padang rumput yang landai, pergunungan hutan pokok pain, istana-istana lama dan pusat-pusat percutian spa. Namun kawasan di bahagian utaranya kini semakin padat dengan industri perlombongan dan perusahaan berat yang memberi kesan kepada alam sekitar. Moravia dan Silesia masih dipenuhi aktiviti perladangan. Ibukota dan bandar terbesar di Republic Czech, Prague terletak di wilayah Bohemia.

Kincir angin moden
Persimpangan
Menuju ke lebuhraya
Bumi Bohemia
Perkampungan Bohemia
Dari segi sejarahnya pula, Negara Czech muncul di akhir abad ke-9 ketika ia dipersatukan oleh dinasti Přemyslids. Malangnya keluarga Přemyslids sering bersengketa sesama sendiri mengakibatkan Prince Wenceslas dibunuh oleh saudaranya sendiri yang bernama Boleslav pada tahun 935. Prince Wenceslas kemudiannya mendapat pengiktirafan dari gereja sebagai patron saint bagi Bohemia kerana dia mati di tangan adiknya yang merupakan seorang pagan.

Bandar kecil di Bohemia
Padang rumput
Ladang
Mengasyikkan
Damai
Lintasan keretapi
Zaman pemerintahan Holy Roman Emperor Charles IV dalam kurun ke-14 dianggap sebagai zaman kegemilangan Bohemia. Charles memilih Prague menjadi kediamannya dan menubuhkan banyak institusi di sana, termasuklah universiti yang pertama di Eropah Tengah.

Pada kurun ke-15, perang keagamaan menggugat Eropah Tengah bila pengikut Jan Hus, yang digelar sebagai Hussites menyerang amalan yang dianggap korup oleh Gereja Katholik. Pembunuhan Jan Hus pada tahun 1415 membawa kepada beberapa siri peperangan yang dinamakan Hussite Wars.

Ladang sayur-sayuran
Perkampungan Czech di kejauhan
Berselisih di jalan raya
Bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan ke Prague
Pada permulaan kurun ke-16, keluarga Habsburg dari Austria mengambil alih kekuasaan di negara Czech dan terus memerintah sehingga hampir 400 tahun. Konflik keagamaan meletus di kalangan penganut Protestant pada tahun 1618 sehingga membawa kepada peperangan yang dinamakan Thirty Years War.

Republik Czech yang sangat cantik.
Hutan belantara
Bukan sekadar cantik, negara ini juga bersejarah
Indah
Ladang dan perkampungan
Semangat nasionalisme muncul di negara Czech pada kurun ke-19. Namun demikian, Republik Czechoslovakia yang merdeka hanya dapat diisytiharkan pada tahun 1918 setelah kejatuhan Empayar Habsburg.

Perang Dunia Kedua membawa kepada pendudukan Jerman di Czechoslovakia dan seterusnya pemerintahan regim komunis selama 4 dekad. Pada tahun 1968, program reformasi liberal (yang dinamakan Prague Spring) untuk menghapuskan pemerintahan satu parti diperkenalkan, tetapi berjaya dipatahkan oleh pemimpin dari Soviet Union.

Masih menuju ke Prague
Macam Black Forest di Germany dulu
Mempersona
Bendera Czech
Pemerintahan komunis hanya berjaya digulingkan pada bulan November 1989, bila sebuah tunjuk perasaan menentang keganasan polis membawa kepada Velvet Revolution ~ satu siri demonstrasi besar-besaran dan mogok umum yang membawa kepada perletakan jawatan regim komunis yang memerintah.

Lebuhraya
Hugo Boss
Negara ini pernah bergabung dengan Slovakia untuk membentuk Czechoslovakia.
Seterusnya dalam tahun 1993, pembubaran secara aman negara Czechoslovakia mewujudkan dua buah negara baru yang merdeka: Slovakia dan Czech Republic.

Part 24: Prague

Ahoj, Praha! (Maksudnya: Hello, Prague dan disebut: Ahoy, Praha). Kami tiba di Prague (disebut: Prag) pada pukul 2.30 petang. Seperti yang diberitahu oleh Tour Leader, program pertama kami di sini adalah makan tengahari di sebuah restoran Turki di sini dan seterusnya menunaikan solat di masjid yang terletak di belakang restoran ini.

Kita tahu yang kita dah tiba di Prague bila tram begini muncul dalam pandangan.
Jalinan jalanraya menuju ke pusat bandar Prague
Terowong di bandaraya Prague
Dalam perjalanan menuju ke pusat bandar Prague, kami dapat memerhatikan banyak bangunan komunis yang masih berdiri dan digunakan sebagai rumah-rumah kediaman.

Bangunan rumah-rumah kediaman ini didirikan sewaktu zaman komunis memerintah Republik Czech.
Bangunan yang ini nampak cantik sedikit walau dibina di zaman komunis.
Sebuah lagi terowong di bandar Prague
Pemandangan di luar terowong
Lagi bangunan komunis di Prague
Hati juga semakin berbunga bila bas melintasi Sungai Vltava yang membelah di tengah kota. Bangunan-bangunan lama yang cantik dah mula dapat dilihat sekarang. Namun kami diberitahu program City Tour bersama Local Guide hanya akan diadakan pada esok pagi.

Patung-patung begini memang banyak terdapat di Prague.
Sungai Vltava
Gereja St Vitus di kejauhan sana.
Menara Transmisi TV
Kami turut melintasi Stesen Keretapi Prague. Punyalah besar stesen ni! Stesen keretapi ini bukan sahaja berfungsi sebagai terminus keretapi bandar dan regional di Republic Czech, malah turut menjadi terminus bagi perkhidmatan keretapi antarabangsa ke beberapa negara Eropah lain seperti Germany, Poland, Slovakia, Austria, Hungary, Switzerland, Netherlands, Serbia, Russia, Ukraine and Croatia.

Stesen Keretapi Prague
Ada bangunan antik di depan dan bangunan yang moden di belakang di stesen keretapi ini.
Pintu masuk utama ke Stesen Keretapi Prague
Stesen ini juga menyediakan perkhidmatan keretapi antarabangsa ke beberapa buah negara Eropah.
Praha adalah panggilan untuk Prague dalam Bahasa Czech.
Seperti juga di negara-negara Eropah yang lain, Prague juga mempunyai banyak bangunan klasik yang cantik.

Pemandangan sewaktu menuju ke Wenceslas Square
Bangunan State Opera
Bangunan State Opera ini dibuka pada tahun 1888. Setelah ditutup sewaktu pendudukan Jerman pada tahun 1938, ia dibuka kembali pada tahun 1992.
Sayap baru bangunan National Museum
Sayap lama bangunan National Museum ini ditutup untuk dibaikpulih.

Part 25: Barakat Restaurant & Prague Islamic Centre

Bas menurunkan kami di Wenceslas Square yang terletak di tengah kota Prague kerana restoran dan Pusat Islam yang ingin kami kunjungi terletak di kawasan ini.

Patung Saint Wenceslas
Wenceslas Square adalah sebuah dataran yang sangat besar. Ia dinamakan sempena Saint Wenceslas, patron saint bagi Bohemia. Banyak acara bersejarah pernah berlangsung di sini dan ia adalah venue tradisi bagi mengadakan demonstrasi, perayaan dan pehimpunan-perhimpunan awam di Prague.

Wenceslas Square
Tandas moden di persimpangan Wencelas Square dan Jalan Optelova
Restoran yang kami kunjungi, Restoran Barakat terletak di sebatang jalan yang bernama Optelova. Susah juga sebenarnya kami nak mengesan kedudukan sebenar restoran ini. Namun mujurlah ada polis yang baik membantu menunjukkan arah. 

Berjalan ke Restoran Barakat
Restoran Barakat
Lorong masuk ke Restoran Barakat dan Pusat Islam Prague. Pintu restoran terletak di sebelah kanan manakala laluan terus menuju ke Pusat Islam.
Pintu masuk ke Restoran Barakat
Restoran ini menghidangkan masakan Turki. Syukurlah kami dah menukar sedikit matawang Euro kami kepada Koruna di Karlovy Vary pagi tadi, jadi mudahlah nak membayar harga makanan yang dibeli. Pemilik retoran ini juga menerima bayaran dalam matawang Euro, tetapi baki akan dikembalikan dalam matawang Koruna.

Suasana di dalam restoran
Hidangan makanan tengahari kami ~ Nasi Beriyani Ayam. Beli sepinggan sahaja dan kongsi berdua kerana portion makanannya sangat besar.
Dah selesai makan, kami berkunjung ke masjid yang terletak di belakang restoran. Masjid ini bukanlah sebuah bangunan masjid yang proper, hanya sebuah bangunan kedai yang disewa untuk dijadikan masjid. Namun begitu, syukur sekali kerana kita dapat menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar dengan sangat selesa di sini.

Pusat Islam Prague di belakang Restoran Barakat
Pemandangan di ruang solat lelaki
Satu lagi pemandangan di ruang solat lelaki
Tempat Wuduk
Ruang solat wanita terletak di tingkat atas.


Bersambung ke Bhg. 6...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):